CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 17-9-2008 12:31 PM | Show all posts


(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).

Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu 慞olitical Dialogue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 12:31 PM | Show all posts


(Gambar: Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim adalah CEO IKD sekarang). Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD). Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).

Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.

Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai 憇eorang tokoh penting Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 12:53 PM | Show all posts


(Gambar: Dari kiri ialah Dr Irmgard Schwaetzer (Ahli Lembaga Pengarah Friedrich Naumann Stiftung), Anwar Ibrahim dan Hubertus Von Welck (Pengarah FNF Rantau Asia & Asia Tenggara) dalam program Internal Freidrich Naumann Foundation Meeting pada 12-15 Jun di Kuala Lumpur. Ini bermakna Anwar juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut?).

Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan 搕hink tank
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 12:54 PM | Show all posts


(Gambar: Paparan laman web Freidrich Naumann Foundation (FNF) mengenai 10 buah negara yang memberi layanan buruk pada pelarian termasuklah Thailand dan Malaysia). Mengapa Thailand dan Malaysia menjadi sasaran laporan hak asasi manusia ini? Apakah layanan hak asasi di Teluk Guantanamao baik belaka?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 12:57 PM | Show all posts
FNF beribu pejabat di Thailand di alamat No. 29 BBC Tower, 25th Floor, Sukhumvit 63 Road. FNF pernah berkunjung ke Malaysia untuk program latihan di Hotel Micasa pada 11 Jun 2006, Hotel Istana pada 13 Julai 2005 dan di Hotel Sheraton Imperial pada bulan November 2006. FNF juga pernah menaja satu program Menjana Tenaga Kemenangan, MTK di Melaka pada 11 Mac 2007 (gambar). Sungguh komited sekali FNF menaja dan mengambil tahu hal ehwal politik di Malaysia dan Thailand, sedangkan FNF ini berasal daripada Jerman. Ada apa-apa yang diharapkan sebagai balasan oleh FNF?

Apa yang menarik FNF memberi ruang dan fokus yang besar terhadap Anwar Ibrahim. Kenyataan dan paparan video mengenai Anwar dipaparkan dalam laman FNF. Apakah ini ada kaitan dengan pertemuan Anwar dengan Dr. Otto Graff Lambsdorff (Presiden FNF, gambar) di Munich Jerman pada Oktober 2004?

Jika begitu, apakah sebenarnya yang dirancang pada 16 September nanti? Kerajaan baru atau akan ada perhimpunan "kuning" sekali lagi di Kuala Lumpur bagi mendesak Perdana Menteri turun sebagaimana yang berlaku di Thailand. Ada tangan tangan tersembunyi di sebalik semua ini?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 12:59 PM | Show all posts

(Gambar: Siapa nasihati Nizar sebenarnya?) Pada 27 Jun 2008, Nizar Jamaluddin (MB Perak) ketika menggulung usul dalam Dewan Undangan Negeri bercadang memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. Nizar berkata "rasional untuk memberi hak milik kekal selama 999 tahun dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara".

Pada 31 Ogos 2008, Nizar bercadang untuk memberikan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Menurut laporan akhbar cina tersebut, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut mengusahakan tanah berkenaan untuk mendapat pendapatan tambahan bagi membiayai kos pentadbiran sekolah. Nizar berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Apakah tindakan Nizar ini dipengaruhi oleh mana-mana EXCO DAP? Atau sebagai umpan untuk memastikan exco-exco DAP memuji Nizar sebagai seorang yang baik hati? Bagus juga ada cadangan agar Nizar memberikan tanah yang sama untuk sekolah sekolah pondok. Jika ikut prinsip keadilan, sekolah pondok wajar mendapat hak yang sama. Lagipun di sekolah pondok ramai yang sokong Nizar.

Pada 25 Ogos lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan Perak, ADUN PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Exco Perlancongan, Modal Insan dan NGO, ADUN PKR Changkat Jering) masing-masing dituduh menerima sogokan berjumlah RM5,000 dan RM100,000 daripada seorang individu sebagai imbuhan untuk mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan projek perumahan seluas 54 hektar tanah di Seri Iskandar. Kini, 400 hektar pula diberikan.

