CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18967|Reply: 12

Bengkung kaki & kasut jengket

[Copy link]
Post time 4-8-2008 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Kaki kuntum teratai terakhir    Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my   


Peradaban dan budaya berkaki kecil sehingga tiga inci di China berakhir dengan tinggal hanya 100 pewaris

PERUBAHANzaman membawa definisi baru kepada tradisi membengkung kaki di China.Satu ketika dulu, adat membengkung kaki adalah terjemahan kepadakewanitaan dan keayuan. Tanpa kaki kecil bersaiz tiga inci itu, tiadalelaki akan masuk meminang.

Bagaimanapun, hari ini ia disifatkan sebagai penyeksaan dankezaliman yang tidak terhingga kepada wanita. Walaupun diharamkan sejak1912, masih ada keluarga yang melakukannya secara rahsia. Hinggalahapabila komunisme menerajui pentadbiran negara itu, Dr Sun Yat Senberjaya memansuhkan tradisi itu sepenuhnya pada 1930.
        
Hari ini, wanita berkaki kecil bersaiz tiga inciatau popular dirujuk sebagai 'kuntum teratai tiga inci' masih bolehditemui hampir di seluruh pelusuk China. Tahun lalu, kajian mediatempatan mendapati masih ada 100 wanita berkaki kecil tinggal diLuiyicun, kampung kecil di selatan Wilayah Yunnan. Bulan lalu, wakilmedia asing menemui enam lagi wanita berkaki kecil di Kampung Tuanshan,di barat daya Wilayah Yunnan. Semua mereka berusia 70 tahun ke atas.

Walaupun hari ini kaki kecil yang berbengkung dilihatsebagai tinggalan peradaban dan kebudayaan masyarakat China, tetapibagi wanita yang berkaki kecil, jika boleh mereka tidak mahumelakukannya.

Membengkung kaki bermula pada usia muda. Sebaik sajakanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun, ibu ataunenek sudah mula membengkung kaki mereka.
         
Bayangkan kesakitan yang ditanggung gadis kecil apabila jari-jari kakidipatahkan dan dilipat ke bawah tapak kaki. Selepas itu ia dibalutdengan kain sepanjang 10 inci.

Kain pembalut yang panjang menyebabkan anak-anak kecil inisukar membasuh kaki. Kerana kesukaran itu, mereka hanya membasuh kakisekali dalam dua minggu menyebabkan baunya sangat busuk. Malah baubusuk juga terjadi kerana tiada darah yang dapat mengalir ke kawasanitu. Ia menyebabkan kematian tisu dan tulang (necrosis). Apatah lagikaki yang dibengkung perlu diketatkan dari semasa ke semasa.

Walaupun menyakitkan dan busuk, apabila dilakukan secarakerap ia tidak lagi menjadi persoalan. Apatah lagi tulang kanak-kanakmasih lembut dan mudah dimanipulasi. Malah ia sudah menjadi kebiasaanhinggakan kaki yang dilipat bertahun-tahun akan menjadi sangat sakitjika cuba dibentuk semula seperti asal.

Ada juga keluarga yang bertindak ekstrem dalam mendapatkanbentuk yang kecil dan cantik. Mereka memasukkan pecahan porselin dalambalutan kaki untuk menyiat daging. Tindakan ini bagaimanapun adakalanya menyebabkan kaki menjadi luka, bernanah dan akhirnya terpaksadipotong.

Bagaimanapun semua kesakitan dan kepayahan itu tidak dipedulikan untukmeraih darjat. Di zaman feudalisme yang mementingkan status,membengkung kaki adalah satu-satunya lesen untuk wanita golonganbawahan melompat status. Ia peluang besar untuk mereka berkahwin dengan golongan kaya.

Kaki berbengkung dilihat sebagai simbol kecantikan, kemurniandan sopan santun. Ia juga menjanjikan jodoh yang baik buat si gadis.

Dalam sejarah masyarakat China dicatatkan, ibu mentuamemilih calon menantu melalui kasut. Kaki kecil simbol kepatuhan kepadakeluarga suami manakala tenunan dan sulaman pada kasut adalah lambangkerajinan si gadis.

Bagaimanapun di kalangan lelaki golongan diraja danaristokrat yang menyimpan gundik, kaki yang dibengkung sebenarnyamekanisme untuk menghalang si gundik lari daripada mereka! Malah dikalangan lelaki waktu itu tidak dinafikan kaki yang berbengkungsebenarnya lambang erotik dan seksualiti.

