CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 25-11-2008 08:32 AM | Show all posts
Sebagai bangsa yang merdeka kita sendiri yang menentukan nasib bangsa, agama dan negara dan kita sanggup berkorabn apa saja untuk menjamin negara kita yang tercinta tidak dijajah semula dalam bentuk apa pun. Inilah harga kemerdekaan kita. Inilah perjuangan luhur seluruh rakyat berbilang kaum sejak 1957 hingga sekarang dan akan datang.

Kami adalah patriot Malaysia yang sanggup mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan kami walau pun dengan nyawa kami sendiri. Kami bukan dilahirkan ke dunia sebagai pengkhianat negara untuk mencari kesenangan peribadi atas penderitaan 20 juta umat Malaysia. Kami adalah anak watan yang hidup mati kami untuk mempertahankan kemerdekaan negara kami yang bebas merdeka dari kuasa asing dalam bentuk apa saja. Kami mempertahankan hak rakyat dan kemerdekaan negara dari penjajahan bentuk baru. Kami tidak mahu seorang pemimpin kami pada hari ini dan masa depan.

Wahai Anwar! Apakah anda masih ingat satu peristiwa yang dirakamkan dalam Sejarah Melayu tentang nasib Sang Rajuna Tapa yang meminta bantuan Majapahit untuk menghancurkan negaranya sendiri? Dia dibunuh sebagai pengkhianat. Begitu juga kaum keluarganya. Rumahnya di buang ke laut. Malah tapak rumahnya juga dihancur leburkan supaya tidak ada tinggalan bekasnya. Itu balasan terhadap pengkhianat negara pada zaman purba.

Anda sendiri menjadi banduan akibat perbuatan anda dan salah laku anda. Jangan salahkan Mahathir, kerajaan, UMNO dan rakyat kerana ada terjebak dalam lingkaran nafsu buatan sendiri. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah sendiri. Juga bukan salah isterimu yang mencintaimu, juga anak-anak kesayanganmu. Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tak ada api mana datang asapnya. Kalau tak ada angin masakan daun bergoyang.

Jangan cerita tentang konspirasi Mahathir yang hendak menjatuhkan anta. Mengapa anta tidak menceritakan kepada umum konspirasi anta yang berjaya meruntuhkan beberapa orang pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan juga nasional?

Apakah anda tidak terlibat secara langsung dalam kejatuhan Tun Daim sebagai ketua bahagian Merbok? Sanusi Junid di Langkawi? Rahim Thamby Chik sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Menteri Melaka? Mat Taib di Selangor? Rafidah sebagai Ketua Wanita? Pak Lah sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang? Jangan amalkan buang batu sembunyi tangan.

Kita ingin bertanya kepada Anwar benar atau tidak memainkan peranan penting dalam kemasukan semula Shirley Gordon (memakai nama Islam Elijah) yang diusir sebagai pesona non grata oleh Tun Razak di masa lalu kerana dianggap sebagai agen CIA?

Dikatakan Shirley Gordon diterima semula memasuki Malaysia setelah Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut satu sumber yang layak dipercayai Shirley Gordon mempunyai pengaruh dan hubungan politik yang baik dengan berbagai-bagai pemimpin negara bukan saja di Malaysia tetapi juga di Timur Tengah termasuk setengah pemimpin Palestin. Juga dikatakan perempuan warganegara Amerika ini mempunyai hubungan politik yang mesra dengan Anwar sejak Anwar dalam UMNO hingga sekarang.

Dikatakan Anwar pernah memperkenalkan sebagai pemimpin politik Islam di Asia, India dan juga Timur Tengah kepada perempuan keturunan Amerika ini. Dikatakan orang ini masih berada di Malaysia dan kononnya masih menjalankan kerja-kerja 揳mal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 08:37 AM | Show all posts


Apa yang Membezakan Muslim Moderat dan Muslim Radikal?

oleh John L. Esposito & Dalia Mogahed


Washington, D.C.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:38 AM | Show all posts
Ucapan Anwar : hanya bersastera, tidak pragmatik!

PEMIMPIN yang suka membuat petikan kata-kata orang lain untuk memperkuatkan hujahnya dalam perdebatan atau pun ucapan adalah pemimpin yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, tidak ada jati diri dan tidak berkualiti.

Ada pemimpin yang berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa dia seorang intelektual yang banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas sedangkan sebenarnya dia sendiri tidak membaca ucapannya yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.


Dan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim masih berbuat demikian ketika bercakap membahaskan belanjawan baru baru ini maka para wartawan yang senantiasa mengikuti perkembangan semasa dapat menilai bahawa pemimpin Keadilan itu mengulangi gaya lama.

