CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alerina

(Merged) Meng'kasi'kan Kucing [Neutering,spaying]

    [Copy link]
Post time 22-7-2013 10:49 AM | Show all posts
Oh, btw... Klinik Kembiri tu murah sebab harga neuter tu disubsidi oleh penderma2 SPCA yang murah hati untuk menggalakkan ramai owners neuter kucing mereka bagi mengelakkan overpopulation.
Sebenarnya harga neuter tu sama jer dengan klinik swasta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 04:08 PM | Show all posts
hai..nak ty...sy ade 3ekor baby cat yg nak di nueter kan... elok bwk dorang satu2 g nueter ke bwk skali sume dlm 1 cage/carrier? kalo bwk dlm carrier tu nnt lps nueter xpe ke himpit2 dlm tu?

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:33 PM | Show all posts
zienur posted on 31-7-2013 04:08 PM
hai..nak ty...sy ade 3ekor baby cat yg nak di nueter kan... elok bwk dorang satu2 g nueter ke bwk sk ...

Selalunya orang yang bawak sekali gus 3 ekor terus untuk neuter sebab senang nak jaga sekali jer.
Kalau tak cukup ruang dan banyak masa untuk menjaga semuanya mengikut fasa, boleh jer nak hantar neuter sekor2.
Kalau sangkar tu besar dan muat 3 ekor kucing dalam keadaan berbaring, bleh jer guna satu sangkar.
Kalau tak, better guna satu sangkar untuk seekor kucong.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 06:05 AM | Show all posts
nk mintak pandangan kwn2 kt cni...
skrg i ade 4 kucing, 1 mak kucing n 3 lg anak die..sekor anak die tu jantan
i mmg ingat nk neuter kn sume skali sbb dh xlarat nk jage byk2 kucing tp my dad x bagi sbb alasan die kate berdosa..even i dh ckp jakim dh kuarkn fatwa pn die stil xnk gak..my dad ckp kalo dtg miang sruh kurungkn je dlm sangkar..tp kucing i ni blh tahan buasnya
so nk mintak pandangan n nasihat korg kt cni..mcm mane ye nk yakinkn my dad tuk neuter kn my cats

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 08:09 AM | Show all posts
hanezana posted on 2-8-2013 06:05 AM
nk mintak pandangan kwn2 kt cni...
skrg i ade 4 kucing, 1 mak kucing n 3 lg anak die..sekor anak di ...

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama

Nama : . SALINA WATI.
E-Mel :  
shasafiera@yahoo.com.my.
Kategori :  ISU SEMASA

--------------------------------------------------------------------------------
SUB KATEGORI
Umum
--------------------------------------------------------------------------------

Tarikh Hantar Soalan :  22/10/2009 02:25 PM
Soalan :  Assalammualaikum...
Saya ada sedikit kemuskilan tentang kasi/mandul kucing. Adakah boleh (atas2 sbb tertentu) atau tidak boleh langsung? Jawapan yg saya lihat dlm website ni berlainan dgn jawapan yg saya terima daripada pegawai yg bertugas semasa saya menelefon tempohari. Boleh terangkan hukumnye? Terima Kasih.

Jawapan :  Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Mohon maaf kerana terlewat memberi respon terhadap persoalan yang anda kemukakan. Segala kesulitan amat dikesali.
Jika dirujuk kepada Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3 dan 4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.

Nota:
Maslahah ammah bermaksud menjaga keselamatan dan kebajikan manusia.
Wallahu 'alam..
Status :  Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :  PANEL SJAI (MZR) 111209
Tarikh Selesai :  11/12/2009 04:22 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

ini stick untuk thread neuter kucing sebab banyak kali sangat forummer bertanyakan tentang hal ini dan perlukan confirmation dari pandangan agama.

ini diambil dari website BAHEIS (bhg. hal ehwal islam)...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 08:10 AM | Show all posts
hanezana posted on 2-8-2013 06:05 AM
nk mintak pandangan kwn2 kt cni...
skrg i ade 4 kucing, 1 mak kucing n 3 lg anak die..sekor anak di ...

Dipetik dari http://pakcupet.blogspot.com/201 ... ing-atau-tidak.html

Stigma kembiri di Malaysia:-
Kebanyakan penggemar binatang peliharaan tahu tentang kembiri atau neuter ini. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Alasan bagi kedua-dua pihak ini ada banyak dan pakcu try la senaraikan seperti berikut :-

Alasan Menyokong :-
1. Terlampau banyak kucing
2. Kucing jantan memancut merata-rata
3. Kucing betina dan jantan mengiau terlampau kuat dan bising
4. Supaya kucing lebih sihat,manja dan besar
5. Menghilangkan stress kucing bila datang gian
6. Menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar jalanan (stray cats)

Alasan Menentang:-1. Nak ada baka kucing
2. Kesihan pada kucing
3. Takut berdosa kalau di kembirikan/kasikan


1. Pakcu tak mampulah nak bela kucing banyak-banyak (samada dari segi material dan fizikal). Cuba lihat celoteh Pakcu pasal Kucing Jalanan... takutkan.
2. Pengalaman pakcu, semua kucing yang telah dikembirikan menjadi lebih sihat, manja, jinak, bulu makin cantik dan bersih, kurang stress dan tak banyak perangai. Senang di jaga...
3. Kucing yang dikembiri tak suka keluar rumah dan jarang bergaduh.
4. Secara tak langsung pakcu ingin menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar/jalanan.

