CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29674|Reply: 33

- Antarctica -

[Copy link]
Post time 14-9-2008 02:56 AM | Show all posts |Read mode
Night landing in Antarctica hailed as historic




A pilot has successfully landed an aircraft in Antarctica using night-vision goggles, a feat hailed Saturday as historic and could lead to year-round flights to the frozen continent.


Scientists could be dropped off or picked up at any time of the year if such flights went ahead and medical evacuations could become feasible in winter.

Lieutenant Colonel Jim McGann, the commander of the New Zealand-based Operation Deep Freeze, described the mission as "dangerous stuff".

He said the risk was high, but the aircraft's lights reflected well off traffic cones on the runway, allowing it to get down without electric runway lights that are hard to maintain in the intense cold.

"The goggles were fantastic, the outline and runway were perfectly clear and we could see it from three miles and rolled right in. A picture perfect landing," he told Television New Zealand.

Antarctica New Zealand chief executive Lou Sanson said the night-time touchdown opened the way for a greater level of research throughout the year as well as ensuring winter medical evacuations could be carried out.

"This was an historic event. It will certainly bring a measure of reassurance to those at McMurdo and (New Zealand's) Scott Base over the winter."

Bryan Storey, a professor of Antarctic Studies at Canterbury University, told The Press newspaper that the middle of winter and early spring could now be studied by scientists specially flown in at those times.

The behaviour of sea ice and atmospheric phenomena could all fall into this category, he said.

"You can take people out and bring people in which allows for a better use of time and is definitely beneficial," he said.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

last sem saya study tentang antarctica ni -
what a great continent and great findings -
banyak yang kita boleh belajar tentang continent ni -

rasanya kalau dapat landing kat sana - memang satu sejarah
since roald amundsen first arrived there in 1911...
nanti bila ada cerita tentang antarctica lagi  boleh la
kita share -


[ Last edited by  dexa at 24-1-2009 07:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2008 07:40 AM | Show all posts
R&D: Projek pemetaan GIS
Oleh Khairina Yasin


ROSMADI (tiga dari kiri) dan Rosdi (kanan) bersama penyelidik INAE
yang banyak membantu dalam kajian GIS pertama negara dijalankan di Antartika.



Penyelidik negara laksana penyelidikan Sistem Maklumat Geografi di Antartika

KEKAYAAN sumber galian dan keunikan Benua Antartika berjaya menarik saintis dari seluruh dunia menjalankan penyelidikan yang membawa kepada pelbagai penemuan saintifik untuk dimanfaatkan bersama.


Malaysia tidak ketinggalan menjalankan penyelidikan di benua itu menerusi Program Penyelidikan Antartika Malaysia di bawah Akademi Sains Negara yang bertanggungjawab menghantar kumpulan penyelidik negara menjalankan penyelidikan saintifik di Antartika.

Walaupun Malaysia hanya diberi taraf negara pemerhati tetapi pencapaian beberapa hasil penyelidikan negara di benua berkenaan lebih baik berbanding yang bertaraf tetap.

Ketika ini, penyelidikan Antartika telah berkembang pesat merangkumi bidang biologi, geologi dan beberapa bidang lain yang berkaitan.

Terbaru, dua penyelidik negara, Dr Rosmadi Fauzi dan Rosdi Mohd Kadzim, masing-masing dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpilih bagi menjalankan penyelidikan berkaitan geografi menerusi projek pemetaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Antartika.



ROSDI (kanan) bersama penyelidik INAE meneliti
data yang diperoleh menerusi GPS




Penyelidikan kerjasama dengan dua penyelidik GIS, Institute of Antartica of Ecuador (INAE), Luis Burbano dan Dany M Salazar itu memfokuskan projek pemetaan membabitkan kawasan timur laut Pulau Greenwich di Semenanjung Antartika dengan keluasan 18 hingga 20 kilometer persegi.

Beliau yang juga pensyarah Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosiol, UM, berkata projek pemetaan berskala

1: 50,000 itu bertujuan membangunkan model pangkalan data spatial GIS kawasan terbabit yang diaplikasi menerusi proses penyimpanan dan penggabungan pelbagai sumber data berkaitan topografi, geologi, biologi, kedudukan tanah serta flora dan fauna.

“Sistem Kedudukan Global (GPS) pula digunakan bagi mendapatkan koordinat untuk kegunaan penyediaan peta poin yang kemudian dieksport ke dalam perisian GIS, iaitu Arc Map yang membolehkan fenomena kartografi berhampiran dan sempadan kawasan dipetakan.

“Ringkasnya, projek ini membolehkan peta yang berbentuk fizikal di atas kertas berubah kepada bentuk digital yang dimuatkan dalam perkakasan berasaskan GPS yang dibantu oleh perkhidmatan satelit,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Selain bertujuan membangunkan pangkalan data GIS, Rosmadi berkata, penggunaan sistem itu turut membolehkan pemetaan secara terperinci dan pembentukan model 3D kawasan kajian, sekali gus membolehkan pencapaian maklumat ruangan secara terus menerusi pangkalan yang dibangunkan.

“Pangkalan data GIS itu pula dapat membantu memaparkan maklumat secara pemetaan kepada bidang penyelidikan lain, selain menjadi sumber rujukan saintis.

“Ini adalah projek penyelidikan GIS Malaysia pertama dijalankan di Antartika dan kita sememangnya bertuah apabila berpeluang menambah pengetahuan menerusi pengalaman bekerjasama dengan saintis peringkat antarabangsa,” katanya.

Rosmadi berkata, hasil projek GIS dibentangkan pada Simposium Antartika Ecuatoriano di Ecuador, Amerika Selatan sempena sambutan Hari Polar Sedunia pada 30 hingga 31 Julai lalu dan mendapat sambutan positif pelbagai pihak termasuk saintis dunia yang turut menjalankan penyelidikan di Antartika.

