CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 26-11-2008 08:09 AM | Show all posts
Ada Wakil Rakyat PAS Suruh Nik Aziz Berhenti.


(Gambar: Nik Aziz tentu terkilan melihat ada orang yang tidak sabar mahukan tempatnya). Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan) berkata beliau 搕idak sabar擺/i] untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada PAS memintanya berbuat demikian.揔alau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,擺/i] katanya kepada pemberita pada 25 November 2008 ketika mengulas laporan akhbar Watan. Dalam akhbar Watan beberapa wakil rakyat daripada parti PAS mahu beliau meletak jawatan 損ada masa gemilang beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 08:13 AM | Show all posts

Entah...tak tau nak tulis apa ni pasai depa kata depa lah akhbar PALING RELIABLE dan boleh dipercayai...sorang kata tujuh (klik sini), sorang kata sembilan...(klik sini)...tak klakar ker tue...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:15 AM | Show all posts
Laman Web PAS menghina Raja-raja Melayu

sila klik di link ini, anda akan dapat membaca komen ahli-ahli PAS yang bergitu lantang menghina dan mencerca institusi Raja-raja Melayu, apakah yang patut kita lakukan pada mereka ini??

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=43232
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:15 PM | Show all posts


Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

Oleh : AIDC

Laporan terbitan RAND Corporation bertajuk "Building Moderate Muslim Networks" (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat), mendedahkan pelbagai strategi kenapa Amerika Syarikat bersungguh membina rangkaian Muslim Moderat di seluruh dunia Islam, strategi-strategi pembinaan rangkaian dan menterperincikan secara mendalam apakah fungsi-fungsi mereka serta bentuk negara Islam yang diimpikan oleh negara pembekal demokrasi itu. Dalam laporan itu turut dicatatkan, Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya tokoh dari Malaysia yang turut disenaraikan dalam rangkaian kader tersebut.

RAND Corporation hargai jasa Anwar

Dalam bahagian penghargaan laporan itu RAND Corporation mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim dari Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika.

Tiada nama lain yang dicatatkan dalam buku itu dari Malaysia kecuali nama Anwar Ibrahim sahaja, tetapi tujuh nama disebut dari Indonesia, empat orang dari Filipina dan tiga orang dari Singapura.



Dari Indonesia adalah : Ahmad Syafii Maarif, bekas Pengerusi Muhammadiyah; Abdul Mu'ti, Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla(foto), moderator Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi'i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah - Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta.



Dari Filipina : Carolina Hernandez, Presiden Institut Strategik dan Kajian-kajian Pembangunan (ISDS); Amina Rasul-Bernardo , Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina (foto); Carmen Abubakar, Institut Kajian-kajian Islam Universiti Filipina dan Taha Basman, Pusat Islam Moderat Filipina (CMM).

Singapura : Duta besar Tommy Koh; Sue-Ann Lee, penganalisis Islam Singapura dan Suzaina Kadir, Universiti Nasional Singapura.

Berdasarkan nama-nama di atas, kebanyakan aktivis Islam yang dijemput untuk memberi idea adalah kelompok yang dilabel sebagai Muslim Liberal yang terlibat dalam memperjuangkan demokrasi, liberalisme dan pluralisme agama. Menurut RAND sumbangan tokoh-tokoh di atas sebagai pengumpulan maklumat asas daripada pihak Islam sendiri, terutamanya berkaitan dengan tred dan kaedah paling berkesan mengembangkan idea Muslim Moderat. Aktivis-aktivis bukan Islam seperti Carolina Hernandez,Tommy Koh dan Sue-Ann Lee turut juga dijemput atas alasan 'berkepakaran' dalam analisis Islam.

Berkenaan dengan Anwar Ibrahim pula, RAND Corporation pula mengambarkan sebagai tokoh yang paling berwibawa di kalangan umat Islam di Malaysia. Beliau disandarkan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Seterusnya RAND Corporation mengucapkan terima kasih kepada kalangan akademik, badan penyelidik, NGO terutamanya dari Amerika Syarikat yang telah bekerjasama menjayakan pembentukan modul Muslim Moderat itu.


Antara nama dan badan yang disenaraikan adalah : Hillel Fradkin, Pengarah,Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World, Hudson Institute; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari The Washington Institute Untuk Dasar Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, Dan Scott Flipse dari US Commission on International Religious Freedom; Paul Paul Marshall dari Freedom House; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari United States Institute of Peace; Daniel Pipes dan Stephen Schwartz, pemikir Yahudi yang kritikal mengenai Islam; Adam Garfinkle, Radwan Masmoudi dari the Center for the Study of Islam and Democracy (CSID); Michael Whine, Pemangku Pengarah Hubungan Jemaah Yahudi British.



