View: 8354|Reply: 2
|
guna kod nak jinakkan haiwan!!
[Copy link]
|
|
Guna kod jinakkan haiwan
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
Jauh daripada kesibukan kota, Deerland Park di Mentakab, Pahang menawarkan pengalaman menyuapkan makanan kepada beruang atau bermain-main dengan 20 ekor rusa. Menarik bukan?
PERNAHKAH anda melawat zoo atau ladang ternakan rusa? Jika pernah, berapa dekat jarak anda dengan haiwan liar seperti beruang atau rusa ketika di sana?
Mungkin jarak paling hampir pun sekitar lima hingga 10 meter dan yang lebih pasti, anda berada di luar pagar. Bukanlah salah zoo atau ladang ternakan, memandangkan sudah menjadi naluri haiwan liar untuk menjauhi manusia.
Justeru, peluang mendekati, memberi makan, memegang bahkan membelai haiwan liar, pasti akan menjadi satu pengalaman yang sukar disangka oleh kebanyakan kita.
Itulah keistimewaan yang terdapat di Deerland Park yang terletak berhampiran Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang.
Pengasas Deerland, Abdullah Ahmad Mahmud, 56, berkata, para pengunjung termasuk kanak-kanak berpeluang bermesra dengan haiwan liar tanpa halangan dan masalah.
| JANGAN lepaskan peluang untuk memberi makan pada beruang jinak ini.
|
"Jangan bimbang dan takut kerana haiwan-haiwan di sini tidak bersikap ganas terhadap pengunjung. Semuanya telah dijinakkan dan menyayangi manusia," jelas anak kelahiran Bentong, Pahang ketika berbicara tentang taman rusa kesayangannya.
Ujar anak kesembilan daripada 10 adik-beradik ini, pada asalnya, dia tidak pernah terfikir apatah lagi berhasrat untuk membuka Deerland.
Menurutnya, segalanya bermula sebagai hobi, di mana dia membuka sebuah taman kecil yang menghimpunkan haiwan liar yang jinak pada tahun 1996.
Namun, semua itu berubah selepas taman kecil Abdullah dikunjungi oleh pasangan pelancong asing dari England, sekitar tahun 2000.
Pelancong yang dalam perjalanan ke Pusat Pemeliharaan Gajah, Kuala Gandah terpikat melihat kemesraan Abdullah memeluk dan mengusap rusa dengan penuh kasih sayang.
Situasi itu menyebabkan pelancong asing berkenaan merayu berkali-kali untuk memasuki taman rusanya, walaupun dihalang oleh Abdullah.
"Serba salah dibuatnya kerana pada waktu itu, ia hanyalah sebuah taman milik persendirian. Oleh kerana kasihan dengan rayuan mereka, akhirnya saya bersetuju membenarkan mereka masuk.
| JANGAN takut dan bimbang untuk mendekati burung unta kerana petugas Deerland sentiasa memantau.
|
"Alangkah gembiranya mereka apabila berpeluang memeluk, memegang dan mengusap rusa-rusa saya. Kata mereka, bagaikan mimpi kerana dapat membelai rusa seperti haiwan peliharaan.
"Sebelum pulang, pasangan pelancong tersebut menyarankan saya agar membuka taman ini kepada orang awam kerana ia dapat mendidik pengunjung menyayangi haiwan liar dan menerapkan rasa kasih pada flora," katanya.
Cadangan pelancong dari England itu dipertimbangkan dengan teliti sebelum Abdullah mengambil keputusan membuka taman itu kepada orang ramai. Terlebih dahulu, beliau memohon permit untuk membuka dan mengurus taman rekreasi dan taman mini haiwan daripada pihak Jabatan Perhilitan Temerloh, Pahang.
| ATAS: AKTIVITI rekreasi yang dianjurkan.
|
Peluangnya semakin cerah apabila permohonan permit diluluskan dan pada Jun 2004, taman rusa (Deerland) dibuka secara rasmi dengan keluasan 10 hektar.
Namun begitu, pembukaan Deerland bukanlah untuk mengaut keuntungan tetapi lebih tertumpu menjadikannya sebuah taman rekreasi pendidikan semula jadi dan pusat konservatif kelolaan persendirian.
Ini kerana taman Deerland itu menampilkan konsep kembali ke alam semula jadi dengan menghidangkan udara segar dan persekitaran yang dikelilingi rimbunan pohon menghijau. Melihat kesungguhan dan kejayaan Abdullah menarik minat pengunjung, Pejabat Tanah Temerloh, Pahang memberi dua setengah ekar tanah kepadanya.
Sejak diusahakan pada tahun 1996 sehingga kini, Abdullah memberitahu, sebanyak RM300,000 sudah dibelanjakan untuk proses tanaman, haiwan, makanan dan penyelenggaraan taman.