INFO: Penyelidikan GIS

# Projek dijalankan selama sebulan bermula 9 Januari lalu

# Menggunakan stesen saintifik milik Ecuador iaitu Stesen Antartik Pedro Vicente Maldonado

# Penyelidikan GIS pertama negara dijalankan di Antartika.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:59 AM | Show all posts
Latihan angkasa di Antartik
Stesen Antartik Australia adalah lokasi terbaik untuk sesi latihan bagi pengembara angkasa lepas dan mengetahui bagaimana manusia begitu rapat dengan persekitaran.



ORANG-ORANG di Antartik Australia menjalani kehidupan normal.



SEWAKTU musim sejuk di Antartika, pengembaraan di pangkalan kajian Australia mungkin sama seperti pengembaraan ke bulan atau perjalanan ke planet Marikh.

"Apabila anda berada di Antartika, anda tahu bahawa anda tidak boleh keluar. Tiada sebarang usaha menyelamat ketika musim sejuk. Perkara itu mengubah satu mentaliti," kata Des Lugg, Ketua Polar Perubatan di Divisyen Antartik Australia (AAD). Bermula sejak tahun 1968 hingga 2001, kini beliau menjadi konsultan kepada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

"Anda boleh pulang dengan pantas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berbanding pulang dari Antartika sewaktu musim sejuk yang panjang," tambahnya.

Ia amat terasing hingga membuatkan pangkalan Antartika Australia dan pengembaraan mereka sempurna untuk perancangan jangka panjang misi angkasa.
Sejak tahun 1993, NASA telah menjalankan program usahasama dengan AAD berkaitan kajian kesihatan manusia. Ia mengenai sekumpulan kecil manusia boleh menyesuaikan diri untuk hidup terasing dalam satu tempoh yang lama di tempat paling sejuk di planet tersebut.

"rogram Antartika Australia mempunyai beberapa stesen paling terasing di Antartika. Kami mencatat jumlah pengasingan keseluruhan sehingga sembilan bulan dalam setahun," jelas Jeff Ayton, ketua pegawai perubatan divisyen.

Katanya, stesen Antartika Australia adalah lokasi terbaik untuk sesi analog bagi pengembara angkasa lepas. Pada masa sama untuk mengetahui bagaimana manusia begitu rapat dengan persekitaran.

"Ia adalah persekitaran yang ekstrem dan kami mempunyai orang dalam situasi bahaya sebenar. Survival mereka bergantung pada teknologi dan sistem kompleks yang tidak jauh bezanya dengan survival di angkasa lepas.

"Kami juga mempunyai pengalaman luas terhadap situasi perubatan yang boleh dilakukan di stesen Antartika dan mereka berminat dengan individu yang merancang misi jangka panjang ke Marikh dan lain-lain misi penjelajahan," ujar Ayton.

Secara spesifik, NASA telah menunjukkan minat menggunakan super-generalist doktor di pangkalannya.

Setengah daripadanya telah direkrut dari pedalaman Australia, rumah kepada doktor tradisional negara yang mampu menghadapi apa jua cabaran perubatan.
Doktor-doktor di sana telah menjalani pembedahan otak, membetulkan tulang yang patah atau retak dan memberi kaunseling berkenaan masalah kesihatan mental.

"Kami juga telah menguruskan proses kehamilan di Antartika. Ia merupakan sebahagian daripada spektrum perubatan yang perlu kami lakukan."
Pengalaman luas seperti ini akan menjadi sukar pada misi jangka panjang ke Marikh atau planet yang lain. Oleh itu lain-lain situasi perubatan turut memberikan cabaran tersendiri.

Kajian menunjukkan ramai pengembara Antartika menderita kekurangan vitamin D akibat tiada sinaran matahari, tekanan dan juga sistem ketahanan tubuh yang lemah.





Ayton berkata, kajian menunjukkan tindak balas virus tersembunyi seperti virus Epstein-Barr dan sebagainya.
"Sehingga kini, tidak diketahui sepenuhnya apa yang menyebabkan penindasan sistem ketahanan tubuh. Kami melihat faktor psikologi pada sistem ketahanan tubuh.

"Kami juga melihat pada kesan vitamin D terhadap sistem ketahanan tubuh dan tekanan dalam jumlah yang kecil serta persekitaran terhad," jelasnya sambil menambah kajian menunjukkan perubahan sama kepada sistem ketahanan tubuh di angkasa lepas.

Lugg berkata, virus mudah memasuki tubuh dan kemudian memberi tindak balas di angkasa lepas atau di Antartika.

"Tiada seorang pun pernah mempamerkan sebarang penyakit klinikal. Ini adalah satu perkara lain yang menarik. Walaupun mereka telah mengubah status ketahanan tubuh masing-masing, masih tiada sebarang penyakit klinikal yang boleh dikesan di Antartika untuk menunjukkan tindak balas ketahanan yang diubah."

Hidup terasing di sebuah pangkalan kecil bersama beberapa orang rakan untuk beberapa bulan akan datang dan jauh daripada keluarga boleh menjadi punca utama tekanan bagi sesetengah pengembara.

Ayton dan Lugg berkata, terdapat sejumlah besar orang yang boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di Antartika. Hanya beberapa kes yang jarang berlaku mengenai pengembara yang mengalami masalah mental akibat tertekan.

Lugg yang melakukan kajian selama 25 tahun terhadap kelakuan pesakit masalah mental di Antartika berkata, kadar insiden adalah empat peratus daripada semua konsultan permulaan kepada doktor pangkalan.

Bagaimanapun, kehidupan di stesen pangkalan Antartika di Australia juga tidak jauh bezanya dengan komuniti masyarakat luar.