Selain itu badan itu turut berterima kasih kepada John Esposito, Universiti Georgetown; Steven Cook, Council on Foreign Relations; ; Juliette Kayyem, Universiti Harvard; Duta Daniel Kurtzer, Princeton University; Joseph Nye, Universiti Harvard; Gary Sick, Columbia University; Ross Johnson, yang menjayakan Projek Radio Liberty dengan kerjasama CIA; J. Scott Carpenter, Timbalan Setiausaha Negara untuk Timur Hampir; Alberto Fernandez, Biro Hal-ehwal Ketimuran Dekat,Jabatan Negara; serta pegawai kerajaan AS berkhidmat di dalam the United States Agency for International Development (USAID) dan Jabatan Negara, serta ahli-ahli kakitangan kongres.

Manakala dari Timur Tengah, turut disenaraikan nama-nama berikut : Shamlan Al-Essa, Pengarah, Pusat Strategik dan Kajian Masa Hadapan, Universiti Kuwait; Ahmed Bishara, Setiausaha Kuwait National Democratic Movement; Mohammed Al-Jassem, ketua pengarang akhbar Al-Watan, Kuwait; Shafeeq Ghabra, Presiden Universiti Amerika Kuwait dan Mohamed Al Roken, Dekan Fakulti Penolong Sharia Law Di UAE Universiti Di Al Ain;


Menurut RAND Corporation pertemuan antara tokoh-tokoh Islam dengan tokoh-tokoh bukan Islam dari Amerika (terutamanya Yahudi) yang dianggap sebagai pengkaji Islam ini diistilahkan sebagai program-program 'engagement' (rundingan) antara dunia Barat dengan dunia Islam.

Walaupun pada hakikatnya proses 'rundingan' dianggap sebagai berat sebelah kerana lebih ramai tokoh bukan Islam berbanding dengan tokoh Islam, malahan juga tokoh-tokoh Islam yang dijemput dicurigai latar belakangnya kerana pihak RAND Corporation hanya menjemput tokoh-tokoh Islam yang sealiran dan pro kepada Barat.

Dalam erti kata lain, bukan berlaku proses 'engagement' sepertimana yang didakwa oleh RAND Corporation sebaliknya proses memberi input atau mendapatkan maklumat-maklumat mengenai cara paling berkesan untuk mewujudkan rangkaian Muslim Moderat mengikut acuan Barat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:16 PM | Show all posts
Siapa penyunting laporan ?

Laporan itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation.



Angel M. Rabasa Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation. Dia merupakan ketua penganalisis selepas 11 September (Disember 2004) yang telah menyelesaikan suatu projek pada masa depan berkenaan dengan keganasan global khusus berkenaan dengan dunia Islam bertajuk: 揃eyond Al Qaeda: Countering Terrorist and Other Non-Traditional Threats.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:16 PM | Show all posts
Smith Richardson Foundation

Selain RAND Foundation, laporan "Building Moderate Muslim Networks" mendapat tajaan khusus daripada satu lagi yayasan kewangan iaitu The Smith Richardson Foundation (SRF). SRF ditubuhkan pada 1935 oleh H. Smith Richardson, Sr dan isterinya Grace Jones Richardson.

Pada 1973, R. Randolph Richardson memegang presiden SRF. Richardson berminat menaja think tanks dan sarjana-sarjana yang memperjuangkan pasaran bebas dan pro demokratik.

Pada 1992, Presiden SRF dipegang oleh Peter L Richardson, anak saudara lelaki R. Randolph Richardson. Sehingga kini SRF berminat menaja program-program: Keselamatan Antarabangsa Dan Program Dasar Luar Dan Domestik Program Polisi Awam Amerika. Klik di sini

SRF turut disenggarakan oleh Eugene Stetson, Jr., menantu Richardson (Skull and Bones, 1934) yang telah bekerja untuk Prescott Bush sebagai penolong pengurus cawangan New York Brown Brothers Harriman.

Hubungan SRF dengan CIA amat rapat. Pada lewat tahun 50-an, yayasan ini membantu Allen Dullen, Pengarah CIA dalam menjayakan agenda untuk "psychological warfare" (peperangan psikologi).

Sepanjang 1990, seorang penyiasat mendedahkan H Smith Richardson, Presiden SRF mewujudkan Pusat Latihan Kepimpinan khusus untuk melatih agen-agen CIA. Panduan latihan yang sistematik itu sama seperti melatih menjadi seorang jeneral dalam angkatan tentera Amerika Syarikat. Bacaan lanjut klik di sini

Bermakna SRF menjalankan dua operasi iaitu operasi overt (terbuka) sebagai penaja, dan operasi covert (tertutup) sebagai tempat latihan ejen CIA. Untuk operasi overt, SRF telah menaja lebih 266 badan yang stategik antaranya : Center for Strategic and International Studies(CSIS), $3,135,061, American Enterprise Institute(AEI), $2,942,532, Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) at John Hopkins; $2,680,334, Brookings Institute, $2,629,870, RAND Corporation, $1,854,061, Hudson Institute, $1,595,510, National Institute for Public Policy, $1,534,334, Urban Institute, $1,492,624, Freedom House, Inc., $1,109,500 dan Council on Foreign Relations(CFR), $883,023. Klik di sini


Kandungan laporan


Laporan ini mendedahkan modus operandi RAND Corporation untuk mewujudkan rangkaian Muslim Moderat dan Muslim Liberal di seluruh dunia sebagai usaha untuk melawan Muslim Radikal atau Muslim fundamentalis.

