CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7416|Reply: 30

Berasku Telah Kehabisan.

[Copy link]
Post time 20-9-2008 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Beras ku telah kehabisan.  Aku ke pasaraya dan kulihat ada 16 jenis beras yang boleh kupilih.  Aku hanya mahu beras yang mampu mengenyangkan perut tapi aku diberi pilihan untuk memuaskan nafsu ingin berbelanja.  Lalu aku ambil beras yang paling dekat denganku.  Beratur di kaunter bayaran(aku terfikir betapa siapalah yang kata kita tidak tahu beratur...kalau naik LRT macam ni tentu elok), aku lihat aku boleh pakai kad kredit, kad debit, kad bank atau tunai, dan aku ditanya ada kad diskaun atau kad pelanggan.  Jika aku baru tersedar dari zaman darurat dahulu, mungkin aku hanya tahu kad pengenalan.  Aku bayar dengan duit disakuku.

Aku tidak mahu digasak dengan pelbagai pilihan bila aku mahukan sesuatu.  Jika ubat gigi ku habis, aku tidak mahu tujuh jenama dengan  enam perisa yang dibungkus dalam lima ukuran, yang mana jika aku mampu menjengkuk ke empat pasaraya, mungkin aku akan jumpa tiga harga berlainan bagi barangan yang sama, malah tidak mustahil akan ada dua jenis tawaran istimewa, namun apa yang aku mahu hanya SATU.  Ubat gigi ku dah habis.

Harga yang kita perlu bayar untuk mendiami dunia moden makin meningkat.  Pilihan yang kita ada nampak makin pelbagai.  Kita ditujah dengan segala macam benda yang memerlukan kita berbelanja.  Jangan kedekut.  Jika tiada wang, boleh hutang.  Beli dulu, bayar kemudian.  Bank tak bagi pinjam, along ada.  Gaji tak cukup, duit kopi boleh cari.  Moral bukan harta, nilai bukan wang.

Inilah yang dinamakan kemajuan, kemodenan. Aku memanggilnya kekalutan yang karut.  Satu kemestian dalam masyarakat pengguna.  Ijazah kini kian murah.  Barang pula makin mahal.  Belajar, periksa dan dapat sampah.  Guna dan buang.

Kita diminta mencelup kemodenan dengan rumah batu yang berbahang.  Perlukan kipas untuk angin, aircon untuk dingin.  Guna elektrik untuk selesa.  Tengok tv kini ada enam rangkaian percuma, ada astro lagi bergaya.  Tidur atas tilam empuk, guna toto yang lembut.  Nak menulispun kena ikut gaya haiku.  Kita makin hilang budaya jati.  Ini penangan globalisasi.

Aku terbaca di akhbar arus perdana tentang itu ini.  Aku buka intenet nak tahu apa jadi.  Kita perlu jadi makin versatil.  Guna perkataan pinjam, pakai bahasa rojak.  Bahasa pun boleh jadi perebutan hak.  Jangan sebut soal bangsa, lagi parah.  Seni peristilahan dah luput.  Siapa yang merungkap ginjal?  Apa yang bermain dibenak bila istilah itu diucap?  Sumber mana yang dia pinjam?  Aku pun nak mencipta istilah tapi seni itu dah pupus.  Lebih baik cekup yang ada dari sumber pelbagai.  Masyarakat pengguna perlukan pilihan yang bermacam agar dapat mengambil yang mana suka.  Pakai dan lempar.

Baik kembali ke zaman batu gamaknya.  Nak makan tangkap, kutip, tanam atau kena baham, lepas tu kena tanam.  Itupun kalau berbaki, ada sisa lagi.  Boleh juga tumpah bakti pada zaman moden, jadi bahanapi stesen janaelektrik untuk kita dapat pasang aircon tengok tv berselubung toto atas kasur empuk.  Tapi balik-balik tengok cerita P.Ramlee.  Nama samaran pun nak ceduk dari dia.

Kembali ke zaman kegemilangan.  Ambil amalan padang pasir, lupa tentang buku panduan, lagi senang ikut-ikutan.  Ambil budaya iklim sederhana, tak ingat diri, lupa asal usul.  Bukan senang mahu tahu.  Tidak mudah hendak ilmu.