"Orang-orang di sini turut menjalani kehidupan normal seperti mempunyai hubungan kelamin dengan pasangan masing-masing dan sebagainya selaku manusia biasa," ujar Ayton menutup bicara. - Reuters





dex  aku satukan ajer thread ko dgn citer antartik wokey.... nak reply pasai antartik kat sini ajer... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 04:25 PM | Show all posts
Kembali ke 'gurun putih'

Selama 73 hari, Ferriere menarik papan andur salji seberat 150 kilogram sejauh hampir 3,000 kilometer di bawah suhu purata -30 darjah Celsius, angin kencang dan gigitan ibun yang teruk. Namun, dia tetap mahu mengulanginya.



WANITA ini akan menimba pengalaman mengurus sebuah
komuniti terasing di tengah-tengah keadaan sukar di benua
tersejuk di dunia, Antartika.



LAPAN tahun selepas meluncur menyeberangi Antartika secara solo, seorang pengembara Perancis pada bulan hadapan akan kembali ke 'gurun putih' sebagai ketua sebuah stesen saintifik dengan misi untuk memimpin sepasukan 130 individu menempuh saat gelap musim sejuk.

Pada Februari 2000, Laurence de la Ferriere menggunakan ski untuk mengembara dari Kutub Selatan ke Terre Adelie, satu pencapaian yang tidak diulanginya sehingga sekarang.

Selama 73 hari, atlet kecil molek ini telah menarik papan andur salji seberat 150 kilogram sejauh hampir 3,000 kilometer, berhadapan dengan suhu purata -30 darjah Celsius, angin kencang dan gigitan ibun yang teruk.

Ferriere yang baru-baru ini menerima anugerah French Legion of Honour, kini akan menjadi ketua wilayah stesen penyelidikan saintifik Dumont d'Urville di Terre Adelie yang mana Perancis telah melantiknya untuk misi selama 15 bulan.

Dilahirkan di dalam keluarga bangsawan Perancis di Casablanca, Maghribi, Ferriere akan mewakili Perancis dan berkhidmat sebagai pegawai awam yang mempunyai hak untuk menahan orang yang disyaki atau mengendalikan perkahwinan dalam kalangan pasukan juruteknik dan saintis yang mana satu pertiga daripada mereka adalah wanita di pusat penyelidikan itu.

Cabaran untuk pasukan ini bukan hanya fizikal tetapi juga sosiol.

Bermula bulan Mac sehingga November, kedatangan musim sejuk di hemisfera selatan ini menandakan permulaan halangan kepada semua komunikasi luar Dumont d'Urville sekali gus membawa para penghuninya ke alam kegelapan berkekalan selama tiga bulan.

"Cabaran sebenar bermula ketika itu. Penghantaran semula tidak mungkin berlaku. Walau apa yang terjadi, ia harus berjaya," kata beliau.

Angin yang bertiup di Antartika boleh mencecah 300 kilometer sejam, membuatkan 'batu berterbangan' dan menghalang sesiapa untuk melangkah ke luar. Keadaan tersebut menyukarkan hidup atlet seperti Ferriere.



FERRIERE dilantik menjadi ketua wilayah stesen penyelidikan
saintifik Dumont d'Urville di Terre Adelie di Antartika.



Pasukan Antartika Perancis bekerja di dua bangunan yang dihubungkan dengan sebuah laluan bertutup.

"Kami tidak boleh pergi ke tempat lain, selain kedua-dua bangunan ini.

"Itulah yang menarik hati saya. Ini kerana dalam masyarakat mikro inilah anda perlu berkembang," kata wanita yang bukan sahaja telah menawan Antartika tetapi memegang rekod dunia wanita berada di altitud tinggi tanpa oksigen melalui pengembaraan memanjat gunung yang diceburinya.

Walaupun beliau mendakwa tidak mengetahui segalanya tentang kawasan itu, Ferriere berkata, beliau masih tahu bagaimana untuk 'mengintegrasikan' dirinya ke dalam persekitaran itu.

Wanita itu kini akan menimba pengalaman mengurus sebuah komuniti terasing di tengah-tengah keadaan sukar di Antartika.
Beliau mahu berkongsi ilmu semasa ekspedisi solo di 'syurga atau neraka putih' itu dengan orang ramai.

Ferriere berkata: "Kita boleh hidup dalam sebarang keadaan dan di mana sahaja."
Kenyataan itu diluahkannya selepas survival 'menakjubkan' di Antartika berjaya.

Beliau juga menasihatkan mereka yang berani mendedahkan diri dalam keadaan sejuk dan terasing.
"Anda tidak boleh pergi ke Antartika dan berkata 'Saya tahu segalanya, saya akan melakukan mengikut cara saya dan saya akan berjaya'.

"Sebaliknya, anda perlu mendedahkan diri, bebas daripada segala perkara yang dirasakan anda tahu." - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2009 07:24 AM | Show all posts
Kenangan Antartika
Oleh AQMAR ALLADAD


Berpegang pada satu semangat serta satu tujuan, dua mahasiswa Universiti Malaya gigih mencari sampel penyelidikan seperti bakteria dan kulat yang dibawa pulang dari benua Antartika.




MENEROKA bumi Antartika menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang hidup. Tidak semua individu berpeluang menyelami sendiri kehidupan di benua paling sejuk di planet Bumi itu untuk tempoh beberapa bulan.

Terletak di Kutub Selatan, permukaan bumi di seluruh benua itu diliputi 98 peratus salji dan ais. Ia menjadi kediaman banyak spesies mikro organisma dan hidupan laut manakala hampir 70 peratus daripada air tawar di dunia berada di benua ais tersebut.

Seorang mahasiswa program ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi) dari Universiti Malaya (UM), Leelatulasi Salwoom, 28, memberitahu Kosmo! bahawa antara keajaiban Antartika adalah kemampuannya menghasilkan kira-kira lima juta kubik air batu.