Kata wartawan Star Zulkifli Abd.Rahman: ``There was the usual dose of the Anwar public-speaking style of his heyday when he was in the government.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:42 AM | Show all posts
Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..


Anwar Ibrahim, Erdogan dan Abdullah Gul

Anwar Ibrahim kata..Turki dan Indonesia adalah model Negara Islam..John Esposito kata..Amerika tidak akan mengiktiraf Negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam muncul seperti Turki.. Persoalannya apa istimewanya Turki ? - AIDC


Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

Di bawah ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab tentang analisa situasi di Turki oleh Sheikh Ata Abu Rashta yang ditulis pada 8 Jun 2007. Rencana ini menerangkan latar belakang Pemilihan Presiden Turki pada 22 Julai 2007, kesetiaan parti-parti politik dan keterlibatan pihak tentera dalam politik, serta peranan yang dimainkan oleh Amerika dan Inggeris dalam percaturan politik Turki.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, perlu diketahui latar belakang lahirnya Negara Turki sekular. Sejak si pengkhianat bernama Mustafa Kamal Ataturk melaksanakan rancangan Inggeris hingga menghancurkan sistem khalifah pada penghujung Perang Dunia Pertama, sejak itu dia selalu memusuhi Islam. Pandangannya, emosinya, cara berfikirnya selalu menunjukkan kebencian terhadap Islam. Agendanya adalah untuk menjadikan Turki sebagai Negara Boneka Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:43 AM | Show all posts
Pertama : Melawan Islam dan bersahabat dengan Inggeris

Sejak munculnya kekuasaan Amerika di pentas dunia pada akhir Perang Dunia Kedua, Amerika telah menjadi pemenang perang menggantikan kedudukan Inggeris dan Perancis sebagai negara terkuat di dunia. Amerika telah mengadakan persidangan yang diikuti duta besarnya di Timur Tengah pada tahun 1950.

Amerika berusaha menyusup ke dalam barisan angkatan bersenjata Turki untuk memenangi pengaruh dengan pertimbangan bahawa Turki mempunyai kekuatan ketenteraan yang efektif dalam menjaga kedaulatan negaranya. Tapi usaha ini gagal, kerana Kamal Ataturk terlalu setia kepada Inggeris.

Maka satu-satunya peluang yang Amerika lihat adalah menyusup pengaruhnya dalam masyarakat dengan bermain emosi kaum muslimin yang tersepit di antara regim tentera dan kaum sekular. Situasi ini terjadi pada zaman pemerintahan Adnan Menderes (sekitar tahun 1950an); Turgut Ozal (sekitar tahun 80an), dan Sulayman Demirel (antara tahun 70an dan tahun 90an).

Walau bagaimanapun Sulayman Demirel melayan baik kedua-dua pihak iaitu Amerika dan Inggeris sehingga ke akhir pemerintahannya.

Amerika berusaha bergerak pantas ketika agennya ditangkap oleh tentera. Itu sebabnya tentera merampas kuasa pada tahun 1960, 1971, 1980, dan 1997 dengan alasan untuk melindungi kepentingan sistem sekular yang berkiblat kepada Inggeris.

Amerika mempelajari strategi baru setiap kali berlakunya rampasan kuasa dan menyedari bahawa sangat sukar menembusi kekuasaan tentera Turki. Maka pada zaman Turgut Ozal (1), ia berusaha membuat keseimbangan antara politik dan memperkuatkan ketenteraan.

Harus diingat bahawa Ozal mempunyai sentimen Islam dan mengikuti aliran sufi Naqsabandiyah, yang menyebabkan dia cukup popular di kalangan kaum muslimin.

Ozal masih tidak berpuas hati dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri (1983) dan dia lanjutkan lagi menjadi Presiden pada tahun 1989. Jawatan 'presiden' adalah jawatan panas dan sensitif kerana pihak tentera dan kaum sekularis sebenarnya tidak mahu orang lain menjawat jawatan itu selain daripada kem mereka.

Yang membuatkan tentera dan kaum sekular bertambah marah apabila Ozal menemui mahasiswa wanita di universiti dan telah menyatakan simpatinya berkaitan dengan isu tudung.

Ozal menubuhkan parti ANAP pada tahun 1983 dan mempersatukan pemikiran rakyat, terutama di kalangan masyarakat desa, kerana perjuangannya berasaskan sentimen keislaman. Dia menggunakan sentimen ini untuk melawan kaum sekular yang didukung oleh tentera, dan di belakang Ozal disokong kuat oleh Amerika.

Kemungkinan besar Ozal boleh berjaya untuk melemahkan kedudukan tentera namun tanpa disangka dia meninggal dunia secara mengejut kerana konspirasi kaum sekular. Berita ini sempat hangat di media massa pada masa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:43 AM | Show all posts
Kedua : Situasi Turki menjadi tidak stabil kerana campur tangan Inggeris dan Amerika yang saling berebut pengaruh di pentas politik.


