CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jbtrader

Perlu tak reporter Sin Chew minta maaf?

[Copy link]
Post time 8-9-2008 11:06 AM | Show all posts

ini tindakan paling btol

Siasat Kenyataan Ahmad dan Laporan Sin Chew  
A Kadir Jasin
Sun | Sep 07, 08 | 4:43:14 pm MYT  
SATU berita yang sama daripada tiga sumber yang berlainan dengan pendekatan yang berbeza. Iklan   
   
   

Mstar, akhbar Internet berbahasa Melayu milik Kumpulan The Star yang memetik laporan Bernama berkata Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail tidak akan meminta maaf atas dakwaan membuat kenyataan menghina orang bukan Melayu.

Bernama memetik Ahmad sebagai berkata yang dia tidak akan meminta maaf kerana bukan beliau yang salah tetapi pemberita akhbar Sin Chew Daily yang telah menyalah lapor kenyataan beliau.

Dari awal-awal lagi Ahmad mendakwa bahawa rujukannya kepada orang Cina sebagai pendatang adalah berdasarkan fakta sejarah dan bukan menyentuh kaum Cina yang ada pada hari ini.

"Saya tidak akan meminta maaf di atas kesalahan yang dibuat oleh pemberita berkenaan. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang Cina adalah penumpang di Tanah Melayu sebelum merdeka dan sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang di sini ketika itu," katanya.

Mstar melaporkan Ahmad berkata demikian dalam sidang akhbar di Menara Umno di Georgetown pada 5 Ogos yang turut dihadiri 13 ketua dan wakil Umno bahagian di Pulau Pinang serta penyokong parti.

Portal berita bebas, Malaysiakini, ketika melaporkan peristiwa yang sama berkata kesemua bahagian Umno Pulau Pinang, termasuk bahagian Perdana Menteri dan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi iaitu Kepala Batas, memberi sokongan penuh kepada Ahmad.

Tindakan Umno Pulau Pinang itu, kata Malaysiakini, berupa tamparan kepada Abdullah yang terdahulu telah meminta Ahmad memohon maaf.

Kalau Abdullah meminta Ahmad memohon maaf, timbalan setianya, Mohd Najib Abdul Razak, melangkah setapak ke hadapan dengan memohon maaf bagi pihak Umno.

Secara peribadi, saya bimbang jika tidak ditangani dengan waras, bijaksana dan tegas, kemelut ini boleh merebak menjadi isu yang bukan sahaja akan membuatkan Barisan Nasional lebih tenat malah akan mencetuskan ketegangan kaum.

Namun saya rasa jalan penyelesaian bukanlah sukar sangat sekiranya pihak terbabit menggunakan akal dan tidak terus mempolitikkan peristiwa ini.

Dengan risiko dituduh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, saya ingin mengemukakan saranan berikut:

1. Siasat apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahmad dan apa pula yang dilaporkan oleh Sin Chew;

2. Kalau Ahmad bersalah, ambil tindakan ke atasnya. Arah dia minta maaf. Kalau dia enggan, singkir dia daripada Umno;

3. Kalau Sin Chew yang salah, ambil tindakan ke atasnya kerana laporannya itu mengandungi unsur hasutan;

4. Kalau pemerintah boleh ambil tindakan menyekat akses kepada portal berita Malaysia Today, ia pasti boleh ambil tindakan ke atas Sin Chew. Sengaja disebutkan bahawa Sin Chew adalah antara surat khabar yang digantung lesennya ketika Operasi Lalang tahun 1987;

5. Mohd Najib wajib menarik balik permohonan maaf Umno dan memohon maaf kepada ahli Umno;

6. Jangan ulang cerita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk minta maaf terhadap kesilapan yang tidak dilakukan. Pembangkang dakwa wanita negeri China dibogelkan oleh polis dan kerajaan bergegas hantar menteri bunga emas ke negeri China. Bila disiasat, wanita itu rakyat Malaysia yang bangsanya Melayu. Sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu saman polis dan kerajaan;

7. Mohd Najib jangan telan bulat-bulat laporan media massa arus perdana tolak semua laporan media alternatif. Siasat dulu ketepatan laporan mereka sebelum aibkan ahli Umno dan orang Melayu dengan memohon maaf terhadap apa yang tidak perlu; dan

8. Berhati-hatilah jangan jadikan Umno parti apologis (pemohon maaf) dan bangsa Melayu bangsa yang dibebankan oleh apologia (rasa bersalah)._
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 12:16 PM | Show all posts
makin pelik kes ini apabila paklah selaku ketua perhubungan umno bersetuju dengan ahmad umno utk tidak perlu mohon maaf sedangkan umno pusat melalui naijib sudahpun mohon maaf minggu lepas.