Walaupun Muslim Moderat dan Muslim Liberal adalah kumpulan majoriti dalam sesebuah negara Islam, namun kerana tidak mempunyai sumber kewangan, kumpulan ini telah ditewaskan oleh kumpulan minoriti yang dilabel sebagai Muslim fundamentalis.

Oleh itu resolusi laporan ini mencadangkan agar kerajaan Amerika membantu menyalurkan sumber kewangan untuk menggalakkan rangkaian Muslim Moderat dan Muslim Liberal supaya menjadi rangkaian yang kuat di seluruh negara Islam.

Operasi ini pernah dilakukan oleh kerajaan Amerika semasa perang dingin dengan menyebarkan idea-idea demokrasi.

Dalam laporan ini juga disebut garis panduan tajaan dan syarat antara penerima dengan penaja. Penaja akan memberi bantuan berdasarkan keperluan dan penerima akan menjalankan operasi dengan matlamat yang telah ditetapkan. Dalam menjalankan operasi ini, kerajaan Amerika tidak bertindak secara rasmi sebaliknya menggunakan institusi lain berselindung di sebalik yayasan.


Dokumen Jabatan Keselamatan Negara AS telah dirangka pada September 2002 menjelaskan strategi yang paling halus untuk memastikan keberkesanan perlaksaannya. Dokumen itu menyebut sebab utama munculnya Muslim Radikal kerana kekurang demokrasi dan ini telah disebut oleh Presiden Bush dalam ucapannya.

Dalam ucapan itu, Presiden Bush menekankan konsep 揊reedom Agenda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2008 01:17 PM | Show all posts
Pembangunan Masyarakat Sivil

Menggalakkan demokrasi adalah seiring dengan kemajuan masyarakat sivil. Ini menjadi masyarakat lebih liberal dari setiap aspek, sama ada persamaan hak jantina, pendidikan, agama dan sosiol.

Di Timur Tengah, Amerika telah membantu membiayai radio dan satelit penyiaran televisyen iaitu Radio Sawa dan Al Hurra (US Middle East Television Network). Walaupun kos pembiayaannya besar iaitu $700 juta setahun, atau sepuluh kali ganda jumlah yang diperuntukkan untuk MEPI, namun Radio Sawa atau Al Hurra telah berjaya membentuk pemikiran positif masyarakat dalam membentuk sikap-sikap masyarakat Islam terhadap dasar-dasar Amerika.

Setelah kejayaan Radio Sawa dan Al Hurra dianggap proksi untuk kerajaan Amerika, laporan ini mencadangkan perbelanjaan yang sama juga diperuntukkan untuk menaja kedai-kedai media tempatan dan wartawan-wartawan yang melaksanakan kerja menurut arahan ke arah membentuk agenda yang demokratik dan pluralistik.


Strategi Untuk Membina Muslim Moderat


Langkah pertama adalah persetujuan kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya untuk membina rangkaian Muslim Moderat mengikut kaedah berikut :

1. Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim Fundamentalis. Kejelasan taktif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim Moderat.

2. Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.

3. Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal dilaksanakan.


Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, laporan itu mencadangkan keutamaan seharusnya diberi kepada :

1. Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai
2. Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat
3. Aktivis-aktivis masyarakat
4. Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan jantina
5. Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.

Dari segi bantuan kewangan, laporan ini mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek berikut :

1. Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.

2. Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang konservatif.

3. Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-hak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.


Teks-teks penting berasal daripada para pemikir, cerdik pandai, aktivis-aktivis, dan pemimpin-pemimpin Islam, sama ada dari Turki, Indonesia, dan di tempat lain diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau dari bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa tempatan serta disebarkan dengan meluas.


Laporan ini juga mencadangkan diadakan satu bengkel di Washington sebagai usaha mendapatkan input dan sokongan ke arah pembinaan rangkaian Muslim Moderat di peringkat antarabangsa. Bengkel itu juga sebagai persediaan untuk menganjurkan Kongres Kebebasan Beragama dengan meniru model Kongres Kebebasan Kebudayaan (Congress of Cultural Freedom).

