CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 15

ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 17-9-2008 04:41 PM | Show all posts |Read mode
MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.
Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.

'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr Asri.

'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu.

Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.

Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.

Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah 'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam. / The Star

Sumber: KLPOS
17 Sep 2008 1:12PM

-- Nampaknya mufti pun dah bersuara mengenai ISA. Isu ISA banyak menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak. Dari menteri, sampai la ke mufti....   Moga2 Malaysia akan selamat dari bala bencana dan malapetaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 04:49 PM | Show all posts
raja petra bukan masuk ISA sebab islam tapi sebab lain...mmg kerajaan dah bernanah lama ngan mamat ni
org dah kata jgn sebar khabar angin....dier nak gak sebarkan....sampai laman blog diertu penuh ngan ntah mana mana artikel yang tak tahu sahih ker tidak...

Raja Petra mmg suka guna Anwar sebagai objek sensasi utk popularkan laman web dier.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 06:32 PM | Show all posts
Pak Lah kata ISA baguih dan adil
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 06:34 PM | Show all posts

Reply #3 srumut's post

islam hadhari ada kitab lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 06:36 PM | Show all posts

Reply #2 abgboroi's post

kalau betol raja petra buat cite tipu... fitnah...
apesal x tangkap jer and buat tuduhan cara yg betol....

paklah pon dah x caye kat mahkamah ke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by luvly_eone at 17-9-2008 06:36 PM
kalau betol raja petra buat cite tipu... fitnah...
apesal x tangkap jer and buat tuduhan cara yg betol....

paklah pon dah x caye kat mahkamah ke...


tu la sebab ada menteri letak jawatan...dia tak kena pakai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2008 07:06 PM | Show all posts
kalau dalam Islam boleh kah Theresa Kok bersumpah bahawa dia tidak mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Jika Theresa bersumpah sedemikian adakah kita terpaksa melepaskankan dan berharap Allah akan melaknat dia jika bersmpah bohong?

Dimana dan bagaimana cara bersumpah ini boleh dilakukan?

Diharap Mufti dapat memberi jawapan. kalau Mufti tak mampu jawab diharap jangan lah rasa terhina atau hanya mampi bertanya "maideen tu Islam ka?"
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by luvly_eone at 17-9-2008 06:34 PM
islam hadhari ada kitab lain...


oooooo..kitab yg boleh bertukar hari2 bila ketaq lutut erk?boleh main pass baton gitu..kitab ni boleh naikkan rege minyak dalam masa 24jam..tapi nak turunkan makan masa berbulan2 tuh silap2 xturun...bagus btoi kitab nih... bagus utk penggubal kitab je laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 17-9-2008 07:06 PM
kalau dalam Islam boleh kah Theresa Kok bersumpah bahawa dia tidak mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Jika Theresa bersumpah sedemikian adakah kita terpaksa melepaskankan dan berha ...


ko mencabar mufti ka maiden?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by ninja9 at 17-9-2008 06:55 PM


tu la sebab ada menteri letak jawatan...dia tak kena pakai..

Baguslah menteri yg letak jawatan tuh aku tabik dgn dia...mcm tu lah orang yg ada prinsip dan maruah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:28 PM | Show all posts
Mufti pun org biasa gak , pendapat dia boleh dipertikaikan , no big deal walau serban dia besar

dulang pun         
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 17-9-2008 07:06 PM
kalau dalam Islam boleh kah Theresa Kok bersumpah bahawa dia tidak mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Jika Theresa bersumpah sedemikian adakah kita terpaksa melepaskankan dan berha ...


pacit meden yang In kasihani....

Theresa Kok kena masuk Islam dulu kalo dia nak bersumpah pacit.. sumpah dalam Islam tidak boleh main semberono saja pacit. tak bleeyy main pangkah2 kat dada chop alif lam lam ha mcam zaman kanak2 dulu, sumpah anak2 utk menunjukkan depa tak dusta.. ni tak sah pacit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-9-2008 08:28 PM
Mufti pun org biasa gak , pendapat dia boleh dipertikaikan , no big deal walau serban dia besar

dulang pun         


Pendapat yg bersumberkan hukum jgn sesekali dipertikaikan tuan hamba...

ia bukan lawak, ia bukan jenaka utk divariasikan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by luvly_eone at 17-9-2008 06:36 PM
kalau betol raja petra buat cite tipu... fitnah...
apesal x tangkap jer and buat tuduhan cara yg betol....

paklah pon dah x caye kat mahkamah ke...


dier tak buat citer ..dier dapat information/hearsay ajer...dier bukan perisik yang tahu segala hal....satu lagi dalam laman dier ada gak org upload maklumat yang ntah mana mana...asalkan ada keburukkan kerajaan ajer dier terima...tanpa memikirkan bende tu betul atau tidak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 17-9-2008 07:06 PM
kalau dalam Islam boleh kah Theresa Kok bersumpah bahawa dia tidak mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Jika Theresa bersumpah sedemikian adakah kita terpaksa melepaskankan dan berha ...


Pak sikh maideen ni Islam ker ? ... suruh teresa kok sumpah dengan cara Islam
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:23 PM | Show all posts
UMNO nih bacul ta abih abih.....dayus ya amat......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.087556 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list