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2008 01:00 PM | Show all posts


Kenyataan BBC News yang melaporkan tentang kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Dalam kenyataan tersebut, BBC menyatakan ada seruan jihad untuk menentang calon Pakatan Rakyat tersebut. Kepada siapakah artikel BBC ini ditulis? Jika pembaca tersebut membacanya, apakah tafsiran mereka terhadap perkataan jihad tersebut? Inilah adu domba orang luar untuk laga lagakan orang Islam di Malaysia, kononnya melawan satu pihak lain dianggap sebagai jihad. Barat tidak akan melaporkan bahawa demokrasi masih lagi wujud di Malaysia. Barat lebih berminat melaporkan dan membesarkan cerita untuk menambahkan konflik sesama orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:01 PM | Show all posts


(Gambar: Apakah kemenangan ini membuatkan DAP menjadi lebih kuat lagi di Pulau Pinang?).

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 01:02 PM | Show all posts


rasminya setelah memenangi kerusi P44 di Permatang Pauh. Apakah selepas ini Anwar akan menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada DAP sebagai balasan kejayaan di Permatang Pauh? Anwar pernah berjanji akan memberi kerusi Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada orang Cina dan India, apakah perkara ini akan ditunaikan nanti? Dalam pada itu, ahli ahli UMNO sendiri harus bermuhasabah dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pauh. Signal jelas menunjukan jika berlaku perpecahan yang besar dalam UMNO, maka rakyat akan mulai lari dari parti. Pemilihan atau pemulihan parti yang perlu diutamakan oleh ahli ahli UMNO di pelbagai peringkat?

"Anwar says that if he wins power he will sweep away economic and social privileges for ethnic Malays in education and the civil service, policies that he endorsed when in power, but which he now says have damaged the economy and the people they were supposed to help." by Jalil Hamid, Washington Post, 26 Ogos, 11.26 am. Berikut adalah kenyataan Anwar yang dipetik dalam Washington Post berkaitan dengan cita citanya jika mendapat kuasa yang lebih besar iaitu menjadi orang nombor satu Malaysia. Washington Post pernah meramalkan Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan pilihan raya umum yang lepas. Kini selepas sejam keputusan diumumkan, Washington Post sekali lagi memberikan highlight kemenangan Anwar. Perhatikan baik baik satu persatu ayat-ayat Anwar terbabit. Social privileges adakah merujuk kepada DEB dan hak istimewa orang Melayu?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:06 PM | Show all posts


Gambar: Hanya kerana cita cita peribadi, Anwar sanggup gadaikan kepentingan orang Melayu bila mahu beri kerusi TPM kepada bangsa lain. Di manakah anaknya Ehsan di hari hari terakhir kempen Anwar? Apakah dia tidak membantu kerana bapanya enggan bersumpah?).

Hakikatnya, Anwar hanya mahu mencapai cita cita peribadi yang tertangguh pada 1998 dulu. Demi matlamat tersebut, isterinya terpaksa berkorban demi memenuhi kemahuan peribadi suami untuk berkuasa. Permatang Pauh juga adalah medan terbaik orang Melayu untuk mengajar DAP di Pulau Pinang. Jangan menyesal di kemudian hari. Bila nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi. Baru sebentar tadi, ada perkhabaran mengatakan YB Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu) telah umum mahu keluar dari PKR. Bagaimana Anwar hendak jadi Perdana Menteri jika ahli parlimen PKR sendiri yang mahu lompat parti. Ini petanda penolakan orang orang PKR pada Anwar, anda sebagai pengundi bila lagi?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:06 PM | Show all posts


Steve Clemons (Director, New America American Strategy Program) menyatakan dalam Washington Note bahawa Anwar Ibrahim turut sama menandatandangi deklarasi 揂nnapolis Summit
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:07 PM | Show all posts
(Gambar: Gus Dur dan Anwar bertemu dengan Wolfowitz di Jerman pada Oktober 2004. Kini Gus Dur datang membantu kempen Anwar di Permatang Pauh, ada apa-apa deklarasikah antara Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur di Jerman?). Deklarasi yang diluluskan oleh Presiden Bush dan Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) ini bersetuju untuk melantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel. Siapa Amerika untuk lantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin? Inilah punca sebenar pertelagahan antara Hamas dan Fatah. Apakah cara lantikan Presiden mengikut telunjuk dan cakap Bush ini satu cara demokrasi yang suci?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:09 PM | Show all posts



Surat (gambar, sekeping risalah yang ditaburkan di Permatang Pauh) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga". Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.
(Gambar: St Anne's Church yang letaknya di Cherok Tok Kun. Kira kira 1 km dari rumah Anwar Ibrahim. Pada setiap tahun diadakan satu perhimpunan besar di gereja ini.)

Surat ini jelas sekali merujuk kepada kenyataan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.

