CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 32523|Reply: 67

London 2012 Olympic Games - Persediaan Malaysia

[Copy link]
Post time 29-8-2008 10:25 AM | Show all posts |Read mode


macam awal bebenor je bukak thread ni, olimpik beijing baru gak lagi habis
tapi rasanya okay kot.. leh ek mods! chaiyokk~!

hope dapat share pape berita/artikel pasal persediaan atlet2 malaysia atau pape info pasal olimpik 2012
nak share pendapat pun boley, bagus gak kalau dapat share pendapat (+pendapatan lagi laa dialu2kan!)

majulah sukan untuk negara~! :pompom:

[ Last edited by  Jiman at 13-1-2009 08:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2008 10:31 AM | Show all posts
Programme To Produce Gold Medallists At 2012 Olympics To Begin Early
Bernama - Thursday, August 28

MELAKA, Aug 27 (Bernama) -- The Youth and Sports Ministry will begin early a sports programme to win at least one gold medal for Malaysia at the 2012 Olympic Games in London.

Its minister Datuk Ismail Sabri Yaakob said among the sports to be given priority to realise that aim would be badminton, archery and cycling.

"We will also give attention to sports like gymnastics, diving and shooting that require certain skills, not physical strength," he told reporters after witnessing the conferment of the "Darjah Mulia Seri Melaka' (DMSM) state award which carries the title of "Datuk" on national badminton coach, Misbun Sidek.

The award was presented to Misbun by Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob at the TYT's Office, Seri Negeri, here today.

Also present were Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, State Secretary Datuk Ismail Kasih and Misbun's wife, Latifah Sidek.

Ismail Sabri said Malaysia's achievement at the London Olympics must surpass the one silver medal won by national badminton ace Lee Chong Wei at the Beijing Games in the men's singles event.

On the suggestion by certain quarters that Malaysia "buy" foreign athletes to win medals at the Olympics, he said the ministry was weighing the prospects.

"However, if possible, we don't want to choose the easy way out by importing foreign players or athletes and make them Malayian nationals.

"We prefer to groom our own athletes because if they win medals, we will be more proud of the success achieved by our own citizens compared with that coming from the imports," he said.

The minister also expressed his appreciation for Mohd Khalil and Mohd Ali for the state government's conferment of the award on Misbun.

"This time, besides the athlete, the coach has also received recognition. This is good as it would spur other coaches to work hard at giving their best to the nation through sports," he said.

When met by reporters, Misbun said he was determined to produce more national badminton champions like Chong Wei.

Misbun who became the national singles under-18 badminton champion for the first time in 1976, believed that more of the talented junior players could be given a chance to compete at the higher level although their level and Chong Wei's were poles apart.

Mohd Ali, meanwhile, said Misbun's contribution was not limited to training Chong Wei and other national players as he was also involved in badminton development at the grassroot level by organising badminton clinics for children.

"It was time that all his sweat and sacrifices for the sport the past 30 years be given due recognition," he said.

-----

mungkin boleh cuba & explore sukan2 lain gak.. yg penting bykkan latihan & bagi pendedahan utk dpt pengalaman
& bagus la - yg pasal xnak 'beli' atlit luar then bagi kewarganegaraan tu, tak berapa gemor la kalau malaysia buat gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 10:41 AM | Show all posts
Lawan Pedang Sasar Olimpik London
BERNAMA

KUALA LUMPUR -- Walaupun sukan lawan pedang kurang menyerlah di negara ini, Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) mempunyai misi tersendiri untuk menghantar atlet sulungnya ke Olimpik London 2012.

Presiden MFF Ahmad Farik Abdul Hamid berkata ia bukan satu angan-angan kosong kerana MFF telah menetapkan beberapa strategi bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata atlet lawan pedang negara mempunyai kemampuan berdepan dengan atlet antarabangsa sekiranya diberi lebih peluang melangkah ke peringkat tinggi.

"Joshua Koh I-Jie dan Zairul Zaimi Mohd Arsad mempunyai potensi untuk ke London nanti berdasarkan kepada pencapaian mereka di Sukan Sea Korat tahun lepas," katanya kepada Bernama hari ini.