Maka tentera berusaha untuk mengawal ANAP dengan meletakkan Mesut Yilmaz sebagai ketua baru parti tersebut serta menyingkirkan anggota-anggota yang setia kepada Ozal.

Anggota-anggota yang dikeluarkan dari kumpulan penyokong Ozal ini (kumpulan ini sangat dekat dengan pengaruh Amerika) telah bergabung dengan parti Refah kerana dihubungkan dengan sentimen keislaman.

Sejak itu Refah yang dipimpin Necmettin Erbakan mula dikontrol oleh bekas anggota ANAP. Meskipun Erbakan sendiri lebih dekat dengan Inggeris, namun pengaruh Amerika menjadi lebih dominan dengan kehadiran kumpulan penyokong Ozal.

Ini melahirkan pemerintahan campuran pada tahun 90-an yang melibatkan DYP yang dipimpin Tansu Ciller dengan Refah pimpinan Erbakan, yang dikawal oleh kader-kader Ozal.

Kewaspadaan tentera terhadap pengaruh Amerika mulai meningkat (akibat pengalaman buruk yang terjadi pada zaman Ozal) dan mereka melakukan rampasan kuasa pada 28 Febuari 1997.

Sejak itu Refah dibubarkan dan dijelmakan semula menjadi parti baru iaitu Fazilet. (Parti Fazilet dipimpin oleh Recai Kutan, kawan rapat Erbakan). Elemen pro Ozal dan Amerika seperti Erdogan dan Abdullah Gul dalam Fazilet mula dibersihkan.

Pihak tentera pula telah mengangkat Bulent Ecevit, [dari parti DSP -lihat senarai parti dilampirkan di bawah (2)] yang setia kepada Inggeris, untuk membentuk pemerintahan baru.

Ecevit telah membuat pakatan kembali dengan Mesut Yilmaz yang memimpin ANAP, yang memang jelas setia kepada Inggeris. Di sinilah peranan kaum sekular yang pro Inggeris menjalankan memperkuatkan kedudukan mereka, setelah berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 08:43 AM | Show all posts
Ketiga : Amerika menyedari konfrontasi secara langsung dengan pihak tentera akan lebih mengeruhkan keadaan, apalagi menggunakan aktivis parti politik, juga mengundang risiko tinggi.

Maka, Amerika telah mempromosikan demokrasi untuk melemahkan kekuatan tentera. Caranya adalah dengan mempromosikan salah seorang agennya memimpin pemerintahan melalui kemenangan majoriti di parlimen yang boleh menggubal perundangan untuk menentang kuasa regim tentera.

Maka Amerika telah menyokong Erdogan dan Abdullah Gul, yang meninggalkan Fazilet sejak rampasan kuasa 28 Februari 1997 dan membentuk parti AKP.

AKP yang dipimpin Erdogan hampir menyerupai dengan karakter pemikiran Ozal yang juga pengikut Sufi. Meskipun Erdogan adalah sekular tetapi dia juga mempunyai sentimen keislaman. Amerika telah mempengaruhi Erdogan sejak dia menjadi datuk bandar di Istanbul. Meskipun ketika itu Erdogan telah dihukum penjara 10 bulan akibat beberapa puisi keislaman, namun Erdogan tetap aktif meneruskan usahanya bersahabat dengan Amerika.

Kegigihan Amerika menaikkan Erdogan ke pentas politik Turki, dimulai dengan langkah kerajaan Amerika menarik balik 5 hingga 7 trilion dolar US dari Bank Sentral Turki pada tahun 2001. (Benih-benih suntikan ekonomi ini bermula pada zaman Ozal, ketika Amerika memberikan keistemewaan ekonomi) Penarikan ini menyebabkan lemahnya mata wang Lira (mata wang Turki) yang mengakibatkan turunnya daya beli dalam negara serta menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintahan Ecevit kerana dianggap tidak bijak mengurusakan ekonomi.

Pada masa sama, Amerika berjaya mengawal parti kecil MHP yang dipimpin oleh Daulat Beheshmali yang berusaha menimbulkan kacau bilau dari dalam terhadap kerajaan campuran Yilmaz (ANAP) dan Ecevit (DSP).

MHP menuntut kerajaan Turki mengadakan pilihanraya lebih awal dan mengancam akan keluar dari pasukan kerajaan jika tuntutannya tidak dipenuhi. Maka, pilihanraya pun diumumkan pada 3 November 2002.

Oleh kerana kerajaan Turki pimpinan Ecevit gagal untuk melambatkan jadual pilihanraya, maka kaum sekular pro Inggeris akhirnya menggunakan pengaruh kumpulan JimZan Trading sebagai sumber kewangan utama untuk berkempen melawan AKP.

