CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

...campak saja perkataan Merdeka...

  [Copy link]
Post time 10-8-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesetiaan kepada raja dan negara dapat membuktikan rakyat Malaysia masih menghargai kemerdekaan yg telah diperoleh selama ini

Pemimpin dan rakyat adaah elemen penting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun simbol kedaulatan negara masih terletak pada tangan Raja-raja melayu.

Hargai warisan melayu yang merupakan tunggak kepada negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 11:13 AM | Show all posts
merdekakan diri daripada perangai-perangai yang membinasakan...
merdekakan jati diri daripada sikap pesimis dan pemalas...
merdekakan minda daripada berkata-kata yang menghiris kalbu...
merdekakan jiwa daripada sikap suka menghakimi, suka mendengki, suka mencari salah orang...
merdekakan perasaan daripada rasa takut dgn pandangan/anggapan orang lain...

akhir sekali...

merdekakan Malaysia daripada kerajaan yang membebankan rakyat & daripada para pemimpin yg langsung x bijak yg tiada rasa empati  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tq to momod @seribulan .... dah bantu iols merdeka dari jadi SR since 2008 katanya

Comments

no prob  Post time 11-8-2017 01:31 PM
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rata-rata rakyat Malaysia ni terutama yang generasi baru tak betul2 menghayati makna kermedekaan tu. Laungan dan erti merdeka tu sendiri macam dah tiada makna, atau laungan dari mulut semata2. Zahirnya mungkin merdeka, tapi pemikiran masih dijajah.

Mungkin juga kerana kita lebih didedahkan dengan kisah kemerdekaan yg dicapai tanpa pertumpahan darah. Jadi tak rasa semangat perjuangan tu. Tidaklah maksudnya mencapai merdeka itu perlu pertumpahan darah, cuma sebaiknya diangkat lebih lagi wira2 tak didendang sewaktu misi melawan Jepun dan Komunis dulu. Apa yg dipelajari di sekolah tak memberi keadilan bagi wira2 ini. Padahal kita banyak pahlawan, pengunaan senjata canggih masa tu yang tak kurang hebatnya yg tak diketahui umum.

Tapi yang paling penting sekali adalah bagaimana kita hendak memerdekakan pemikiran dan sikap kita. Tak guna sambutan kemerdekaan tu kalau masih lagi rasist dan sangka buruk dengan berlainan kaum. Macam mana nak merdeka kalau hukuman dan kesalahan rakyat saja yg dibawa kemuka pengadilan sedangkan pemimpin yg rasuah, salah guna kuasa masih bermaharaja lela.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Merdeka....jiwa merdeka bebas dari belenggu yang kusut...hati dan perasaan bebas tanpa halangan yang membebankan diri...Merdeka..merdeka.....bebaskanlah aku dari dibelenggu...hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 08:02 PM | Show all posts
Merdeka, kebebasan yang tidak bertepi.

Kita merdeka pada nama tp tidak pd bangsa.
bangsa yang menidakkan kebebasan
bangsa yang menyebabkan bangsa nya menangis
bangsa yang meragut bangsanya sendiri
bangsa yang kaya tanpa menyedari miskin itu wujud
bangsa yang akhirnya terus menindas dan menghukum bangsanya sendiri.

merdekalah bangsaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Merdeka bukan sekadar memerdekakan diri daripada penjajah

Minda juga perlu dimemerdekakan untuk melahirkan masyarakat malaysia yg mempunyaibminda kelas pertama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 11:06 PM | Show all posts
kecik2 dulu tahun 80an mmg tetiap tahun abah bwk pegi dataran merdeka.
kena bangun awal bersiap awal kalo mak keje pagi
kami antar mak dulu kt hospital universiti (ppum)
pastu terus ke dataran merdeka
orang memang ramai tp jujurnya saya tak paham semua tu
dah abah bawak ke situ jd tengok jer la orang ramai kt situ
tengok perbarisan dan sebagainya
pukul 10 lebih bila dah abis semuanya balik rumah
sepatah haram sy tak paham pegi dataran merdeka utk apa
begitulah setiap tahun
ada juga tahun2 tertentu abah masuk dlm perbarisan
sb abah keje kerajaan
tu la agaknya abah suka tengok perbarisan kt dataran merdeka
skrg ni pun dah lebih 20 tahun abah pencen
abah tetap tengok perbarisan tapi depan tv jer
kul 7.30 pagi mesti dah cari pot depan tv
sambil2 tu abah dan mak tengok baju jabatan mana yg paling menarik
saya mmg tak lah nk ke dataran nun
sb tak kuasa nk tempuh orang ramai dan cari parking kt area dataran merdeka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2017 10:15 PM | Show all posts
merdeka itu sendiri satu perkataan keramat seperti mana betapa hebatnya usaha orang-orang malaysia dulu untuk memerdekakan negara kita.

buat semua pejuang,
terima kasih.

buat semua rakyat malaysia,
keharmonian dan kebebasan yang kita kecapi sekarang, haruslah di jaga.

