CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alerina

(Merged) Meng'kasi'kan Kucing [Neutering,spaying]

    [Copy link]
Post time 1-10-2013 04:18 PM | Show all posts
thanx k.leo..skang ni kucing tu xnk kt org n kurus sgt..bulu je tebal..sebab ngan tuan die dulu kene kurung je..so die tak bape jinak ngan orang..harap2 pas neuter ni lebih gemuk dan jinak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 11:25 AM | Show all posts
sukekucing83 posted on 1-10-2013 04:18 PM
thanx k.leo..skang ni kucing tu xnk kt org n kurus sgt..bulu je tebal..sebab ngan tuan die dulu kene ...

Lepas neuter, insyaAllah kucing u tu makin sihat, gemuk dan manja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:01 PM | Show all posts
aritu saya ada post dekat thread mummy daddy kucing tu. saya dah neuterkan kucing saya ahad lepas..lambat buat sebab tunggu 2nd vaccine jugak. buat dekat branch mesra petshop dekat pandan prima tu je. kucing jantan. 2D1N charge RM70. tp saya 2 night jugakla..sbb malam nak amek tu boleh pulak tayar kete pecah n kucing saya masih mamai2.

sekarang ni tgh jaga anak bujang berpantang. kalo saya letak minyak gamat ok kan? risau saya takut luka dia bengkak ke ape.. dahla lidah dia luka or ada ulser. pagi tadi tidur atas lengan saya, air liurnya meleleh2. saya check lidah dia mcm luka. td bwk pergi vet..vet bg antibiotik dgn jeli gamat.

saya rasa doc yang neuterkan tu kasarlah. doc lelaki, abes kaki depan Miki kena apebenda tah. kaler merah2. mcm ubat,tp tatau ape. lepas tu bibir belah atas mcm terluka sikit. kucing saya ni x frenly..kena lembut2 dgn dia.  biasa doc perempuan yang handle. bila tanya pembantu kedai dia ckp kucing saya sedar elok je. miki ni dahla kuat stress. gamaknye tgh mamai2 tergigit lidah..kesian dia. sori OT ye mod
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 02:07 PM | Show all posts
4 Perkara Yang Mesti Diingat Sebelum Memandulkan Kucing.

Perkataan lain bagi mandul ialah kasi.

Beberapa aspek penting sebelum memandulkan kucing ini kami tekankan agar, pemilik kucing tidak mengalami 'kerugian' besar.

Kerugian ini bermaksud, kucing mati selepas pembedahan pemandulan akibat tidak mengambil langkah berjaga-jaga, atau dengan kata lain pencegahan.

=======
K.A.S.I
=======

4 perkara tersebut ialah;

K --> Kutu

Memastikan kucing adalah bebas kutu sebelum pemandulan adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko kematian selepas pembedahan. Kutu yang mahu diberikan perhatian di sini ialah pinjal atau fleas.

Serangga penghisap darah ini bukan sahaja menjadikan kucing 'kekeringan' darah, malah berisiko mendapat jangkitan lain seperti kuman parasit darah, virus bahaya dan cacing pita.

Ketiga-tiga penyakit bawaan kutu di atas boleh mengurangkan lagi darah kucing di mana kuman parasit darah menyebabkan pecahnya sel darah merah, virus bahaya seperti Leukemia virus mengganggu fungsi normal buah pinggang dan cacing pita juga menghisap darah.

A --> Antibodi

Seperti ibu mengandung yang diwajibkan mengambil vaksin tetanus untuk mencegah penyakit kancing gigi selepas bersalin, kucing yang ingin dimandulkan wajib divaksinkan untuk mengelakkan penyakit berbahaya selepas pemandulan.

Paling tidak pun kucing divaksinkan dengan vaksin core, 4 dalam 1 secara lengkap mengikut umur dan rejim produk vaksin tersebut sekurang-kurangnya 10 hari sebelum dimandulkan. Paling elok ialah 14 hari sebelum prosedur.

Vaksin memerlukan masa untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi. Maka, pada hari ke-10 selepas vaksinasi, badan kucing sudah mula mempunyai antibodi yang cukup bagi melawan jangkitan akan datang.

S --> Sihat

Kucing yang ingin dimandulkan mestilah sihat tubuh badan serta mempunyai berat badan dan kondisi badan yang optimum.

Dengan kata lain, kucing tersebut hendaklah bebas selsema, tiada cirit birit teruk, tidak mengalami masalah pernafasan, bebas sakit mata, juga makan dan aktif seperti biasa.

Kucing yang sihat bermakna ia kucing yang kurang stres. Kucing yang kurang stres mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat jangkit selepas pembedahan juga survivalitinya lebih tinggi.

I --> Ingin

Secara puratanya, kucing mempunyai keinginan mengawan apabila menjangkau umur 6 bulan.
seeloknya kucing dimandulkan sebelum mencapai umur 6 bulan atau sebelum mempunyai keinginan mengawan buat pertama kalinya.