Ok, Pakcu lihat kebanyakan dari kita (majority malays), liat sangat nak kembirikan kucing mereka. Pakcu boleh faham, kalau kucing tu kucing kacukan (kucing bulu panjang) dan inginkan baka, tapi yang pakcu terkilan kalau kucing tu kucing biasa (bulu pendek). Tak kurang juga yang memberikan alasan agama yang mengatakan berdosa. Di sini, pakcu pastekan fatwa dari JAKIM tentang isu ini :

Takut Berdosa
Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".


So, kalau ada keraguan tentang hukum berdosa ke tidak, JAKIM telah mengeluarkan fatwa tersebut jadi macam pakcu, ikutlah Fatwa tersebut. Kepada yang lain, terpulang kepada keinginan masing-masing tapi Pakcu nak nasihatkan, jangan lagi menjadikan isu agama sebagai alasan untuk tidak mengembirikan kucing anda.

Inginkan Baka..
Ok, kepada mereka yang inginkan baka. Pakcu rasa tak salah. Cumanya kalau inginkan baka, setakat seekor dua sudah la. Tapi, semua tahu kan, kucing boleh melahirkan baka mencapai berbelas-belas ekor dalam masa setahun. Mampukah kita kalau cuma dari sepasang, tahun depan dah ada 12 ekor kucing? Kalau tak mampu apa akan jadi pada nasib kucing-kucing tersebut? Fikirkan lah... Ada juga yang memberi alasan, lepas lahir baka nanti, kucing tersebut akan dikasikan. Kat sini, Pakcu dulu telah memberikan pendapat yang pakcu rasa Pakcu silap. Dulu pada mereka ini pakcu mengiyakan alasan tersebut tetapi pakcu lupa untuk menasihatkan bahawa setelah mendapat baka, bukan saja ibu bapa kucing tersebut harus dikembirikan, tetapi bakanya juga harus dikembirikan. Kalau tak, maka balik pada wal asal balik asal lah. Jumlah kucing akan terus membiak sehingga tidak lagi mampu dijaga.Untuk itu, kepada yang memberi alasan begini, ingatlah bahawa bertindak awal adalah lebih baik dari bertindak dikemudian hari.

Kesian kucing..
Kepada yang memberi alasan kesian kat kucing, ini pandangan pakcu. Mana yang anda lebih kesian - pada kucing anda yang duduk dirumah, atau pada kucing anda yang terlampau banyak yang kelaparan dan berkeliaran di jalanan? Terimalah hakikat bahawa semampu mana pun kita nak bela kucing, tak akannya kita mampu nak berikan kasih sayang sama rata pada berbelas-belas atau berpuluh ekor kucing. Kadang-kadang kita ambil mudah tentang perkara ini. Bila dah terlampau banyak kucing, kita lepaskan mereka di luar dan lepas dari tanggungjawab hanya dengan memberikan mereka makan minum saja. Ini pada pakcu sudah jadi satu penganiayaan pada kucing.

Jadi pakcu rasa tak ada sebab yang baik untuk kita tidak mengembirikan kucing kita. Ingatlah, tiada masalah lewat untuk kembirikan kucing. Yang jadi masalah bila kita tidak kembirikan kucing atau terlampau lewat mengambil tindakan. pakcu tak nak lah berdebat pasal agama tentang isu ini dan janganlah pulak ada yang menyamakan isu kembiri kucing ini dengan isu kembiri manusia pulak. Cukuplah ada fatwa Jakim yang mengharuskan perkara ini dan disokong oleh bukti saintifik dan sosial. Tepuk dada tanya selera tapi fikirkanlah nasib kucing-kucing anda semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2013 08:45 AM | Show all posts
boocik04 posted on 1-8-2013 12:33 PM
Selalunya orang yang bawak sekali gus 3 ekor terus untuk neuter sebab senang nak jaga sekali jer.
...

kalo letak dlm sangkar yg besarnye biasa je..kalo kt  mudah org jual RM50..rasa sempit x? mmg nk bwk skaligus sng jaga...
eh tp budak2 kecik tu bile lei nueter?

kalo da sebulan boleh mandi da kan?

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 02:32 PM | Show all posts
zienur posted on 2-8-2013 08:45 AM
kalo letak dlm sangkar yg besarnye biasa je..kalo kt  mudah org jual RM50..rasa sempit x? mmg nk b ...