"Ribuan ketulan ais yang besar dengan ukuran diameter yang berpuluh-puluh kilometer terdapat di sina.

"Sebaik sahaja kaki saya melangkah ke benua itu, hati saya berbisik ia cukup indah dan unik. Terfikir juga mampukah saya bertahan selama empat bulan di sina untuk satu tujuan yang agak berat," ujarnya yang ke Antartika pada Disember 2004 dan pulang ke tanah air pada April 2005.

Merupakan satu-satunya pelajar perempuan daripada 75 peserta lain yang turut mengikuti rombongan itu, Leela mampu menarik nafas lega apabila berjaya menyiapkan hasil sampel yang diambilnya di Antartika.


PEMANASAN global yang berlaku menyebabkan
kira-kira 200 glasier cair di benua Antartika. "


Menurutnya, penyelidikan mengenai bakteria memakan masa hampir setahun setengah dan ia berjaya disiapkan sepenuhnya setelah bertungkus lumus melakukan kajian terhadap sampel tersebut.

"Penyelidikan ini mesti dilakukan dengan teliti kerana ia merupakan mikro organisma yang cukup sensitif. Cabaran melakukan penyelidikan ini ialah ia susah untuk dijaga kerana setiap masa memerlukan perhatian rapi.

"Saya meletakkan sampul itu di dalam peti sejuk, jadi setiap masa saya perlu kawal suhunya iaitu -20 darjah celsius untuk kekal seperti suhu di Antartika. Sekiranya tidak mencapai suhu tersebut sama ada lebih rendah atau lebih tinggi daripadanya maka mikro organisma itu akan tercemar," ceritanya.


LEELA (tengah) bersama dua rakan penyelidik di Antartika. "

Tambah Leela lagi, dia turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada penyelidik India yang turut mengikuti rombongan ke benua ais itu. Kini, beliau dalam proses menyiapkan hasil penyelidikan untuk diterbitkan.

"Banyak perkara yang perlu saya lakukan. Saya mula mengkaji sampel penyelidikan itu seminggu selepas pulang dari Antartika. Kini, saya sedang berusaha untuk menyiapkan laporan bertulis mengenainya," katanya.

Menceritakan detik sepanjang berada di benua ais itu, Leela menjelaskan cuaca merupakan perkara paling ditakuti. Mana tidaknya, ada kalanya suhu akan jatuh kepada -10 hingga -17 darjah celsius.

Namun, jika bernasib baik, suhu di Antartika akan naik mencecah -4 darjah celsius.

"Untuk mengelak daripada berlakunya masalah kesihatan, saya memakai beberapa helai baju iaitu salah satunya dilapisi baju termo bagi mengekalkan suhu badan dan menyarung sepasang kasut khas polar," jelasnya.


BATU-BATAN yang muncul di permukaan ais turut dijadikan sampel penyelidikan. "


KULAT yang ditemui di Antartika dilihat melalui mikroskop. "

Masih lagi terbayang-bayang dengan keindahan alam semula jadi di sana yang tanpa sebarang pencemaran, Leela bersungguh-sungguh mengingatkan kembali saat-saat dia bersama kumpulan rombongannya tidak dapat keluar untuk menjalankan aktiviti.



Kami terpaksa berada di dalam kontena sepanjang hari kerana waktu itu angin bertiup terlalu kencang sehingga mencecah 100 kilometer (km) sejam.

"Bosan memanglah bosan, sebab kami terpaksa berkurung dalam kontena sahaja. Bayangkan angin di luar terlalu kencang dan sekiranya kami keluar, mungkin kami akan mengalami masalah pernafasan," ceritanya.

Sekiranya cuaca pada hari tersebut baik, mereka akan gunakan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti mendapatkan bahan sampel penyelidikan di luar.

Selama empat bulan, Leela mengumpul banyak sampel tanah, mikro organisma, alga dan membawa pulang ketulan batu-batu kecil yang dikaji kandungan bahan dan habitatnya.

Pengumpulan bahan itu biasanya dilakukan di kawasan Oasis yang mempunyai kira-kira 100 buah tasik.

"Airnya sangat jernih dan bersih sehingga boleh diminum begitu sahaja," kata Leela yang turut mengambil sampel berdekatan batu-batu besar yang muncul di kawasan permukaan ais.

Rombongannya ke Antartika ditemani dua penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu pensyarah biologi, Dr. Michael Wong dan pensyarah geologi, Dr. Baba Musta.

Sementara itu, mahasiswa ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi) UM, Suhaila Omar, 27, pula tidak lokek untuk menceritakan pengalaman lucunya sepanjang berada di Antartika.

Disebabkan minatnya begitu mendalam untuk mengetahui kejadian luar biasa ketika di sana, Suhaila tidak mensia-siakan peluang yang telah dinantikannya sejak sekian lama.

"Antara kenangan yang kelakar bagi saya adalah sewaktu saya jerlus di permukaan ais. Memang takut dan terkejut tetapi bayangkan bagaimana rakan-rakan saya terpaksa angkat saya.

"Berat baju yang saya pakai sahaja mencecah empat hingga lima kilogram," ceritanya sambil tergelak kecil.

Masih lagi dalam proses untuk menyiapkan bahan penyelidikannya, Suhaila memberitahu, dia memilih untuk menyelidik kulat Phialophora (merah), Thelebolus (jingga) dan kulat yang berwarna biru, namun namanya belum diberikan lagi.

Kunjungan ke benua Antartika selama sebulan bersama tiga rakannya begitu mengujakan dan beliau merasakan mereka bertuah kerana dapat menyaksikan kejadian yang dipanggil Aurora.

"Kejadian itu disebabkan geomagnesium yang berlaku pada waktu malam ketika musim sejuk. Cantik sangat pemandangan pada waktu itu," jelasnya yang ke Antartika pada Januari 2007.

