CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 21-11-2008 12:38 PM | Show all posts
Mengenali Saudara KJ


Beliau bukan Ahli Parlimen Tumpat. Beliau adalah saudara KJ (Khalid Jaafar). Penulis buku Tumit Achilles, kisah askar kuda trojan yang menyerang Troy dengan penuh berstrategi, percintaan dan taktikal. Saudara KJ adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. Sekarang tempatnya ialah selaku Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD). Gambar atas adalah gambar saudara KJ bersama dengan seorang mubaligh Kristian ketika menghadiri satu Persidangan Antara Agama.


Saudara KJ sedang bergambar dengan seorang paderi Kristian dalam persidangan agama yang sama. Perhatikan bagaimana paderi tersebut mengangkat lambang agamanya. Persoalannya, apakah saudara KJ tidak sedar bahawa kumpulan-kumpulan pendesak Interfaith Commission (IFC) yang menuntut 14 perkara tersebut sudah pun bertapak di Malaysia? Apakah ini punca Ezam lari dari PKR kerana tidak mahu terlibat dengan kumpulan-kumpulan yang liberal dan moderate ini ?

Saudara KJ sekarang mengetuai IKD yang berperanan melatih dan mengkaderkan pemimpin muda PKR sejak 1998 lagi. IKD mendapat pembiayaan daripada Kondrad Adeneaur Foundation (KAF), sebuah yayasan daripada Jerman. KAF adalah foundation yang menjadi think tank kepada Parti Christian Democratic Union (CDU) di Germany.

KAF juga turut mendapat pembiayaan daripada American Jewish Committe (AJC) sebuah yayasan Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Apakah saudara KJ tidak tahu bahawa KAF mendapat pembiayaan daripada yayasan Yahudi di Jerman dan Amerika Syarikat? Apakah pertentangan idea dan fahaman antara group Ezam dan group Azmin Ali akibat perkara-perkara ini menyebabkan Ezam berpatah arang berkerat rotan dengan PKR ?




Saudara KJ pernah dibawa ke dalam Pentagon oleh Anwar Ibrahim bersama sama dengan Azmin Ali (Naib Presiden PKR, bekas SU Sulit Anwar) berjumpa dengan Paul Wolfowitz (semasa itu menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) pada Februari 2005. Wolfowitz berbangsa Yahudi dan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Mengapa berjumpa dalam Pentagon ? Berjumpa dengan perancang serangan ke atas Afganistan dan Iraq.


Azmin Ali sedang memapah Anwar Ibrahim ketika Anwar sakit tengkuk dan pinggang. Nampaknya Azmin lebih prihatin menjaga Anwar. Selepas Anwar sihat, Azmin yang menjadi pilihan dibawa oleh Anwar ke Amerika.

Jika mengikut hirarki politik, Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik lebih layak dibawa ke Pentagon bukannya saudara KJ, tetapi mengapa Anwar tinggalkan Ezam ? Mungkin S (adik Azmin) menjadi titik tolak kasih sayang tidak berbelah bahagi Anwar kepada Azmin berbanding Ezam ? Mudahnya, ini petanda bahawa Ezam sudah tidak percaya Anwar boleh jadi Perdana Menteri melalui PKR dan Pakatan Rakyat.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


[ Last edited by  shamsadis at 21-11-2008 12:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 20-11-2008 11:10 AM
Agentos, Yahudi, Prinsip Yahudi, Apakah kaitannya dgn Malaysia?


http://1.bp.blogspot.com/_nskORZt1JP0/SMCpjjV4ovI/AAAAAAAAAAo/jJL6YMFldXQ/s320/anwar+kemaruk.jpg
1.Sedari awal thn 60an, Ame ...


usaha shamsadis di forum ini sgt membantu org lain mengenali siapa Anwar sebenarnya..teruskan usaha ini, ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:43 PM | Show all posts

Reply #942 serihartatie's post

malangnya, kebykan maklumat yg diberi tak tahu tepat ke tak..
sekadar teori semata-mata
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 21-11-2008 12:06 PM

Sila tanda mana yang sudah sebelum PRU 13. Jika janji2 yang dinyatakan belum dilaksanakan, ...


actually byk dh yg telah ditunai oleh PR.. mungkin ko x sedar, sbb ko bukan org selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:01 AM | Show all posts
monyet sarkiss hanya ikut perintah tuanya... kalau org lain dtg nak tunjuk bentul pun dia tak ikut, kalau tuan dia kalau suruh angguk dia angguk, kalau suruh geleng pun dia geleng...  lain dia tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:05 AM | Show all posts
ok abg sham shamsadis teruskan copypaste lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 07:57 AM | Show all posts

Balas #943 timeoutzone\ catat

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya".
Surah Al-An'aam,(ayat 67)
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 07:58 AM | Show all posts

Balas #944 timeoutzone\ catat

yeala smua dah tertunai...sampai nak demo bogel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 08:05 AM | Show all posts
KANDUNGAN LAPORAN PUSRAWI


1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
a) Kependekan F/T bermaksud full time.
b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
c) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
d) pain in the anus when passing motion (for a week)
e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.




