CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5449|Reply: 22

buku menu KA

[Copy link]
Post time 21-8-2008 08:46 PM | Show all posts |Read mode
BUBUR NASI

bahan-bahan:
100gm beras
50gm ayam | dihiris kecil
makan bawang goreng/daun bawang | utk hiasan
1 sudu teh halia
salad jeruk
garam secukupnya

cara memasaknya:
1. rebus beras dgn air yg banyak sehingga menjadi bubur (sehingga beras masak)
2. kemudian masukkan daging ayam dan masak sehingga mendidih
3. masukkan garam dan perasa secukupnya
4. biarkan seketika dan tutup api
5. masukkan ke dalam mangkuk dan sedia utk hidang
6. letakkan bawang serta daun bawang utk hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2008 08:48 PM | Show all posts
kek gulung tropika

bahan-bahan
80 gm gula
5 biji telur
1 sudu ovelet
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen nanas
1 sudu teh esen mangga
150 gm krim mentega

bahan A:
40 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
15 gm tepung susu

bahan B:
55 gm mentega cair

cara-cara nak masak

1. pukul gula bersama telur dan ovelet sehingga putih dan kembang
2. masukan bahan A dan kacau rata
3. masukkan bahan B serta pewarna kuning,esen nanas & mangga. gaul rata
4. bakar selama 10 minit pada suhu 180C
5. setelah masak, sapukan dengan krim mentega sebelum digulung dan disejukkan selama 30minit.
6. potong dan sedia dihidang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 08:49 PM | Show all posts
biskut kreatif coklat chips

bahan-bahan :
250 gm butter
450 gm tepung biskut
1 biji kuning telur
2 sudu makan serbuk koko
150 gm coklat chip
1 sudu teh vanila

cara buat biskut:

1. pukul mentega hingga kembang. masukkan kuning telur dan esen vanila. gaul sebati
2. masukkan tepung biskut dan serbuk koko. gaul sebati.
3. masukkan coklat chip dan kaup balikkan sehingga rata
4. bentukkan adunan
5. bakar dgn suhu 170C selama 15 minit atau sehingga masak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 08:51 PM | Show all posts
KEK MASAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 08:52 PM | Show all posts
KUAH LAKSAM

bahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 09:29 PM | Show all posts
ingatkan promosi buku dari KUALITI ALAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2008 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by auntie_girl at 21-8-2008 09:29 PM
ingatkan promosi buku dari KUALITI ALAM



rupanya.......KAKI AYAM
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 10:08 PM | Show all posts
hmmmmm...... terbit jgk buku menu KA ek.......  tq......

leh jadik chef dh nih..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2008 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by threelicious at 21-8-2008 09:47 PM



rupanya.......KAKI AYAM



terpedaya ker kak??
tepek la resepi kat sini..kite share sesame...
jgn nak tepek meroyan lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:26 PM | Show all posts
kek coklat kacang walnut

bahan-bahan:
160ml minyak sapi
30gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
120gm tepung berserbuk penaik
1/4 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
260gm gula kastur
100gm kacang walnut | dikisar

caranya:
1. didihkan air sebanyak 125ml,ambil air tersebut sebanyak 6 sudu makan dan campurkan serbuk koko kedalamnya. kacau rata. masukkan esen vanila dan biarkan sejuk.
2. campurkan minyak sapi,telur dan gula. putar hingga kembang. masukkan bancuhan koko.
3. masukkan bahan kering dan kaup balik hingga rata
4. tuang kedalam acuan yg sesuai dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak didalam ketuhar bersuhu 160C
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by putrihanglipo at 21-8-2008 10:08 PM
hmmmmm...... terbit jgk buku menu KA ek.......  tq......
leh jadik chef dh nih..............


jgn lupe try ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:35 PM | Show all posts
kerabu ayam bercili

bahan-bahan:

300gm isi ayam |  direbus dan dihiris kecil
3 biji cili merah | dihiris halus
3 biji cili hijau | dihiris halus
3 biji bawang besar | dihiris halus
2 tangkai serai | dihiris halus
2 biji tomato | dihiris halus
daun ketumbar | dihiris halus
4 sudu makan sos ikan
garam dan gula secukup rasa

cara menyediakan:

1. campurkan isi ayam bersama bahan yg dihiris halus ke dalam mangkuk besar
2. masukkan sos ikan,gula,garam secukup rasa
3. gaul sehingga sebati
4. sedia utk dihidang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:43 PM | Show all posts
bergedil ketam

bahan-bahan:

100gm isi ketam
10 biji kentang | direbus dan dilecek
100gm daun bawang/daun sup | dihiris
20gm bawang goreng
3 biji telur | dipukul
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara menyedia:

1) isi ketam,kentang lecek,daun bawang,daun sup,bawang goreng,gula,garam dicampurkan didalam mangkuk.
2) gaul sebati dan bentukkan adunan ikut kehendak
3) panaskan minyak
4) celupkan adunan td kedalam telur
5) goreng sehingga kekuningan
6) setelah diangkat sedia utk dimakan seisi keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:50 PM | Show all posts
kek keju blueberi


200gm blueberi
6 keping biskut kraker
3 sudu makan mentega | dicairkan
15gm yogurt asli
175gm krim keju
25gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu makan tepung gandum
1 biji lemon | ambil jusnya

cara瞡ya

- hancurkan biskut bersama mentega yg dicairkan
- masukkan dlm bekas bakar dan mampatkan utk dijadikan lapisan bawah kek nanti.
- campurkan dlm satu bekas lain krim keju bersama telur, tepung,
gula dan yogurt. gaul hingga sebati.
- masukkan blueberi dan gaul rata.
- tuang adunan dlm bekas adunan biskut tadi dan ratakan.
bakar dgn kaedah double boil pada suhu 180 darjah celcius
selama 25-30 minit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:55 PM | Show all posts
ayam 3 rasa

bahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 10:56 PM | Show all posts
kek keju coklat

bahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 12:11 AM | Show all posts
hmmmmm...awat tak tempek resepi ikut kategori thread jek?
lagi teratoq.. yg lain nak carik resepi pun senang kann?

kat subject posting tu tulis jek :
Dari Buku Menu K.A

boleh kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 01:37 AM | Show all posts
hmmm banyak nyer resepi.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2008 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 22-8-2008 12:11 AM
hmmmmm...awat tak tempek resepi ikut kategori thread jek?
lagi teratoq.. yg lain nak carik resepi pun senang kann?

kat subject posting tu tulis jek :
Dari Buku Menu K.A

boleh kannn?


acctually malas nak selongkar sbb tu bukak thread sendiri. cadang nak tepek resepi jer..
tapi da ramai plak yg reply kat sini... .
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 11:09 AM | Show all posts
takde gambor ker?
baru interested nak cubo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069455 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list