Kaki yang berbengkung bermaksud si gadis tidak boleh bergeraksecara sempurna. Manakala di kalangan gundik, dengan kaki yang kecildan tarian yang lemah gemalai kerana kurang keseimbangan, ia disifatkansebagai 'keayuan'.

Kaki yang berbengkung dilihat sebagai bahagian tubuh palingindah dalam anatomi wanita. Apatah lagi apabila memakai kasut cantikbuatan sendiri bermanik dan berloceng.

Tradisi membengkung kaki dikatakan bermula pada Dinasti Sung.Walaupun awalnya ia diamalkan di kalangan golongan diraja danaristokrat, ia menjadi amalan hampir semua masyarakat ketika itu.Lelaki hanya akan memilih wanita berkaki kecil sebagai isteri.

Bagi wanita yang mengahwini golongan bangsawan atau menjadiperempuan simpanan, berkaki kecil mungkin satu kelebihan. Mereka tidakperlu membuat kerja rumah dan hanya melayan maharaja. Malangnya, bagikebanyakan wanita lain di kampung yang hanya berkahwin dengan golongankebanyakan, mereka masih perlu kerja di ladang. Justeru, bayangkanazabnya dengan saiz kaki yang tidak seimbang dan terpaksa jugamengendong anak di belakang.

Kaki kecil dianggap simbol erotik, seksualiti

Permulaan tradisi membengkung kaki sebenarnya penuh kontroversidan ada pelbagai versi mengenai asal usulnya. Antara versi popularadalah tradisi ini dikatakan bermula ketika Dinasti Sung. Seorangmaharaja dinasti itu dikatakan jatuh cinta dengan gundik berkaki kecil.

Gundik itu membalut kaki kecilnya dengan sutera cina. Apabiladia menari, pergerakan tarian yang lemah gemalai dan terhad keranaketidakseimbangan antara tubuh dan saiz kakinya. Namun, pergerakan itudisifatkan maharaja sebagai 'lemah gemalai'. Sejak itu, semua wanitasempurna diwajibkan membengkung kaki.

Satu lagi versi mengatakan ia bermula apabila seorang anakgadis maharaja Dinasti Sung lahir dengan kecacatan pada kakinya.Kecacatan itu ditutup dengan membalutnya dengan sutera. Justeru bagimengelak malu, si maharaja mengisytiharkan hanya wanita berkaki kecilbersaiz tiga inci paling ideal untuk diperisterikan.

Zaman feudalisme di China juga menyaksikan kedudukan wanitayang sangat rendah berbanding lelaki. Wanita dilihat sebagai pelengkapkehidupan lelaki. Wanita tidak dibenarkan keluar rumah, patuh pada bapadan abangnya, suami, selepas berkahwin dan anak lelaki jika dia janda.Malah, ketika itu masyarakat berpendapat tidak bijak memberi pendidikanpada wanita.

Justeru, tradisi membengkung kaki dilihat sebagai cara untuk mengawal wanita dan mengawal moralnya.

Tradisi itu kekal dalam budaya masyarakat China hingga abad20. Pemimpin Manchu dari Dinasti Qing, bagaimanapun tidak mengekalkanbudaya ini tetapi tidak berjaya juga untuk menghentikannya.Ketidakupayaan itu sekali lagi dikaitkan dengan simbol kaki kecil tigainci itu sendiri - erotik dan seksualiti.

Pada akhir 1800, pengaruh barat dan kemodenan menyedarkanmasyarakat mengenai kezaliman tradisi membengkung kaki. Golonganfeminisme antara mereka yang kuat menentang amalan ini. Antarapenggerak penentangan ini adalah Dr Sun Yat Sen yang akhirnyamenyaksikan tradisi membengkung kaki diharamkan sepenuhnya di China.

[ Last edited by  Syd at 3-4-2009 07:53 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2008 02:07 PM | Show all posts

Li Ye Ping, 80 menunjukkan kaki kuntum teratai miliknya.



Kaki kecil dikatakan melengkapkan kesempurnaan seorang wanita.