Jika perancangan ini berjaya, tempat persidangan antarabangsa perlu dipilih berdasarkan kepentingan simbolik untuk umat Islam, misalnya diadakan di C髍doba Sepanyol. Dalam persidangan itu akan dilancarkan sebuah organisasi rasmi yang akan bertindak melawan Muslim Radikal.


Cabaran Muslim Radikal

Dalam bab ini, laporan ini menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang telah dilakukan oleh Muslim Radikal dalam usaha menggagalkan pembinaan rangkaian Muslim Moderat.

Laporan ini menyebut, secara umum, golongan radikal ini telah berjaya menakutkan, mengetepikan dan mendiamkan golongan Muslim Moderat. Perkara ini pernah berlaku di Mesir, Iran, dan Sudan, dimana golongan cerdik pandai Islam liberal dibunuh atau dipaksa melarikan diri ke seberang laut.

Di Indonesia, golongan radikal telah mengambil jalan keluar dengan cara melakukan keganasan dan ancaman keganasan untuk mengugut penentang-penentangnya. Fatwa-fatwa dikeluarkan yang memberi kuasa pembunuhan seorang Muslim Liberal sama seperti murtad. Ahli-ahli kumpulan radikal menyerang tempat kediaman dan rumah-rumah ahli-ahli Mazhab Ahmadiyah dan gangguan syarahan umum bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Taktik yang sama turut berkembang di barat, terutama di Eropah, di mana golongan Islam liberal dan Islam sekular telah menerima ancaman-ancaman bunuh (Salman Rusdie?).


Modus operandi Pembinaan Rangkaian Muslim Moderat

Dalam penjelasan lanjut mengenai modul pembinaan rangkaian Muslim Moderat oleh RAND Corporation ini, Angel Rabasa penganalisis kanan RAND Corporation menjelaskan berikut :

"Perjuangan dalam kebanyakan dunia Islam hari ini adalah perang idea". Katanya lagi "Ini bukan satu bentuk peperangan antara tamadun -bukan Islam lawan barat - tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif mereka, Islam Liberal atau Islam Radikal".

Menurut Rabasa lagi Amerika Syarikat mempunyai satu tanggungjawab penting memberi bantuan kepada Islam Moderat sama seperti peranan yang telah dimainkan oleh Amerika dalam peperangan dengan komunis. Semasa perang dingin, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk membina kebebasan dan jaringan demokratik dengan menyediakan institusi serta pasukan bertindak balas yang telah diserapi oleh ideologi komunis iaitu melalui kumpulan politik, belia, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan kelompok-kelompok lain. Menurutnya selepas kejayaan ke atas Perang Dingin, maka kini usaha ditumpukan kepada Islam.

Dalam menentukan takrif Muslim Moderat, Rabasa menyenaraikan definisi berikut : Orang yang memperjuangkan demokrasi; memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kesamaan jantina dan kebebasan agama; penerimaan sumber undang-undang tanpa mazhab dan melawan keganasan.

Menurut Rabasa lagi "Perancangan ini dibuat bukan untuk menguruskan kumpulan,tetapi Amerika hanya bertindak memberi bantuan. Mereka bebas untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka sendiri."

Bagi membantu permulaan kejayaan, laporan itu mengesyorkan satu persidangan antarabangsa dilakukan sepertimana model dalam perang dingin iaitu Congress Cultural Freedom. Pendapat Rabasa, klik di sini

Menurut Rabasa lagi Washington telah membiayai penubuhan CSID bertujuan untuk mempertemukan sarjana-sarjana dan aktivis aktivis bagi menggalakkan demokrasi dalam dunia Islam. CSID merupakan pusat untuk menarik kumpulan-kumpulan Muslim Moderat dalam perbincangan mengenai demokrasi dan cara-cara melaksanakannya di negara masing-masing. Klik di sini

Menurut csidonline.org, Muslim Moderat adalah golongan yang menolak keganasan dan teokrasi; mengislahkan persatuan-persatuan mereka berdasarkan nilai-nilai Islam keadilan, persamaan, dan kebertanggungjawaban. Ringkasnya, mereka mahu membentuk demokratik selaras nilai-nilai Islam. Pergerakan Islam Moderat hari ini telah berkembang di Turki melalui AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) dan al-Nahda Party di Tunisia.

Anwar Ibrahim menerima Anugerah Muslim Moderat 2005, Anjuran CSID, Amerika Syarikat.

Menurut CSID lagi antara tokoh-tokoh Muslim Moderat terkemuka hari ini antaranya Anwar Ibrahim (Malaysia); Saadeddine Al-Othmani (Maghribi) dan Abdurrahman Waheed ( Indonesia).