Aku cuma lapar nak makan nasi.  Nak tapau tak mahu, nak masak gas dah habis.  Ada subsidi pun masih tak mampu.  Nak masak pakai dapur kayu mana reti, nenek moyang kita boleh, kita pun boleh juga kan.  Tapi teknologi tu pun dah hilang.  Makin ramai yang tidak tahu menggunakan apa yang ada di sekitar, dengan apa yang dapat di sekeliling.  Lagi pun apa kelas pakai dapur kayu.  Habuk, asap, gelaga.  Payahlah katakan.  

Kini kita diminta membeli satu barang, dengan pek ekonomi yang sebenarnya tak masuk akal kerana perlu ruang dua kali lebih besar untuk menyimpan,  dengan kuantiti tiga kali ganda dari apa yang kita perlu, sehingga tahan empat kali lama, malah silap-silap diiklankan sampai lima tahap, dan mungkin barang tu enam kali ganda berlebihan di pasaran, serta tidak mustalil tujuh kali dicukai berganda.  Bayar pakai wang sistem perbankan yang nilainya bukan milik kita sebenarnya.  Semuanya mahu yang besar, mega, dan super.  Sumbernya mana?  Pasaran modal, pasaran saham.  Semua dah menjunam.

Aku tahu aku tidak boleh melangkah ke belakang.  Aku pasti aku tidak mahu undur ke depan.  Pilihan ku bukan bermacam.  Aku hanya ada SATU kehidupan, yang akan lalu dalam pelbagai penjelmaan, yang itupun dimodenkan dengan kehendak nafsu mahu.

Berasku telah kehabisan, dan aku telah membeli nasi.

[ Last edited by  ZamZamAlaKazam at 19-11-2008 05:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 02:52 PM | Show all posts
dah namanya pun NAFSU....pilihan yg membezakan kita semua, apa susah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by ZamZamAlaKazam at 20-9-2008 06:37
Beras ku telah kehabisan.  Aku ke pasaraya dan kulihat ada 16 jenis beras yang boleh kupilih.  Aku hanya mahu beras yang mampu mengenyangkan perut tapi aku diberi pilihan untuk memuaskan nafsu in ...


Yg mana datang dulu? mind or matter? minda/kesedaran/akal atau materialism? Hidup hanya ilusi, siapa yg melihat, atau soalan yg sepatutnya, apa yg melihat? Mata yg melihat atau otak yg melihat?

Jika hidup mengejar kebendaan memang akan penuh dgn kehampaan, hanya dunia ber"ingat"kan akhirat akan beroleh ketenangan. Berusaha mencari rezeki lebih (the smart way) supaya boleh membeli beras mahal tetapi pada masa yg sama beringat seolah akan mati esok hari..

Kita dididik dr kecil oleh ibubapa dan juga sistem pendidikan yg life is struggle (darwinism), we have to be the best to survive, sebab itu ibu berpesan belajar pandai2 supaya dapat no 1, dan dapat kerja bagus boleh bergaji besar/materialistik (Newtonian). Kita diajar to work hard but not to work smart. Kita diajar untuk bersaing dan bukan untuk berkerjasama. Compete instead of coorperate. So bila always have to compete, people will be in stress, the more u stress, the more stupid u become (ur prefrontal cortex i.e. the thinking brain shut)

Bagaimana untuk mencari duit "the smart way" tidak pernah diajar disekolah, kita hanya dilatih supaya menjadi pekerja pembayar cukai yg setia supaya menteri2 boleh menyapu laba komisyen projek2 mega... It's time for change.. see life from different angle, then u know siapa yg smart & siapa yg tertipu...

Apa yg akan dibawa ke kubur? Kereta besar? rumah besar atau perut dan yg besar makan beras mahal? Yg kekal hanya minda/kesedaran/akal.. jadi apa pilihan anda?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 01:43 PM | Show all posts

Minyakku Yang Kehabisan

Minggu lepas aku balik kampung. Tangki minyakku sudah kering. Aku biarkan keretaku tersadai. Aku menunggu janji itu, baru akan ku isi tangki. Akan ku isi sepenuhnya kerana minyakku yang sudah kehabisan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:20 AM | Show all posts
Menunggu janji manusia menunjukkan kita berharap kepada manusia, harapan hanya kepada Allah, jika kita menaruh harapan hanya kepadaNya, kita tidak akan kecewa..