Apakah jenis binatang yang terdapat di Deerland? Kata Abdullah: "Semestinya haiwan utama kami iaitu rusa. Setakat ini, kami mempunyai tiga jenis rusa yang terdiri daripada samba (empat ekor), timur (90 ekor) dan sika (tiga ekor). Walaupun memiliki 90 ekor rusa timur tetapi hanya 20 ekor sahaja yang jinak kepada pengunjung.
| ABDULLAH (tengah) bergambar kenangan bersama pelancong asing.
|
"engunjung juga berpeluang bermesra dengan burung unta, ular sawa, arnab, burung puyuh, burung merak, monyet dan hadge hock, sejenis haiwan daripada kumpulan tikus," ujarnya.
Jangan ketinggalan untuk beramah-mesra dan menyuap makanan ke dalam mulut beruang yang bernama Muda. Beruang yang diambil dari Jabatan Perhilitan Temerloh, Pahang ini mempunyai ukur lilit sebanyak 30 inci dan empat kaki tinggi.
Selain memberi makan dan memeluk haiwan, pengunjung pasti terhibur melihat keletah rusa jinak yang menarik baju anda, menunjukkan aksi berdiri dua kaki dan berkejar-kejaran.
Kebanyakan haiwan liar di sini diimport dari luar negara seperti burung emas dan burung putih, ayam Peru, ayam hutan merah dari China, rusa timur (Indonesia), rusa sika (Taiwan) dan hadge hock dari Eropah.
Melihat haiwan-haiwan Deerland yang jinak dan mesra, Abdulah menjelaskan, beliau menggunakan kod tertentu untuk menjinakkan haiwan-haiwan tersebut.
| DEERLAND menerima lebih 1,000 pengunjung setahun.
|
Bercerita lanjut mengenai kod itu, katanya, sebelum mengendalikan Deerland, Abdullah terlebih dahulu mengusahakan ternakan lembu.
"Membela 300 ekor lembu di ladang yang luas cukup meletihkan, terutamanya apabila haiwan ini hilang ketika meragut rumput. Jadi, saya melatih lembu-lembu ini dengan melaungkan perkataan deras! deras! Mendengar sahaja kod deras, lembu-lembu berkenaan bergegas datang ke arah saya. Tak perlu lagi saya mencarinya di seluruh kawasan.
"Konsep yang sama turut digunakan di sini mengikut jenis haiwan. Kod tersebut ternyata berjaya kerana rusanya yang pernah hilang sebelum ini pulang ke taman apabila mendengar kod yang dilontarkan oleh Abdullah.
Menyentuh jumlah pengunjung Deerland, Abdullah memberitahu, biasanya dia menerima kira-kira 1,000 pengunjung dalam setahun. Jumlah kehadiran pengunjung akan meningkat pada hujung minggu dan cuti sekolah, terutamanya golongan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil untuk mengenal dan bermesra bersama hidupan liar.
Kebanyakan pengunjung adalah dari Australia, selain Rusia, Surinam, Brazil dan Jepun. Pengunjung tempatan pula terdiri daripada penduduk Kuala Lumpur.
Mengenai aspek pengurusan, katanya, beliau dibantu oleh anak sulungnya, Herlina yang bertindak sebagai Pegawai Pemasaran dan anak keempatnya, Hafifi yang bertugas memantau pergerakan haiwan terutamanya beruang.
Selain tarikan utama di Taman Haiwan, Taman Herba turut mendapat sambutan pengunjung yang mencintai kehijauan dan ingin mengetahui mengenai tumbuhan herba. Bagi program lawatan ke Taman Herba ini, pengunjung akan dibawa oleh petugas Deerland merentasi jambatan gantung setinggi enam kaki dan 600 kaki panjang.
| BELAILAH hadge hock yang diimport dari Eropah.
|
Ekspedisi yang mengambil masa antara 30 hingga 45 minit ini, bakal menemukan anda dengan pelbagai jenis tumbuhan dan herba.
Bukan itu sahaja, di Deerland, para pengunjung juga boleh menjalani aktiviti perkhemahan di tapak yang disediakan selama tiga hari dua malam. Pengunjung hanya perlu membawa khemah dan alas tidur sahaja.
"Setiap tahun, kami menerima pengunjung sekolah dan syarikat yang sentiasa menjalankan aktiviti perkhemahan, antaranya Club Med Kuantan dan sekolah Cina dari Pahang.
"Bagi mengelakkan rasa bosan dan mengisi jadual aktiviti kumpulan perkhemahan, kami menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik dan menguji ketahanan mental serta fizikal," jelas Abdullah yang memberitahu, antaranya ialah aktiviti tali, flying fox dan berjalan malam dalam hutan.
kalu setakat pet kat rumah aku; aku jinakkan simba dengan bagi dia science diet punya catfood ; jinak ler dia... tapi kalu binatang liar tak penah ler aku nak jinak2 kan pulak !! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hadge hock macam rupe hamster je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 a.ceCCo's post
cecco nih, asik nmpak emster je. jgn smpai terkonpius tikus mondok ng emster sudah la
besh jugak deerland nih. beble nnti nk pi sane la. nak berpelukan dengan beruang, slalu peluk teddy bear je |
|
|
|
|
|
|
| |
|