CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4224|Reply: 20

UKRAINE: latest; 26 maut apartment malatop!!!

[Copy link]
Post time 17-9-2008 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Ukraine tumbangKIEV 16 Sept. - Kerajaan campuran Ukraine tumbang hari ini,meningkatkan kemungkinan negara ini meninggalkan dasar proBaratnya dancondong semula kepada Moscow.
Kejatuhan kerajaan yang berpunca daripada ketegangan antara PresidenViktor Yushchenko dengan Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko itudiumumkan oleh Speaker Parlimen, Arseny Yatsenyuk.
"Saya tidak menganggap perkembangan ini sebagai satu malapetaka besar.
"Ini cabaran bagi demokrasi tetapi saya berharap kita akan mengatasi cabaran ini sama-sama," kata beliau.
Kurang empat tahun selepas Yushchenko dan Tymoshenko bersatu dalam'Revolusi Oren' untuk menentang seorang calon Presiden proMoscow,perikatan politik mereka kembali berkecai.
Ketegangan antara kedua-dua pemimpin itu memuncak bulan lepas berikutan perang Rusia dengan Georgia.
Penyokong Yushchenko menuduh Tymoshenko sebagai pengkhianat keranamenyebelahi Moscow dalam konfliknya dengan Georgia apabila PerdanaMenteri itu mengambil pendirian berkecuali pada pengundian bagimengenakan sekatan baru ke atas armada Laut Hitam Rusia yangberpangkalan di Ukraine.
Tymoshenko menolak tuduhan itu sambil menegaskan beliau bukan sekutu Kremlin.
Pegawai Eropah membayangkan kemungkinan Ukraine menjadi puncaketegangan akan datang antara Rusia dengan Barat, berikutan konflik diGeorgia itu.
Tymoshenko dijangka meletakkan jawatan selepas pengumuman itu dan memulakan percubaan untuk membentuk perikatan baru.
Tokoh wanita itu akan terus berkhidmat sebagai Perdana Menterisehingga pembentukan sebuah Kabinet baru yang perlu dilakukan dalamtempoh 30 hari atau menjelang pertengahan bulan depan.
- AFP

________________________________________________________________________________________________________________________

Kerajaan ukraine dah tumbang.sya fikir, bila lagi kerajaan malaysia di bawah bodolah akan tumbang

[ Last edited by  amazed at 26-12-2008 07:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 09:56 AM | Show all posts
sabar encik..sabar.....sampai masanya tumbang la..
skrg ni kita tadah telinga jer laaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:58 AM | Show all posts
apo beza bidang kuasa presiden dgn PM
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #2 an2toncit's post

Betul tu. Belum masa nak tumbang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by temansejati17 at 17-9-2008 09:54 AM
Kerajaan Ukraine tumbangKIEV 16 Sept. - Kerajaan campuran Ukraine tumbang hari ini,meningkatkan kemungkinan negara ini meninggalkan dasar proBaratnya dancondong semula kepada Moscow.
Kejatuhan k ...


Selagi badut tersohor malaysia aka nuar tu yang diletakkan sebagai alternatif kepada pak lah, toksah harap la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 10:35 AM | Show all posts
UKRAINE TUMBANG...??
TULAAA...
SHEVCHENKO PATUT DUK NGAN CHELSEA, WATPER LA PG AC MILAN...
BUKANNYA MILAN MAIN CHAMPION LEAGUE PUN TAHUN NIH....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #3 orangdalam's post

Presiden ala2 Agung.. PM pulak PM lah kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #7 Muntz's post

betul, sama macam singapurA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #6 finding's post

Ukraine tumbang ? so takleh main world cup la dorang nnt.. takde kerajaan..
lantik sheva jadi PM la senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:05 PM | Show all posts
bila la pulak nak jadi kat sini.. janji tukar org2.. dah lama sgt berlumut dah..:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:54 PM | Show all posts
LIAT SUNGGUH ORANG TUA NIH....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by eco_internet at 17-9-2008 11:18
Ukraine tumbang ? so takleh main world cup la dorang nnt.. takde kerajaan..
lantik sheva jadi PM la senang



hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 01:20 AM | Show all posts
September 26, 2008          

Somalia Pirates Hijack Ukrainian Ship With 21 Crew

NAIROBI, Sept 26 (Bernama) -- Armed Somali pirates have hijacked a Ukrainian ship with 21 crew members off the coast of Somalia in the latest attacks along the world's most dangerous waters, Xinhua news agency reported quoted a regional maritime official as saying on Friday.


