CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mushroomsup

[PULAU PINANG] Profil Calon: P44 Permatang Pauh

[Copy link]
Post time 10-8-2008 08:43 PM | Show all posts

Reply #20 nazurah's post

Ko perli Pak Lah ke.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 09:35 PM | Show all posts
cepat naik...cepat la turun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:49 PM | Show all posts
BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.
(Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian, kampung, negeri dan negara tergadai. Jangan sampai kita menjadi Melayu Islam yang merempat di negara sendiri.)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan di sini, bahawa saya bukanlah ahli mana-mana parti politik, tetapi saya hanyalah seorang lelaki Islam yang berusia awal 40an yang cintakan agama Islam yang menjadi agama rasmi di bumi Malaysia ini yang dulunya namanya ialah Semenanjung Tanah Melayu (sepatutnya nama ini dikekalkan sehingga kini, kerana telah ramai orang yang tidak mengenali sejarah dan melupakan jasa-jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu Islam dahulu termasuklah memberikan hak kewarganegaraan).

Pandangan yang saya ingin berikan di sini adalah dari sudut saya sebagai seorang Islam yang cintakan tanah air dari terlepas ke tangan bukan Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik sama ada UMNO, PAS atau PKR. Pandangan ini tidak sama sekali untuk mengutuk mana-mana parti. Saya hanya ingin pertahankan Islam - iaitu agama yang sangat sempurna dan tak akan menzalimi mana-mana kaum atau agama.

Saya ingin berikan pandangan ini , setelah saya terbaca artikel di dalam akhbar Sinar Harian edisi Selangor dan Kuala Lumpur, bertarikh 2 Ogos 2008 (Sabtu) di muka surat N2 dengan tajuk PR sudah mula bentuk kabinet bayangan.

Melalui artikel ini, sekiranya Pakatan Rakyat(PR) membentuk kerajaan pusat, jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Lim Kit Siang.

Berderau darah saya apabila terbaca nama bagi Timbalan Perdana Menteri, dimana buat pertama kalinya nanti kita akan ada Timbalan Perdana Menteri di kalangan orang-orang bukan Islam. Kita juga sedia maklum bahawa nama yang disebutkan itu datangnya dari parti politik yang daripada dulu lagi tidak akan melaksanakan undang-undang Islam di negara ini. Apakah kita sanggup membiarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ini dari kalangan orang-orang bukan Islam? Dari kabinet bayangan yang dinyatakan itu juga, nama ahli-ahli parlimen dari parti PAS tidak termasuk di dalam senarai, (kemungkinan ada untuk jawatan-jawatan yang lebih kecil, tetapi tidak tersiar di akhbar ini).

Bertambah parah, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sempat menjadi PM selama satu atau dua tahun, dan ditakdirkan beliau meninggal dunia- pada waktu itu, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukankah Lim Kit Siang?

Lupakan seketika sama ada kita ini ahli UMNO, ahli PAS atau ahli PKR. Berfikirlah sebagai seorang Islam yang menjadi kewajiban untuk mempertahankan negaranya dari terlepas ke tangan bukan Islam. Cara untuk mempertahankannya mudah sahaja, dengan tidak mengundi calon Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Kaum selain dari Melayu dan bukan Islam juga harus berbuat begitu, kerana orang Melayu Islam telah banyak berkorban, di antaranya memberikan hak kewarganegaraan kepada kaum dan agama lain pada tahun 1957 dahulu. Orang Melayu Islam cuma ada negara Malaysia yang luasnya hanya sekangkang kera ini sahaja. Janganlah kita cuba mengkhianati orang-orang Melayu Islam dengan cuba merampas hak kuasa dari tangan mereka, sedangkan suatu waktu dahulu mereka telah mempelawa datuk dan nenek moyang kita untuk masuk ke rumah (Semenanjung Tanah Melayu) mereka dengan baik, dan kini kita telah menguasai sebahagian besar dari tanah dan ekonomi di bumi Malaysia yang tercinta ini. Selama orang-orang Islam memerintah, keharmonian kaum sangat dititikberatkan, kaum dan agama lain tidak terpinggir. Masing-masing bebas beribadat mengikut cara masing-masing. Untuk itu saya menyeru agar kita terus kekalkan keharmonian ini.
Tentang isu liwat pula , sepatutnya PAS menasihatkan beliau supaya selesaikan isu ini terlebih dahulu di mahkamah sebelum beliau bertanding bagi kawasan Permatang Pauh. Namun begitu, kerana beliau tidak mempercayai mahkamah dan polis, paling baiknya PAS menasihatkan beliau melakukan sumpah secara Islam, tanpa perlu berdolak-dalih. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu bersumpah sebagaimana yang disarankan oleh Mufti Perlis, boleh menimbulkan keraguan di hati orang-orang Islam. Kerana tidak percayakan kepada sistem perundangan , sepatutnya dari awal-awal lagi beliau mengambil keputusan untuk bersumpah, sekurang-kurangnya ianya boleh membersihkan nama beliau. Rakyat sebenarnya ingin tahu sama ada beliau terlibat dalam kes liwat ataupun tidak. Persoalan sama ada ianya dilakukan secara terpaksa atau dengan rela, adalah persoalan kedua, yang penting rakyat ingin tahu sama ada beliau yang begitu teruja untuk menjadi PM adakah benar-benar bersih.