Di Korat, I-Jie bersama Azroul Fazly Mohamed Yusoff, Amir Mohd Yunos dan R. Ruberchandran memperoleh pingat gangsa dalam acara Epee berpasukan lelaki manakala Zairul Zaimi pula memenangi pingat gangsa bagi acara Foil individu lelaki.

" Peluang untuk atlet kita layak ke Olimpik lebih mudah berbanding dengan acara sukan yang lain," kata Ahmad Farik.

Menurutnya dalam sukan lawan pedang kelayakan atlet untuk mara ke peringkat Olimpik dinilai berdasarkan kutipan mata daripada siri kejohanan yang pernah disertainya.

"Saya harap ada pihak yang boleh membantu menaja penyertaan atlet kita ke siri kejohanan antarabangsa bagi membolehkan mereka mengumpul mata dari sekarang," katanya.

-----

masalah 'penaja' lagi... hope masa akan datang, kerajaan akan sediakan peruntukan utk perkara2 gini
maksud aku.. errr.. kurang2kan la dana utk FAM tu (yg aku rasa kurang balik modal & cam membazir je)
cuba bangunkan sukan2 lain lak & support atlit2 yg ada peluang+harapan yg cerah - InsyaAllah! :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 10:46 AM | Show all posts

rewind~

Mampukah Badminton Janjikan Emas Lagi Pada Olimpik 2012?
BERNAMA - 18 Ogos, 2008 15:35 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Selepas 13 Olimpik, Malaysia terlepas peluang terbaiknya untuk meraih emas pertamanya apabila Lee Chong Wei kalah dalam perlawanan akhir di Beijing malam tadi.

Pemain perseorangan utama negara itu tewas mudah 12-21, 8-21 kepada pemain utama dunia, Lin Dan dari China, sekaligus melenyapkan harapan negara untuk menyaksikan seorang anak Malaysia membawa pulang sebutir emas dari temasya sukan terbesar dunia itu.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya hampa menyaksikan Chong Wei seolah-olah menyerah mudah kepada lawannya itu tetapi hakikatnya ialah Lin Dan cukup hebat malam tadi dan memang sukar ditundukkan.

Satu ketika semasa bertukar gelanggang, Chong Wei menoleh kepada Misbun Sidek sambil menggeleng-geleng kepalanya seolah-olah memberitahu jurulatihnya itu bahawa dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya untuk melawan Lin Dan.

Layak ke Beijing dengan status pemain nombor dua dunia di belakang Lin Dan, Chong Wei yang mendapat bye di pusingan pertama kemudian menumpaskan Ronald Susilo dari Singapura 21-13, 21-14.

Pada pusingan ketiga, dia menewaskan Kestutis Naviskas dari Lithuania 21-5, 21-7 untuk mara ke suku akhir di mana dia menundukkan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11.

Beraksi di separuh akhir, pemain Malaysia itu menumpaskan pemain Korea Selatan Lee Hyun Il 21-18, 13-21, 21-13.

Walaupun terdapat beberapa lagi acara yang melibatkan atlet Malaysia di Sukan Olimpik Beijing ini, namun sebagaimana yang disasarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, harapan emas sebenarnya disandarkan kepada badminton.

Sejak penyertaan pertama Malaysia dalam temasya Olimpik di Melbourne pada 1956, seramai 413 atlet kebangsaan termasuk pada edisi di Beijing tahun ini, cuba meraih emas pertama buat negara.

Namun hanya enam atlet, termasuk Chong Wei, yang berjaya membawa pulang pingat dan kesemuanya dari acara badminton.

Bermula dengan kejayaan Razif-Jalani Sidek yang mendapat pingat pertama Malaysia dengan menyumbang gangsa pada edisi 1992 di Barcelona, adik mereka Rashid juga meraih pingat serupa empat tahun kemudian di Atlanta.

Pencapaian terbaik negara dalam pungutan pingat adalah melalui gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit yang menyumbangkan perak juga di Atlanta.

