CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgboroi

Kenangan Mimaland

[Copy link]
Post time 21-4-2011 11:13 AM | Show all posts
sedih bila tgk tempat nie.. terbiar mcm tue ajer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 12:33 PM | Show all posts
dapat jugak lah merasa sekali pergi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 07:00 PM | Show all posts
Reply 229# ridz_wanz


aku pn sm daaa...br tau tu kt mimaland..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 08:25 PM | Show all posts
dalam buletin utama.....


mimaland akan dibangunkan semulaaaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 05:02 PM | Show all posts
copy dr utusan:

Projek RM4.25b Bandar Raya
KUALA LUMPUR 29 April - Bandar Raya Development Bhd. (Bandar Raya) hari ini memeterai tiga perjanjian kerjasama berasingan untuk membangunkan Mimaland dan dua lagi kawasan lain bernilai RM4.25 bilion.

Perjanjian yang melibatkan Multi-Purpose Holdings Bhd. (Multi-Purpose) bagi pembangunan di Rawang dan Mimaland, Selangor serta Pulau Pinang, dimeterai oleh tiga anak syarikat syarikat masing-masing.

Tiga anak syarikat Bandar Raya ialah Mentari Sdn. Bhd. (Mentari), Orion Vibrant Sdn. Bhd. (Orion Vibrant) dan Magna Senandung Sdn. Bhd. (Magna Senandung) manakala anak syarikat Multi-Purpose pula Tibanis Sdn. Bhd. (Tibanis), Magnum.Com Sdn. Bhd. (Magnum.Com) dan Mimaland Bhd. (Mimaland).

Ketua Pegawai Eksekutif Bandar Raya, Datuk Jagan Sabapathy berkata, perjanjian itu melibatkan pembangunan bagi pasaran pertengahan untuk tempoh lapan hingga 12 tahun di tanah seluas 268 hektar di ketiga-tiga kawasan terbabit.

Beliau berkata: ''Pada masa ini, kami sedang menjalankan proses perancangan yang diunjur mengambil masa 12 hingga 20 bulan sebelum pembangunan dimulakan,

''Kerjasama ini memberikan peluang kepada Bandar Raya untuk mempelbagaikan portfolio pembangunan di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang.

''Bandar Raya terkenal dengan pembangunan Bukit Bandaraya di Bangsar dan bergerak ke hadapan kami berhasrat menyediakan gaya hidup Bangsar yang unik di Rawang, Mimaland dan Pulau Pinang,'' katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian kerjasama itu di sini hari ini.

Tambah Sabapathy, perjanjian pertama adalah antara Orion Vibrant dengan Magnum.Com untuk membangunkan kondominium dan komuniti berpagar bernilai RM605 juta.

''Projek di Pulau Pinang itu akan mengambil masa lapan tahun dengan pelancaran fasa pertama pada suku kedua 2013.

''Manakala perjanjian kedua adalah antara Pinggir Mentari dan Tibanis bertujuan membangunkan rumah kediaman kediaman di Rawang bagi tempoh 10 tahun bernilai dengan RM1.4 bilion,'' jelasnya.

Selain itu, perjanjian ketiga untuk memajukan semula Mimaland dengan menjuruskan kepada pembangunan mesra alam bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh 12 tahun dengan fasa pertama dibangunkan pada sekitar suku keempat 2013.Pembangunan Mimaland, dibuat melalui perjanjian antara Magna Senandung dan Mimaland, kata Sabapathy sambil menambah, pihak juga mempunyai beberapa projek baharu yang akan dilancarkan di Lembah Klang dan Johor Bahru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 05:03 PM | Show all posts
akhirnye mimaland akan dibangunkan 2 tahun lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply 49# noriabdullah


    ADA GAK 1 TAMAN TU TAH APA KE NAMANYE..TAMAN TASIK SM NOR KE APE..AKU PUN INGT2 LUPA JE..KAT PERAK RASANYA..HUHU
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 12:25 PM | Show all posts
berapa lama dh mimaland ni tutup?

bagus la kalau dibuka semula... leh aku pi nanti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 09:04 AM | Show all posts
yea...mimaland bakal bukak blk
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 04:34 PM | Show all posts
Reply 247# masariesya


   Haah kat perak... masa kekecik suka sangat pegi tempat ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:18 PM | Show all posts
aku tak dpt pegi selalu suruh mak, mak ckp "nanti kita peg" tup tup dah tutup mimaland
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:44 PM | Show all posts
xpenah pergi pun. kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 10:54 AM | Show all posts
Pembinaan Mimaland (1971)
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.



Nota tambahan:
1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.

1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)

1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.

1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.

*credit to arkibnegaraX blogspot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 11:34 AM | Show all posts
rindunyer kat mimaland.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 07:04 PM | Show all posts
aku pun x penah g mimaland..rase rugi sgt2 walaupun aku dah menetap kat kl mase umor aku 13 tahun 1995..tp nak buat camne family aku x penah bawak.. bagus gak klau mimaland dibangunkan semula tp kene cari ustaz yang pandai2 la utk buang segala hantu2 yang dah lame menetap kat mimaland ni n hope bile dah bukak x de lagi kejadian2 yg penah berlaku sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:10 PM | Show all posts
yup, pernah menjadi satu tempat beriadah yg disukai ramai ... Lebih lagi tika cuti umum. Aku juga punya kenangan berkunjung ke sana...hmmm!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 10:46 AM | Show all posts
Pembinaan Mimaland (1971)
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina  ...
reddots Post at 13-7-2011 10:54


Gambar-gambar Mimaland yang diambil dari Arkid Negara..






   

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 257# sintalo


   
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:57 AM | Show all posts
Salam

Tak ada update ke lagi ?

ps/ rasanya tak pernah pergi mimaland nie..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 08:35 AM | Show all posts
nampak macam internasionale...tpi bankrupt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078079 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list