CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tulip.purple

Johor Darul Takzim FC

  [Copy link]
Post time 27-5-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang lalu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2016 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 02:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 09:27 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2016 11:29 AM | Show all posts

aku mcm nak sambar yang putih la...rare sikiit....kimochi~~~
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 08:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 12:00 PM | Show all posts
SISTEM PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM DIJADIKAN 'ROLE MODEL' OLEH KELAB-KELAB BARU


Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kunjungan dari Terengganu City Football Club (TCFC) yang ingin mengetahui dan mempelajari cara-cara pengurusan serta hala tuju kelab Harimau Selatan yang telah mengalami perubahan mendadak dalam masa kurang dari empat tahun ini. TCFC ini diwujudkan hasil inisiatif anak-anak muda yang mahukan kejayaan dan menaikkan martabat sukan bolasepak Terengganu sepertimana yang berlaku di Johor melalui kelab yang direvolusikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.



JOHOR DARUL TA'ZIM BEING THE ROLE MODEL FOR NEW CLUBS IN FOOTBALL MANAGEMENT.


Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT) will welcome the visit from Terengganu City Football Club (TCFC) who wish to learn and know the direction of the Southern Tigers in managing a football team after witnessing the team's drastic changes in the last 4 years. TCFC was initiated by a group of young people who wanted success in regaining pride for Terengganu's football as how Johor football was revolutionized by DYM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Crown Prince of Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor














Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 03:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 03:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:19 AM | Show all posts
5 SEBAB MALAYSIA DAN PASUKAN ASIA TENGGARA LAIN PERLU BERI SOKONGAN KEPADA JDT



Kejayaan mewujudkan perasaan iri hati, sakit hati, dan juga kebencian yang tidak sepatutnya, oleh itu tidak menjadi sesuatu yang memeranjatkan sekiranya Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan pasukan kegemaran ramai. Tetapi memandangkan mereka sekali lagi telah pergi lebih jauh dalam saingan Piala AFC, Malaysia dan pasukan Asia Tenggara lain perlu bersatu memberikan sokongan kepada mereka dan di bawah adalah lima sebab mengapa...

Satu lagi kejayaan dalam Piala AFC tidak menjejaskan senario bolasepak serantau.

Skuad Harimau Selatan sudah pun begitu hampir untuk memenangi piala antarabangsa bagi tahun kedua berturut-turut. Dengan kejuaraan Liga Super Malaysia kali ketiga berturut-turut sudah berada dalam genggaman, Mario Gomez dan pemain-pemainnya kini boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengalahkan pasukan dari India, Bengaluru dan mara ke perlawanan akhir.

Pasukan ini cukup dominan di Malaysia dan penguasaan tersebut kadangkala tidak disukai. Di England, sudah lama wujudnya 'ABUs', mereka yang menyokong 'Anyone But United', setelah berdekad pasukan Manchester United bertakhta.

ABJDT pula tidak serupa seperti itu namun, Malaysia dan Asia Tenggara perlu menawarkan sokongan mereka untuk sebab-sebab berikut :

1. KIBARAN BENDERA KEBANGSAAN DAN RANTAU ASIA TENGGARA

Meskipun terdapat minat yang serius untuk menyaksikan permainan yang menarik di Asia Tenggara, kadangkala ramai terlepas pandang. Banyak perhatian telah ditumpukan kepada bahagian barat dan timur benua.

Ianya betul sebagaimana dilihat dalam kelayakan Piala Dunia, Piala Asia dan banyak Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun pasukan seperti JDT telah melakukan perbezaan. Asia Tenggara memerlukan lebih perwakilan di pentas ACL dan satu lagi kemenangan dalam Piala AFC tidak menjejaskan reputasi sukan bola sepak di rantau ini.

Ianya membantu meluaskan lagi pintu kelayakan kepada lebih banyak kelab dari serata dunia untuk memasuki Liga Juara-Juara.

Di Asia, terdapat satu peningkatan dimana JDT adalah pasukan yang bagus dan merupakan satu kuasa yang disegani dan ini adalah perkembangan yang baik untuk permainan bola sepak serantau.

2. MENETAPKAN TANDA ARAS UNTUK PASUKAN LAIN


BAGAIMANA MEREKA SAMPAI KE SANA

JDT berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali kedua berturut-turut.

Kejayaan berterusan yang dinikmati oleh JDT mungkin membuatkan penyokong kelab lain dan penyokong yang neutral bosan, tetapi itulah apa yang berlaku sekiranya anda melabur dalam perkara yang betul dan bukan sahaja pemain yang tepat tetapi juga semua aspek seperti jurulatih, fisio, pegawai sukan dan lain-lain. Ia adalah contoh untuk diikuti oleh orang lain dan terbukti bahawa ianya membuahkan hasil dan akhirnya membawa kepada julangan trofi-trofi.

Panduan telah ditetapkan dan terpulang kepada orang lain untuk mengikutinya. Itulah apa yang berlaku dalam bola sepak, atau apa yang sepatutnya berlaku. Satu pasukan mencari jalan bagaimana untuk memperolehi hasil dan kemudian yang lain akan menjadikannya sebagai contoh. JDT telah pun melaksanakan bahagian mereka menuju ke arah tersebut.