Andrew Mwangura, the coordinator of the East Africa Seafarers Assistance Program (SAP), said the Belize-flagged Faina vessel was carrying an authorized Ukrainian government arms shipment to Kenya including 38 type T-72 tanks, an extra number of armoured personnel carriers, and munitions for southern Sudan.

"The vessel was hijacked on Thursday by gunmen off the Somali coast while underway to Mombasa port. The ship was carrying 38 tanks for South Sudan with 21 crew members," Mwangura told Xinhua by telephone.

He said three motor boats loaded with armed men intercepted the Ukrainian bulk carrier Faini in international waters off Kenya's Indian Ocean coast.

According to the regional maritime official, the vessel with 21 crew members aboard -- 17 Ukrainians, three Russians, and one Latvian -- had been captured by the buccaneers.

Using increasingly sophisticated equipment, pirates have stepped up attacks on merchant vessels in the Gulf, increasing insurance costs for ship owners and raising the possibility of military intervention.

A spate of hijackings by pirates off the coast of Somalia has triggered the deployment of a multi-coalition naval force to patrol the world's most dangerous waters.

The U.S. Navy said Western coalition warships and aircraft said it will conduct patrols to boost security in the Gulf of Aden.

The Horn of Africa nation's coastline is considered one of the world's most dangerous stretches of water because of piracy.

Somalia is at the entrance to the Gulf of Aden, which leads to the Red Sea and the Suez Canal, one of the world's most important shipping channels.

The country has been plagued by factional fighting between warlords and hasn't had a functioning central administration since the 1991 ouster of former dictator Mohammed Siad Barre.

-- BERNAMA


*********************************************************************************************

ishhh.... kapal ukraine pun kena hijack juga...
no wonder russia datang dengan kapal serang
nak hapuskan lanun2 tu.... ---

zed - nanti tolong updatekan ukraine ye... -
ada saya dah pm  pasal tu -

thanks -
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 03:54 AM | Show all posts

Reply #13 dexa's post

thx dexy, aku dah update & tima kaceh ko pm dan tulun aku banyak sangat.. wacayasamalu ler..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 07:56 AM | Show all posts
Lanun enggan serah senjata


GAMBAR yang dirakam pada 30 September lalu menunjukkan
seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memantau
kapal kargo Ukraine yang ditawan lanun di luar perairan Somalia.



MOGADISHU - Sekumpulan pejuang Islam menuntut diberikan sebahagian senjata yang berada dalam sebuah kapal kargo Ukraine tetapi lanun-lanun enggan menyerahkannya, kata seorang pegawai tempatan semalam.

Pejuang-pejuang daripada kumpulan Al-Shabaab yang menentang kerajaan sementara Somalia turut menerima lima peratus daripada AS$1.5 juta (AS$5.2 juta) yang dibayar untuk pembebasan sebuah kapal Sepanyol beberapa bulan lalu.

Kira-kira dua minggu lalu, lanun-lanun bersenjata menawan kapal kargo MV Faina dekat bandar Hobyo di tengah Somalia dan menuntut wang sebanyak AS$20 juta (RM69.63 juta).

Beberapa kapal perang Amerika Syarikat (AS) kini memantau kapal kargo itu yang turut membawa 33 kereta kebal bagi memastikan tidak ada sebarang senjata dipindahkan.

"Al-Shabaab mahu sebahagian daripada senjata berada dalam kapal itu tetapi lanun-lanun menolak tuntutan tersebut," kata seorang pegawai.

"Kumpulan berkenaan beredar selepas permintaan itu ditolak oleh lanun-lanun dan penduduk. Saya pasti anggota-anggota kumpulan itu berada tidak jauh daripada kawasan ini," katanya.

