CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

About KPLI / DPLI 2009

 Close [Copy link]
Post time 13-9-2008 01:41 AM | Show all posts
ada je yang tgh amik kpli umur da 30-an... kebanyakan da lama keje, tiba-tiba start belajar balik, kendian kat IPG ikut stail cam sekolah... terkejut gak seminggu 2 pertama... merasa la balik jadi murid-murid sekolah...

harap2 keep in touch kat board ini walupun da lepas itrvw / da masuk IPG /  da jadi cikgu / da dapat anugerah guru cemerlang / naik pangkat / bersara...

sini gabung kan kpli/dpi 2009 dengan 2008...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #21 bobo_haha's post

bobo skang dah abik praktikal ker.bils abih praktikal nih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 11:17 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

laku betul yer kpli dan dpli...sampai thread pun kena buat baru...dekat 62000 viewers....posting dkt 2481 ...

[ Last edited by  mycos79 at 13-9-2008 11:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 13-9-2008 11:17 PM
laku betul yer kpli dan dpli...sampai thread pun kena buat baru...dekat 62000 viewers....posting dkt 2481 ...


apa boleh buat..kebanyakkannya adalah menganggur   bukan macam kak mycos tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 02:01 PM | Show all posts
aku x lulus exam tahun lepas......kuikuikui

saje test power......wakakaka.....

alhamdulillah skang pon line keje aku nampak gaya mmg ngajo je la......aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 14-9-2008 12:19 AM


apa boleh buat..kebanyakkannya adalah menganggur   bukan macam kak mycos tu


pedas sangat sindiran tue... :victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2008 06:33 PM | Show all posts
nak tanyer., application untuk KPLI 2009 biler kuar?amik kat maner?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:45 PM | Show all posts

Reply #27 tarabas1976's post

lor ko ni dah ketinggalan bas dah ni.actually application kpli 2009 dah kuar pd awal tahun 2008 lg.bulan 3 kalo x silap.pastu bulan 4 ada mtest n stat bulan 6 smpi 9 ada interview.bulan 12 result kuar n bulan january 2009 masuk ipg utk buat kpli 2009.

agaknya ko nak tanya psl application kpli 2010 kot.sah2 lah applicatipn kpli 2010 kuar awal tahun 2009 nanti.tp 1 nak remind la kpli 2010 tempat akan dikurangkan secara drastik so harapan utk dpt tu semakin sukar lah.get ready.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 08:29 PM | Show all posts

Reply #28 otai_g's post

aku pun terkejut dia tanya kpli 2009

nampaknya benarlah kemasukkan kpli tahun depan akan turun dengan drastik
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:01 AM | Show all posts
yup, kalau KPLI ambilan 2009 amik 5000++.. ada kemungkinan KPLI ambilan 2010 kuota jadi 2000+++...

pasal start 2010, budak PISMP IPG keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #30 uitm_dbs97's post

ha!

itu sebab dia..aku tau tapi lupa nama kursus tu

wow..kurang separuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 12:06 PM | Show all posts
Maybe dah ada kat thread yg lepas2..tapi nak inform/ingatkan je..Kpd sesapa yg still interested nak jadi cikgu..mara tgh nak amik org tu..due date 20sept..apply online kat web mara --> www.mara.gov.my

takpun klik je terus kat sini: http://202.162.16.75/vacancy/

[ Last edited by  shoryu at 15-9-2008 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by shoryu at 15-9-2008 12:06 PM
Maybe dah ada kat thread yg lepas2..tapi nak inform/ingatkan je..Kpd sesapa yg still interested nak jadi cikgu..mara tgh nak amik org tu..due date 20sept..apply online kat web mara --> www.mara.g ...