LAPORAN HOSPITAL PUSRAWI vs HOSPITAL KUALA LUMPUR

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

KENAPA LAPORAN PUSRAWI DITERBITKAN SEKARANG?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah.
Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur.

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.


Laporan Liwat Hospital Pusrawi: Beberapa Kemusykilan Yang Ada.

(Gambar: Laporan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, Doktor Hospital Pusrawi pada halaman 2). Pemeriksaan dibuat pada jam 2.14 petang di Hospital Pusrawi dan laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari pada jam 6 petang pada 28 Jun, hari yang sama. Tan Sri Ismail Omar (Timbalan Ketua Polis Negara) menyifatkan laporan pemeriksaan yang didedahkan pada awalnya oleh Malaysiakini ini adalah sebagai satu usaha untuk mengelirukan orang ramai tentang siasatan kes liwat Anwar Ibrahim. 揔ita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,擺/i] kata Tan Sri Ismail Omar dalam Utusan, 29 Julai 2008.

Tulisan pada bahagian 1 (dibulatkan) adalah berbeza dengan tulisan pada bahagian 2 (ditandakan kotak). Ada dua orang doktor yang berbeza yang memeriksa Saiful?. Atau laporan asal ditambah tambah pada bahagian 1 yang dibulatkan? Jika Saiful tahu dia tidak diliwat, mengapa pergi minta doktor periksa pada bahagian tersebut? Ini bermakna, Saiful yang meminta diperiksa di bahagian tersebut. Tentu ada sesuatu yang tidak kena berlaku sebelumnya.



Lihatlah bagaimana keratan sticker bar code yang tertera nama Saiful di tampal atas nama pesakit. Atau report ini sebenarnya milik orang lain? Laporan ini ditampal dan diphotostat agar nampak macam report Saiful punya? Laporan doktor dari Pusrawi terus diambil mentah mentah oleh kebanyakan orang untuk menunjukkan bahawa Saiful yang bersalah. Namun, ramai yang lupa bahawa sehingga kini Anwar masih lagi enggan memberikan DNA untuk laporan yang lebih telus. Jangan lupa, ada satu lagi laporan pemeriksaan di HKL, hanya menanti DNA Anwar untuk melengkapkan jingsaw puzzle laporan tersebut. Kalau sudah tahu tidak salah, mengapa tidak hendak beri DNA?

KANDUNGAN LAPORAN PUSRAWI

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
a) Kependekan F/T bermaksud full time.
b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
c) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
d) pain in the anus when passing motion (for a week)
e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.





AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)



[ Last edited by  shamsadis at 24-11-2008 08:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by ayinanaz at 23-11-2008 12:01 AM
monyet sarkiss hanya ikut perintah tuanya... kalau org lain dtg nak tunjuk bentul pun dia tak ikut, kalau tuan dia kalau suruh angguk dia angguk, kalau suruh geleng pun dia geleng...  lain dia ta ...



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:12 AM | Show all posts


dulu lain skang lain...dulu tang ke laen skang ni pun dia ke laen lagik...aiceh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:15 AM | Show all posts
SENTUHAN JARI MU



[size=180%]BANG NUAR SELALU SAJA TIDAK SEDAR DENGAN PERILAKUNYA. Di dunia ini kadang-kadang apa yang dilakukan ditunjukkan tanpa sedar. Kalau Bang Nuar tidak sedar dengan dirinya maka penyokongnya tentu lagi TAK SEDAR. ..erm sama-sama kita fikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:16 AM | Show all posts
Nik Aziz Bukan Lagi Penasihat PAS


Pada 22 November 2008, dalam Buletin Utama, TV3, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk campur berkaitan cadangan kerajaan PAS Kedah yang mahu membangunkan projek ternakan babi di tapak seluas 162 hektar di Bukit Selambau. 揝aya nak jaga kerajaan negeri Kelantan saja, saya tak mahu campur kerajaan lain, minta maaf擺/i] demikian ulas Nik Aziz ketika diwawancara mengenai isu babi di Kedah.

Bukankah Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS, tetapi mengapa tidak mahu masuk campur? Sebagai seorang penasihat, Nik Aziz perlu tegur perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Biarpun cadangan untuk membina kandang di Bukit Selambau dibatalkan, tetapi projek ini tetap juga diteruskan di tempat lain.