(Gambar: Bangunan yang lain di St Anne's Sancuatry Church. Pada tahun 2001, dikatakan ada seorang imam ditahan oleh JAIP kerana bersembahyang dalam gereja terbabit).

Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Di mana pula negara Islam cara PAS bila PKR sudah bersikap terbuka sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:11 PM | Show all posts


Terdengar suara suara dari beberapa orang kuat PAS mempersoalkan siapakah sebenarnya yang mendominasi PKR?. Mereka asyik bercerita dan mengupas janji janji Anwar dalam satu ceramahnya semalam di Seberang Jaya. Beliau menyebut akan memberikan kerusi TPM 1 kepada kaum Cina dan TPM 2 kepada orang India. Mereka mula mempersoalkan siapakah sebenarnya dalam organisasi PKR? Berikut adalah carta organisasi Parti Keadilan Rakyat, www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/52/77/. Bila dibilang bilang ada 28 orang Melayu dan 13 orang bukan Islam dalam PKR. Daripada 31 orang ahli parlimen PKR, 11 ialah bukan Islam. Bila PKR menang lebih banyak kerusi dalam parlimen, siapa yang untung? Bila PKR bergabung dengan DAP, siapa yang untung? Jika Anwar sudah mahu beri kerusi TPM 1 kepada Cina, bukankah bakal TPM 1 nanti, ialah orang yang bernama Kit Siang dan Tian Chua akan disenarai pendek sebagai calon?. Ianya bukan lagi orang yang bernama Haji Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa. Begitu juga untuk TPM 2, bukankah orang itu ialah Karpal Singh? Jadi jika pengundi Islam memilih Anwar nanti dengan harapan yang menggunung semata mata kerana marah minyak, apa akan jadi selepas itu? Jangan dengar guruh di langit, air di tempayan dituang tuangkan. Selepas itu, bila menyesal sudah tidak berguna lagi. Tengoklah baik baik siapa sebenarnya di belakang PKR?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:12 PM | Show all posts
Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?

Berikut adalah sticker kempen PKR di Permatang Pauh. Mengapa ada logo mata sebegini dalam sticker yang diedarkan kepada pengundi Permatang Pauh? Apakah mata tersebut ada kaitan dengan mata yang tertera pada logo bendera PKR atau simbol mata yang lain?

Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosiol.

Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:18 PM | Show all posts
Banyaknye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 01:33 PM | Show all posts


Gambar: Anwar bersama anak-anaknya, termasuklah Ihsan dalam satu majlis keluarga. Kini, di manakah Ihsan anak lelaki Anwar dalam selepas isu Saiful Bukhari?

[ Last edited by  shamsadis at 18-9-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:38 PM | Show all posts

Balas #215 shamsadis\ catat

HANG kalu NAK MOHONG BIAQ TEPAT FAKTA....tu BUKAN FREEMASON...tu ILLUMINATI punya LAMBANG...FREEMASON A PART OF ILLUMINATI...kalo HANG BUAT POST ni KAT HML sure KENA GELAK X HENGAT...

MATLAMAT ILLUMINATI bukan yg HANG SEBUT. MATLAMATNYA ADALAH ONE GOVERNMENT for THE WHOLE WORLD....maksudnya MANUSIA LAIN jadi HAMBA pada MEREKA. MEREKA ANTI AGAMA...MANA2 AGAMA pun...dan PENYEMBAH SYAITAN....ILLUMINATI ni VEHICLE pada DAJJAL sebelum DIE MUNCUL....die GUNAKAN ILLUMINATI untuk MENGUASAI DUNIA....

NOVUS ORDO SECLORUM tu MAKNANYA ORDE DUNIA BARU...yg BAPAK KEPADA BUSH SEKARANG ni TERLEPAS CAKAP masa PERANG ngan IRAQ dulu...

MEREKA ni BUKAN YAHUDI....mcm2 BANGSA ADA DLM ni...kalo dah JADI AHLI ILLUMINATI dah X DAK BANGSA2 dah....semua TUNDUK PADA SYAITAN...

MAKSUDNYA X KIRA APA BANGSA HANG, APA AGAMA HANG...HANG CUMA HAMBA pada YG PEGANG KUASA....

BACA DULU dan FAHAM SEBELUM POST...

KAN DAH MCM ORG BODOH ko NIE....


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:04 PM | Show all posts
tak adil betul..itu cuma kawan2 anwar...mahathir banyak juga kawan2 yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 07:55 AM | Show all posts
aku takder kawan yahudi...tak nak aku kawan dengan yahudi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061199 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list