Pingat perak dan gangsa dari Atlanta itu juga merupakan pingat terakhir Malaysia sebelum Chong Wei memecah kebuntuan malam tadi, biarpun sekadar perak.

Malaysia nampaknya terpaksa menunggu empat tahun lagi apabila London menjadi tuan rumah edisi 2012.

Persoalannya, apakah harapan untuk memecah kebuntuan emas disandarkan sepenuhnya kepada acara badminton sahaja.

Mengambil kira faktor umur, Chong Wei akan berusia 30 tahun empat tahun lagi manakala perseorangan kedua negara, Wong Choong Han yang kini berusia 31 tahun telah menyatakan, Beijing merupakan Olimpik terakhirnya.

Perseorangan ketiga negara, Muhd Hafiz Hashim, yang sebaya dengan Chong Wei, bagaimanapun gagal menunjukkan prestasi yang konsisten selepas memenangi Kejuaraan All England pada 2003.

Begitu juga bagi beregu veteran Chong Tan Fook/Lee Wan Wah yang masing-masing berumur 34 dan 35 tahun.

Harapan pastinya pada pasangan Koo Kien Keat (23) dan Tan Boon Heong (21) serta gandingan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari dan Mohd Zakry Abdul Latiff yang masing-masing berumur 25 tahun.

Pastinya di London, harapan meraih emas dari badminton terletak kepada dua gandingan ini.

Masalah utama adalah bagi acara perseorangan kerana barisan pelapis masih lagi gagal menyerlah.

Biarpun temasya di London akan berlangsung empat tahun lagi, tempoh tersebut sebenarnya terlalu singkat untuk melahirkan pemain yang berkaliber.

Kehebatan Chong Wei dan Chong Hann tidak lahir dalam tempoh yang singkat.

Jika harapan untuk meraih emas pertama Malaysia di Olimpik masih disandarkan kepada badminton, maka Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seharusnya mengambil langkah proaktif untuk melahirkan pemain seperti Lin Dan atau setidak-tidaknya seperti Chong Wei dalam tempoh empat tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 12:36 PM | Show all posts
awalnyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by miyoma at 29-8-2008 12:36 PM

awalnyer


terasa camtu gak.. 1428 hari lagi tu!!
harap korang & mod tak kisah la ek! huhuhu

aku just rasa cam menarik gak kalau tengok perkembangan dari awal yg bebetul awal nye awal
pastu baru besh kalau nak umpating kendian2 (dah target nak umpating 'pakcik baekk punya)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2008 09:28 PM | Show all posts

Aquatics Venue For 2012

Location

Located in the south east corner of the Olympic Park, the Aquatics Centre will be the 慻ateway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 09:41 PM | Show all posts

Olympic Stadium For 2012

Olympic Stadium

The innovative Olympic Stadium design allows for an 80,000 seat Athletics stadium to be converted into a more easily maintained 25,000 seat venue after the Games.

A 20m-high 'wrap' will encircle the 900m circumference of the Stadium. Artists will create a large mural on the wrap of historical sporting champions, participating countries' flags and sponsor logos, giving the Stadium its distinctive appearance.

Sport: Athletics, Paralympic Athletics

New or existing venue? - New

How many seats in 2012? - 80,000

Temporary or permanent? - Permanent - converts to 25,000 seat stadium after 2012



Where is it?

The Olympic Stadium will be at the south of the Olympic Park on an island site surrounded on three sides by waterways, within easy walking distance of the Olympic Village and warm-up facilities.

Getting ready

Construction officially started on the Stadium on 22 May 2008. Prime Minister Gordon Brown was on site to see the work begin and meet some of the workers. Over the next few years over a thousand workers will help build the venue. The building's foundations are due to be completed in August 2008.



The Stadium timeline

* July 2006: search starts for build and design team
* Oct 2006: negotiations begin with Team Stadium
* Feb 2007: Olympic Board gives statement on legacy
* July 2007: demolition starts on Olympic Stadium site
* July 2007: Memorandum of Understanding (MOU) signed with Team Stadium
* Nov 2007: concept designs launched
* Dec 2007: Stadium site clearance completes
* April 2008: contract signed and Team Stadium take over site
* May 2008: construction started
* 2011: construction finishes in time for test events to take place before the Games

During the Games

The Olympic Stadium will be at the heart of the London Olympic and Paralympic Games. All Athletics events will take place in the Stadium as well as the Opening and Closing Ceremonies, watched by millions of people around the world. It will have 25,000 permanent seats and 55,000 temporary seats that will be removed after the Games.