Manusia memang percaya Allah itu Agung, tetapi tidak percaya yg Allah itu Maha Pemurah.. Elemen percaya itu amat penting, sebab itu di dlm Al Quran Allah menyeru manusia, "O people who beleives..." bukan "O people who pray or who fasting etc.."

Minda sedar manusia berkata aku percaya Allah pemurah, tetapi minda separuh sedar tidak... jika minda separuh sedar beribu2 kali lebih kuat dr minda sedar, macamana diri nak maju...

Setiap saat, otak memproses 4000 billion bit of information tetapi kita hanya sedar 2000 bit sahaja, so mana pergi bit yg berbillion2 lagi? Minda separuh sedar...

Ubah minda separuh sedar anda... bagaimana? Change ur thought... change ur thinking.. erase all recorded mantra in ur subconscious mind... difficult? maybe.. impossible? If u say so...

Jihad yg paling besar, melawan nafsu diri sendiri... melawan minda separuh sedar... remember.. thought become thing.. so chose a good one..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2008 08:44 AM | Show all posts
...walaupun dengan harga minyak yang seragam, kita ada enam jenama minyak sebagai pilihan.  Aku pernah tinggal di kawasan yang mempunyai lapan buah stesen minyak dalam kawasan 1.5km radius.  Lihat bagaimana kita dididik supaya menganggap bahawa pilihan yang pelbagai adalah sesuatu kemestian.  Dalam masa yang sama, bekalan diesel pernah tidak cukup.  Aku tidak pernah dengar pula bekalan petrol tidak cukup.  Namun aku pasti dengan kemampuan kewangan gergasi petroleum, kajian tentang bekalan pasti telah dibuat dan bekalan minyak di satu-satu tempat adalah benar-benar melambangkan keperluan setempat, tidak lebih dan tidak kurang.

Kalau di Amerika, simpanan bekalan minyak mereka sahaja sudah cukup untuk dua setengah tahun.  Di sini kita sebagai pengeluar minyak mungkin telah menjual semua minyak kita yang akan dikeluarkan untuk tempoh dua setengah tahun lagi sekarang.  Bekalan hadapan, pasaran hadapan, ke ntah apa istilahnya aku kurang pasti.

Masyarakat pengguna perlukan pilihan.  Lebih banyak pilihan lebih baik, namun kenapa kita tidak pernah bertanya adakah pilihan yang pelbagai itu bukan satu bentuk pembaziran.  Jika kita agihkan semua beras yang ada di pasaraya, mungkin setiap rakyat kita tidak perlu beli beras selama setahun.  Itu yang belum masuk simpanan stategik, tidak dikira stok industri.  Adakah perlu kita diajukan dengan iklan beras, supaya kita tahu khasiat tiap satu, agar dapat kita pilih mana mahu.  Atau kita ini menjadi satu tangkai dalam rangkaian pengguna.

Industri memerlukan pengguna, industri tidak berminat untuk membekalkan apa yang perlu sahaja.  Kalau boleh semua ingin dikeluarkan segera, sekarang.  Semua dengan alasan skala ekonomi. ke ntah apa istilahnya...  Lagi banyak lagi murah, tapi adalah jumlah yang dikeluarkan itu jumlah yang diperlukan.  Tidak lebih, tidak kurang.

Siapa yang akan membeli dan menggunakan semua barangan di pasaran kalau bukan kita.  Kalau itulah untuk aku, maka aku tidak mahu menjadi pembeli, aku tidak ingin jadi pengguna.

...aku mahu apa yang aku perlu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2008 01:20 PM | Show all posts

Gulaku pula yang agak kehabisan...

Masalahku tidak pernah berakhir. Minyak sudah ku isi penuh. Bekalan gula ku pula berkurang. Hidangan air kosong sahaja di hari lebaran kerana gulaku yang kehabisan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 03:14 PM | Show all posts
Gaji x masuk so budget raya x der
no duit raya sory my nephew
no kuih raya sory my frenz n family
no gas water for my guest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 21-9-2008 12:24 AM


Yg mana datang dulu? mind or matter? minda/kesedaran/akal atau materialism? Hidup hanya ilusi, siapa yg melihat, atau soalan yg sepatutnya, apa yg melihat? Mata yg melihat atau otak yg meliha ...