Suhaila menyambut baik seruan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia tidak gentar untuk menerokai benua Antartika seperti negara-negara maju lain yang sudah mempunyai stesen penyelidikan sendiri di sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 07:38 AM | Show all posts
Kumbang reddish raja Antartika



KUMBANG reddish mempunyai daya ketahanan hidup yang amat tinggi.

BERSEMBUNYI di sebalik batu-batu yang terdapat di Semenanjung Antartika, predator iaitu haiwan pemangsa paling agresif di benua sejuk itu berkeliaran untuk mencari mangsa mikroskopik.


Haiwan seperti singa, buaya atau ular berbisa mungkin ditakuti di tempat lain di planet ini, tetapi kumbang reddish adalah raja di benua paling sejuk itu.

Antartika memang dikenali sebagai rumah penguin, singa laut dan ikan paus, tetapi semua haiwan itu bergantung pada laut untuk mencari makanan. Namun, tidak bagi makhluk kecil iaitu kumbang yang hidup di daratan.

"Antartika amat berbeza dengan mana-mana benua lain dalam terma tentang apa yang kamu temui di sini," kata seorang ahli biologi di British Antarctic Survey (BAS), Pete Convey sambil mengamati hidupan di celah-celah batu di Semenanjung Antartika.

"Tiada tanah untuk mamalia, tiada padang ragut untuk haiwan dan tiada tempat untuk burung," ujarnya pada Reuters berhampiran British Rothera Base.

Salah satu batu pertama yang diambilnya mempunyai seekor kumbang reddish kecil yang merayau-rayau di permukaannya.

"Serangga ini dianggap raja dalam eko-sistem. Ia merupakan pemangsa utama," kata Convey sambil menunjukkan ke arah tungau Rhagidia yang sangat kecil itu. Ia mempunyai lapan kaki dan mempunyai kaitan dengan labah-labah.

Haiwan kecil seperti itu telah menemui cara untuk hidup bertahun-tahun di benua itu dan mematikan badan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam kesejukan salji yang membeku.

Kesederhanaan terhadap eko-sistem bermakna kesan ancaman baru seperti perubahan iklim boleh menjadi lebih mudah ditaksir.

"Terdapat hanya dua kawasan yang diduduki serangga tersebut dalam lingkungan 800 kilometer di sini. Ia menjadikan kita lebih mudah memahami cara eko-sistem berfungsi," tambah Convey lagi.

"Ke mana sahaja orang pergi, mereka menggunakan jalan, mereka membawa pencemaran dan memindahkan spesies di sekitarnya.

"Sukar untuk melihat bagaimana perubahan iklim menjejaskan sistem ekologi semula jadi, kecuali kawasan di Rothera ini yang dikelilingi pergunungan dan ketulan ais memenuhi teluk.

"Di sini merupakan satu-satunya tempat di permukaan dunia di mana anda boleh lihat kesan terhadap ekologi dalam bentuk yang asli," kata David Vaughan, ahli glasiologi di BAS.

Suhu di Semenanjung Antartika telah meningkat sehingga 3 darjah Celsius dalam masa setengah abad, hampir berbeza dengan suhu tahunan antara bandar Nice di selatan Perancis dan Paris.

Menurut Convey, pemanasan global akan menjadikan kehidupan makhluk kecil di Antartika lebih mudah.

Suhu panas akan membantu tumbuhan membesar, menukar sebahagian kawasan di Antartika menjadi hijau dan manfaatnya kepada haiwan yang memakan tumbuhan. Namun, kenaikan suhu juga mungkin boleh mengancam kehidupan.

Jika suhu menjadi lebih tinggi, Semenanjung Antartika akan lebih terbuka untuk spesies lain seperti bijirin, serangga atau spora yang dibawa oleh pelancong atau saintis menerusi pakaian, diterbangkan angin atau dibawa oleh burung.

"Lebih 50,000 orang datang ke Antartika setiap tahun. Mereka terdiri daripada pelancong, saintis dan lain-lain pelawat. Situasi itu secara tidak langsung boleh membawa organisma biologi makhluk asing ke Antartika berbanding penjajahan semula jadi," ujarnya.

Bagaimanapun, kawasan Semenanjung Antartika masih terlalu sejuk buat hidupan kecil seperti tikus di mana ia boleh mati walaupun berada sekejap di sana.

Kebanyakan haiwan yang menghuni Antartika mempunyai protein darah yang berfungsi sebagai antibeku semula jadi.

"Saya boleh datang ke sini pada musim sejuk dan mengumpulkan mereka. Makhluk ini mampu meneruskan kelangsungan hidup selama berbulan-bulan dalam suhu -10 hingga -20 darjah Celsius," jelas Convey. - Reuters
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2009 07:16 AM | Show all posts
Antartika lubuk kajian saintifik -  Lebih banyak syarikat komersial sanggup melabur di benua beku ini



TIADA negara harus memiliki wilayah Antartika.

Tempoh 50 tahun sudah berlalu sementara banyak pihak masih berusaha ke arah satu persefahaman agar semua penemuan saintifik tentang benua Antartika dikongsi secara bebas oleh negara-negara dunia.

Pihak pemerintah dari pelbagai negara juga sedang cuba menghentikan persaingan paten terhadap kehidupan di benua itu.

Sehingga kini, didapati bilangan syarikat yang membangunkan produk baru melalui penerokaan biologi di Antartika semakin meningkat berikutan permintaan pelbagai industri, termasuk kosmetik dan perubatan.

"Biologi sedang menjalani proses revolusi. Situasi sekarang ini agak sulit," ulas ketua Institut Antarika Chile, Jose Retamales, mengenai ketiadaan garis panduan jelas tentang kerja-kerja merekod organisma dan molekul di benua kutub itu.

