CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: adi_iskandar

potret mona lisa

[Copy link]
Post time 28-9-2008 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2008 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by nanie2312 at 27-9-2008 07:02 AM
wow bestnyaaa..dah tengok monalisa dgn mata sendiri................kiter baru nak plan tahun depan nak pi tngok kat sana
diarang memang jga betul2 yer smua lukisan ...


Sy suggest seblom gi tengok filem Da Vinci Code dan tengok plan dlm dia. Take time dan rancang perjalanan dlm tu sbb terlalu luas sgt dan bnyk sgt yg menarik historically.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 08:38 PM | Show all posts
baru tau sejarah mona lisa...good info. thanx!

slalo tgk monalisa yg  mata gerak2 ngan muka mr bean
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 12:12 AM | Show all posts
woww...byk info2 menarik psl potret nie...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:23 PM | Show all posts
Alhamdulillah dah pun tengok potret mona lisa secara live ... ntah apa yg istimewanya tak tahu ler ... tp memang ambil gambar potret mona lisa  dr sudut mana pun matanya mengekor kita. Tak banyak gambar yg dpt dirakam kan sebab hubby sibuk ambil DVD dr snap kamera ... tp ada lah juga ni ... cuma yg masih ingat dia tak kasi ambil gambar guna flash. Tp kami buat bodoh juga,ambil guna flash hehehee . So kat bawah ni ada dua jenis type gambar yg u all akan dpt lihat..satu yg terang guna flash satu lagi tanpa flash.

Yg ini gambar2 yg disnap guna flash




sempat ler posing depan potret tu ... hehehe dlm DVD lagi dekat dpt posing



ini pula gambar yg di rakan tanpa flash ..cuba u all peratikan, arah mana ambil pun mata dia tajam merenung kita ... kalau tengok DVD lagi seram mata ni hehhee










Apa yg istimewanya Potret Mona lisa ini?? Masih ingat apa yg tour guide cakap mengenai misteri potret ni
1- identiti mona lisa tu sendiri
2- riak wajah mona lisa
3- mata mona lisa akan sentiasa memandang kearah pengunjung tak kira dari arah mana kita perhati -- ni memang diakui
4- senyuman mona lisa berbeza jika di lihat dr arah berlainan - ni juga memang diakui benar
5- makna senyuman mona lisa tu hingga jadi kajian utk mentafsir makna senyumannya

Teori mengenai mona lisa
1- Mona Lisa adalah Lisa Ghererdini yg merupakan isteri pedagang Francesco de Giocondo. Mona lisa bermaksud Madam Lisa
2- Seorang penulis Serge Bramly pula menyatakan model lukisan itu adalah ibu Da Vinci sendiri yg dikenali sebagai Caterina
3- Ada pula pengkaji seni cakap yg Potret Mona Lisa tu dilkuis oleh Leonardo Da Vinci tanpa merujuk kepada mana2 model hanya berdasarkan imaginasi Da Vinci sendiri yg banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang
4- Tapi teori yg paling mengejutkan dan mengemparkan ialah teori dr Dr Lilian Schwartz dari Bell Labs, yg menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya adalah wajah Leonardo Da Vinci sendiri dalam versi "kewanitaan". Teori ini diperolehi apabila Schwartz mengabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa, dan hasilnya bentuk dua dua hampir selari!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #25 mok_nik's post

dalam banyak2 teori tu, aku tertarik dgn teori ke 4

Tapi teori yg paling mengejutkan dan mengemparkan ialah teori dr Dr Lilian Schwartz dari Bell Labs, yg menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya adalah wajah Leonardo Da Vinci sendiri dalam versi "kewanitaan". Teori ini diperolehi apabila Schwartz mengabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa, dan hasilnya bentuk dua dua hampir selari!!