Berucap pada Siri Wacana Gapena V anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena), pada 22 November 2008, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri) berkata, PAS rela menerima perkara itu (penternakan babi), malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.


Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan PAS untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai. Nik Aziz pun tidak berani lagi menegur apa yang silap dalam PAS. Ini bermakna, Nik Aziz bukan lagi seorang penasihat PAS kerana dalam perkara penternakan babi di Kedah, Nik Aziz tidak mahu masuk campur. Ruginya orang PAS, bila penasihat PAS yang digelar Tok Guru pun enggan menasihati PAS lagi dalam isu babi.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


[ Last edited by  shamsadis at 24-11-2008 08:41 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:54 AM | Show all posts
PENJAJAHAN WARISAN



MP Ipoh Barat Ipoh Barat yang ingin menukarkan Jalan Silibin kepada Jalan Patto harus ingat, tindakannya itu bukan sahaja mengubah warisan malah cuba menyusahkan posmen untuk menhantar surat!

Dulu masa kerajaan Barisan Nasional nak tukar nama Jalan Foo Chong Kong sebagaiJalanTabung Haji, mangkuk hayun DAP membantah gila babis! Oleh kerana kerajaan negeri telah mengambil kira public opinion mengenai perkara tersebut, maka jalan tersebut kekal sebagai mana asal.

Tapi kerajaan negeri sekarang ni pulak kata, PEDULIKAN APA RAKYAT KATA, KITA AKAN TETAP NAMAKAN JALAN INI DENGAN JALAN PATTO...Belagak nak mampus! Double standard!

Sebenarnya tak ada masalah nak namakan jalan dengan nama si Patto ni. Dia layak diberi penghormatan. Tapi tak boleh ke nak namakan kat jalan-jalan baru yang lain. Sekarang ni, belambak jalan-jalan baru di bina, letak la nama dia anak beranak kat situ!

Ini akan memudahkan posmen ataupun masyarakat untuk tidak membangkitkan isu ini sebagai satu tindakan politik murahan!

Udah le Ipoh ni dah hilang habih nama-nama warisannya setelah dinamakan semula, sebagai contoh - Brewster Road, Hugh Low Street, Thompson Road, etc.
Cuba buat macam Taiping, bila nama baru diberi kepada jalan-jalan yang lama, nama lamanya tetap dipamerkan sebagai satu warisan sejarah. Tapi, yer la, mungkin sejarah tidak penting kepada lahanat-lahanat ni, kerana sejarah bakal membangkitkan semangat orang Melayu!

Ni, nak habaq, hari tu canang-canangkan yang kerajaan baru ni kerajaan yang prihatin, mendengar rintihan rakyat, mendengar abah ko! Kalau dah dengar, mesti ambil tindakan untuk perhatian, bukan buat tindakan melulu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:29 PM | Show all posts
Kod rahsia isyarat tangan yang ditunjukkan oleh agen-agen Zionis di bawah. Bukankah ini kod isyarat 扠epala Kambing
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:46 PM | Show all posts
Nik Aziz Nik Mat - Februari 1999, dalam satu ceramah yang dibuat di Kota Bharu,


攨Dan bersungguhnya ambo baru ni, ambo kata kita akan terima siapa dia nak sokong kita hatta syaitan sekalipun. Bila ambo kata lagu ni, ada seorang. Hai! Dia kata kecek ni cermat sikit kan jadi rosak akidah. Orang hok kecek ni orang Kelantan juga. Baru jadi timbalan menteri. Dianya hok parti rosak akidah, dia beringat kita takut rosak akidah.擺/size]






ni ker syaitan nyer Tok Guru...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 02:09 PM | Show all posts
ko yakin ke apa sahaja yo tampal kat sini ni betul n bukan fitnah??? risau dapat dosa fitnah free je.. bukan ko dapat gaji pun buat semua ni... kalau ko yakin n ko cuba tegakan benda yng betul dan berasas ko teruskan lah,,, aku tak kisah... cuma aku risau benda ni salah dan ko akhirnya jatuh digolongan yang menfitnah saudara islam yang lain... nasihat free je ni,,,ok bro peace!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:14 PM | Show all posts

Balas #957 ayinanaz\ catat

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu". -
Muhammad, Ayat 31

Kebenaran bukanlah satu kebetulan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:19 PM | Show all posts
nak muntah aku...dah baca dah sebelum ni....dakyah umno je ni...ye la...umno kan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:20 PM | Show all posts
ko ni ckp biar berfakta... ..men tepek je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.447742 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list