Saya ragu2 untuk bersetuju dengan apa apa tulis bahwa kita sejak kecil di didik oleh ibu bapa dan sistem pendidikan bahwa 'life is a struggle'

I think manusia being pampered in various ways sampai mereka lupa putaran hidup berpaksi pada term 'struggle'

kalau orang islam depa sepatut lebih maklum sebab istilah jihad itu sendiri bermakna 'to struggle'

maybe baik sekiranya 'kesusahan' itu para ibu bapa terutamanya tonjolkan secara teori dan praktikal pada anak2 mereka

maksud saya 'kesusahan' itu di semai pada pemikiran anak sebagai sesuatu yang baik, sebagian proses pembelajaran, kemestian yang tidak boleh di elakkan

saya cukup yakin pada kemungkinan besar, apa di katakan 'manusia suka cari' masalah misalnya careless attitude or reckless or being negligence adalah manifestasi dari keperluan manusia pada 'kesusahan' dalam mengenal pengertian bahwa 'struggle' or jihad itu boleh di katakan rapat dengan manusia sebagaimana nyawa itu rapat dengan manusia

disini nanti kita akan lebih faham kenapa wujud 'manusia bermasalah'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:15 AM | Show all posts
Manusia perlukan nafsu untuk hidup.  Cuma bukan semua nafsu itu baik.  Malah nafsu yang baik kalau berlebihan boleh membawa mudarat.

Dalam hal penggunaan, kalau tiada nafsu maka tiada mahu.  Kita ada keperluan, tetapi kita tidak perlu kepada kemahuan.

Jalan tengah atau kesederhanaan itu adalah anjuran yang paling baik.  Di zaman materialistik kini, adakah ia masih relevan ?

Kini kanak2 juga telah dididik dengan budaya duit raya.  Semakin kaya masyarakat, semakin tinggi kedudukan wang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:59 PM | Show all posts

Dulu lain sekarang lain

dulu kita tidak banyak pilihan,
tapi sekarng banyak pilihan didepan mata..
pilih saja yan mana berkenan, pergi sahaja ke kanuter untuk membayar..
buat bayaran pun ada pilihan..sama ada hutang atau pun tunai..
tapi kuasa membayar sebnarnya tiada pilihan..
yang mampu kuasa membayar tunai lebih..
yang tak mampu kuasa membayar secara berhutang menjadi pilihan..
pilihan kadang-kadang membuat cara hidup kita tersepit..
tesepit untuk memilih siapa yang lebih layak berganding hidup menjadi pasangan hidup kita..
tersepit antara memilih cinta atau masa depan..
pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga..
jadi kalau memilih pasangan, renungkanlah untuk masa 10 tahun yang akan datang..
mampukah kita bahagia dengan pilihan kita pada waktu ini..
kalau terlau memilih untuk memilih yang lebih baik,
ada baiknya dan ada jugak buruknya..
pilihan tepat bagus! tersilap pilih hangus!
apaupun pilihan tetap ditangan anda..
anda sendiri yang menentukan pilihan anda..
dan anda sendiri yang akan menilai pilihan anda..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 11:33 AM | Show all posts
Dalam menjalani kehidupan kita seharian...... kita sering membuat keputusan.....

mempunyai kepelbagaian...memberikan kita lebih banyak pilihan....pilihan yang memerlukan keputusan....

untuk membuat keputusan kita memerlukan penjanaan pemikiran yang rasional dan tepat.....

tidak salah pasaraya untuk kepelbagaian jenama atau kebanjiran jenis produk.....semua itu memberi keperluan pemilihan....

dengan kepelbagaian itu kita...boleh membuat pilihan mengikut kemampuan, kepengunaan, kepentingan, status dan sebagainya...yang boleh kita ukur mengikut hak peribadi sendiri......

jangan menyalahkan nafsu, atau menyalah kan pasaraya atau kerajaan......semua mereka ini ada agenda tersendiri....... kita yang menentukan jalan hidup peribadi kita sendiri dengan rahmat dari tuhan....bukan nya kerajaan atau pasaraya...yang tentukan....mereka itu cuma pengaruh......