apakah najib mendahului ketuanya dalam buat kenyataan rasmi dari umno pusat???

tindakan bodoh najib ibarat ulangan mohon maaf malaysia pada china atas isu 'ketuk ketampi warga china' dulu.

sampai bila agaknya org umno nak berketuakan puak2 banggang nie?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 12:26 PM | Show all posts

MALAS NAK CAKAP BANYAK..BACA JE LA NI

HORMATILAH SUARA HATI MELAYU DAN ISLAM
Ruhanie Ahmad

Kali ini kita berpuasa dalam suasana maruah orang Melayu dan umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak tertentu akibat mainan politik segelintir pembesar Melayu sendiri, khususnya pembesar utama UMNO.

Akibat pendirian yang takut kehilangan sokongan bukan Melayu di era pasca PRU12, segelintir pembesar Melayu ini seolah-olah lupa bahawa power-base mereka adalah Melayu, terutamanya UMNO.

Bila orang Melayu, umat Islam dan UMNO menyuara dan membicarakan hakikat dan kebenaran sejarah yang menyentuh entik lain di negara ini, kelompok pembesar ini pun memaksa orang Melayu, umat Islam dan UMNO memohon maaf.

Tapi, bila entik lain melemparkan tuduhan semberono terhadap orang Melayu, umat Islam dan UMNO, pembesar ini pula tidak menuntut mereka memohon maaf.

Kita ambil contoh Hindraf. Akhir tahun 2007, NGO tidak berdaftar ini mengheret Malaysia dan UMNO ke pelantar antarabangsa dengan tuduhan amat serius
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 12:59 PM | Show all posts
ade btulnya ape yg ruhanie ckp tuh...seblom neh byk kes gomen terlalu berlembut handling kes2 camneh...tp dlm kes ahmad ismail neh,ruhanie x leh nafikan yg ianya adalah salah...two wrongs doesnt make it right...kalo gomen tegas x mengira kaum,wa rs isu neh x timbul..patutnya gomen wat siasatan bebas tentukan sape yg salah..siasat sin chew,dan siasat gak ahmad ismail..hasil siasatan made public..pada pihak yg salah kenakan tindakan..denda ka,gantung ka..isu neh npk kecik,tp kalo dibiarkan ia akan jd beso
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 6-9-2008 10:35 AM
Najib dan Ariff Shah dengar sendiri ceramah Ahmad Ismail, ko nie pegi ambil paper Julai BM lagi bagus.


even najib pegi dengar pun,
ada dia selidik,bincang dulu?...

hmm...sedara,
nape lak amik paper Julai BM,
kalau penyoal sendiri tak paham posting yang hambe buat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 6-9-2008 12:03 PM

ko ni kekadang aku tgk bengap... ko dduk Jaybee so ko tau laa keadaan singapura yang dikuasai PAP...(abg DAP)..

Singapura dah pergi jauh, dah jadi negara maju, memiliki sistem pendidikan yan ...


One Singapore, one nation?

ptuih!.....
ade sedara melayu duduk sana?
apa perasaan diorg bile dgr ayat ko..

melayu singapure mana  dpt peluang jawatan tinggi dalam polis tentera?, teruk sgt diskriminasi..tapi berlainan dgn malaysia.
seburuk2 malaysia pun bagi peluang pada kaum lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2008 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by goyangpinggung at 8-9-2008 10:23 AM
korang jgn layan thread si mata sepet ni...dia saja nk memanjangkan isu ni...yg aku heran dia sibuk mengata org lain racist padahal dialah bapak segala racist kat sini ...dah memang pendatang lag ...



to pembuka thread..

Pernah dengar cerita seorang hakim dengan pencuri..

seorang pendakwa tuduh dia mencuri, sedangkn peguam pembela dibuat2 tak dengar.. adilker hakim camni?

pembuka thread = hakim

hrm... at least pak lah dah jumpa ahmad & rumuskan, jgn bangkitkn isu ni psl mmg salah wartawan pn, camni la baru betul, tak yah nk pnjgkn isu,yg wartawan Sin Chew ni lain kali beli tape recorder.. record baca n paham betul2 ayat ahmad ni..

masalahnya, wartawan Sin Chew takde bukti kukuh cm rekod suara, video yg buktikan wartawan ni betul.. so case closed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061562 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list