JimZan Trading telah menghabiskan beberapa milion dolar US dalam jangka waktu yang sangat pendek untuk membantu kempen kumpulan sekular.

Meskipun demikian AKP tetap menang dalam pilihanraya itu secara luar biasa. Dalam kempen politiknya, AKP memasukkan slogan-slogan keislaman untuk melunakkan kempen-kempen sekularismenya. AKP juga mendapat sokongan daripada masyarakat yang anti sekularisme yang menentang regim tentera dan juga yang menentang kaum Kamalis (Kamal Artatuk) yang anti islam.

Kemenangan AKP membolehkan wakil-wakil AKP masuk ke parlimen dan mampu memerintah sendiri tanpa memerlukan kerajaan campuran. Pada ketika itu parti pembangkang adalah parti DP yang dibentuk oleh bekas penyokong setia Bulent Ecevit. Manakala Ecevit sendiri masih tetap memimpin parti DSP.


Naiknya Erdogan ke tampuk kekuasaan, diikuti dengan tuntutan hukuman terhadap kelompok JimZan, yang akhirnya seluruh aset kewangannya telah ditahan mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:44 AM | Show all posts
Keempat: Erdogan mengukuhkan hubungan politik antarabangsa dengan mengeratkan persahabatan dengan Amerika serta membendung pengaruh Inggeris terhadap tentera.


Langkah awal yang dilakukan oleh Erdogan adalah dengan melucutkan kekuasaan Dewan Keamanan Nasional (didominasi kumpulan tentera), yang sering mencampuri urusan pemerintahan. Dia juga mengubah komposisi Dewan itu dengan memasukkan unsur sivil.

Ini membimbangkan pihak tentera dan menurut beberapa laporan, letupan bom di Istanbul pada akhir 2003 diramal dilakukan oleh pihak tentera. Walaupun terdapat ramalan mengatakan bahawa tentera akan menggunakan letupan bom ini untuk melakukan rampasan kuasa (sebagaimana pada Febuari 1997), namun rampasan kuasa yang diramalkan itu tidak berlaku.

Langkah berikutnya, Erdogan memperkenalkan perjanjian Dokumen Persamaan Visi ( Shared Vision Document ) yang ditandatangani di antara kerajaan Turki dan Amerika, yang diwakili Abdulah Gul dengan Condoleezza Rice pada 5 Julai 2006.

Persidangan antara kerajaan Turki dengan Jabatan Negara Amerika, menyebut: 揔ami memiliki nilai-nilai dan perspektif yang sama dalam konteks wawasan regional dan global iaitu mempromosikan demokrasi, kebebasan, dan kesejahteraan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 08:44 AM | Show all posts
Kelima : Menangani isu PKK atau Kurdis Workers Party


PKK dibentuk pada tahun 1997. Kemunculan PKK mula bersemarak dengan sokongan Amerika pada tahun 1984 ketika pemerintahan Turgut Ozal (1983-1993). Pada masa itu PKK melakukan operasi ketenteraan melawan tentera Turki di Siirt, kota Kurdis di Turki Timur.

Kebangkitan operasi PKK ini bertepatan dengan usaha Ozal untuk mengekang pengaruh tentera di Turki. Walau bagaimanapun ketenteraan masih berpengaruh pada zaman Ozal . Sebagai tindak balas, tentera juga telah memperkuatkan pasukan mereka dengan penambahan senjata dan senjata berat.

Situasi PKK ini berlanjutan hingga pada akhir 1997, dimana tentera Turki benar-benar ditentang. Dua perkara telah berlaku :

1. Rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 28 Febuari 1997 dengan menurunkan Ozal serta mengangkat Bulent Ecevit menjadi Perdana Menteri untuk memimpin operasi membanteras PKK.


2. Turki mengancam untuk menyerang Syria dan menuduh Syria memerangi Turki tanpa deklarasi dengan membantu kumpulan PKK.

Jeneral Turki menyatakan,
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:45 AM | Show all posts
Keenam : Projek Demokrasi Amerika yang dilaksanakan oleh AKP tidak mampu dibendung oleh kaum sekular (pro Kamalis Artaturk)

Pihak tentera Turki yang menganggap dirinya sebagai penjaga sekularisme Kamalis menggunakan empat cara untuk mengawal kepentingan negara daripada diganggu gugat:


1. Posisi Presiden. Walaupun sebenarnya hanya sebagai simbolik, namun tentera Turki masih menganggap institusi itu sebagai warisan agung Kamal Ataturk.

2. Mahkamah . Institusi ini memberikan legitimasi dan justifikasi terhadap serangan tentera dan membatalkan undang-undang yang tidak sah secara perlembagaan yang membahayakan kepentingan tentera.