GAMBAR (kiri): Empat jari kaki yang dilipat dan sukar di bentuk semula. (kanan) Saiz kaki sebesar kotak rokok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 02:08 PM | Show all posts
INFO: Bengkung kaki

    * Amalan membengkung kaki dipercayai bermula pada zaman Dinasti Sung
    * Ia dilakukan sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun
    * Kaki akan direndam dalam rebusan suam campuran herba dan darah haiwan Jari kaki akan dipatahkan kecuali ibu jari dan dilipat ke bawah tapak kaki
    * Ia dibalut dengan kain sutera atau kapas yang basah berukuran kira-kira tiga meter dan lima sentimeter lebar
    * Ritual itu akan diulang setiap dua hari dengan kain pembalut yang baru
    * Selepas dilakukan berulangulang, kanakkanak ini tidak lagi berasa sakit dan kaki hanya akan dicuci setiap dua minggu.
    * Kaki yang dibengkung mesti mencapai ukuran enam sentimeter bagi golongan aristokrat dan 12.7 sentimeter untuk masyarakat bawahan.
    * Amalan penindasan ini diharamkan sepenuhnya pada 1930 selepas komunisme menerajui China.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 02:15 PM | Show all posts
ish....gerun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 02:15 PM | Show all posts
ish...gerun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 09:00 PM | Show all posts

salam

Simbol ketuanan lelaki terhadap wanita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2008 12:54 AM | Show all posts
uwaaaa...ape kes niaya kaki neh...
sakitnyeee...iskkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #6 fleurzsa's post

maksud nye

nak dpat perhatian lelaki

kena buat mcm tu

ngeri kalau tgk kaki mcm tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2009 07:52 AM | Show all posts
Kasut jengket lambang dara

Oleh NUR FARISHA FAIZ
utusanmelaka@utusan.com.my


RAYMOND Yeo menunjukkan gambar nenek moyangnya yang memakai kasut jengket kepada pelancong di hadapan kedai miliknya di Jalan Tokong Melaka. - UTUSAN/ NUR FARISHA FAIZ STRINGER

MELAKA 2 April - Kasut jengket cukup sinonim dengan kepercayaan lelaki Cina bahawa wanita yang memakainya mempunyai sepasang kaki yang cantik dan lebih menarik dianggap masih mempunyai dara untuk dikahwininya.

Menurut kepercayaan mereka, wanita yang mempunyai saiz kaki berukuran sembilan sentimeter dan mampu menyarung kasut jengket dikatakan dapat menjaga saluran peranakan dengan baik.

Bukan lelaki Cina sahaja yang mempunyai kepercayaan begitu malah kaum wanita juga percaya sekiranya kaki mereka tidak diikat dan dipatahkan hingga menjadi kecil, mereka tidak akan bertemu jodoh.

Terdapat juga mitos yang mengaitkannya dengan zaman Dinasti Ming apabila maharaja suka melihat penari-penari istana menari dengan menggunakan hujung jari sahaja bagaikan tarian balet menggunakan kasut jengket.

Bagi wanita bangsawan Cina, mereka yang mempunyai kaki kecil dianggap sebagai yang tercantik.

Oleh itu, tukang kasut pada zaman tersebut mencipta kasut yang dipanggil kasut jengket kerana saiznya yang kecil dan bentuknya yang sedikit menjengket untuk dipakai oleh wanita yang berkaki kecil.

Menurut pakar membuat kasut jengket Raymond Yeo, 53, wanita yang berkaki kecil ini tidak pernah keluar rumah kerana ia merupakan pantang larang yang harus diikuti.

Menurutnya, wanita Cina zaman itu perlu mengikat empat anak jari kaki tidak termasuk ibu jari kaki mereka menggunakan satu meter kain dengan melipatkan keempat-empat jari tersebut ke bawah tapak kaki.

Walaupun menyakitkan sehingga kadangkala menyebabkan luka, wanita-wanita ini tetap meneruskan hasrat mereka kerana ingin memiliki seorang suami dan mereka perlu mengikat kaki mereka bermula pada usia seawal tiga tahun.

Selain itu, sekiranya ingin membuka kasut mahupun mencuci kaki, mereka akan melakukannya di dalam bilik yang sangat gelap dan bersendirian kerana tidak mahu orang lain melihat rupa bentuk kaki mereka sebenarnya.

Malah kasut yang digunakan juga berwarna hitam dan akan dipakai bersama-sama dengan baju sutera Cina yang lebar potongannya melambangkan kemegahan dan kekayaan diri wanita tersebut.

