CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2095|Reply: 0

congo, 13 orang mati rusuhan bolasepak!!

[Copy link]
Post time 17-9-2008 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Rusuhan bola sepak: 13 terbunuh

KINSHASA 16 Sept. - Tiga belas orang terbunuh sementara 36 lagi cedera dalam rusuhan perlawanan bola sepak di timur Congo, selepas seorang pemain dituduh menggunakan ilmu sihir.

Gabenor, Julien Mpaluku yang hadir pada majlis pengkebumian dan melawat mangsa yang cedera di hospital semalam berkata, 11 orang anggota delegasi kerajaan telah membuka kertas siasatan berhubung tragedi tersebut.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak berumur antara 11 hingga 16 tahun.

Stesen radio yang dibiayai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Radio Okapi berkata, sesak nafas antara punca mangsa mati ketika mereka cuba berlari keluar dari stadium dalam perlawanan persahabatan di Butembo, Wilayah Utara Kivu.

Radio Okapi turut berkata, polis cuba mengawal keganasan di Stadium Matokeo dengan melepaskan tembakan ke udara bagi melindungi komander mereka yang telah dipukul di kepala dan cedera akibat rusuhan penyokong itu.

Mpaluku mengesahkan tembakan yang telah dilepaskan ke udara, menyebabkan orang ramai panik yang menjadi punca penonton berebut-rebut cuba keluar dari stadium.

Kedua-dua kelab yang terlibat ialah Socozaki dan Nyuki System.

Kira-kira 100 remaja berarak melalui Jalan Butembo yang berdebu pada sebelah pagi untuk menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Utara Kivu merupakan kawasan keganasan antara tentera Congo dan pemberontak pada tahun lepas menyebabkan beratus ribu orang hilang tempat tinggal.

- AP




nih kena pengaruh  british hooligans  gak ke nih.... cissssss   mati sia sia ajork..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.359053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list