Satu kajian yang dibuat oleh Gallup Poll (2006)ke atas sepuluh buah negara majoriti Islam menunjukkan umat Islam mahu sebuah kerajaan demokratik. Ini bermaksud yang mereka mahu adalah sebuah negara demokrasi ditadbir oleh prinsip Islam, dan mereka menolak teokrasi. Majoriti mereka mahu 搆etua-ketua agama" hanya dijadikan penasihat kepada penggubal undang-undang, dan bukannya merupakan penggubal undang-undang atau ahli-ahli politik di kalangan mereka. Klik di sini


AIDC
25 November 2008
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:21 PM | Show all posts


Pas mula mencantas puak 'Erdogan'

oleh : Zubaidah Abu Bakar

Pembersihan kumpulan "pro-Anwar" dalam Pas, yang secara popularnya dikenali sebagai puak Erdogan, telah bermula.

Ia tidak mengejutkan apabila Pas Selangor memulakannya pada Jumaat, menyingkirkan 2 pemimpin terkenal, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 01:22 PM | Show all posts


Dokumen RAND Corporation: Strategi Amerika Hancurkan Islam

Suara-Islam Online朠asca keruntuhan Soviet Union, Amerika menghalakn pelurunya ke dunia Islam. Salah satu strategi Amerika memporakperandakan dunia Islam tertulis dalam dokumen Rand Corporation, sebuah institusi yang dibiayai oleh White House.

Sekurang-kurangnya tiga perkara yang dicatat untuk menangani konflik Timur Tengah; terorisme, radikal Islam, dan fundamentalisme Islam. Intinya Amerika tidak ingin Islam muncul sebagai satu kekuatan dalam sebuah negara.

Khusus untuk menangani fundamentalis Islam, Rand Corporation pada tahun 2007 telah mengeluarkan sebuah laporan setebal 217 halaman yang berjudul: "Building Moderate Muslim Network". Dalam laporan yang mengandungi sepuluh bab itu, Rand Corporation menjelaskan latar belakang kajian ini, iaitu wujudnya ketidakseimbangan kekuatan antara Muslim Radikal-Fundamentalis dengan Muslim Moderat-Liberal.

Ketidakseimbangan ini menurut RAND Corporation mendatang kesan 憄erang pemikiran
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:21 PM | Show all posts


Presiden PKR : Tiada cadangan peralihan kuasa Anwar dan Azizah

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bercadang mengadakan peralihan kuasa antara penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres nasional tahunannya Sabtu ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata, perkara itu tidak timbul meskipun Dr Wan Azizah telah melepaskan jawatannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, untuk bertanding.


"Cadangan itu tidak ada sama sekali dalam kongres nasional kita nanti. Kenapa nak tukar pula? Dia (Dr Wan Azizah) adalah orang yang sesuai untuk mengendalikan parti," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini ketika diminta mengulas desas desus kononnya ada cadangan untuk peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin itu pada kongres parti kali ini.


Pemilihan parti akan hanya berlangsung pada tahun 2010.


Sementara itu, Salehuddin berkata secara peribadi beliau bersetuju dengan usul Wanita parti itu yang mahukan manamana Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dengan skandal seks dan rasuah meletak jawatan.


"Pada dasarnya ia baik tetapi perlulah dibuktikan dahulu yang mereka ini bersalah. Tak boleh letak jawatan begitu sahaja," katanya.


Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak PKR Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kini menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh berhubung projek pembangunan di Seri Iskandar yang bernilai RM180 juta.


Selain itu, Anwar juga sedang menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lepas.


Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada 29 dan 30 November ini, akan disertai 1,900 perwakilan daripada 180 bahagian di seluruh negara.


Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan mengadakan kongres nasional tahunan masing-masing pada 28 November juga di Shah Alam.

sumber - Mstar online

[ Last edited by  shamsadis at 26-11-2008 02:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:09 AM | Show all posts
Arak: DAP Bantah, PAS Buat Juga


Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor? kata Anwar Ibrahim pada 26 November 2008 dalam Malaysiakini. "Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya lagi. Akhirnya, Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor dari PKR) menolak cadangan PAS. Khalid sependapat dengan Anwar Ibrahim.

(Gambar: Dalam isu bahasa di Pulau Pinang, Anwar seolah tidak kisah jika Guan Eng membuat sesuka hati terhadap bahasanya sendiri. Membiarkan kepada kerajaan negeri untuk buat keputusan sedangkan dia adalah Ketua Pembangkang. Kena tidak halang DAP?).

Menurut Anwar, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol". Bagaimana pula jika kawasan ladang babi bernilai RM100 juta itu memudaratkan penghuni Melayu yang berada di sekitarnya? Tidak harus bimbang?


(Gambar: Tony Pua dan Teresa Kok ketika dalam perhimpunan Bersih. Yang ramai pergi perhimpunan BERSIH adalah orang-orang PAS. DAP hanya tunjuk muka sahaja. Bila menang sekarang, DAP mula kata PAS bongkak pula). DAP nampaknya bertegas membantah cadangan PAS untuk melarang penjualan arak ini. Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) menganggap PAS sebagai "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata Tony Pua.