''Ini mereka lakukan hanya semata-mata dapat menyarung kasut jengket dan berbangga mempunyai sepasang saiz kaki yang kecil," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, wanita Cina yang berhasrat untuk memiliki kaki yang kecil terpaksa berkorban walaupun menyedari mereka tidak boleh terlalu banyak bergerak selain mengharapkan bantuan orang lain untuk berjalan.

Walaupun berbangga dengan memiliki kaki kecil tetapi mereka tidak akan menunjukkannya kepada sesiapa walaupun ketika membasuh kaki.

Raymond menambah, selain isu dara, lelaki Cina zaman dahulu mencari wanita yang berkaki kecil kerana dianggap kaya sehingga tidak perlu melakukan kerja rumah dan mempunyai begitu ramai pembantu.

Mereka juga tertarik dengan gaya jalan wanita ini yang sangat perlahan dan dianggap sopan serta lemah-lembut.

"Apabila berkahwin, mereka tidak risau sekiranya isteri mereka yang berwajah cantik akan lari mengikut lelaki lain kerana isteri mereka tidak boleh bergerak kerana berkaki kecil," katanya.

Buat Raymond yang sudah hampir 30 tahun mewarisi bakat datuk serta ayahnya berkata, tidak ramai wanita Cina sekarang yang mengamalkan tradisi ini lagi sejak ia diharamkan ketika zaman pemerintahan komunis kerana pemakaiannya yang dianggap kejam serta menyakitkan.

"Hanya terdapat beberapa orang wanita Cina di negeri ini yang masih mempunyai kaki sebegitu dan umur mereka kini sudah menjangkau 90 tahun," katanya.

Raymond cukup dikenali di kalangan masyarakat Cina di negeri ini kerana mengusahakan pembuatan kasut jengket di kedainya di Jalan Tokong dekat sini.

Kasut itu masih mempunyai tarikan terutama kepada pelanggan yang berminat tetapi tidak lagi untuk memakainya sebaliknya dijadikan sebagai cenderahati untuk diberikan kepada saudara-mara dan sahabat handai.

Malah, dia juga turut menyimpan kesemua buku yang menyenaraikan nama pembeli kasut jengket di kedainya dan berapa pasang kasut yang dibeli oleh pelanggannya.

Menurut Raymond, dia mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menyiapkan sepasang kasut kerana ia memerlukan penelitian supaya kasut yang dihasilkan nampak kemas buatannya.

Terdapat dua jenis kasut jengket di kedainya iaitu kasut jengket biasa dan kasut jengket kerabat yang hanya dipakai oleh golongan istana dan bangsawan sahaja.

Perbezaan di antara kedua-dua kasut tersebut ialah jenis dan kualiti kain yang digunakan dan ketinggian yang dimiliki oleh kasut tersebut.

"Kasut jengket untuk golongan kerabat mempunyai potongan yang tinggi sedikit yang melambangkan status kekayaan dan martabat golongan tersebut yang dianggap berdaulat," katanya.

"Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri di mana warna merah atau emas melambangkan kekayaan dipakai sewaktu musim perayaan dan warna hitam dipakai semasa berlaku kematian.

"Kasut warna putih, biru dan hijau dipakai pada hari-hari biasa dan setiap warna memberi makna yang tersendiri kepada mereka yang memakainya," katanya.

Raymond menggunakan kain sutera yang berkualiti tinggi untuk membuat kasut jengket buatannya dan untuk bahagian tapak, dia menggunakan tapak yang diperbuat daripada kulit supaya ia tidak licin sewaktu memakainya.

Sepasang kasut jengket biasa boleh diperoleh dengan harga RM95 sepasang manakala untuk kasut jengket kerabat dijual pada RM225 sepasang.

Selain kasut jengket, mereka yang meminati kasut manik juga boleh memperolehnya di kedai kasut Wah Aik milik Raymond yang terletak di Jalan Tokong, Bandar Melaka.

Menurut Raymond, mereka yang berminat untuk membuat tempahan kasut jengket untuk tujuan cenderahati, boleh menghubungi beliau di talian 06-284 9726.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 07:53 AM | Show all posts
Perkayakan warisan budaya Melaka

MELAKA 2 April - Pameran kasut jengket perlu diadakan di negeri ini bagi memberi pengetahuan kepada generasi muda kaum Cina mengenai tradisi nenek moyang mereka yang semakin dilupakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng berkata, amalan pemakaian kasut jengket pada zaman sekarang sudah tidak praktikal lagi selaras dengan peredaran zaman yang semakin maju.