After the Games

After the Games, the Stadium will be transformed into a 25,000 capacity venue that will host a variety of sporting, educational, cultural and community events. It will be a venue for memorable sporting moments during 2012, but it will continue to add value to the local community for years to come.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 01:48 PM | Show all posts
wahhhhh ...jiman .... berkobarnye ko
harap2 jgn hangat2 chicken sh.it ekkk .....
ko tu mudah MIA ....


aku sangat2 la tak bersetuju kalau m'sia mengikut jejak langkah jiran kita membeli atlit negara luar .....
gunalah barang buatan negara sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:17 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 30-8-2008 01:48 PM

wahhhhh ...jiman .... berkobarnye ko
harap2 jgn hangat2 chicken sh.it ekkk .....
ko tu mudah MIA ....


aku sangat2 la tak bersetuju kalau m'sia mengikut jejak langkah jiran kita membeli atlit negara luar .....
gunalah barang buatan negara sendiri


jangan la perli cik kayla oii, kecik hati aku taww
tau la aku selalu MIA.. kot2 thread ni pun MIA sekali nanti, no prob la
tunggu je lagi 4 tahun, pastu kita buat la semula! hahaha

p/s : aku kecik hati ni! ko kena pujuk aku taww!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:19 AM | Show all posts
Malaysia Akan Mulakan Segera Program Sukan Capai Emas Olimpik - Ismail Sabri
BERNAMA - 30 Ogos, 2008 14:50 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Program sukan ke arah sasaran memperoleh pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London dan 2016 di Tokyo akan dimulakan segera, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara sukan yang diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat negara itu ialah badminton, memanah dan berbasikal.

"Selepas tamatnya Olimpik Beijing usaha untuk memajukan sukan tidak boleh berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya perlu dijalankan segera untuk memperbaiki pencapaian atlet negara dalam Sukan Olimpik.

"Jika sebelum ini kita hanya membuat sasaran untuk memperoleh pingat tanpa mengira warna tapi sasaran kita kali ini adalah untuk memperoleh pingat emas di Sukan Olimpik 2012 di London dan Olimpik 2016 di Tokyo," katanya kepada pemberita selapas menyaksikan acara terjun di Menara Kuala Lumpur di sini hari Sabtu.

Ismail Sabri berkata program sukan itu akan dimulakan selepas "blue print" mengenai hala tuju sukan negara dirumuskan pada satu konvensyen sukan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Kita akan melihat hasil perbincangan yang diperolehi melalui konvensyen tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan program sukan tersebut," katanya.

Ismail Sabri berkata konvensyen sukan itu akan disertai oleh atlet, wakil persatuan sukan dan juga penulis sukan di negara ini.

Untuk rekod, konvensyen sukan itu pertama kali dianjurkan pada 1996 di Langkawi.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kementeriannya menerima peruntukan sebanyak RM4 juta daripada kerajaan untuk membina pusat sukan ekstrem di setiap kawasan Parlimen sebagai perangsang bagi memajukan sukan ekstrem di negara ini.

" Pembinaan pusat ini akan dijalankan secara berperingkat dan tujuannya adalah untuk memberi lebih galakan kepada pembangunan sukan lasak di negara ini," katanya.

-----

pusat sukan ekstrem? setiap kawasan parlimen? "baeeeekkkk punyaaa"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:21 AM | Show all posts
Tiada status warga negara untuk atlet import
UTUSAN MALAYSIA

TEMERLOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berminat dengan cadangan beberapa pihak tertentu untuk menawarkan taraf kewarganegaraan kepada atlet negara asing supaya mereka boleh mewakili negara dalam mana-mana kejohanan di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak mahu mengambil jalan mudah untuk melahirkan atlet 'segera' kerana kaedah tersebut bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ia tidak memenuhi matlamat kerajaan untuk melahirkan atlet yang berjaya di kalangan rakyatnya sendiri.