Dalam pada itu, pihak yang pernah menandatangani Perjanjian Antartika 1959 merancang untuk berdebat mengenai isu bioprospek di Baltimore pada April nanti.

Perjanjian supaya menjadikan Antartika zon keamanan dan kajian saintifik itu pada mulanya dibuat untuk menghindarkan konflik penguasaan wilayah sewaktu Perang Dingin dahulu.



KAJIAN penjimatan tenaga dan upaya hidup dalam
suhu ekstrem turut dilakukan di sini.


Antara lain, perjanjian itu mengesyorkan perkongsian kajian saintifik termasuk aktiviti bioprospek tetapi mengharamkan kerja-kerja perlombongan dan kajian yang berkait dengan tujuan ketenteraan.

Sehingga kini, kemajuan teknologi genetik memudahkan penciptaan produk dan kajian di Antartika. Antara yang telah dihasilkan adalah seperti suplemen diet, protein antibeku, ubat antikanser, enzim dan krim kecantikan.

"Lebih banyak syarikat sedang mengintai Antartika. Trend ini akan meningkat," kata penyelidik kanan di Institut Pengajian Lanjutan milik Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU), Sam Johnston.

Menurutnya, ciri-ciri penting pada organisma di Antartika telah berevolusi sekali gus memberi manfaat kepada pelbagai industri. Antara ciri yang dimaksudkan itu adalah kajian penjimatan tenaga dan upaya hidup dalam suhu ekstrem.

Nama-nama seperti Procter & Gamble dan Unilever, syarikat kosmetik Clarins dari Perancis, dan pengeluar ubat Novo Nordisk dari Denmark adalah antara 200 syarikat yang tersenarai dalam kumpulan bioprospek UNU.

Clarins, misalnya, menggunakan alga Durvillea antarctica dalam krim muka keluarannya. Unilever pula telah mempatenkan protein antibeku yang ditemui dalam bakteria di tasik Antartika. Kegunaannya adalah untuk melembutkan aiskrim.


TUMBUHAN setinggi satu sentimeter ini
mungkin sesuai untuk produk kosmetik.

Johnston memberitahu, terdapat banyak penyelidikan dibuat terhadap organisma di laut. Namun, masalah boleh timbul jika melintasi sempadan perairan antarabangsa. Di Antartika, semua kawasan bebas diteroka di bawah satu perjanjian.

Di bahagian pinggir pantai Antartika, stesen penyelidikan Rothera milik Britain sibuk membuat kajian mendalam tentang kehidupan di sekitarnya, daripada penguin hinggalah ke paus dan mikrob.

"Kami berpendapat bahawa usaha mempaten proses kehidupan yang ditemui di Antartika lebih praktikal daripada mempaten setiap jenis organisma," kata pakar biologinya, Pete Convey.

Sebahagian daripada tarikan Antartika adalah ia telah terpisah daripada kerak benua Amerika Selatan lebih daripada 30 juta tahun dahulu. Semenjak itu, pelbagai cabang kehidupan telah muncul.

"Anda perlu berkunjung ke Marikh atau planet lain untuk menemukan spesies yang berbeza dan luar biasa. Tasik tersembunyi di bawah lapisan ais Antartika, seperti Tasik Vostok di Rusia, mungkin menyimpan seribu satu rahsia kehidupan yang eksotik," kata Retamales. - Reuters


********************************************************************************

kalau lah someday dapat pergi antarctic - best nye -
sejuk memang sejuk.. tapi memang interesting -
saya masih lagi belajar pasal antarctic - a lot of discussion
kat kerja pasal ni... dan the more study pasal antarctic the
more special this continent is i feel -
harap2 depa ingat perjanjian depa untuk preserve kawasan2
antarctic ni.. dan specific untuk research aje - bukan untuk
commercialized - otherwise habis la tercemar nanti -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 07:18 AM | Show all posts
Dua pelajar UM ke Antartika

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN


MUNIRA SHAIPUDIN (kanan) dan Thary memegang bendera
Universiti Malaya yang akan dikibarkan dalam ekspedisi mereka
ke Antartika semalam.


KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 02:39 AM | Show all posts

PRINCESS ELISABETH STATION(BELGIUM) STATION - ANTARTICA


Station Princess Elisabeth



Entrance


Station's Living Area

Station's Wind Turbine


Station Kitchen

Guest in front of Station

Base Camp at Utstenein
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 02:42 AM | Show all posts

PRINCESS ELISABETH STATION(BELGIUM) STATION - ANTARTICA

Facts of Station -

PRINCESS ELISABETH ANTARCTICA:
Belgium returns to the sixth continent


110 years after the Belgica expedition, the International Polar Year 2007-2008 provides a unique opportunity for humanity. Once again, Belgium has set itself high goals. The Belgian Federal Government has commissioned the International Polar Foundation, founded by Alain Hubert and Professors André Berger (UCL) and Hugo Decleir (VUB), to build a new research station, the "Princess Elisabeth" Station, to be constructed during the austral summer 2007-2008.
Acting as a technological showcase and a launch pad for wider understanding of climate mechanisms, the "Princess Elisabeth" station will give unprecedented visibility to Belgium's commitment - and that of its people and businesses - to meeting the climate challenge.

The Princess Elisabeth Station is located upon the Utsteinen nunatak in the Dronning Maud Land (East Antarctica). The exact coordinates are 71°57' S - 23°20' E.

Aiming for "zero emissions"
This project is a major first: the only polar base operating entirely on renewable energies!

This represents a technical achievement blending the best both science and technology can offer.

By bringing together international technology and expertise, "Princess Elisabeth" will combine eco-friendly construction materials, clean and efficient energy use, optimization of the station's energy consumption and the best waste management techniques.

These leading techniques and facilities will aim to reduce the station's ecological footprint on the pristine environment of Antarctica, following the principles set forth by the Antarctic Treaty.

