CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 11

patut ke kerajaan sekarang amalkan format baru perjuangan utk kekal relevan?

[Copy link]
Post time 1-9-2008 09:23 PM | Show all posts |Read mode
pasai apa kena tanya benda ni...... pasai  lepas arip kalah kat p pauh.. anwar menang lagi banyak majority dari 2004 dulu...  nampak sangat rakyat dah mmg tak suka dgn kerajaan bn nih... tapi..  pak lah dan konco2 dia buat derk.. muka setebal kulit wombat... masih ingat bley rule...

persoalangnya... patut ker depa ni buat format baru perjuangan supaya kerajaan masih lagi releven.. atau pun just stagnant ajer ler... tok sah ubah apa2 pung....  sbb nampak gaya mcm depa ni kat comfort zone....

porummers.... cuba ko bagi taw  sikit!!!   

ondi  jgn tak ondi....  
Single Polls, Total 11 Users voted
90.91% (10)
9.09% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 09:25 PM | Show all posts
si bebal tuh kesah ape. tido lagi siuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:28 PM | Show all posts
kalau muka tu tebal mcm tembok cina, nk bt cane lg..plus sindrom xmau ngaku kaLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:39 PM | Show all posts
tak apa... teruskan tradisi kempen sekarang..pemikiran orang2 kuat UMNO.. hanya UMNO saja berkemampuan dan layak memerintah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2008 10:12 PM | Show all posts
Format baru BN disokong

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa BN perlukan format baru untuk menarik sokongan generasi muda.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, BN perlu mendengar suara generasi muda dan membuat perubahan untuk terus relevan.

''Ini menuntut semua dalam BN termasuk komponen menerima landskap politik bincang secara ikhlas, jujur, hormat-menghormati pegangan masing-masing,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa format dan pengisian BN perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.

Menurut Hishammuddin, Exco Pemuda UMNO sudah pun mengumpul maklum balas daripada golongan muda sejak enam bulan yang lalu.

''Golongan yang terlibat ialah profesional muda, pekerja kilang dan pemuda motor.

''Setiap parti termasuk parti-parti dalam pakatan rakyat masih lagi berasaskan perkauman. Oleh itu BN paling sesuai. Saya yakin BN boleh,'' kata Hishammuddin.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pada masa ini wujud satu trend iaitu kononnya lebih 'hebat' jika para remaja menyokong pembangkang.

''Perkembangan ini menjadi satu halangan mental dalam menarik lebih ramai golongan muda kembali kepada BN.

''Justeru BN perlu mencari satu formula di mana golongan muda akan merasa lebih yakin dan serasi dengan BN berbanding pembangkang,'' katanya.

PerhatianMenurut Shahaniza, golongan muda merasakan suara mereka banyak mendapat perhatian pembangkang yang sentiasa berusaha menambah sokongan pada semua peringkat.

"Mereka anggap 'cool' kerana peranan mereka mendapat perhatian, suara mereka didengari terutamanya menerusi luahan di Internet.

"Oleh itu, BN perlu cari jalan bagaimana suara mereka ini dapat diluahkan dalam medium yang lebih baik dan menampakkan ia bukan sahaja diberi perhatian malah turut diambil kira dalam membuat dasar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai bersetuju bahawa BN memerlukan format baru memandangkan golongan muda pada masa ini mempunyai aspirasi yang berbeza.

''Kerjasama di antara semua parti-parti komponen BN perlu dipertingkatkan dan dieratkan.

''Kita tidak boleh mengunakan konsep UMNO berkempen untuk kawasan Melayu, MCA di kawasan Cina dan MIC di kawasan India. BN perlu mengadakan kempen bersama,'' katanya.

Jelas Tiong Lai, parti-parti komponen BN juga perlu berhenti memainkan isu perkauman kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

''Selain itu, mesyuarat BN perlu diadakan di peringkat pusat, negeri dan daerah supaya kerjasama di akar umbi sentiasa kukuh.

''Selama ini BN hanya bermesyuarat di peringkat pusat sementara parti komponen di peringkat negeri dan daerah kerjasama BN dilihat kurang mantap,'' katanya.

Sementara itu, di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah melaksanakan beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak golongan muda di negeri ini bagi menarik penyertaan mereka dalam BN.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak telah mengamalkan dasar tersebut menerusi pelaksanaan Dasar Gelombang Kedua yang diperkenalkan ketika pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 2006.

Menurutnya, langkah mendekati golongan muda ini dengan memberi penjelasan berhubung dasar kerajaan adalah perlu kerana mereka akan mengambil alih kepimpinan dari barisan pemimpin sedia ada.

''Sehubungan itu, kita telah mewujudkan dasar ini yang memberi peluang kepada generasi muda memahami apa yang dilaksanakan oleh pemimpin sekarang," katanya.

Abang Johari menambah, PBB menyedari akan pentingnya golongan muda ini memahami apa yang dilaksanakan kerajaan kerana pembangunan yang dibuat ini adalah untuk kebaikan mereka di masa hadapan.




format baru BN?? biaq betul....  nak ke depa buat  
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 10:16 PM | Show all posts

Reply #5 amazed's post

dah x blh.... kasi bungkus masuk museum jer BN ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2008 10:41 PM | Show all posts
yg diperlukan bukan format baru... tetapi pemikiran baru...
itu pun tak paham2..

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 10:53 PM | Show all posts
BN ni terlalu baik hati sangat nak lepas kuasa kat cina laknat PR. Takkan takde sayap militia UMNO yang terdiri daripada pemuda sukarelawan yang berani memperjuangkan nasib bangsa melalui senjata? Keadaan sudah kronik! Cina mahu merampas kuasa!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 1-9-2008 10:12 PM
Format baru BN disokong

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa BN perlukan format baru untuk menarik sokongan generasi muda.

Ketua Pe ...
''Setiap parti termasuk parti-parti dalam pakatan rakyat masih lagi berasaskan perkauman. Oleh itu BN paling sesuai. Saya yakin BN boleh,'' kata Hishammuddin.


...setiap parti dalam PR berasaskan perkauman??? ...mabuk ke kak shima ni???

PKR? perkauman? ni memang sah tak perkauman.....  PAS? perkauman?  China mualaf pun ada....india muslim pun ramai....kelap penyokong PAS dari bangsa india dan china pun ramai. ..... DAP? ada Tunku A Aziz, ada Karpal Singh, dulu ada Ahmad Nor...

...memanglah kak shima ni mabuk!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 1-9-2008 11:08 PM


...setiap parti dalam PR berasaskan perkauman??? ...mabuk ke kak shima ni???

PKR? perkauman? ni memang sah tak perkauman.....  PAS? perkauman?  China mualaf pun ada....india muslim pun r ...


tp pkr benci jawa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 11:25 PM | Show all posts
Tak perlu format baru..... kita sudah menang besar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 11:34 PM | Show all posts
format baru.. tambah lah cybertrooper dan menggalakkan tootook UMNO berkerja kerasa dalam alam siber..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078066 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list