CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sherry

Anwar vs Saiful

[Copy link]
Post time 16-8-2008 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 15-8-2008 11:54 PM

Masa bila Saiful pijak Al-Quran ?


apalah sangat sumpah Quran. pijak Quran pun budak2 melayu sanggup buat. tak kena bayar pun, apatah lagi kalau kena bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2008 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by cipanbakar at 15-8-2008 11:43 PM
suke same suke


liwat consensual vs liwat paksa.  terpaksa pinda lagik. kesian pendakwaraya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 12:06 AM | Show all posts
Terpesona dengan kata2 manis anwar hingga menadah bontot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 15-8-2008 10:01 PM


budak2 melayu sekarang tak mainlah sumpah2 Quran.  mrk sanggup pijak & berzina depan Quran.

Abih ko nak suruh anwar pijak dan meliwat depan quran pulak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 16-8-2008 12:00 AM


apalah sangat sumpah Quran. pijak Quran pun budak2 melayu sanggup buat. tak kena bayar pun, apatah lagi kalau kena bayar.


Budak-budak Melayu tu maksudnya semua ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 16-8-2008 12:07 AM

Abih ko nak suruh anwar pijak dan meliwat depan quran pulak ke??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2008 01:02 AM | Show all posts
Sumpah guna al-Quran ni cuma ajaran yg dicipta orang melayu...Nabi Muhammad tak pernah pun ajar sumpah pakai al-Quran..bidaah betul!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 01:17 AM | Show all posts

Reply #27 prototaip's post

Kan dia dah sebut Walillah tadi tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2008 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by Maya2020 at 15-8-2008 10:00 PM
jd, pijak al Quran tu oklah yerr?   hmmm... baru den tau



Alahh..benda simple camni takyah la wat2 bodoh tak phm..

tobby bg artikel tu sbg tlg xplain yg bkn sumer org melayu betul2 beriman dgn al-Quran dan mengganggap ianya satu benda yg tidak boleh dibuat main2..ada org melayu yg jahil dan tak merasa apa2 bila menghina al-Quran..samada memijak,membakar atau bersumpah guna al-Quran sekali pun..

So,si sepol ni pun kita tak tau dia jatuh dlm golongan melayu yg mana..so,jgnla yakin dan taksub sgt bila sepol wat perlakuan sumpah dgn al-Quran..bkn tak yakin dgn kesucian kitab itu tp tak yakin dgn si SEPOL ni..tu aje.

Takut2 nanti kalau sepol ni mempermainkan sumpah dia dgn al-Quran,Allah tak bg balasan pd dia seorg..tp pd org2 yg mendukung dia di belakang,org2 yg mempunyai kuasa memerintah yg patut memerangi kezaliman dan seluruh negara tersebut..termasuklah org2 yg duduk dlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 02:36 AM | Show all posts

Reply #28 penyo's post

nko pernah dengar tak peniaga2 arab bersumpah wallahi.wathollahi,original original from siam!?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 02:43 AM | Show all posts
bukan ssh pun...suh Bung Nuar El-Juborrreee sumpah gak

Berani kerana benar..bukan Berani masuk kedutaan Turki

Lawan Tetap Lawan kununnn

Bhutto lagi berani la..tu baru lawan tetap lawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 10:03 AM | Show all posts
Diliwat: Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah
16-08-2008 07:17:10 AM
Oleh G. MANIMARAN, ZIEMAN, SITI AZIRA ABD. AZIZ, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU  

Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Tindakan itu mengakhiri penantian pelbagai pihak untuk melihat pendirian Saiful yang telah menyatakan untuk bersumpah kira-kira sebulan lalu.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet', beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

---------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen".

Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.

Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.

"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).

"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.

Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.

"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.  

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.

Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.

Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.  

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana  Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."


ps. dia tak sebut dipaksa. agak umum saja kenyataan dia tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 10:06 AM | Show all posts
Kenyataan media Saiful
15-08-2008 09:14:22 PM  

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum WBT..

Saya rasakan telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkkan yang batil.

Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam seperti mana yang telah dinasihatkan serta ditunjuk ajar oleh ahli ulama serta mufti berkenaan.

Saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim. Angkat sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri dan datang dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu serta seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah SWT ini di mana jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga, serta keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT ini kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya ini amat benar dan kerana itu, saya amat berani bersumpah.

Ini jalan terbaik bagi saya mendapatkan keadilan di dunia dan di akhirat, mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah SWT yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya, Anwar bin Ibrahim.

Saya tidak memilih untuk berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyrakat dalam isu liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar Ibrahim.

Dengan ini, saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 10:15 AM | Show all posts
hmmmm
isu nie smakin panas.. tak nampak lg jalan keluar...
ape yg aku dgr semalan sepol nie ade ckp klu die dusta kan Allah die akan dilaknat
sampai hari kiamat....
mcm hbt je bdak nie....
kita tunggu la ape akan jd....
sapa yg kena tu taktau lg...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 10:24 AM | Show all posts
orang penakut saja x nak mempertahankan diri sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2008 11:12 AM | Show all posts
Saya canggung tatkala menonton liputan 'sumpah' Saiful Bukhari Azlan yang kelihatan keliru dengan tarikh sebenar kejadian liwat sebagaimana yang didakwanya. Lebih mengelirukan ialah bila mana Saiful menyatakan kepada pihak media bahawa beliau diliwat secara paksa.

