CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7100|Reply: 34

Majlis Perbandaran Dungun

[Copy link]
Post time 20-8-2008 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Dungun dimasyhur majlis perbandaran hari ini

KUALA TERENGGANU 19 Ogos - Terengganu mempunyai sebuah lagi majlis perbandaran apabila Majlis Daerah Dungun (MDD) dimasyhurkan sebagai Majlis Perbandaran Dungun, esok.

Yang Dipertua MDD, Zainal Abidin Hussin berkata, Dungun sememangnya layak menjadi sebuah majlis perbandaran baru di negeri ini selain Kemaman kerana ia mempunyai beberapa kriteria yang ditetapkan.

Menurutnya, antara kriteria tersebut termasuk mempunyai penduduk melebihi 180,000 orang, prasarana dan kemudahan asas yang mencukupi serta berpendapatan melebihi RM10 juta setahun.

''Saya bagi pihak penduduk Dungun berasa bangga di atas pemilihan Dungun sebagai majlis perbandaran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai pembangunan Dungun, Zainal Abidin berkata, sebagai sebuah daerah membangun ia menyediakan peruntukan yang besar dalam tempoh empat tahun lalu untuk pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk aspek pendidikan.
Jelasnya, dengan peruntukan RM179 juta bagi pembinaan sekolah rendah dan menengah selain RM12 juta bagi pembinaan makmal teknologi maklumat dan asrama Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), ia ternyata bakal membawa impak yang besar terhadap kelahiran generasi berpendidikan di daerah itu.

Lebih membanggakan lagi menurutnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membina kampus barunya di Bukit Besi dengan kos RM200 juta yang dijadikan sebagai pelengkap kepada kampus induk UiTM Cawangan Terengganu di Kampung Sura Hujung dekat Bandar Dungun.

''Bagi kemudahan prasarana pula, Dungun ternyata berubah dengan pembinaan kompleks perniagaan baru di beberapa kawasan selain jajaran jalan raya yang lebih selesa.

''Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RM30 juta diperuntukkan bagi pembinaan sebuah Poliklinik di Sura Gate, iaitu pusat bandar bagi Dungun dan pembinaan 12 klinik kesihatan baru manakala RM1.5 juta diluluskan bagi membina Arked Mara di Kuala Dungun dan RM1 juta di Kuala Paka," katanya.

Zainal Abidin berkata, dua projek besar yang bakal menjadi mercu tanda dan kebanggaan rakyat Dungun tentu sekali pembinaan sebuah hospital baru yang serba canggih di persimpangan Kampung Che Lijah yang menelan belanja RM60 juta dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kampung Tiong bernilai RM67 juta.

Jelasnya, Dungun juga mempunyai jajaran jalan raya yang sempurna dan perkara itu dapat dilihat apabila RM92 juta diperuntukkan bagi pembinaan jalan di Paka, RM10 juta bagi menaik taraf jalan di Kuala Dungun dan RM70 juta bagi projek pelebaran jalan Che Lijah, Bukit Besi.

Bagi keselesaan rakyat daerah itu juga, pembinaan jalan kampung tidak pernah dipinggirkan apabila RM7 juta telah disediakan bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, Dungun juga dilihat sebagai daerah yang unik kerana ia mempunyai hutan simpan kayu kapur terbesar di negara ini di kawasan Bandar Dungun.

Justeru, Rimba Bandar Bukit Bauk telah diwartakan berikutan kawasan hutan tebal tersebut bukan sahaja mengandungi tumbuhan yang menarik, malah spesies haiwan yang dianggap hampir pupus di dunia.

''Kuala Dungun yang dahulunya menjadi pekan utama daerah itu pastinya akan kembali meriah apabila sebuah jambatan baru bernilai RM75 juta menghubungkan pekan itu ke Kampung Seberang Pintasan hampir siap," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #1 tuan_wu's post

ada doh wu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

opss....sory....suruh mod merge atau close je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 10:01 AM | Show all posts
dak per wu...biar jer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2008 10:46 AM | Show all posts
Asal-usul Dungun

Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan:
  • Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia
  • Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.
Berdasarkan senarai dalam Negarakretagama yang disediakan pada tahun 1365, Dungun telahpun wujud sebagai bandar penting pada masa itu. ("Mubin Sheppara", Jurnal Persatuan Asia Diraja Cawangan Malaya (Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society), Jilid XXII Bahagian 3)

http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGkmSDhatI2XEBslZXNyoA;_ylu=X3oDMTEzcTJuMmNpBHNlYwNzcgRwb3MDMQRjb2xvA3NrMQR2dGlkA0gxNTlfMTIz/SIG=11nnfsngi/EXP=1219286787/**http%3a//ms.wikipedia.org/wiki/Dungun
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 11:51 AM | Show all posts
aku xtau nok promo mende sini..

aku ning x bpe arif pasal dungun2 ni..

tapi ok gok ah kalu dungun ni diisytihar jd perbandaran..

tapi hok kena improve ye punye stesen bus bg grand skit

so..tahniah warga dungun..jeput2 ah aku g minum air kalau aku sapa dungun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2008 11:59 AM | Show all posts

Reply #6 ammar_7e's post

aku bereh jer.......meh ar mari sini.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #7 tuan_wu's post

daa (bye) wu...

snap gambo..pahtu jgn lupa tepek sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2008 12:03 PM | Show all posts

Reply #8 ammar_7e's post

kn tggu mlm sok la.......aku tepek....psl server blok image hosting ni....

jd kn wat dumoh la.......

mu on9 dok sabtu ni......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #9 tuan_wu's post

kalu aku rajin..jumaat mlm aku on9 ah..

tapi kalu x tunggu sabtu jelah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #10 ammar_7e's post

ok la.....aku kn kuor dulu....

psl bos aku bising2 doh panggil aku tu.......

bye........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 10:56 AM | Show all posts
Doh wu gi konsert dok?? Ada Amy Search ngan Mila AF...pahtu zizan raja lawak dia ning org Dungun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 11:06 AM | Show all posts
naik COLA......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 12:22 PM | Show all posts

Reply #12 krayolan's post

ler zizan tu org tganu ke? dok tau starang aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #14 t@t's post

lhor...xtau ke zizan ning org dungun?

aritu dalam RL final ada tunjuk ye duk gete kepok lekor..

nok gok dengor sekali ya sasul cakap teranung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #15 ammar_7e's post

zizang tu org pasir panjang la......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #15 ammar_7e's post

zizang tu org pasir panjang la......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #12 krayolan's post

dok gi.......ade gambo ni.......tepek malam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #16 tuan_wu's post

Opps..aku g taip dungun ey..

aku xtau ye org mane..tapi tau org ganu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #19 ammar_7e's post

lenkali tanya aku dulu........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.097968 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list