Selama ini adakah DAP fikir sentimen pengundi Melayu bila menggesa agar tulisan jawi dihapuskan, mansuh DEB, bila menaikkan juga papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang dan meminta agar pembesar suara masjid diperlahankan di Selangor? Jika PAS mahu terus relevan, jangan tunduk dengan desakan DAP. Bila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan, apakah DAP akan terus bertelagah dengan PAS atau keluar terus dari Pakatan Rakyat? Anwar Ibrahim akan menyebelahi siapa, PAS atau DAP? Dalam isu pemangku PKNS, Anwar dilihat cuba untuk playsafe, dalam isu arak bagaimana pula? Apa daya PAS, niat hendak buat tetapi DAP bantah mengherdik PAS sebagai bongkak dan sukar kerjasama. Akhirnya PKR terpaksa akur dengan DAP, tinggallah PAS sendirian.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:20 AM | Show all posts

[size=180%]Lagi Lagi Tarikh Bertukar. 16 September dah lepas, 23 September pun lepas, 1 Oktober lepas. Anwar masih lagi simpan angan-angan untuk jadi Perdana Menteri pada 8 Disember ini
[size=180%]iaitu pada Hari Raya Haji.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:51 AM | Show all posts
wakakakkakaka kan ak dah cakap...
amen0 shj yg dpt bantu rakyat melayu kita nih.....
PR mmg x leh diharap....
wakakakkakkaakka.. g0 g0 g0 amen0!!!
janji % mas0k lam p0ket sket.. bru segak nak enj0y!!!
layan alk0holl di kelab2 malam... PM p0n setuju.. huhuhuhu
remaja akhlak melayu yg terbilang gemilang cemerlang
wakakkakakakkakakka
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:29 PM | Show all posts

Anwar dan Husam di Dubai, pada pertengahan Jun 2008..

Konspirasi Erdogan dibongkar dari blog..

Isu muqabalah PAS-Umno dan hubungannya dalam Pakatan Rakyat masih berlarutan di internet walaupun selepas berakhir muktamar tahunan parti itu pertengahan bulan ini.

Kali ini satu blog khas dibangunkan secara khusus untuk mengecam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dianggap mewakili kumpulan yang menentang rundingan sulit parti itu dengan Umno.

Selain itu ia juga mengutuk beberapa pemimpin kanan PAS yang digelarnya "kumpulan Erdogan" yang didakwa diketuai oleh Husam.

Setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli turut menjadi mangsa serangannya. Terbaru, sasarannya dihadapkan kepada timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad.

Dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri menjelang muktamar PAS ke-54 baru-baru ini, Anti Husam (www.antihusam.blogspot.com) turut mendakwa pemimpin kanan itu ke luar negara bersama penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa restu PAS.

Blog turut mendakwa Anwar berjanji "memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh Pakatan Rakyat pada 16 September nanti."

Jawatan Husam itu didakwa dijanjikan oleh Anwar sewaktu mereka di Dubai pada Jun lalu - yang digelar blog itu sebagai "Deklarasi Dubai" - bagi membincangkan strategi menghalang muqabalah PAS-Umno.

"Pertemuan (PAS-Umno) itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan Umno akan gagal sama sekali di masa hadapan," satu artikel blog itu dipetik.

Ia mendakwa, untuk mencapai matlamat sedemikian, exco kerajaan Kelantan itu mengumpulkan "orang-orangnya" termasuk dua ahli jawatankuasa pusat Dr Dzulkifli Ahmad serta Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Penulis blog Anti Husam, yang tidak mendedahkan identitinya, menamakan pemimpin-pemimpin ini sebagai "kumpulan Erdogan", dipercayai merujuk nama perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mewakili parti Islam beraliran moderat untuk menyesuaikan dengan konteks politik negara itu yang pro-sekular.

"Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan presiden dan timbalannya mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan Umno.

"Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura...," coretan yang sama bertarikh 11 Ogos dipetik.

Dalam muktamar PAS di Ipoh antara 14 hingga 17 Ogos lalu, isu muqabalah dengan Umno dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat terus-meneruskan dibangkitkan sehingga memperlihatkan kecenderungan dua aliran dalam parti itu yang condong kepada muqabalah dan satu lagi yang pro-kerjasama dengan Pakatan.

Di sidang muktamar Pemuda PAS, isu muqabalah memuncak sehingga jelas membelah kumpulan perwakilan dewan itu yang menyokong muqabalah, antaranya disuarakan perwakilan-perwakilan Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Seorang perwakilan Terengganu mendesak Husam bersama Salahuddin dan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar dikenakan tindakan disiplin dengan alasan pernah mengeluarkan kenyataan terbuka yang dianggap melanggar keputusan pucuk kepemimpinan PAS termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pro-muqabalah.