Ini jauh berbeza dengan pernyataan pertuduhan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim yang menyebut kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka. Maka, apakah wujud kemungkinan pertuduhan bakal dipinda semula sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1999?

Semalam, Syed Hamid Albar secara tiba-tiba menyatakan kewajaran untuk Anwar diberi salinan laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari walhal sebelum ini para peguam Anwar sudah beberapa kali meminta salinan laporan tersebut.

Menyorot kembali insiden kebocoran hasil laporan pemeriksaan perubatan Saiful Bukhari oleh Hospital Pusrawi beberapa minggu lalu, jelas tidak wujud sebarang bukti yang Saiful Bukhari telah diliwat. Akuan bersumpah Dr. Mohamed Osman -- doktor yang memeriksa dubur Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 -- yang disiarkan di laman Malaysia Today pada hari di mana Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah seolah-olah cuba dipinggirkan oleh media milik UMNO.

Jika kita melihat kembali kronologi kes ini, apakah ke semua yang dinyatakan di bawah merupakan satu kebetulan?

1. Saiful Bukhari bertemu Najib Razak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #37 sherry's post

Jika kita melihat kembali kronologi kes ini, apakah ke semua yang dinyatakan di bawah merupakan satu kebetulan?

1. Saiful Bukhari bertemu Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat Anwar Ibrahim.
2. Anwar Ibrahim ditahan polis sejurus selepas muncul dalam majlis debat bersama dengan Shabery Cheek di mana ramai mengakui, reputasi serta populariti Anwar melonjak tinggi selepas prestasi cemerlang yang ditunjukkannya dalam majlis tersebut.
3. Keengganan Anwar menyerahkan sampel darahnya (kerana bimbang ianya dimanipulasi untuk pemalsuan bukti pertuduhan) dijadikan isu sensasi oleh media milik UMNO selama berhari-hari lamanya.
4. Sebaik sahaja Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, pihak polis lantas mengumumkan bahawa kertas siasatan dakwaan liwat ke atas Anwar sudah siap dan telah diserahkan untuk tindakan Jabatan Peguam Negara.
5. Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan penetapan tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi untuk pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, pihak polis terus menghantar perintah sapina oleh mahkamah yang mengarahkan Anwar hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta untuk dibicarakan atas dakwaan liwat.

Dan semalam, Saiful Bukhari Azlan melafazkan 'sumpah' bahawa dia diliwat Anwar secara paksa pada 26 Ogos 2008 yang kemudiannya ditukar ke 26 Jun 2008 sehingga menyebabkan saya sendiri keliru tarikh mana yang benar. (Bayangkan jika pengantin lelaki yang sedang akad nikah tersalah menyebut nilai mas kahwin, nescaya tok kadi akan memintanya mengulangi semula lafaz akad tersebut.)
Lafaz 'sumpah' (baca: sampah) Saiful Bukhari ini dilakukannya sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dijadualkan pada hari ini, jam 8 pagi. Apa sebenarnya motif Saiful Bukhari melakukannya pada hari ini? Kenapa tidak dilafazkan 'sumpah' sebelum kes ini dibawa ke mahkamah?
Ketika ditanya oleh pihak media mengapa beliau memilih hari ini untuk melakukan upacara 'sumpah' memandangkan esok merupakan hari penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Saiful menyatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa Anwar akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut dan ianya sekadar kebetulan.

Berdasarkan beberapa fakta yang dinyatakan di atas, apakah alasan 'kebetulan' itu cukup kukuh untuk menafikan persepsi ramai bahawa apa yang berlaku hari ini tidak lebih dari agenda politik jahat yang diperkakaskan ke atas Saiful Bukhari untuk menjejaskan reputasi Anwar menjelang proses penamaan calon pagi ini?
Saiful Bukhari bakal menjadi saksi utama dalam kes perbicaraan Anwar selepas ini. Apa yang pasti, kenyataan Saiful Bukhari bahawa beliau diliwat secara paksa oleh Anwar jelas bercanggah dengan pertuduhan di mahkamah yang menyatakan bahawa ianya dilakukan atas dasar suka sama suka.
Insha-Allah, fokus kita tidak akan terjejas dengan perkembangan ini. Saya sarankan agar Saiful Bukhari Azlan dibawa berkempen bersama-sama dengan Ezam Mohd Noor dalam setiap siri kempen UMNO sepanjang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh ini. Kini UMNO sudah mempunyai dua orang pendekar sumpah (baca: sampah) iaitu Ezam Mohd Noor dan Saiful Bukhari Azlan!


dicatat oleh najwan halimi di 1:41 AM

http://www.najwanhalimi.com/2008/08/sumpah-yang-sampah-2.html
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 11:20 AM | Show all posts
Apa agaknya pandangan non muslim terhadap melayu muslim slepas Sipool angkat sumpah erk..?
Msti dorang gelak2..
N x mstahil dorg mmperlekehkan Islam n Quran sbb takde bala pon yg turun (setakat ni) ke atas saipool sekiranya dia berbohong lah..

So sad lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 12:41 PM | Show all posts
Saiful main-main sumpah? Di akhir sidang media Saiful mengatakan "ia (sumpah) bukan tentukan sama ada salah atau tidak" - Malaysiakini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.184392 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list