Lanun-lanun Somalia sudah merampas lebih 30 buah kapal di luar perairan negara mereka setakat ini dan menerima antara AS$18 juta (RM62.67 juta) hingga AS$30 juta (RM104.45 juta) dalam bentuk wang tebusan.

Penduduk-penduduk mengesahkan kebimbangan sebelum ini bahawa bayaran yang diperoleh lanun itu diserahkan kepada pergerakan Islam dan membiayai pemberontakan menentang kerajaan Somalia pimpinan Presiden Abdullahi Yusuf.

Seorang penduduk dan seorang saudara seorang lanun yang menawan kapal kargo Ukraine menyatakan anggota-anggota Al-Shaabab menerima lima peratus bahagian wang tebusan tetapi mereka kemudian meminta jumlah lebih banyak.
- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 08:43 AM | Show all posts
In this file picture released by the US Navy, Somali pirates in small boats are seen alongside the hijacked 'Faina'. Armed pirates aboard fast-moving skiffs have increasingly turned the shipping lanes off Somalia into a lucrative hunting ground. — AP pic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 07:53 AM | Show all posts
Lanun Somalia umum keputusan hari ini

NAIROBI – Sekumpulan lanun yang merampas kapal kargo Ukraine yang membawa sejumlah kereta kebal dan senjata bersama 21 anak kapal di perairan Somalia semalam memberitahu bahawa satu persetujuan mungkin dicapai.

“Satu persetujuan akan dicapai pada hari ini dan kami kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan berhubung penyelesaian isu tersebut,” kata jurucakap lanun, Sugule Ali.

Kapal kargo MV Faina dirampas pada 25 September lalu kini berada di luar perairan kampung Hobyo kira-kira 500 kilometer ke utara Mogadishu, Somalia. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 06:31 PM | Show all posts
Tarik balik ugutan
NAIROBI – Lanun-lanun Somalia yang menawan sebuah kapal kargo Ukraine menarik balik ugutan meletupkannya jika wang tebusan tidak dibayar.

Kumpulan lanun tersebut pada asalnya meminta wang tebusan sebanyak AS$20 juta (RM70 juta) tetapi diturunkan kepada AS$8 juta (RM28 juta) dan mengancam untuk memusnahkan kapal MV Faina itu pada awal kelmarin.

“Kami telah menarik balik (ugutan),” kata seorang jurucakap, Sugule Ali ketika dihubungi daripada kapal yang dirampas dengan muatan berat berhampiran pelabuhan Somalia pada 25 September lalu. – AP
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 02:22 PM | Show all posts
kalau la kete kebal ngan senjata tuh jatuh ke tgn lanun2 tuh....abis arr
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:55 PM | Show all posts
19 maut apartmen meletup


PASUKAN mencari dan menyelamat meninjau kerosakan
di sebuah apartmen lima tingkat yang runtuh di Yevpatoria,
Ukraine semalam.



SIMFEROPOL - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi masih hilang selepas sebuah apartmen di bandar pelancongan di Ukraine meletup, kata para pegawai semalam.

Letupan yang berlaku pada malam kelmarin menyebabkan apartmen lima tingkat di bandar Yevpatoria musnah dengan mengakibatkan 19 terbunuh termasuk seorang kanak-kanak.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu bahawa maklumat awal menyatakan seramai 60 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut selepas 20 mangsa berjaya diselamatkan.

Stesen televisyen Rusia memaparkan rakaman anggota penyelamat dan penduduk bertungkus-lumus mengalihkan sisa runtuhan bagi mencari mangsa yang masih terselamat.

"Laporan awal menyatakan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada letupan gas tetapi ia masih belum disahkan," kata pegawai kerajaan itu.

Seorang penduduk, Svetlana Sergiichuk memberitahu bahawa dia tidak menghidu bau gas di kawasan kejadian.

Seorang lagi penduduk, Lidia Kovalenko berkata, dia melihat api berwarna biru dan asap diikuti dengan letupan kuat.

Seorang wartawan pula melaporkan kawasan kejadian itu seperti bencana yang dahsyat dan terdapat satu lubang besar di hadapan pintu masuk bangunan itu. - AFP
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.092374 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list