Dalam ucapan penggulunggannya, Abdul Hadi menegaskan PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat tetapi tidak menolak pertemuan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno.

Tidak betah dengan kritikan Anti Husam minggu lalu, Khalid kelmarin melalui blognya (www.khalidsamad-shahalam.blogspot.com) menjawab tuduhan beliau "biadab, tiada akhlak dan menuju ke arah syakhsiyah jahiliyah" kepada presiden PAS.

"Cubalah kita bayangkan betapa rendahnya martabat tuan guru presiden menurut kaca mata Khalid sehingga di-aku-engkau-kan," dakwa Anti Husam.

Sambil menegaskan rasa hormatnya sewaktu berkata-kata kepada Abdul Hadi dan Nik Aziz, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menjawab:

"Kalimah 慳ku?kadang-kadang saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka. 慐ngkau?saya tidak pernah pakai dan sebaliknya menggunakan 慳wak?secara kebiasaan."

Khalid juga menafikan beliau sebahagaian pengikut Husam dan menafikan wujudnya puak-puak dalam PAS.

"Dalam mesyuarat, adakalanya saya menyanggah pandangan Dr Dzulkifli, adakalanya pandangan Husam dan juga sebaliknya. Itu perkara biasa bagi kami. Kita ingin mencari keputusan yang terbaik," katanya lagi.

Pemimpin kanan PAS Selangor itu juga menjawab dakwaan beliau "berlagak pandai" mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat di negeri itu yang kini ditadbir oleh gabungan tersebut.

Anti Husam berkata pemimpin yang berhak bercakap hubungan parti itu dalam Pakatan di Selangor adalah pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali dan ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.

Khalid menjelaskan, sebagai pemimpin kanan di Selangor, beliau juga dilantik sebagai pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan strategik PAS negeri.

"Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam Pakatan Rakyat adalah perkara biasa," jelas Khalid.

Bagaimanapun, Khalid tidak menafikan wujudnya perbezaan dengan Sallehen, namun menurutnya "kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain."

Anti Husam juga mendakwa Khalid cuba membela kaum Cina dengan meminggirkan Melayu sendiri di Selangor, termasuk pengagihan kerusi ahli Majlis Bandaraya Shah Alam yang didakwa sewajarnya untuk ahli PAS.

Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam menjelaskan, bahawa Anti Husam menganut sikap perkauman dan berfikiran sempit.

"Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan profesional. Ang yang saya cadangkan adalah pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO," kata Khalid.

Khalid menjelaskan, pemimpin persatuan penduduk itu "amat berjasa kepada PAS kerana berkerja keras untuk PAS semasa pilihanraya umum 1999 hingga 2008".

Khalid juga menolak dakwaan Anti Husam yang menyifatkan dirinya sebagai "hero DAP" kerana cuba menenangkan pertikaian dua ahli parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat, Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) minggu lepas.

"Sebenarnya Zulkifli dan Chong bertelagah hasil jolokan Umno-BN. Isu asal berhubung bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi sengaja dikaitkan kepada forum Majlis Peguam.

"Saya masuk untuk menghentikan perbalahan di antara dua wakil Pakatan Rakyat dengan membawa perbahasan kembali kepada isu asal iaitu Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi," jelas Khalid.

Anti Husam mendakwa bendahari PAS pernah berkata "hah... masuklah Umno kalau macam itu!" sewaktu Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Dr Harun Din menggulung perbahasannya di muktamar.

Oleh itu, blog itu mendakwa Dr Hatta bersikap "cukup kurang ajar" kepada tokoh ulama PAS itu.

Blog itu juga mendakwa Dr Hatta menyelewengkan sumber kewangan parti dan menegaskan "kalau ada masa dan setelah mendapat bukti yang cukup, saya akan bongkarkan penyelewengan yang beliau lakukan dalam menguruskan kewangan PAS."

Mengenai setiausaha agung parti, Anti Husam mengkritiknya berhubung isu rasa tidak puas hati pemimpin PAS Pulau Pinang dalam pengagihan jawatan di negeri itu dan hasrat mereka untuk memboikot kempen Anwar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang berakhir hari ini.

Kamaruddin menganggap isu ini "sudah selesai" tetapi blog itu pula mempersoalkan sama ada masalah PAS negeri berkenaan pernah dibincangkan dengan Abdul Hadi dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

"Atau Datuk (Kamaruddin) hanya perlu menerima arahan daripada bos lama Datuk, iaitu Anwar dan Husam Musa sahaja?