jadi, jangan disentuh perkataan merdeka itu.

selamat hari merdeka, rakyat malaysia!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Merdeka atau derhaka?
Macam mana rasa merdeka bila tiap hari kita mengeluh itu dan ini
Tenaga keringat org dulu keluar tapi tidur nya nyenyak
Tenaga keringat org sekarang tak berapa nak keluar tapi  tidur nya dgn  otak berjalan

Dulu dengar lagu negara ku semangat berkobar kobar
Hari ini dengar lagu negara ku hati jadi sayu
Bila orang tua di hina dan di maki, di viral setiap hari , jadi ikutan anak muda sekarang
Dulu bapa berdehem semua anak anak takut tapi hubungan keluarga sangat rapat
Hari ini sayang anak, semua permintaan dipenuhi tapi hubungan tak mesra akibat memenuhi tuntutan kerja dan keperluan.
Rindu nya zaman dulu zaman lagu negara ku yang slow itiew.
Merdeka kita hari ini atas nama apa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:32 AM | Show all posts
Kemerdekaan itu sendiri membawa maksud "kebebasan" daripada penindasan penjajah, dan apa yang kita nikmati sekarang adalah pengorbanan daripada pejuang-pejuang yang terdahulu yang  berjuang untuk memberi kesenangan untuk anak cucu cicit mereka kelak.

Terima kasih pejuang negara dan terus mensyukuri nikmat keamanan yang kita nikmati sekarang.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 11:54 PM | Show all posts
!5 more days to go....
Then its Merdeka  !!!  Merdeka !!! Merdeka !!!

Dulu2 rasanya bila laungan Merdeka bergema boleh naik bulu roma ...But now sedihhh sgt2...very few houses now yang kibarkan bendera...kalau dulu sampai atas pokok pun ikat bendera.. Now nak psg bendera kat umah rasa janggal sbb yr hse will be only few or only house yang ada bendera...  

Sad...so sad...its a sad sad situation( )...jokes aside tapi ini perasaan yang I feel..probably its just me or majority...Im not sure... Disebabkan different political ideology sampai semangat kemerdekaan makin suram...kusam.. No Im not gonna let that happen this time ..I luv my country wpun macam2 ups & downs nya.. Its all from  US... Let us be a true Malaysian...Put aside our differences..Lets really have the true Malaysian spirit again... MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Im so blessed to be a Malaysian...Thank You Allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 08:57 AM | Show all posts
Merdeka merdeka tapi..
KLCC kene tawan dgn warga asing..
Macam kat Indonesia, Bangladesh, Pakistan la pulak..
Huhuhu..
Dengan bau bauan yang kurang segar..
Kuang...Kuang..Kuang..
Malaysia ku terbilang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:17 AM | Show all posts
Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri  
lalu api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali

yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 03:07 PM | Show all posts

Pagi-pagi perut lapar nak makan.....kedai mamak/india la jawabnya. Mudah nak cari dan pantas servisnya.

Nak jalan-jalan, kereta kotor, bwk pergi cuci, Org Myanmar lah tolong cucinya.

Hari minggu, singgah ke pasar pudu....cari barang basah.....kebanyakkan penjualnya bangla. Malah peniaga cina pun x seramai mereka.

Tepi rumah, rumput panjang....cari budak nak potong. Makanya budak Rohingya la penyelamatnya.

Soal pembantu rumah/penjaga anak2 kita semasa hari berkerja......atau nak repair rumah, paip bocor atap genting tercabot....siapa lagi yg nak diharap kalu bukan rakyat indon.....

Kedai runcit, hardware, kedai baju, kedai elektrik...dan mcm2 kedai lgi lah......majoritinya geng mata sepet dah conquer......

Org bangsa kita mana yer........hilang. Ohh dah MERDEKA ke kita ni yer???!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 02:10 PM | Show all posts
Laungan kemerdekaan tanggal 31 Ogos masih lagi kita nikmati...syukur

Nukilan sajak dari Serunai Faqir

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 02:11 PM | Show all posts
PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 02:15 PM | Show all posts
Mana mungkin kita campak saja perkataan Merdeka...mari kita hayati sajak ini...

INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh
Banting,
September 2000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:10 AM | Show all posts
Hijrah dari air mata kepada sukacita. Hijrah dari masa lalu dengan menutupnya rapat-rapat, memberi tanda selesai hingga tidak menjadi beban ketika melangkah menuju masa depan. Hijrah dari kenangan kepada kenyataan. Bersiap mengganti memori yang usang dengan serangkaian kejadian baru. Hijrah dari kekecewaan dengan memaafkan.

Hijrah itu kunci dalam segala kebebasan. Jika kau mengerti diksi hijrah yang sebenar-benarnya, kau pasti akan menemukan erti MERDEKA yang sejati!

-Assalamualaikum, Beijing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:30 AM | Show all posts
merdeka pada nama,
terjajah pada minda..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.385225 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list