CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 20-11-2008 10:54 AM | Show all posts

Antara saat-saat 'kejatuhan'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 10:56 AM | Show all posts


bukan Zeti Aziz Gabenor Bank Negara ker yang kene kenen dengan IMF...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:08 AM | Show all posts
MELALUI KATA-KATA MAT SABU




Naib Presiden Pas Hj Mohd Sabu pada tahun 1998 di Kubang Kerian Kelantan pernah menggelar Anwar Ibrahim Al Juburi. Kenyataan ini sememangnya berlandaskan kepada pengetahuan sedia ada Mat Sabu berkenaan Anwar. Mengapa sekarang Mat Sabu menyepi dengan istilah Al Juburi.Apakah dulu memang betul Anwar Al Juburi.Anwar adalah musuh tradisi Mat Sabu dan tidak akan lupa perangai Anwar yang pernah menghentam Mat Sabu dengan pegangan syiahnya.Apapun yang berlaku, Mat Sabu sedia maklum tentang perangai Anwar dan Mat Sabu adalah pejuang tulen yang masih di dalam PAS untuk menidakkan Anwar. Ini bererti Mat Sabu adalah musuh tradisi kepada jak-juak Anwar di Dalam PAS seperti Husam Musa, Dr Hatta dan Dr Lo Lo.1.



Daripada 4 jenis judi dikeluarkan di Malaysia berubah apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan.Judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi 9 jenis termasuk judi lumba kuda.


2.Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan . ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.


3.Tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada Ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.


Ini bermakna memang jelas dari dalam UMNO lagi Anwar berperangai teruk. UMNO cuba mendidiknya, namun gagal kerana Anwar lebih cekap dalam hal ehwal bersekongkol dengan Amerika di dalam menjahanamkan bangsa , agama dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:10 AM | Show all posts
Agentos, Yahudi, Prinsip Yahudi, Apakah kaitannya dgn Malaysia?



1.Sedari awal thn 60an, Amerika memang telah menunjukan rasa minatnya kepada Bumi Bertuah Malaysia.Ini terbukti dengan Penghasilan sebuah dokumentari bertajuk 'the little Dragon of Asia'. Antara faktor yg menarik minat Amerika ketika itu hinggalah kini, adalah kerana faktor Geografi Malaysia yang terletak sebagai jalan perdagangan utama antara China dan Barat, terlindung daripada bencana, hasil bumi, minyak, gas, getah dan Kelapa Sawit.

2.Disebabkan faktor2 inilah yang telah menyemarakan semangat Amerika untuk menguasai Malaysia. Dengan menggunakan segala kepakaran dan rangkaian Yahudinya, Amerika telah memasukan elemen2 gerak sarafnya di Malaysia ketika itu. Ada teori yg mengatakan bahawa, Amerika telah secara senyap2 memasuki/mempengaruhi YAB Tun Razak, PM ketika itu untuk melaksanakan cita2 mereka ini. Agenda ini telah diserapkan dengan begitu licik sekali hinggakan Tun Razak sendiri tidak perasan yang beliau telah berada dalam sistem atau lingkaran Yahudi ini.

3.Suatu hari apabila Tun Razak telah menyedari akan keadaan itu,beliau telah menceritakan kepada Sahabat baik yang juga Timbalan PM ketika itu iaitu Tun Dr.Ismail. Akibatnya,Tun Dr.Ismail telah di sabotaj oleh agen Yahudi yangg bertugas di Malaysia ketika itu sehingga meragut nyawa Tun Dr.Ismail(Letupan ketika perasmian program GPMS di Pdg.Merbok).
Menyedari keadaan semakin terancam Tun Razak telah mengambil keputusan untuk ke London dan bertemu Queen. Dipercayai ketika itu Tun Razak telah memaklumkan kepada Queen tentang keadaan itu dan Queen juga telah sedia maklum tentang pekara itu. Hanya ada satu jalan keluar untuk Tun Razak keatas permainan Yahudi itu iaitu 'MATI',dan atas semangat sayangkan Agama, Bangsa dan Negara serta tidak mahu diperalatkan oleh kuasa asing, maka Tun Razak telah memilih Maut, maka pergilah Tun Razak sebagai seorang Patriot dan Pahlawan bersama 1001 rahsia(Kematian Tun Razak adalah misteri, beliau disahkan mati kerana Leukimia sedangkan record menunjukan yang beliau tiada Penyakit itu.)Dengan kematian Ke dua-dua negarawan ini ia telah membantutkan usaha Amerika untuk melaksanakan cita-cita mereka itu.