Tindakan beliau menyamakan kes ini sebagai Qazaf juga tidak betul, kerana qazaf hanya berlaku sekiranya pertuduhan ini dilakukan oleh orang lain yang tidak terlibat dalam kes yang didakwa. Kalau kes ini disamakan dengan qazaf, zalimlah undang-undang Islam ini, kerana kalau kita mengadu dirogol atau diliwat, tanpa ada 4 saksi, si pengadu akan dihukum pula. Saya tidak faham bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya begitu lantang bersuara berkaitan Islam, boleh mengambil tindakan sebegini. Cuba- fikirkan secara logik. Kepada penyokong yang begitu taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, cubalah perhalusi kes ini dengan bijak. Saya tidak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes ini, kerana hanya Allah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful sahaja yang tahu. Cuma tindakan beliau dalam menangani kes ini menimbulkan keraguan. PAS harus berhati-hati , jangan sampai terperangkap. Sekiranya kes ini benar, adalah menjadi kewajipan juga untuk PAS menolaknya, kerana tidak mungkin kita memilih beliau sebagai PM. Tetapi sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat, ianya adalah dugaan Allah dan kifarah untuk membersihkan dosanya, dan semoga orang-orang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan beliau akan menerima hukuman, jika tidak di dunia akan terima juga di akhirat).
Saya sekali lagi, ingin nyatakan di sini, saya tidak menuduh beliau terlibat atau tidak terlibat. Hanya Anwar, Saiful dan Allah sahaja yang tahu. Kesimpulannya, sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat atau tidak terlibat dalam kes ini, PAS tetap harus menolak beliau, kerana beliau seolah-olah menggadaikan negara ini kepada orang-orang bukan Islam dengan kabinet bayangan yang dikeluarkan itu.

(PAS pula harus menarik diri dari terus bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat di dalam gabungan Pakatan Rakyat dengan segera dan bergerak secara bersendirian, barulah PAS akan lebih dihormati dan hasrat menubuhkan negara Islam akan tercapai. Lagipun sekarang ini PAS telah ada kelab penyokong bukan Islam. Sekiranya PAS terus bergabung, sudah pasti PAS tidak mampu menubuhkan negara Islam kerana dihalang oleh parti DAP. Jangan biarkan rakyat terus tertipu.)
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:59 PM | Show all posts
kalu profil Nuar nih dah tahu sgttt...

tak saboo nak tahu sapee calon BN nyeeee jer nih...
terhegeh2 tul dorang nak milihnyeeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by cucusaddam at 10-8-2008 09:49 PM
BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.
(Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian, kampung, negeri dan negara tergadai. Jangan sampai kita menjadi Melayu Islam yang merempat di negara sendiri.)

Ass ...


Kan dah PR dah explain kabinet ni palsu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 10:09 PM | Show all posts
Mana profil calon Bn ni,ke still takde calon lagi ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2008 10:22 PM | Show all posts
ketandusan sgh umno nak letak calun kat Permatang Pauh

ke seme jenis kaki tidur mcm bedolah juge
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 10:31 PM | Show all posts
Letak profil ezam kotak je lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 10:44 PM | Show all posts
Ohhh anwar ni dulu dlm ameno.kira taik yang disucikan lah ni..dia keluar ameno utk tubuh pkr ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by mushroomsup at 10-8-2008 02:34 PM


kalau pandai jaga gate pun ok..



ohhh... aku kathu.. seorang calon mp bn harus ada penglaman menjaga gate keretapi merupakan satu kelebihan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 10-8-2008 10:44 PM
Ohhh anwar ni dulu dlm ameno.kira taik yang disucikan lah ni..dia keluar ameno utk tubuh pkr ka?

mamak kutty tu ka?? dia bukan keluar umno shj.. malah nak cabut keluar negara nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 11:05 PM | Show all posts
Mamak kutty tu takdak selera dah nak berkuasa,yg ni berhempas pulas suh bini resign..kesian jijahtaik juga yg dicari..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:15 AM | Show all posts
hepi besdey gak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:45 AM | Show all posts
Si kutty tu belajaq kat Singapork dengaq kata...agen asing sungguh si kutty ni:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:55 AM | Show all posts
kali ni nmpk sgt kekalutan ameno...

nak letak nama calon pon susah...

ngeri sungguh diorang dgn aura Anwar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 03:15 AM | Show all posts
balaci2 pkr yg begitu setia ngan anwar sangat fanatik terutama di permatang pauh sehinggakan sanggup memejam mata kesalahan dan sikap anwar yg jelas misi beliau bermotifkan peribadi dan sanggup mengadaikan bangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 03:23 AM | Show all posts
Org BN tiap2 malam meeting

mencari siapa yg layak buat Ppauh

sekarang ni pun tengah meeting

paklah pun ada

..tapi dia bawa bantal sekali
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 03:36 AM | Show all posts
org bn meeting utk kempen memastikan anwar tidak menang dan menjadi pm... kalau anwar jadi pm bangsa akan jadi taruhan negara akan digadai
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 03:36 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by mushroomsup at 10-8-2008 11:57 AM
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 03:37 AM | Show all posts
datuk seri nampak tak jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.087561 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list