Mereka harus menerima pujian dalam hal ini dan kemudian sokongan perlu diberikan sewaktu mereka dalam misi memburu piala antarabangsa. Wang adalah penting, sudah tentu, tetapi ia tidak hanya berkenaan hal kewangan, ia adalah mengenai masa, kesabaran dan visi. Ini adalah kualiti yang semakin berkurangan dalam bola sepak Malaysia dan juga di negara-negara lain, dan sekiranya ia ditingkatkan adalah amat dialu-alukan..

3. BERITA BAIK UNTUK BOLASEPAK MALAYSIA

Tiada sesiapa perlu diingatkan betapa bola sepak Malaysia tidak lagi mengecapi kejayaan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa kekalahan besar dialami oleh pasukan kebangsaan seperti tewas kepada United Arab Emirates dan Palestin. Perlawanan paling terbaru, tewas 3-0 di Indonesia, sangat menyedihkan.

Saingan Liga Super Malaysia telah pun hampir tamat dan akan berehat seketika, tetapi masih terdapat perbalahan antara badan induk dengan kelab dan secara umumnya tidak banyak perkara positif berlaku di dalam arena bola sepak negara.

Kejayaan kedua di peringkat antarabangsa akan menjadi cerita yang boleh mengembalikan keterujaan semua penyokong.

Kita semua dapat melihat bagaimana Singapura begitu teruja dengan kejayaan pingat emas yang dimenangi oleh Joseph Schooling. Piala AFC sememangnya jelas bukan berada di tahap yang sama, namun bola sepak Malaysia terlalu dahagakan kejayaan sejak sekian lama untuk meraikan sebarang trofi.

4. MEMBANTU PEMAIN BERSARA UNTUK KEMBALI SEMULA

Mana-mana pemain yang bermain untuk pasukan JDT akan berada dalam radar jurulatih pasukan kebangsaan. Atau sekurang-kurangnya sepertimana empat pemain terbaik kelab itu yang telah membuat keputusan untuk bersara dari pasukan kebangsaan pada bulan Julai lalu.

Beberapa pasukan di Asia tidak akan terjejas dengan kehilangan pemain berbakat seperti Safiq Rahim - kapten JDT yang sepatutnya terus menjadi kapten pasukan Malaysia. Dengan hakikat prestasi pemain tengah itu yang cukup menyerlah di saingan Piala AFC tentunya akan memberi satu pengalaman yang menyakitkan bagi jurulatih kebangsaan Ong Kim Swee apabila melihatnya beraksi.

Ketegangan yang berlaku antara dua kuasa besar iaitu JDT dan FAM sememangnya diketahui ramai. Malaysia perlukan keempat-empat pemain itu kembali. Dengan seluruh negara bersorak untuk JDT pada saingan Piala AFC, kemungkinan semangat perpaduan kebangsaan seperti ini mampu memujuk kembali empat pemain JDT keluar dari persaraan mereka daripada pasukan kebangsaan.

5. MEREKA ADALAH DUTA YANG HEBAT

Setiap perlawanan yang mereka harungi, mereka bermain untuk menang. Mereka tidak bermain dengan cara bertahan.

Perkara yang menarik mengenai JDT ialah setiap perlawanan yang mereka harungi, mereka bermain untuk menang. Mereka tidak bermain dengan cara bertahan dan tiada yang menghalang keinginan mereka untuk mara ke hadapan.

Pemain pertahanan berlari dari bawah ke atas dan membantu bahagian sayap, Safiq menerajui bahagian tengah dan gandingan antara kedua-dua penyerang Argentina menggembirakan ramai penyokong.

Pantas dan lancar, JDT mampu memainkan permainan yang menarik. Pasukan yang hebat dengan permainan bola sepak yang baik - apa lagi yang tidak disukai ?

JDT bukanlah penyebar keburukan dalam permainan bola sepak. Jika semua orang di seluruh Asia melihat bola sepak Malaysia sebagaimana JDT bermain, maka tidak ada perkara yang tidak baik.







Sources : http://johorsoutherntigers.com.my/



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 02:12 AM | Show all posts
Malaysia Super League Champion 2016


















Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 12:29 PM | Show all posts
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI TERENGGANU CITY FC


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan delegasi Terengganu City FC yang diketuai oleh Presidennya, En Mohd Johan Ismail hari ini 27hb September 2016. Mereka bertemu dengan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi mendengar nasihat serta tunjuk ajar dan pandangan baginda berkenaan hal-hal pengurusan, pembangunan dan pentadbiran kelab. Delegasi tersebut turut dibawa melihat sendiri prasarana milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim seperti Stadium Larkin dan pusat latihan pasukan JDT di Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.

------

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR RECEIVES VISIT FROM TERENGGANU CITY FC DELEGATES


HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor consented to receive a visit by delegates from Terengganu City FC that was led by their President, Mr Mohd Johan Ismail today on 27th September 2016. They met HRH Crown Prince Of Johor to seek advice as well as guidance and His Highness's thoughts on managing, building and administrating a football club. The delegates were given a hands-on tour at Johor Darul Ta'zim Football Club's infrastructure such as the Larkin Stadium and JDT's training ground at Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.












Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 02:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081785 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list