4.Disebabkan itu Amerika telah menjalankan usaha ke2 mereka untuk menggantikan peranan kedua-dua Negarawan ini. Amerika telah menilai Tun Husein dan Dr.Mahathir namun mereka tidak berminat dgn kedua-dua tokoh ini. Oleh itu Amerika telah membuat satu pelaburan jangka panjang keatas seorang pimpinan mahasiswa ketika itu, untuk digilap sebagai BONEKA mereka yang baru. Amerika telah membuka ruang yang seluasnya kepada tokoh mahasiswa ini sehinggakan tokoh pimpinan Mahasiswa ini mendapat laluan yang mudah untuk berjumpa Ayatolah Khomeni ketika itu(ini amat luar biasa), kemudian dengan segala kuasa dan rangkaian yang Amerika miliki mereka telah berjaya melahirkan seorang pimpinan Mahasiswa yang berimejkan HERO. Amerika berjaya mengaburi mata rakyat Malaisia.
Dalam masa yang sama Amerika juga telah mengesan kelemahan tokoh pelajar ini, untuk dijadikan senjata alat kawalan jauh Amerika iaitu 'LELAKI', Amerika tahu yang minat tokoh itu adalah kepada kaum sejenis. Maka Amerika telah menjamu, dan Merakam dan merekod segala kelakuan tokoh ini untuk dijadikan bahan ugutan apabila tokoh ini menjadi Pemimpin Negara dimasa hadapan. Tanpa rakyat sedari Amerika secara senyap-senyap telah meletakan agen no.1 mereka betul-betul disebelah Tokoh pimpinan Mahasiswa ini. Apakah cirri-ciri agen Amerika/CIA ini?


5.Satu, Mempunyai dua atau lebih daripada satu warganegara dan ke dua, Agen-agen CIA ini tidak boleh dibicarakan di tempat atau negara mereka bertugas sekiranya mereka ditangkap ketika menjalankan tugas. Setelah meletakan agennya disebelah pimpinan mahasiswa ini yang ketika itu begitu aktif dalam Angkatan Belia Islam (ABIM), maka pelbagai usaha telah dijalankan untuk mempromosikan pimpinan pelajar itu hingga akhirnya beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pimpinan pelajar itu tidak lain dan tidak bukan adalah ANWAR IBRAHIM. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya Dr.M telah mengetahui juga susunan permaian itu dan telah mengambil tindakan drastik memecat DSAI.
Setelah dipecat, DSAI tidak mampu menerima hakikat itu dan tidak mampu berdepan dengan keAIBAN yang akan didedahkan oleh CIA dan dia tahu jika menyerah maka akan menerima nasib yang sama malahan lebih teruk daripada apa yang dilalui oleh Tun Dr.Ismail dan Tun Razak, maka inilah hasil yang dapat kita lihat hari ini, PERPECAHAN bangsa MELAYU khususnya dan rakyat MALAYSIA umumnya. Mari kita imbau semula pada tahun 1998, sewaktu kes DSAI disebut di Mahkhamah, siapakah antara mereka yang telah ditahan selain Sukma Darmawan?? Ya! Munawar Hanis! Seorang Kawan baik dan penasihat DSAI, yg mempunyai Warganegara Malaysia, Pakistan dan Amerika!, dimanakah dia? Kemanakah dia? Mengapa dia begitu Misteri? Mengapa dia tidak dibicarakan? Siapakah Munawar Hanis? Adakah Munawar Hanis merupakan Agen CIA yang telah ditugaskan untuk membantu DSAI selaku AGENTOS dalam melaksanakan tugasan Amerika??? Ini antara persoalan yg perlu dijawab. Jika ini benar, maka tidak hairanlah AI berkawan baik dgn Paul Wolfowitz (Perancang Perang Teluk) dan tak hairanlah Condoleza Rise (Setiausaha Negara Amerika) beriya-iya menyokong DSAI.
Pelik, mana mungkin perlaksana dasar-dasar Yahudi ini boleh secara terbuka mencampuri hal dalaman negara kita yg berdaulat ini, jika mereka tiada kepentingan....Mereka sudah terdesak dan mereka juga sudah tidak sanggup menunggu lagi, utk mencipta satu lg AI ini akan mengambil masa yg lebih panjang, kerana itu Mereka tiada pilihan lain selain memastikan AI terus bernafas untuk melaksanakan cita2 mereka.