A scientific station
According to a Eurobarometer survey published in 2005, Europeans show great concern towards environmental issues. Along the same line, a consensus has been established amongst the Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) that human activities are indeed contributing to climate change.

Being that Antarctica constitutes an irreplaceable archive of the planet's climatic history, delving into that past is essential in order to address urgent practical problems now needing answers.

The stakes are thus high for "Princess Elisabeth". By providing state of the art facilities for a maximum of 16 scientists, the research station will contribute to the worldwide understanding of climate change.

After construction of the station, the accompanying research program will be managed and coordinated by the IPF's governmental partner, the Belgian Federal Science Policy Office (Belspo). During the austral summer 2008-2009, the final phase of construction and tests as well as the first research activities will be carried out on site.

A Polar Secretariat composed of IPF members and Government representatives will coordinate the operational management of the station.

An educational programme
The research undergone at the station will be synchronized with an ongoing educational program, aimed to explain the spectrum of polar research and to stimulate interest within future generations. The educational program will offer increased visibility to polar research and its contribution to understanding climate change.

http://www.antarcticstation.org/index.php?s=1&rs=home


Summarize -

-Station uses only clean renewable energy(Solar and Wind Power for now).

-Houses 16 scientist
-Will have 9 Wind Turbines Generator
- Eco-Friendly, Energy efficient design of the structure
- Aerodynamic in shape to withstand high winds
- Smart Waste Management technique is being applied at the station.

[ Last edited by  StellarEagle at 3-3-2009 02:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:27 AM | Show all posts
moh usha cuaca kat antartica camne ..

kat sana dibahagikan kepada 3 kategori utama - condition 3 (cuaca baik), condition 2 (cuaca kurang baik) & condition 1 (cuaca sangat tak best!)

moh usha secara agak detail camne ke ghopenye ..

condition 2




condition 1




pehhh .. sangat besh kalau dapek main lelayang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:43 PM | Show all posts
Friday April 17, 2009

Q+A - How great is the threat from melting ice sheets?


(Reuters) - The U.N. Climate Panel says seas could rise by 18-59 cms (7-24 inches) by 2100, without taking account the possible acceleration of a melt of ice sheets in Antarctica or Greenland.

Even a small thaw of Antarctica and Greenland would affect sea levels since together they lock up enough ice to raise sea levels by about 65 metres (215 feet) if they all melted.

Icebergs are reflected in the calm waters at the mouth of the Jakobshavn ice fjord near Ilulissat in Greenland in this photo taken May 15, 2007. (REUTERS/Bob Strong/Files)

Following are responses to questions from Reuters by a leading glaciologist as part of an ad-hoc global series of top climate change scientists, policy makers and academics.

Ian Allison is leader of the Australian Antarctic Division's Ice, Ocean, Atmosphere and Climate program and a researcher within the Antarctic Climate and Ecosystems Cooperative Research Centre.
He has been involved in Antarctic science for over 40 years.

HOW GREAT IS THE THREAT FROM ICE SHEETS MELTING?

"I think it is now unequivocal that warming of the world is occurring and I think the last IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change) conclusively showed that a major cause of warming is greenhouse gas emissions from mankind.


We now know that the ice sheets are contributing to sea level rise and for the Arctic, at least, this is because the warming of this region is much greater than in other places on Earth.

We also know that glaciers in mountain areas are undergoing a very rapid retreat and they're a major contributor of sea level rise, too.

WHICH IS OF MORE CONCERN? GREENLAND OR WEST ANTARCTICA?

"Greenland is of more concern because of the warming of the Arctic. Greenland is at lower latitude than much of Antarctica and we've seen the direct effect of the melting.

We still don't understand many things about the dynamic response of the ice sheets but we do see direct melt exceeding snowfall in Greenland.

This might not mean a runaway effect but it does mean Greenland is contributing to sea level rise and will continue to add to sea levels at the present temperatures for many hundreds of years."

EXPLAIN THE THREAT FROM WEST ANTARCTICA

"Ice shelves and floating ice tongues can buttress the flow of grounded ice from the interior of the ice sheets. We've seen examples in both Greenland and Antarctica of floating ice disappearing, and the ice that sits on the land then flowing more quickly into the ocean.

"In addition, the West Antarctic may be inherently unstable. The West Antarctic forms what is called the marine ice shelf. The ice is resting on bedrock but that bedrock is below sea level. It's like if you load too many ice cubes in your gin and tonic, the bottom one touches the bottom of the glass even though it's well below the water level.

Where the bedrock under a marine ice sheet slopes down towards the interior, such as under parts of West Antarctica, the ice sheet may be unstable. If it thins, it will start to float at the edges, becoming an ice shelf.

For a bedrock that slopes backwards and becomes deeper further in, continued retreat of the grounded ice sheet may proceed very rapidly. A small retreat could in theory destabilize the entire West Antarctica ice sheet, leading to rapid disintegration."

WHAT ARE THE MAIN GAPS IN OUR KNOWLEDGE?

"There two areas. One, we need to improve our mathematical models of ice streams, ice sheets and ice shelves to be able to better project future changes. We also need more detailed measurements of how deep the bedrock is under the ice sheets to use in the models.

The other major gap in our understanding is what is happening at the bed of the ice sheets; how they react with liquid water at the base, what role water may have in sliding processes and the role of gravels and slurry at the base.

We now know there is a lot of liquid water under the ice sheets. But we don't really know how changes in this may affect the ice flow. Knowing what's under the ice sheets we really need to measure that with radar systems."

WHAT ARE YOUR MAIN MESSAGES TO POLICY MAKERS?

"The main thing is monitoring what's actually happening with sea level rise and the ice sheets. We've now got tools that can do that, we can improve those and make sure they keep going, particularly satellite-based systems.