Katanya, walaupun banyak negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Taiwan dan beberapa buah negara lagi yang menawarkan taraf kewarganegaraan kepada atlet negara asing tetapi setakat ini Malaysia tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

''Memanglah kalau kita buat tawaran seperti itu ramai atlet luar negara yang ingin menjadi warga negara kita seperti atlet dari Kenya, atlet dari beberapa negara Afrika, Indonesia dan lain-lain jika diberikan tawaran yang baik tetapi kejayaan yang mereka bawa itu nanti tidak boleh dibanggakan.

'' Oleh itu adalah lebih baik kita bangunkan atlet di kalangan rakyat kita sendiri dan jika mereka berjaya di arena antarabangsa, kejayaan itu adalah cukup bermakna untuk kita banggakan," kata Ismail Sabri di sini, semalam.

Menurut beliau, kalau hendak ambil atlet negara asing untuk mewakili negara di kejohanan antarabangsa biarlah atlet itu betul-betul boleh menyumbang pingat.

Kata Ismail Sabri, sebelum ini atlet negara China, Yu Fang telah diberikan taraf warga negara untuk mewakili negara dalam kejohanan olahraga tetapi malangnya ia tidak membawa kejayaan seperti yang diharapkan di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, adalah lebih baik tawaran itu diberikan kepada jurulatih kerana mereka boleh melahirkan lebih ramai atlet dari kalangan rakyat negara ini sendiri.

Bagaimanapun, kata beliau, keputusan itu belum muktamad, sebaliknya KBS akan mendengar dan mengambil kira pandangan pihak lain terlebih dahulu menerusi Konvensyen Sukan yang akan diadakan Oktober nanti.

-----

yu fang.. yg bantai makan ais beberapa jam sebelum acara lari tu.. bertuah sangat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:27 AM | Show all posts
Memanah, berbasikal prospek emas
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan emas sebagai pingat yang perlu dibawa pulang daripada Sukan Olimpik London 2012 dan usaha mencari juara sulung Olimpik telah bermula sebaik sahaja selesai Olimpik Beijing 2008 yang lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menegaskan, berakhirnya Olimpik Beijing tidak mendorong kepada pengurangan bajet sukan pada 2009 kerana usaha berterusan perlu dilakukan jika negara serius mencari juara sulung. Seandainya kilauan emas masih terlalu sukar dicari, sasaran Malaysia tidak wajar lebih rendah daripada dua pingat perak, tegas Ismail Sabri.

Justeru, program mencari juara Olimpik akan dimulakan dari sekarang dengan tumpuan adalah kepada sukan yang benar-benar mampu menyumbang pingat, terutamanya emas di London empat tahun dari sekarang.

Program yang bakal dirangka nanti tidak sekadar terarah kepada Olimpik 2012, tetapi terus sehingga Sukan Olimpik 2016 di Tokyo,'' katanya di sini, semalam.

Menurut Ismail Sabri lagi, badminton masih sukan paling berpotensi untuk menjana emas sulung Malaysia di Olimpik, namun memanah dan berbasikal juga kini sudah menjadi prospek baru yang harus diberi tumpuan di London nanti.

Bagaimanapun katanya, bagi memastikan program empat tahun menuju London 2012 lebih berkesan, beliau mahu mendapatkan sebanyak mungkin input serta pandangan daripada penggiat sukan tanah air sebelum membuat blue print.

Justeru beliau akan mengumpul segala data, cadangan serta pandangan pada Konvensyen Sukan 2008 Oktober ini, yang akan menghimpunkan atlet, pegawai persatuan sukan, jurulatih, bekas atlet termasuk penulis sukan.

-----

badminton - dah ada pelapis ke utk 2012? 2016? ataupun komanwel 2010 nanti?
berbasikal pun sama.. selain josiah & azizulhasni - ada lagi yg lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:29 AM | Show all posts
Sasaran lebih realistik: Ismail Sabri
BERITA HARIAN

MENETAPKAN sasaran lebih realistik berdasarkan tahap temasya sukan adalah antara inti pati yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Sukan, Oktober depan.