6.Hari ini ternyatalah DSAI tidak layak memimpin Negara, ini bukan kerana Dia seorang GAY! Tetapi jauh lebih merbahaya kerana dia adalah seorang Gay yg bertopengkan agama yang Bercita-cita besar utk menjadi PM, sedangkan semua bukti dan rahsia kehidupan GAYnya ada dlm simpanan CIA/AMERIKA...Cuba bayangkan jika DSAI menjadi PM, ini adalah PENJAJAHAN semula keatas ke daulatan negara bertuah kita ini...kita akan dipimpin oleh Seorang PM yg menjadi BONEKA dan Perlaksana Dasar Yahudi!!

7.JANGAN TERIMA BULAT-BULAT APA YANG TERKANDUNG DALAM ARTIKEL INI, NAMUN JANGAN TOLAK MENTAH-MENTAH APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH ARTIKEL INI. BACA, FIKIR DAN CUBA BUAT KAJIAN SEDIKIT TENTANG KANDUNGAN ARTIKEL INI... KITA ADA AKAL DAN KITA BANYAK SUMBER, GUNAKAN!! TAK RUGI KITA MEMIKIRKAN ANAK BANGSA KITA...Anwar! Sedarlah! Bertaubatlah! Jgnlah kau terus menggila untuk mempertahankan ego mu! Ingatkan masa depan anak bangsa dan agama mu...pahlawan sebenar adalah pahlawan yang sanggup bekorban demi anak bangsa, agama dan negaranya! Kembalilah ke landasan sebenar, jgn biarkan dirimu diPERALAT!!!

[ Last edited by  shamsadis at 20-11-2008 11:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 09:41 AM | Show all posts


[ Last edited by  shamsadis at 25-11-2008 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 09:50 AM | Show all posts
Timbang politik berasaskan keadilan


Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH November 18, 2008


KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.

Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?

Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?

Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau ada pun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.

Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.

Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.

Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.

Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (jus soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.

Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.

Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosiol, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.

Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.

Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.

Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.

Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.

Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.

Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.

Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.

Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.

Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.

Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 09:51 AM | Show all posts
Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.

Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.

Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.

Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?

Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.

Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.

Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.

Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.

Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.

Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.

Menurut Faarland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.

Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.

Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).

Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).

Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).

Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.

Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.

Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.

Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.

Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut:
(i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa,
(iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan
(iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.


Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosiol dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.

Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH November 18, 2008

[ Last edited by  shamsadis at 21-11-2008 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 11:53 AM | Show all posts


                                                               VS


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:59 AM | Show all posts




Ezam Mohd Noor  menuduh Khalid mengutip derma daripada kontraktor kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat... Menurut Ezam duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR....Akaun yang mana satu? Akaun peribadi Khalid, akaun Lim atau akaun PKR, akaun Anwar *edited*, akaun NIXAR, akaun Azizah, akaun Izzah, akaun Teresa *edited*, akaun aku ker, akaun Superpower kot, akaun katak lompat...

Khalid mengakui bahawa dia memang mengutip derma daripada kontraktor dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan sebegitu adalah tidak salah. Benarkah tidak salah? Cakap pusing...

Peraturan Bod Politik Tempatan -Sila Baca Sebelum Buat Posting
http://eforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=382550&extra=page%3D1

[ Last edited by  timeoutzone at 22-11-2008 11:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 12:06 PM | Show all posts

Sila tanda mana yang sudah sebelum PRU 13. Jika janji2 yang dinyatakan belum dilaksanakan, itu adalah kerana tiada bajek lebih, tiada peruntukan, tiada masa...bla bla...

Nanti PRU 13 Janji yang sama akan dikemukakan. Sekian Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 12:21 PM | Show all posts
Tuntutan IFC Berjaya.

Al kisah bermula :

Tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) menyatakan 搆erajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid" - 9 Jun 2008.

Kisah lagi :

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu.

Kisah dalam Pembinaan :

Gereja First Baptist di Lot No.8328, Jalan SS17/1, Subang Jaya yang sedang dalam proses pembesaran dalam Parlimen Kelana Jaya.







Cadangan membina tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi dewan, tandas, bilik sembahyang, bilik agama serta 2 tingkat tempat letak kereta dan 1 unit bilik sampah

Kisah berekod :

Di Selangor jumlah penduduk Islam ialah 4 juta orang dengan jumlah masjid ialah sejumlah 380 buah. Manakala penduduk beragama Hindu ialah sejumlah 700,000 orang dengan jumlah kuil sejumlah 1,000 buah.

[ Last edited by  shamsadis at 21-11-2008 12:24 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073925 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list