Menurut beliau, kini sudah jarang menemui wanita Cina yang memakai kasut jengket kecuali mereka yang berumur lebih 80-an kerana mereka merupakan generasi terakhir yang memakainya.

Katanya, cara hidup yang berlainan membuatkan generasi muda pada zaman ini tidak mengetahui mengenai kasut jengket yang digunakan oleh nenek moyang mereka kerana susah untuk mencari mereka yang masih menggunakannya.

"Pameran yang bakal diadakan dapat menceritakan mengenai budaya serta kehidupan masyarakat Cina zaman dahulu yang banyak mengandungi unsur-unsur sejarah dan mitos kepada anak-anak muda terutama mereka yang sudah tidak mengamalkan cara hidup orang Cina," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Walaupun pemakaian kasut jengket susah untuk ditemui kini tetapi dengan adanya generasi yang mewarisi pembuatan kasut ini, ia dapat memberi panduan dan keadaan sebenar kasut itu kepada mereka yang ingin mengetahui mengenainya.

Selain itu juga, ia dapat menarik perhatian pelancong ke negeri ini kerana ia merupakan warisan budaya yang masih tinggal dan bersesuaian dengan pengiktirafan yang diberikan untuk negeri Melaka iaitu sebagai Bandaraya Warisan Dunia yang kaya dengan peninggalan sejarah yang berharga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 04:38 PM | Show all posts
takutla tgk kaki gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 09:17 AM | Show all posts
Misteri mengikat kaki

Penghormatan dan keseksian wanita di China pada 1,000 tahun lalu dinilai daripada saiz kaki mereka yang kecil.


DAVID KO menunjukkan satu daripada 5,000 koleksi kasut kecil yang disarung oleh wanita China kira-kira 1,000 tahun lalu.

DOKTOR David Ko ialah seorang pengumpul artifak berkaitan amalan mengikat kaki yang menjadi amalan masyarakat China suatu ketika dahulu. Walaupun, menyifatkan amalan itu menyakitkan tetapi kajiannya mendapati perbuatan tersebut didakwa menyerlahkan keseksian golongan wanita China.

Kecenderungan mengkaji amalan tersebut telah mendorong Ko yang dilahirkan di Taiwan menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengumpul kasut kecil berwarna-warni yang digunakan oleh wanita China sejak 1,000 tahun lalu.

Didapati wanita pada zaman itu terpaksa mengorbankan dan mengikat separuh daripada kaki atas untuk tujuan kecantikan, fesyen dan seksualiti.

Atas desakan itu, amalan sedemikian menyebabkan golongan wanita terpaksa menahan kesakitan sepanjang hidup.

"Pada pendapat saya, amalan mengikat kaki merupakan satu bentuk fesyen di China, memandangkan rata-rata wanita di sana menyarung kasut kecil bersulam dan aksesori pada kaki mereka," katanya.

Menurutnya, negara Perancis dan Itali sentiasa berdebat dan mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab mencipta kasut sedemikian rupa.

"Namun begitu, mereka percaya kasut seumpama ini dihasilkan bagi menyokong tapak kaki yang diikat," katanya lagi.

Justeru, bagi menyokong ideanya, Ko menerbitkan tiga naskhah buku dan menganjurkan pameran mengenai amalan mengikat kaki di Taiwan, China, Kanada dan Amerika Syarikat.


TAPAK kaki menggerekot selepas dibalut dengan kain sejak kanak-kanak untuk mendapatkan saiz tapak kaki yang kecil.

"Seharusnya masyarakat kini memelihara amalan mengikat kaki seperti warisan sejarah yang lain, biarpun hari ini, bukanlah masa yang sesuai untuk mempromosikan perbuatan mengikat kaki sebagai aspek fesyen dan kecantikan," jelas Ketua Setiausaha Jantina dan Persatuan Hak Seksual Taiwan, Wang Ping.

"Amalan mengikat kaki telah mengehadkan pergerakan wanita bagi memenuhi kepuasan lelaki dalam sebuah masyarakat memandangkan wanita ketika itu tidak mempunyai status yang sama rata.