Konvensyen kali kedua yang bertujuan menentukan hala tuju dan masa depan sukan negara itu turun akan membentuk asas perancangan program Olimpik 2012 dan temasya sukan yang lain sebelumnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri semalam mendedahkan konvensyen seperti itu yang kali terakhir dianjurkan di Langkawi 12 tahun lalu, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkaitan termasuk penulis-penulis sukan tanah air.

揚rogram Olimpik 2012 akan dilaksanakan selepas Konvensyen Sukan. Penulis-penulis sukan juga akan dijemput untuk memberikan pandangan mengenai sukan tanah air,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 03:30 AM | Show all posts
Atlit Malaysia mampu menyerlah
BERITA HARIAN

MALAYSIA berkeupayaan memenangi pingat pada Sukan Olimpik London 2012 jika memulakan segera langkah perancangan dengan tumpuan utama diberikan dalam aspek pembangunan dan jurulatih.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, berkeyakinan atlit Malaysia mampu menyerlah dalam sukan yang dipertandingkan dan tidak mustahil mengecap pingat.

揃agaimanapun, program itu seharusnya dibuat dalam tempoh jangka masa panjang bagi mengenal pasti atlit berpotensi mulai sekarang, sekali gus memberikan pendedahan secara menyeluruh meliputi aspek fizikal, mental dan sosiol,
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 06:26 PM | Show all posts

agaknya bila 2012 nak start aje  olympic  thread pun dah sampai 100 dan auto lock.....   gs -

thanks though for the thread - tapi.. ishhh awalnya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 31-8-2008 03:17 AM


jangan la perli cik kayla oii, kecik hati aku taww
tau la aku selalu MIA.. kot2 thread ni pun MIA sekali nanti, no prob la
tunggu je lagi 4 tahun, pastu kita buat la semula! hahaha
...


alamak ...sori le pak jiman ...aku lambat masuk tuk 'pujuk' ko ....
actually aku terlupa akan kewujudan thread ni .....


aku rasa la ..setakat ini ..idea dr bapak baekkkkkkk punye ni ada sedikit mengarut .....

lepas mini olimpik, sukan extreme pulok dah ......
nanti buat tempat latihan kat tiap2 negeri then jadi gajah putih .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2008 05:53 PM | Show all posts

Reply #17 kayla's post

cittt!
takpe takpe.. thread ni jadi tempat utk 'puji' pak pak menteri je nanti.. haha

pasal pusat sukan extreme nak bina seketul kat tiap kawasan parlimen tu ek?
idea tu memang baeeeeeeeeeeeek punya mengarut!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 11:34 AM | Show all posts
ingat tak lepas Athen 2004, KBS time tu terus je lancar kempen menang emas Beijing 2008.

So apa yang terjadi?

Apa yang terjadi, KBS lepas Beijing 2008 terus je lancar kempen cari emas London 2012.

So pas London, aku rasa dorang ni..ermm... tuan rumah Olimpik 2016 pun lom decided lagi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 01:15 AM | Show all posts

Reply #19 mgs's post

hye mgs... meh la teman aku 'puji' pak menteri kat thread ni!

seingat aku, lepas athens 2004 dulu, KBS kata nak tumpu kat acara basikal
(sambil2 terus 'pressure' kat skuad badminton malaysia)
tu je la yg aku dapat ingat.. acara2 lain tu aku kurang pasti lak
macam kat beijing baru2 ni kan macam acara memanah 'tetibe' je jadi perhatian
aku tak tau la kalau KBS memang ada target acara tu..

papepun, kita tengok je la 4 tahun lagi camana (kalau hidup lagi la kan)
macam dah ada target sukan2 tertentu.. bunyi pun cam yo'oo je
aku bukan la nak pandang rendah atlit malaysia.. tapi kita wait & see je la
on the way nak ke london tu, banyak lagi kan temasya sukan yg besor2
sukan asia nye, sukan komanwel nye.. sesama kita tunggu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083425 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list