Menurut kajian, kucing betina yang dimandulkan sebelum pertama kali biang mempunyai risiko rendah untuk menghidap kanser kelenjar susu, jangkitan rahim dn kanser rahim.

Memandulkan kucing jantan sebelum pertama kali biang pula, akan mengurangkan risiko mereka daripada mempunyai tabiat kencing merata-rata untuk menanda teritori. Peluang untuk menghilangkan tabiat ini hanya 50% jika memandulkan kucing jantan yang sudah dewasa.

=======
Kesimpulan
=======

Semua pembedahan mempunyai risiko. Apa yang penting adalah mengurangkan risiko tersebut agar peluang survival kucing meningkat.

4 perkara di atas akan meningkatkan peluang survival kucing semasa dan selepas pembedahan.

Kami telah beberapa kali berjumpa kes kematian kucing selepas pembedahan akibat jangkitan virus seperti Panleucopeniavirus yang langkah pecegahannya cukup mudah. Hanya vaksinkan, imunisasikan atau beri pelalian.

http://honeyvets.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 11:19 PM | Show all posts
nk tanya utk kucing betina jahitan lps neuter tu besar tak? obvious sgt ke luka tu nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:26 PM | Show all posts
hanezana posted on 27-2-2014 11:19 PM
nk tanya utk kucing betina jahitan lps neuter tu besar tak? obvious sgt ke luka tu nnt?

tak besar pun dlm 1 - 1 1/2cm je.. tp skg vet tak jahit dah..dia plaster je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2014 06:22 PM | Show all posts
leotazz818 posted on 28-2-2014 02:26 PM
tak besar pun dlm 1 - 1 1/2cm je.. tp skg vet tak jahit dah..dia plaster je..

plaster? plaster yg kita pakai masa luka tu ke? tak tertanggal ke nnt?
blh tak share penjagaan kucing lps neuter ni? thanks ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 04:07 PM | Show all posts
hanezana posted on 28-2-2014 06:22 PM
plaster? plaster yg kita pakai masa luka tu ke? tak tertanggal ke nnt?
blh tak share penjagaan ku ...

ehh..bukann.. surgery plaster la dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2014 06:21 PM | Show all posts
leotazz818 posted on 6-3-2014 04:07 PM
ehh..bukann.. surgery plaster la dik..

haha! patut la cm pelik plak kalo pkai plaster luka tu kn
btw, sy dh tanye kt klinik yg slalu pegi tu..kt sana stil jahit lg
tp masalahnya my cats stil breastfeed baby dia lg...tkot x sempat neuter dh bunting blk
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:02 AM | Show all posts
hanezana posted on 6-3-2014 06:21 PM
haha! patut la cm pelik plak kalo pkai plaster luka tu kn
btw, sy dh tanye kt klinik yg slalu peg ...

kurung la kot kejap..
kucing 3 bln sekali on heat.. silap2 mau bunting lagi.. tambah2 kalau tino meow cun melecun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:28 AM | Show all posts
as-salam.......

kucing aku br seminggu dikasi
nak tanya, dekat sekitar tempat yg doktor jahit tu, mmg mcm bengkak sket ke?
kucing aku hntr kat mesra petshop saujana impian
kat sana doktor jahit dan lepas 2 minggu pegi balik bg doktor buka

kucing aku ni jenis tak reti duduk diam. tak nak kena kurung.
lepas 2-3 hari tu nmpk slow la dia, nak duduk pun mcm lain mcm je landingnya
skang ni dah mcm normal balik
takut jugak kena jangkitan nnt

[/URL]


[/URL]
ni masa dia tgh baring telentang jd nmpk sgt terbonjol tang sana
mmg mcm ni ke?
Last edited by renee on 25-4-2014 09:33 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:54 PM | Show all posts
renee posted on 25-4-2014 09:28 AM
as-salam.......

kucing aku br seminggu dikasi

uikk.. nape ek bengkak?? infection kah? ada tanya vet tak psl ni?


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 08:26 AM | Show all posts
bukan infection. budak kecik tu elok je
ligat lebih dari biasa

sabtu dh pergi vet buka benang jahitan
vet kata setengah kucing mmg mcm tu
dia ckp pasal tissue scar klu tak silap
sekitar bekas jahitan tu pun mcm keras je
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 04:44 PM | Show all posts
renee posted on 5-5-2014 08:26 AM
bukan infection. budak kecik tu elok je
ligat lebih dari biasa

ooo.. seram pulak tgk.. hihi
skg ni mcm mana? dah sihat blom?
nnt tucin awak makin bambam tau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 09:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:47 AM | Show all posts
nak tanye..if neuterkn kucing jantan blh kurangkn dorang dr bergado x?
lately anak2 teruna ni asik gado je...abis luka2..
or ade ape2 tips x utk elakkn dr gado?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.069477 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list