"Ataupun Datuk dah cukup besar kepala, nak langkah bendul mendahului presiden dan timbalan presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS Pulau Pinang ini dengan cara Datuk sendiri," Anti Husam terus mengecam lagi

sumber- Malaysiakini

[ Last edited by  shamsadis at 27-11-2008 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:32 PM | Show all posts


Erdogan : sejarah panjang sebelum pemecatan

Oleh: Roslan Bian

SAMA ada dia keluar atau saya yang keluar, itulah reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad ketika ditanya mengenai tindakan pengguguran beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor oleh bosnya, Datuk Dr Hassan Ali.

Menurutnya, perbezaan besar antara beliau dan Hassan ialah daripada segi pendekatan untuk memastikan sokongan terus diberikan kepada pakatan pembangkang.

揝aya lebih melihat kepada perlunya diperkukuhkan Pakatan Rakyat bukannya hanya melihat sokongan dalam konteks parti semata-mata,
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 08:15 AM | Show all posts
RETAK Menunggu Belah Part 2



PAS Selangor semakin berani menongkah arus untuk menunjukkan kepada Khalid Ibrahim serta pimpinan PKR dan DAP bahawa mereka sudah mahu kembali kepada asal 揵ack to basic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 08:17 AM | Show all posts
LAWAK SI BABI


[size=180%]Ada 4 ekor binatang buat konsert. Kucing nyanyi lagu ISABELLA, penonton tepuk tangan. Anjing nyanyi lagu ENJIT2 SEMUT, penonton ikut terhenjit-henjit, happy dan tepuk tangan. Katak nyanyi lagu LOMPAT SI KATAK LOMPAT, penonton pun melompat-lompat sama, happy dan tepuk tangan juga.Tiba giliran si babi nyanyi...penonton marah-marah dan baling kerusi kat die...nape yek??????????. ....Pasal dia nyanyi lagu "KITA SERUPA"........"KITA SERUPA"........
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:14 PM | Show all posts
Ada 4 ekor binatang buat konsert. Kucing nyanyi lagu ISABELLA, penonton tepuk tangan. Anjing nyanyi lagu ENJIT2 SEMUT, penonton ikut terhenjit-henjit, happy dan tepuk tangan. Katak nyanyi lagu LOMPAT SI KATAK LOMPAT, penonton pun melompat-lompat sama, happy dan tepuk tangan juga.Tiba giliran si babi nyanyi...penonton marah-marah dan baling kerusi kat die...nape yek??????????. ....Pasal dia nyanyi lagu "KITA SERUPA"........"KITA SERUPA"........

LAwak Gila
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:59 PM | Show all posts



Anwar Gagal Sebagai Menteri Kewangan

Oleh Yahaya Ismail

Kesilapan Mahathir yang paling besar ialah perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin. Ini kementerian penting yang perlu dipimpin oleh seorang yang benar-benar berpengalaman di bidang ekonomi dan kewangan ataupun perdagangan. Tentulah tidak wajar seorang yang berkelulusan B.A dalam bidang kebudayaan Melayu yang tidak pernah terlibat dalam dunia korporat dan tidak mempunyai pengalaman langsung di bidang ekonomi menjadi menteri kewangan.

Tapi Mahathir terlalu sayangkan Anwar di waktu itu hingga tidak nampak langsung kelemahan dan kecacatan Anwar. Dia juga pernah menjadi seorang yang taksub terhadap Anwar pada suatu ketika dahulu.

Anwar menggunakan kesempatan sebagai Menteri Kewangan untuk meluaskan sokongan para pemimpin bahagian dan juga kalangan korporat terhadapnya melalui pemberian pink forms, saham-saham Bumiputera sebanyak 30% kepada kroni-kroninya dan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan berbagai kemudahan dan projek-projek besar untuk orang-orangnya. Boleh dikatakan Anwar menjadi lebih perkasa dalam politik dan juga dipandang lebih mulia dan hebat setelah dia menjadi Menteri Kewangan.

Boleh dikatakan politik wang yang diheboh-hebohkan dalam persidangan UMNO beberapa tahun yang lalu adalah berpunca dari kroni-kroni Anwar yang menabur berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dan kedudukan dari para perwakilan sekalian. Banyak para perwakilan UMNO tahu hal ini dan juga para pemerhati politik sekalian.

Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat pembabi dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut.


Anwar Ibrahim bersama Vincent Tan, boss judi Sport Toto

Oleh sebab dia kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pemah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara.

Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak den tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma "rugi atas kertas
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 02:00 PM | Show all posts
Apa kaitan Anwar dengan Lehman Brother & Morgan Stanley ?

Oleh Nasir Sukiman

APABILA bank pelaburan Amerika Syarikat, Lehman Brothers benkrap pada 5 September 2008, mungkin Anwar Ibrahim seorang saja yang sedar betapa impiannya konon mahu 憁erampas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083586 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list