We need better predictive tools to know just what is likely in the next 100 years. I don't think we should be rushing into building up coastal defences until we know what we could be defending against. So our biggest requirement is to be able to refine our projections for what may happen in the future."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 06:38 AM | Show all posts

Reply #12 amazed's post

interesting article -
saya memang tengah buat research pasal antarctica
dan belajar pasal south pole in this few weeks -

baca pasal important of it
and threat it is facing semua -
dan treaty dari 44 countries tu -

dan langkah2 yang diambil untuk preserve
this great wilderness -
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

Pendaratan malam (atau dalam gelap) yang macam kat artikel tu memang pertama. Tapi pendaratan pada waktu siang/terang memang biasa bagi tujuan resupply. Ye lah nama pun dah kat kutub 6 bulan cerah 6 bulan gelap. Depa nak pastikan yang pesawat boleh beroperasi pada musim sejuk yang gelap.

p.s. sebelum2 ni syarikat penerbangan New Zealand selalu buat charter flight ke Antartika (tapi tak mendarat la) sehinnga sebuah pesawat terhempas pada 1979 - saya tak pasti ada lagi ke tak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 12:34 PM | Show all posts
best kalu dapat mancing kat sana..cuma terlampau sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:21 PM | Show all posts
14 September, 2009
Scientists find CO2 link to Antarctic ice cap origin




An iceberg sculpted by the sea is seen in a
bay beside the British Antarctic Survey's
Rothera base January 23, 2009.
REUTERS/Alister Doyle/Files

By David Fogarty, Climate Change Correspondent, Asia



SINGAPORE, Sept 14 (Reuters) - A team of scientists studying rock samples in Africa has shown a strong link between falling carbon dioxide levels and the formation of Antarctic ice sheets 34 million years ago.

The results are the first to make the link, underpinning computer climate models that predict both the creation of ice sheets when CO2 levels fall and the melting of ice caps when CO2 levels rise.

The team, from Cardiff, Bristol and Texas A&M Universities, spent weeks in the African bush in Tanzania with an armed guard to protect them from lions to extract samples of tiny fossils that could reveal CO2 levels in the atmosphere 34 million years ago.

Levels of carbon dioxide, the main greenhouse gas, mysteriously fell during this time in an event called the Eocene-Oligocene climate transition.

"This was the biggest climate switch since the extinction of the dinosaurs 65 million years ago," said co-author Bridget Wade from Texas A&M University.

The study reconstructed CO2 levels around this period, showing a dip around the time ice sheets in Antarctica started to form. CO2 levels were around 750 parts per million, about double current levels.

"There are no samples of air from that age that we can measure, so you need to find something you can measure that would have responded to the atmospheric CO2," Paul Pearson of Cardiff University told Reuters.

Pearson, Wade and Gavin Foster from the University of Bristol gathered sediment samples in the Tanzanian village of Stakishari where there are deposits of a particular type of well-preserved microfossils that can reveal past CO2 levels.

"Our study is the first that uses some sort of proxy reconstruction of CO2 to point to the declining CO2 that most of us expected we ought to be able to find," Pearson said on Monday from Cardiff.

He said that CO2, being an acidic gas, causes changes in acidity in the ocean, which absorbs large amounts of the gas.

"We can pick that up through chemistry of microscopic plankton shells that were living in the surface ocean at the time," he explained.

Evidence from around Antarctica was much harder to find.

"The ice caps covered everything in Antarctica. The erosion of sediments around Antarctica since the formation of the ice caps has obliterated a lot of the pre-existing evidence that might have been there."

"Our results are really in line with the most sophisticated climate models that have been applied to this interval," Pearson added. The results were published online in the journal Nature.

"Those models could be used to predict the melting of the ice. The suggested melting starts around 900 ppm (parts per million)," he said, a level he believes could be reached by the end of this century, unless serious emissions cuts were made.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 03:32 PM | Show all posts
ada x binatang pelik2 kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 03:49 PM | Show all posts
17# scarlett-jo


mate....  binatang yg million years ago pun exist mate.... kat  2 km under at the very least..... tapi sumer tu tak leh kaco mate... sbb dah ada perjanjian sumer tu......  tu yg aku baca ler...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 03:56 PM | Show all posts
18# amazed

mmg x leh amek gmbar la ek?agk2 bnatang mcm dlm film ice age ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 08:43 AM | Show all posts
Mentega milik pengembara Antartika pada 1910 ditemui

WELLINGTON 16 Dis. - Dua ketul mentega telah dijumpai dalam keadaan baik selepas hampir sedekad ditinggalkan di sebuah pondok di Antartika yang digunakan oleh pengembara Britain, Robert Falcon Scott dalam ekspedisinya pada 1910 hingga 1912.

Televisyen New Zealand melaporkan, mentega itu ditemui di dalam beg yang tertera gambar ekspedisi 'Hut at Cape Evans in Antarctica'.

Keadaan sejuk yang terlampau di rantau kutub ini telah memelihara pondok dan peralatan ekspedisi yang ada di dalamnya, tetapi tanda-tanda kemusnahan baru-baru ini telah mendorong Antarctic Heritage Trust melancarkan projek pengawetan.

Lizzie Meek dari pertubuhan tersebut berkata, ini adalah satu 'penemuan berharga'.

"Ia sangat menakjubkan, bagaimana baunya yang kuat boleh bertahan sehingga hampir 100 tahun," katanya.

Scott menggunakan pondok Cape Evans sebagai pangkalannya ketika ekspedisinya ke Kutub Selatan bersama empat lagi pengembara lain pada 1912.

Bagaimanapun kesemua mereka terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Cape Evans.

Bulan lalu, dua tong wiski Scotland turut ditemui di bawah pondok yang digunakan oleh seorang lagi pengembara Britain, Ernest Shackleton ketika ekspedisi pada 1907 hingga 1909 ke Antartika. - AFP
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.091123 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list