Kucing2 bole neuter seawal 3 bulan tapi tak semua klinik yang buat EAN (early age neutering).
Klinik Kembiri di Setapak ialah salah satu tempat yang buat EAN ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 03:08 PM | Show all posts
nk tnye. camne nak tahu kalo kucing betina tu dah di kasi(mandul)?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:07 AM | Show all posts
myfish posted on 19-9-2013 03:08 PM
nk tnye. camne nak tahu kalo kucing betina tu dah di kasi(mandul)?

berat kene more than 2 kg...asal 2 kg n ++...dh blh mandulkan..tak kira bape umo nya


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:19 AM | Show all posts
anizarina posted on 20-9-2013 11:07 AM
berat kene more than 2 kg...asal 2 kg n ++...dh blh mandulkan..tak kira bape umo nya

bukan camtu mksd aku.
aku maksudkan macam mana nak tahu kucing tu dah dimandulkan?
aku ade jmpa kucing betina. tapi tak tahu dah mandul ke tak kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:24 PM | Show all posts
myfish posted on 20-9-2013 11:19 AM
bukan camtu mksd aku.
aku maksudkan macam mana nak tahu kucing tu dah dimandulkan?
aku ade jmpa  ...

ooo..aku baca xabes..hurm...cer bawak p vet...selalunya vet blh tau..sbb klo betina..the scars susah nk nampak..sbb kucing kan berbulu..

tp klo ko bela dia lama and xpernah nmpak dia on heat, berkemungkinan dia dh di zast...


p/s: vet pun kadang2 tak dpt nk differentiate..pernah sekali vet rina blh tanya is there any possibilities bubuye ni terlepas sbb ada ketulan kt perut...hahhahah rina siap ckp yg dr sendiri yg operate bubuye...sama2 kami tergelak..bunting lemak si bubuye ni rupanya..hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:32 PM | Show all posts
anizarina posted on 20-9-2013 01:24 PM
ooo..aku baca xabes..hurm...cer bawak p vet...selalunya vet blh tau..sbb klo betina..the scars sus ...

hahhaha. tula pasal. aku ade jumpa sekor kucing ni. bulu lebat sgt
ingat nk kawen kan dgn kucing jantan aku. tapi dia garang benor
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 03:35 PM | Show all posts
hai nak tanye..kat klinik kembiri setapak tu leh ke bawak kucing parsi ke kucing local je
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 09:47 AM | Show all posts
sukekucing83 posted on 21-9-2013 03:35 PM
hai nak tanye..kat klinik kembiri setapak tu leh ke bawak kucing parsi ke kucing local je

bawak je dulu tanya...kadang2 yg bulu panjang cantik2 boleh je...kadang2 asal ada idung hangit terus kene reject..hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:19 PM | Show all posts
hye uolls.. I nak tanya kat mereka2 yang biasa bela kittens.. I baru je dapat one small kitten a few days ago, around 1++ month.. mula2 dapat memang dia nampak kurus kering, and bila dia berak pulak taik dia lain macam. So I bagi dia milk replacement beli kat pet shop, still dia berak tak ok n keluar benda merepek , cair, and tak banyak makan.. so I decided to bring her to vet.. n the vet said dia cirit birit and maybe ada sakit perut, sebab tu jadi macam tu.. yg lawaknya on the spot vet bagi try bagi dia makan special cat food, perghhh lahap bukan main.. padahal sebelum tu i punya struggle beli macam2 makanan wet food but langsung sikit je dia makan.. vet tu kata cat food tu yg mahal punya..  no wonder la

so now dia dah ok, sihat, n active but I tak sure berapa banyak I kena bagi dia makan, is it every 4 hours? sebab I takut malam2 dia lapar pulak. Usually untuk malam I bagi dia makan around tengah malam between 12-1am (sometimes 2am), n then esoknya on 7am.. ok ke mcm tu? sbb i taknak biarkan makanan tu dalam cage, takut spoil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 09:26 PM | Show all posts
eh jap, I baru perasan yang I dah tersalah thread.. hahaha.. sorry! gonna ask at another thread
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 11:52 AM | Show all posts
mizzy posted on 24-9-2013 09:26 PM
eh jap, I baru perasan yang I dah tersalah thread.. hahaha.. sorry! gonna ask at another thread

its ok, i dah reply
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 04:25 PM | Show all posts
nak tanye la..sy nak kasi kan kucing saya tp risau plak..ade kemungkinan x ade complication eh..sbb kucing tu dh 5 tahun lebih umur die..amik dr pakcik sbb die xnak bela dah..
sebab ade bace somewhere lepas ade sekor kucing ni di kasi tros x sehat and mati..huhu risau plak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 02:09 PM | Show all posts
sukekucing83 posted on 27-9-2013 04:25 PM
nak tanye la..sy nak kasi kan kucing saya tp risau plak..ade kemungkinan x ade complication eh..sbb  ...

inshaaAllah, tak ada.. kaka leo penah neuter kucing yg umur 6 thn.. bila2 & berapa umur kucing boleh di neuter/spaykan.. puasakan dulu semalaman, esok pagi2 bawa klinik.. bgtau vet nak neuter kucing. lepas neuter kucing akan lebih sihat & senang utk dijaga.. ok, cepat2 ye neuter kucing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.078028 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list