pengaruh....yang boleh dikawal samaada ianya oleh merencahkan kehidupan kita seharian atau tidak....itu bergantung pada keterbukaan kita untuk seluas mana untuk menerimanya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:55 AM | Show all posts
Cuaca gelap mengiringiku...bayu mengusap lembut pipiku...
kutiba di plaza, lalu kulekapkan Zingku...jam masih belum
menjejak 7 pagi...aku gembira...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 05:22 PM | Show all posts
...keperluan yang sengaja dicipta kuasa media membuat kita menganggap apa sebenarnya kemahuan itu sebagai keperluan.  Keperluan plastik ini pula bakal dibayar dengan duit paltry, kad plastik juga.

Mahu kurus, ada pil diet.  Mahu tenaga, ada pil kuat.

Kenapa coke minuman pilihan, dengan gula yang berlebihan, boleh menghakis gigi ku yang tinggal beberapa batang saja lagi ini.  Kenapa McD KFC makanan pilihan, yang kandungan lemaknya makan masa bertahun untuk aku hadamkan.

Bukan pilihan pelbagai yang penting, penggunaan berhemah itu yang utama.  Kalau kita mahu mungkin itu tidak kita perlu.

Kini berasku kehabisan dan duitku makin kekeringan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 05:56 PM | Show all posts
Aku kini memilih gemerlapan kilauan emas...pilihan
demi masa depan...satu pelaburan...emas hitam sudah berkurang
nilainya...emas yang ini bisa menguntungkan...kupilih ini, ku pilih
itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:27 AM | Show all posts
Aku memilih jalan paling mudah
Jika beras ku kehabisan , aku membeli nasi bungkus yg siap berlauk
Jika minyak ku kehabisan , aku mengisi penuh seblm kehabisan
Jika air ku kehabisan , aku sudah siap membeli air mineral  

Maka aku tidak perlu membazir mencari jenis beras dan iklan beras
Maka aku tidak perlu berjalan kaki mencari stesen minyak bila minyak ku kehabisan
Maka aku tidak perlu merebus air bila mau minum

Aku mencari jln singkat ....masa itu emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 08:26 AM | Show all posts
itu jika wang mu tidak kehabisan atau tidak susut nilainya. dan masa mu memang boleh bertukar dengan emas berkilogram.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:39 PM | Show all posts
Selepas aku baca post pertama.. aku terfikirr apa yg dah terjadi kt dieee... Aku lebih berminat nak tahu latar belakang penulis post pertama tuh.... Kenapa Pilihan menjadi ISU... rasanyaa obsess kot dgn pilihan yang Pelbagai... Sori.. tp lebey kurang mcm melihat dari perpekstif negatif... hahh mungkin peribahasa "Tepuk dada, tanya Selera" sesuai di ingatkan....

tp best.. POST1 : penuh sindiran... buat org di atas lebey prihatin...

.ilihan Masih Tidak Cukup....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 03:03 PM | Show all posts
Gulaku kehabisan...dahagaku menjadi-jadi...kesihatanku semakin merosot. H1n1?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 06:32 PM | Show all posts
Manusia sentiasa diberi pilihan tentang kemahuan dan keperluan. Disinilah terletaknya kepentingan akal fikiran, nafsu yang menguasai didalam menilai kemahuan dan keperluan.
Selagi nafsu haiwani menguasai diri, maka istilah kepuasan penghidupan tidak pernah wujud didalam naluri. Renungkan kata-kata ahli fikir... " Aku berjalan sendirian melalui pasar2 dan pekan2 dan aku merasa kagum tentang terlalu banyaknya barang-barang yang tidak aku perlu didalam kehidupanku"
Pendek kata, selagi nafsu menguasai akal, maka kemahuan bermaksud keperluan tapi sekiranya akal menguasai nafsu, maka manusia akan bisa memahami pengertian istilah "KAYA".
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalahh seorang yang tidak memerlukan apa-apa lagi didalam hidupnya dan redha melalui penghidupan secara sederhana. Bukankah itu yang dituntut didalam agama.....kesederhanaan......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.098761 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list