3. Sistem pendidikan. Sistem ini amat penting untuk mengindoktrinasi(mengkader) generasi seterusnya

4. Dewan Keamanan Nasional. Dewan ini memberika kuasa perundangan terhadap serangan ketenteraan.

Sekarang, kerajaan AKP menggunakan 'sentimen demokrasi' dengan memperbaiki sistem perundangan dan memasukkan dua anggota parti ke dalam Mahkamah Konstitusi yang mempunyai 11 orang hakim. Dua hakim dari AKP itu, tidak menyokong tentera dan mereka akan memastikan kesinambungan pemerintahan AKP.

Perlu juga disebut bahawa mahkamah ini boleh mengambil jumlah anggota yang sama ramai di antara anggota tentera dan sivil. Kerajaan juga masih berusaha menerapkan pengaruhnya dalam sistem pendidikan, namun usaha ini belum mencapai kejayaan. Hingga sekarang pemerintahan AKP masih memberi tumpuan kepada tiga sektor di atas.

Namun pada ketika ini AKP juga sangat berminat untuk mendapat jawatan presiden, suatu tempat yang menjadi kawalan tentera yang dianggap simbol kekuasaan.

AKP berusaha mempromosikan nama Abdullah Gul untuk menjawat jawatan itu, nampaknya mendapat tentangan yang hebat daripada kumpulan tentera dan sekutu politiknya.

Salah satu cara yang diambil oleh tentera Turki adalah dengan menggerakkan massa dengan gabungan pembentukan pemikiran pro-sekulerisme. Parlimen Turki, yang tidak mencapai kuorum dua pertiga anggotanya tetap memutuskan untuk memilih Abdullah Gul sebagai presiden.

Perkara ini menyebabkan parti CHP memprotes ke Mahkamah Konstitusi. Pada pukul 11:15 malam, hari Jumaat 27 April 2007, Panglima staf tentera mengumumkan kenyataan yang mengejutkan di internet melalui laman web rasminya, yang akhirnya turut dikunjungi oleh media massa.

Kenyataan tersebut seperti berikut:

揫i]Krisis tentang jawatan presiden akhir-akhir ini mengancam sekularisme, dan angkatan bersenjata melihatnya dengan penuh kekecewaan. Jangan lupa, bahawa angkatan bersenjata Turki adalah pelindung sekularisme dan akan melawan setiap usaha yang mencabarnya. Maka dengan ini, angkatan bersenjata akan mengambil tindakan tegas pada waktu yang tepat. Jangan sampai ada yang ragu-ragu terhadap komitmen angkatan bersenjata.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:45 AM | Show all posts
Ketujuh: Kronologi peristiwa terjadi sebagai berikut:

1. Resolusi parlimen mengenai reformasi sistem pemilihan presiden diajukan ke presiden. Resolusi ini ditolak dan dikembalikan lagi ke parlimen. Dalam jangka waktu selepas 15 hari, barulah parlimen boleh mengusulkan semula usul tersebut.

2. Parlimen bersidang semula pada 29 Mei 2007 dan melakukan pemilihan kembali untuk kali keduanya, serta berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga (369 setuju).

3. Proposal ini kembali diajukan ke presiden untuk kedua kalinya, dimana dia tidak boleh menolak atau mengembalikannya ke parlimen.

4. Pilihannya hanya dua, sama ada menerima proposal tersebut atau merujuk ke Mahkamah Konstitusi supaya boleh digagalkan melalui proses undang-undang. Atau dia juga boleh meminta pandangan dari Mahkamah untuk mencari jalan keluar. Atau, pilihan lain adalah menggunakan fraksi PKK pro Inggeris untuk 'memberontak' sehingga boleh dilaksanakan undang-undang darurat. Untuk itu mereka akan menggunakan Massoud Barazani, yang sekarang di Iraq.


Wujudnya komplot tentera dapat dilihat sejak adanya bom di Ankara timur pada 22 Mei 2007 yang mengorbankan 7 orang awam dan PKK telah dituduh sebagai dalangnya. Lalu, 60,000 tentera dihantar ke sempadan Iraq (kurdistan). Maka tentera mula mewujudkan suasana tegang seperti latihan tentera di Serenak pada 7 Jun, ketika kerajaan berusaha menjalankan proses pilihanraya.

Maksudnya, tentera dan pemerintah memiliki kepentingan yang saling bertentangan. Tentera berusaha mewujudkan situasi gawat dengan memperbesarkan aktiviti PKK untuk memalukan pemerintahan dan jika berpeluang boleh dijadikan alasan untuk mermpas kuasa. Oleh yang demikian pemilihan parlimen dan presiden boleh dihalang serta status quo yang berpihak kepada tentera masih boleh bertahan.