Aku tilik tang hidung hampir sama, barangkali betul kot teori Dr Lilian Schwartz

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 04:19 PM | Show all posts
Lukisan Potret Mona Lisa Dipamer Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat lukisan potret agung abad ke-16 Mona Lisa, karya pelukis terkemuka Leonardo da Vinci, jika rancangan membawa lukisan itu bersama koleksi lukisan antarabangsa lain ke negara ini mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak swasta.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rancangan itu adalah antara usaha kementerian itu tahun ini untuk menarik minat rakyat di samping pelancong luar untuk datang menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk melawat pameran koleksi lukisan antarabangsa dan karya seni lukis tempatan.

"Lukisan Mona Lisa akan dibawa ke Malaysia jika mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak swasta.

"Kita sedang usahakan perkara itu sekarang dan diharap ia boleh dilaksanakan pada tahun ini malah kita boleh lakukannya sama seperti kita bawa persembahan muzikal Mamma Mia untuk dipertontonkan di sini, sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini, Khamis.

Katanya semasa mengadakan lawatan ke Paris baru-baru ini, beliau ada berbincang mengenai cara untuk membawa masuk koleksi seni di kota itu ke negara ini dan menghubungi pihak yang menguruskan hal berkenaan.

"Kita mahu bukan saja potret Mona Lisa, tapi koleksi pelukis lain juga untuk dipaparkan kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Mohd Shafie berkata mengenai tempoh masa pameran, ia bergantung kepada perjanjian yang akan dilakukan kelak.

"Harapan saya ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rakyat tempatan tapi rakyat dari negara jiran juga. Ini kerana bukan semua orang mampu ke negara Eropah seperti Perancis tetapi mereka boleh datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan itu," katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah adalah Timbalan Menterinya Teng Boon Soon, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Muzahet Masruri dan Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Nor Azmal Mohd Nazir.

Antara tokoh yang dijemput sempena pengkisahan ini ialah Tan Sri Kamarul Ariffin, Datuk Syed Ahmad Jamal dan Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata BSLN akan memulakan pembinaan bangunan tambahan baru bernilai RM20 juta pada tahun ini bagi menyediakan ruang kepada pelukis jalanan di negara ini mempamerkan hasil karya seni mereka.

Katanya bangunan yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan itu adalah antara usaha kementerian untuk memberi sokongan kepada pelukis yang kurang mampu dari aspek fizikal dan kewangan.

"Mereka boleh memapar dan menjual hasil seni mereka di bangunan ini dan kita akan mempromosikan bangunan ini sebagai galakan untuk mereka yang sering merungut mengenai kewangan dan lokasi yang tidak strategik.

"Saya yakin kalau lokasi ini kita promosikan setiap minggu sebagai ruang untuk mempamerkan dan menjual lukisan ia akan dikenali ramai bukan sahaja dari penduduk tempatan malah pelancong asing," katanya.

Katanya melalui landasan itu, pelukis jalanan terbabit boleh mula menyertai jualan mingguan yang akan dikelolakan kementerian atau mana-mana pihak di tempat tertentu.

"Kita bercadang memulakan pameran mingguan kecil-kecilan terlebih dulu dan mengambil pendekatan yang dilakukan balai seni lukis di London dan Paris," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 09:59 AM | Show all posts
wahhh banyaknya info tentang monalisa ni....thanks all...

saya tak expert lg dlm menilai lukisan2 ni, tp pada saya lukisan ni istimewa sbb tempoh utk melukis ni selama 3 tahun....

my lectures cakap, sepanjang tempoh tu Leanardo mengembara dan membawa lukisan tu bersama2 kemana saja.....sehinggalah lukisan ni complete....

tingginya nilai lukisan ni....tp skrg, lukisan ni dgn mudah boleh dihasilkan melalui painting komputer....

p/s : tengok pic Leanardo da Vinci, rupanya cam serabut....mmg kebanyakkan artist gitu ek...?
lecturess sy pun lebih kurang...klo tengok artist utk komik2 pun jenis rambut panjang.....mmg gtu ek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 06:09 PM | Show all posts
menarik betul lukisan monalisa ni..
klu bawak dtg malaysia cmfrm kna gi tengok..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.290846 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list