MARA ade course offer utk pendidkan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #33 jellyfish's post

cikgu mrsm actually..tapi apply kat website mara
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 08:38 AM | Show all posts
jawatan cikgu MARA tuu kalau sesiapa yang ada degree pendidikan... means graduan IPTA edu.... memang layak sangat apply dan status jawatan pun tetap..

tapi, yang ada degree je tapi x ada dip pendidikan nak apply pun dipelawa, cuma status jawatan taraf sementara jer.... dalam pada tuu, kena amik gak diploma pendidikan, baru dpt status tetap...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 05:25 PM | Show all posts
member aku dulu ada degree ,takde dip pendidikan ,dpt peg pendidikan siswazah kat mrsm.senang2 jer dihantar utk uat diploma pendidikan,senang2 jer lulus.sebab under MARA.

[ Last edited by  musals at 16-9-2008 05:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by bobo_haha at 14-9-2008 06:26 PM


pedas sangat sindiran tue... :victory:


camane cikgu bobo? tk sangke kan, lagi 11 hari je nak tamat praktikum.. sodih la plak..

Salam Cikgu,
http://muzem.blogdrive.com
Penang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by musals at 16-9-2008 05:25 PM
member aku dulu ada degree ,takde dip pendidikan ,dpt peg pendidikan siswazah kat mrsm.senang2 jer dihantar utk uat diploma pendidikan,senang2 jer lulus.sebab under MARA.


Aiyo, Diploma memang senang la !!

Dulu, Diploma saya pun CGPA 3.74 walaupun saya tak rajin ....

Adakah KPLI 2009 akan dapat keputusan pada  24 Dec 2008 ?? Tak ada Delay ??
Saya ni tak sabar-sabar

[ Last edited by  mahujadiguru at 18-9-2008 12:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:13 PM | Show all posts

7,448 tempat KPLI, 4,780 untuk KPLI-j-QAF

Jumlah calon wanita mohon program KPLI terus atasi lelaki

Oleh Khairina Yasin

kayrina@bharian.com.my

KEMENTERIAN Pelajaran menyediakan 12,228 tempat kepada lulusan ijazah sarjana muda untuk mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah sepenuh masa dan KPLI -j-QAF (program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain) ambilan Januari, tahun depan. 

Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Meor Shaharuddin, berkata daripada jumlah itu, 7,448 tempat disediakan bagi kemasukan KPLI sepenuh masa, manakala baki 4,780 untuk KPLI-j-QAF yang menggunakan mod latihan perguruan berasaskan sekolah. 

Katanya, pada pengambilan kali ini sejumlah 59,176 permohonan diterima daripada lulusan terbabit dengan 56,396 calon memenuhi syarat dan layak menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia. 

 

“Trend permohonan kali ini tidak jauh berubah berbanding dengan kemasukan sebelumnya yang menunjukkan purata sekitar 60,000 diterima setiap tahun. 

“Ini termasuk pecahan permohonan mengikut jantina yang menunjukkan calon wanita terus mengatasi dengan 47,108 berbanding hanya 12,068 lelaki,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini. 

Asariah menjelaskan, sebanyak 15 bidang pengajian ditawarkan untuk KPLI iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Agama Islam. 
 

Seterusnya, Kajian Sosiol, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pemulihan Khas, Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Muzik. 

Katanya, KPLI-j-QAF pula menawarkan tiga bidang pengajian merangkumi Bahasa Arab, Agama Islam dan Pendidikan Khas j-QAF. 

Asariah berkata, proses temu duga calon terpilih kini berlangsung di seluruh negara sehingga 25 September ini meliputi 27 institut pendidikan guru (IPG) dan lokasi lain yang terpilih. 

“Temu duga berkenaan memfokus kepada aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian dipohon, sekali gus menilai sejauh mana penguasaan mereka dalam subjek dipilih. 

“Calon turut diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa, selain aspek sahsiah yang menepati ciri pendidik dikehendaki, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran, selain penampilan diri,” katanya. 

Asariah berkata, pemilihan calon turut memberi keutamaan kepada ketepatan bidang ijazah kelulusan mereka dengan opsyen pengajian dipohon. 

Katanya, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara dalam talian mulai 24 Disember ini dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 04:24 PM | Show all posts
adakah saya akan tersenarai dlm 7,448 tempat KPLI....hanya mampu berdoa dan bertawakkal saja...kalau dpt alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069127 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list