Dari sudut lain, pemerintah berusaha meredakan keadaan akibat aktiviti yang dilakukan tentera dengan membanteras ancaman PKK. Pada ketika yang sama pemerintah juga harus hati-hati untuk supaya tidak dilihat bermain tarik tali dengan situasi keamanan.

Manakala Amerika pula, pada ketika yang sama, juga tidak mahu Turki masuk ke Kurdistan. Bahkan, Amerika menceroboh wilayah kedaulatan udara Turki ketika memantau dan menghalang aktivit tentera Turki.

Tindakan Amerika yang menceroboh ini mendapat reaksi daripada Panglima tentera Turki yang mengeluarkan kenyataan pada 31 Mei 2007,擲alah satu dari sekutu kami telah memberikan sokongan kepada pemberontak Kurdis di Anatolia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:46 AM | Show all posts
Kelapan: Keseimbangan Kekuasaan dalam pilihanraya akan datang

Ada tiga parti politik yang akan meraih 10 peratus jumlah undi untuk melayakkan diri masuk ke parlimen: PartiAKP, CHP dan DP yang telah mengumumkan pergabungan dengan parti DYP dan ANAP.

Kemungkinan besar AKP akan memenangi majoriti dua pertiga, kalau parti itu mampu menarik simpati dari pengundi dan meyakinkan mereka bahawa AKP adalah korban permainan politik, daripada pihak kaum sekular yang telah menggagalkan cita-cita AKP menjawat kerusi presiden.

AKP juga perlu meyakinkan rakyat bahawa presiden Sezer telah menolak proposal undang-undang berkaitan pemilihan presiden secara langsung, walaupun proposal itu telah diluluskan oleh dua pertiga majoriti anggota parlimen.

AKP juga perlu menekankan kejayaannya dalam bidang politik dan ekonomi yang selama ini disokong oleh Amerika. Kalau AKP mampu memujuk pengundi yang memiliki sentimen keislaman, maka parti itu mampu meraih dua pertiga majoriti suara. Tapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, calon AKP berusaha untuk berbaik-baik dengan kaum sekular dan ini boleh memberi kesan terhadap peratus kemenangan.

Parti CHP, berkemungkinan tidak sukar untuk mencapai 10 peratus suara di parlimen. Tetapi jumlah bilangan anggota parlimen yang akan diraih nanti bergantung dari gabungan yang dibentuk dengan parti DSP dan parti kiri lainnnya, yang diingini oleh tentera. Ertinya, CHP akan kembali kuat seperti sebelum perpecahan antara Denis Baikal dengan Bulent Ecevit.

Tetapi Rashan Ecevit, isteri Bulent Ecevit dan ketua parti DSP berusaha untuk menggagalkan gabungan ini. Walaupun cuma memperlambatkan tetapi sudah bermakna seperti menggagalkannya dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat dan usaha rundingan dengan CHP tentang jumlah pembahagian kerusi.

Walaupun CHP bersetuju untuk mendapatkan 20 kerusi, tetapi terdapat 60 pemimpin dari parti politik kiri yang berusaha untuk merebut kerusi itu. Kalau tentera berjaya menghimpunkan semua parti-parti kiri ini, maka keanggotaan mereka di parlimen akan lebih besar dan menggugat kemenangan AKP yang berharap majoriti dua pertiga.

Gabungan baru antara DYP dan ANAP dengan nama baru parti DP (nama yang sama dipakai oleh bekas parti Adnan Menderes sebagai taktik untuk meng-eksploitasi emosi massa), tidak akan berhasil.

Ini adalah gabungan sementara yang mungkin boleh meraih cukup suara untuk memasuki parlimen jika mereka dapat mempertahankan kesatuannya. Beberapa keretakan sudah mula wujud, dan jika parti ini pecah, kesempatan parti-parti yang sealiran untuk menang juga turut terpengaruh.

Kemudian ada beberapa partai lain yang kesempatannya tipis:


Parti MHP boleh mengatasi rintangan untuk memasuki parlimen dan menduduki tempat keempat jika parti ini boleh memanfaatkan aktiviti PKK untuk menaikkan emosi nasionalisme masyarakat. Jika tidak, parti ini tidak akan mendapatkan cukup suara untuk masuk parlimen.

Parti DTP (Kurdis) kemungkinannya kecil untuk mendapatkan 10% suara kerana berdasarkan perkiraan para pemerhati, simpatisan dan pengundiya hanya sekitar 7peratus. DTP menyedari hal ini sehingga mungkin mereka akan mengambil sokongan dari para calon bebas.

Gabungan BBP dan SP (Erbakan) yang bersama-sama menarik suara dari pengundi Islam, tetapi kerana mereka belum bergabung, maka harapannya tipis untuk mencapai aras minimum suara yang disyaratkan.