"Fahaman kecantikan tersebut bersifat penindasan," katanya lagi.

Amalan mengikat kaki yang menghasilkan bentuk kaki menyerupai bunga teratai sepanjang tiga inci kekal sehingga abad lalu selepas negara China menjadi negara republik.

Zaman pemerintahan maharaja hanya berakhir selepas peperangan sivil komunis pada tahun 1949. Namun begitu, di barat daya Yunnan, masih terdapat wanita yang mempraktikkan amalan yang menyeksakan itu.

Ko yang memiliki 5,000 pasang kasut kecil telah diberi maklumat oleh wanita yang mengamalkan amalan mengikat kaki. Mereka menyatakan keindahan sulaman yang menghiasi kasut adalah salah satu tarikan kepada golongan lelaki.

Tambah Ko lagi, wanita yang mempunyai saiz tapak kaki yang lebih kecil dipandang lebih menawan dan bahagia dalam perkahwinan.

Bukan itu saja, Ko turut mengumpul lebih kurang 10,000 aksesori, termasuklah stokin, sarung kaki, lukisan dan kasut berbentuk botol kaca. Kesemua yang dikumpul itu disimpan rapi di salah sebuah hospital persendiriannya di Taipei.

Bagi menjayakan proses penerbitan bukunya itu, Ko menemubual 300 wanita tua yang mempraktikkan amalan mengikat kaki sejak kanak-kanak. Beliau diberitahu, amalan mengikat kaki merupakan legasi budaya dan memberi inspirasi pada fesyen moden.

Dalam pada itu, Ko kini berusaha menangkis tanggapan para graduan dan pakar sejarah yang berfikiran negatif terhadap amalan mengikat kaki. Beliau berpendapat, sepatutnya golongan itu terus menjaga warisan tradisional masyarakat China.

"Saya masih ingat sewaktu kali pertama melihat wanita yang berkaki kecil ketika berusia enam tahun. Saya begitu terkejut dan teruja memikirkan bagaimana rasanya berkaki kecil," ujar pakar bedah yang berusia 54 tahun itu.

Hakikatnya, keterujaan itu memberi ilham kepadanya untuk memulakan proses mengumpul koleksi kasut kecil dan mula bergelar pakar dalam amalan tersebut.



"Barangkali saya akan menjadi pakar sejarah sekiranya kerjaya doktor yang dipegang kini tidak menjejaskan pendapatan keluarga," tambah Ko yang menanggung keluarganya daripada hasil pendapatannya sebagai doktor perubatan.

Pada awalnya, teori amalan mengikat kaki begitu meluas. Kesimpulannya, bentuk kaki yang kecil amat bergaya sekitar kurun ke-10. Ini terutamanya selepas pemerintah empayar pada waktu itu terpesona melihat kaki kumpulan penari yang kecil dan dihiasi dengan reben berwarna-warni di pergelangannya.

Sebenarnya, mengikat kaki sudah menjadi rutin normal kerana tanpa proses ini, golongan wanita tidak boleh berkahwin.

Kaki kecil yang dimiliki hanya ditunjukkan kepada suami atau kekasih.

Ironinya rutin ini dimulakan pada usia kanak-kanak. Si ibu atau saudara perempuan akan mengikat separuh daripada kaki kanak-kanak terlibat.

Kemudian, kaki mereka akan dibalut dengan kain yang panjang sehingga kaki menghasilkan bentuk yang sepatutnya.

Menambah erotik pada amalan ini apabila pihak lelaki akan memakan badam yang dihancurkan dan menyedut arak antara jari kaki yang cacat itu.

"Biasanya, wanita kaya memiliki tapak yang lebih kecil dan segelintir pencari jodoh akan bertanyakan soalan mengenai saiz kaki bakal pengantin wanita," jelas Ko lagi.

Walaupun amalan mengikat kaki memaksa wanita berjalan dalam keadaan berbeza daripada biasa dan perlu mengimbangi diri, tetapi itulah yang membuatkan mereka menarik dan seksi.

Pada masa yang sama, Ko turut melakukan perbandingan antara pemakaian kasut kecil dan korset yang digayakan oleh wanita Eropah pada kurun ke-18. Bezanya penggunaan korset hanya digunakan oleh wanita dewasa, sedangkan amalan mengikat kaki dilakukan sejak zaman kanak-kanak. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 09:19 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.124652 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list