Penting juga disebutkan bahawa setiap perkembangan politik, ekonomi, tentera, keamanan yang akan berlaku akan mempengaruhi senario di atas. Akan tetapi, walau apapun situasinya kaum sekular Kemalis pro Inggeris mahupun kaum sekular pro amerika (yang mewarnai sekulerisme dengan corak Islam), keduanya tetap mengalami krisis yang jelas.

Perkara ini terjadi dalam setiap bangsa dimana kekuasaan di bahagi di antara kekuatan tentera dengan kekuatan politik yang memiliki kesetiaan berbeza. Bangsa-bangsa seperti ini menghadapi dua jenis krisis:


1. Krisis gabungan : Krisis ini boleh terjadi di antara sesama ahli gabungan kerana wujudnya perbezaan dasar atau disebabkan ketidaksefahaman antara gabungan pemerintahan dengan angkatan bersenjata. Kalau krisis yang terjadi sesama ahli gabungan parti yang memerintah dan tidak diselesaikan dengan segera maka pemerintahan akan tumbang. Krisis jenis ini selalunya diselesaikan dengan membuat gabungan baru atau dengan mengadakan pilihanraya semula.

2. Krisis antara pemerintah dan tentera: Apabila tidak diselesaikan biasanya akan berakhir dengan rampasan kuasa sebagaimana terjadi sebelumnya pada 28 Februari 1997 dan pada awal 1960, 1971 serta tahun 1980.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:48 AM | Show all posts
Krisis pemerintahan yang dipimpin parti tunggal.

Dalam kes ini, terdapat dua jenis kemungkinan : parti tunggal itu berpecah menjadi beberapa fraksi, atau parti tersebut berselisih dengan angkatan bersenjatanya sendiri. Untuk kemungkinan pertama, fraksi yang terbesar boleh mendominasi serta mencadangkan untuk diadakan pilihanraya awal. Akan tetapi untuk kemungkinan kedua, parti secara keseluruhan berselisih dengan angkatan bersenjata, akan mewujudkan rampasan kuasa.

Untuk kes Turki, kemungkinan yang kedua bakal terjadi kerana AKP berhadapan dengan tentera. Krisis ini akan tetap berpanjangan hingga terjadi peristiwa berikut: perkembangan peta kekuatan baru telah lahir, tentera memperteguhkan kekuatannya dengan cara ketenteraan atau dengan mewujudkan situasi darurat.

Atau secara alternatif, pemerintah boleh mempertahankan kekuasaannya dengan menggunakan pengaruh antarabangsa untuk kepentingannya dan menghadapi situasi darurat yang diwujudkan oleh tentera itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:50 AM | Show all posts
Kesimpulan

1. Situasi di Turki ketika ini adalah krisis antara dua kelompok sekular. Kelompok pertama adalah kelompok yang pro Inggeris yang setia dengan idea Kamalis serta disokongg oleh tentera yang sentiasa berusaha mempertahankan simbol Presiden, Dewan Keamanan Nasional.

Kelompok kedua, adalah kelompok sekular yang pro Amerika tetapi berusaha menutup agenda sekularisme dengan jubah Islam untuk menarik perhatian masyarakat muslim. Perkara ini terjadi kerana kaum sekular Pro Inggeris sangat sensitif kebenciannya terhadap Islam. Kaum sekular pro Amerika berusaha masuk ke dalam Dewan Keamanan Nasional, meraih simbol kepresidenan, dan membendung pengaruh tentera.

2. PKK berpecah kepada dua fraksi: Fraksi pertama, pro Inggeris yang disokong oleh tentera untuk mewujudkan krisis keamanan yang boleh dieksploitasi oleh tentera sebagai mengimbangi pengaruh pemerintah. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan konflik Kurdis sebagai isu keamanan sehingga pasukan tentera terpaksa dihantar ke sempadan Iraq. Fraksi PKK kedua adalah faksi yang pro Amerika yang ingin melihat konflik yang sama sebagai isu politik untuk membantu pemerintah.

3. Isu tentang siapa bakal Presiden Republik Turki akan tetap tergantung sehingga selesai pemilihan parlimen pada 22 Julai 2007. Isu ini tentu akan dapat diselesaikan sesuai dengan keputusan dari pemilihan tersebut.

8 Jun, 2007 (sumber: www.khilafah.com;translated by Rusydan)


Diterjemah artikel Hizbul Tahrir Indonesia. Artikel asal, klik di sini


Nota :

(1) Turgut 謟al (1927
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by aniqq_torres at 24-11-2008 03:42 PM
cara dia tunjuk 2 x menunjukkan langsung niat dia..itu cara dia..bukan niat dia..jgn dok pandai wat fitnah pastu kuaq fatwa..kalu dah jd kebenaran berita ni kompom utusan dah masukkan..tp samapai skrg utusan dan tv3 belum dapat buktikan..cara ko buktikan ni mmg x logik lansung..cukup lawak..anwar tunjuk dgn cara yg berlainan skali dgn puak2 yahudi tunjuk..lawak la kau ni..siap keluarkan hadith lg..rasuah punya hadith ko x keluarkan ke


Untuk pengetahuan saudara aniqq_torrest, saya tidak keluarkan hadis atau memetik mana2 hadis. Saya memetik secara terus tanpa edit terjemahan ayat Al-Quran bersumberkan dari UIA.

Disini saya berkongsi serba sedikit mengenai apa itu hadis agar kita mendapat sedikit ilmu.

Hadis : berasal dari perkataan al-hadits bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'. Dari segi istilah, bermaksud, sesuatu yang disandarkan ke pada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

Ada pelbagai jenis hadis contoh, hadis thabit, maudhu', al-khabar,mutawatir,ahad, sahih, hasan, daif dan ada lagi yang saya kurang ingat.

Sunnah : Dari segi bahasa, ia bermaksud, jalan atau cara. Sementera dari segi istilah pula, para ulama berbeza pendapat dalam memberikan takrifnya.

a) Ulama Usul Fiqh - sesuatu yang bersumberkan Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan atau pengakuan.

b) Ulama Hadis -

1 - sebahagian mereka memberikan takrifan yang sama dengan ulama fiqh.
2 - merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabiin.

c) Ulama Fekah - sama maksud dengan sunat, iaitu suatu amalan yang tidak wajib dilakukan tetapi jika dilakukan akan disukai Allah dan mendapat pahala.

Untuk mengtahui lebih mendalam, boleh berguru dengan orang yang mahir dalam ilmu agama ni, kalo boleh rujuk pada buku agama sekolah agama di Johor.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 01:54 PM | Show all posts
Untuk mengtahui lebih mendalam, boleh berguru dengan orang yang mahir dalam ilmu agama ni, kalo boleh rujuk pada buku agama sekolah agama di Johor.

alekekekkee.. nak rujuk kt sapa tuh??.. kt park larh bleh ka?..
ka kt ast0ra jabat??..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:06 AM | Show all posts
RETAK Menunggu Belah...?


Sewaktu persada politik tanahair kita sedang dibuai cerita bakal berlaku pertarungan diantara Iron Lady vs Juhi Chawla [Rafidah vs Shahrizat], tiba tiba muncul kisah masalah dalaman PAS Selangor厖

Kini didada beberapa web dan blog terpampang cerita Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali membuat keputusan drastik menggugurkan Ahli Parlimen Shah Alam Ir Hj Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor dan seorang lagi ADUN Hulu Kelang, Hj Sa抋ri Sungip juga hilang jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.

Minggu lepas dalam penulisan Blogmaster ini ada menyenaraikan tingkah laku Khalid Ibrahim diantaranya tidak memberikan kasih sayang sama rata kepada Dr Hassan Ali berbanding Theresa Kok, kini terserlah kenyataan atau hakikat sebenar bagaimana kita melihat sendiri krisis rumahtangga pimpinan sebuah parti politik yang dahulunya berpaksikan Islam tapi kini bermadu dengan DAP bersuamikan PKR.

Pendedahan diblog ini juga pada posting yang lepas telah merungkai muslihat Khalid Ibrahim tidak melantik secara rasmi seorang Timbalan MB, membuatkan Dr Hassan Ali menelan air liur melihat Theresa Kok diumumkan sebagai Exco paling kanan dan mendapat tempat duduk bersebelahan MB Selangor itu sendiri. Lebih memedihkan lagi mata Yb Yb dari parti PAS bila portfolio yang penting seperti Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Pembangunan Kampong Baru diserahkan kepada Exco Exco bukan melayu.

Agak sekian lama juga terdengar desas desus bahawa Hassan Ali tidak pernah mendapat kepercayaan penuh Khalid Ibrahim apabila MB itu tidak melantiknya sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam dan juga Pengerusi Lembaga Pungutan Zakat Selangor. 揟o add salt into the wound
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:08 AM | Show all posts
[size=180%]ADA AHLI ERDOGAN DALAM PAS SELANGOR

Fahaman Khalid Samad yang pernah memberikan kenyataan bahawa perkataan Allah boleh digunakan digereja, malah lawatannya ke sebuah gereja jelas menunjukkan bahawa beliau agak liberal dan 揷ocok
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:09 AM | Show all posts
[size=180%]KENALI AHLI AHLI ERDOGAN [ANWARISME]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.099454 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list