CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5668|Reply: 31

Haram...Jdh Punya Penjual Keta..terpakai

[Copy link]
Post time 23-9-2008 06:10 AM | Show all posts |Read mode
Kakitangan kerajaan dakwa ditipu sindiket jual kereta terpakai:@

SHAH ALAM 22 Sept. - Seorang kakitangan kerajaan mendakwa menjadi mangsa sindiket menjual kereta terpakai yang didalangi sebuah bank dengan memperdaya orang ramai secara mengubah suai dokumen perjanjian sewa beli kenderaan.

Faridah Ismail, 36, memberitahu, beliau kini berdepan risiko diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal membayar ansuran bulanan kenderaan yang dibelinya.

Menurutnya, beliau enggan membayar ansuran tersebut kerana mencurigai terdapat unsur-unsur penipuan pada dokumen berkenaan.

Menjelaskan lebih lanjut, Faridah berkata, walaupun hanya menandatangan perjanjian sewa beli pada 23 September 2005, dia mendapati kenderaan tersebut diinsuranskan lebih awal iaitu 11 Ogos tahun yang sama.

"Saya hairan kenapa kenderaan ini diinsuranskan dan didaftarkan jauh lebih awal dari tarikh perjanjian sewa beli ditandatangani," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menceritakan semula masalah yang dihadapinya, Faridah berkata, ia bermula apabila dia berhasrat membeli sebuah kereta daripada seorang ejen menjual kenderaan terpakai.

Atas dasar kepercayaan, dia menandatangani dokumen perjanjian sewa beli yang kosong dengan harga jualan yang telah dipersetujui iaitu RM42,000.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, dia menerima panggilan dari bank memaklumkan permohonan pinjamannya untuk membeli kereta ditolak kerana sumber pendapatannya tidak mencukupi.

Namun, apa yang dia pelik, beberapa jam selepas menerima panggilan tersebut, seorang ejen menyerahkan kunci kereta sambil memberitahu segala urusan jual beli selesai.

"Bila saya semak dengan bank, permohonan pinjaman saya diluluskan dengan seorang penjamin yang saya sendiri tidak pernah kenal.

"Tapi, nilai jualan yang tercatat dokumen perjanjian adalah RM50,000, bukannya RM42,000 seperti dijanjikan sebelum ini," jelas Faridah.

Mengesyaki berlaku penipuan dalam urusan itu dan perjanjian yang tidak sah, dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak bank tetapi tidak dilayan.

Pihak bank juga menuntut bayaran ansuran setiap sebulan yang hanya dibayarnya sebanyak dua kali.

Faridah juga membuat laporan kepada polis, Bank Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna namun sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklum balas.

Beliau kini berdepan tindakan mahkamah yang difailkan oleh pihak bank.

Sehubungan itu, Faridah merayu kepada pihak berkuasa terbabit untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan segera masalah beliau.

Ini kerana beliau akan hilang pekerjaan sekiranya diisytiharkan muflis. Dia juga tidak mahu perkara seumpama itu berulang kepada orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2008 06:12 AM | Show all posts
ada pengalaman utk diceritakan...kisah org lain pula?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 06:16 AM | Show all posts
Atas dasar kepercayaan, dia menandatangani dokumen perjanjian sewa beli yang kosong dengan harga jualan yang telah dipersetujui iaitu RM42,000.


makcik ni yg budusss....
apekejadah sign dokumen kosong....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 06:19 AM | Show all posts

Reply #3 luvly_eone's post

tertipu kot dgn ayat power penjual...hensem pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 07:36 AM | Show all posts
salah paling besar adalah bank.................
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 07:48 AM | Show all posts
tp makcik tuh membuat tindakan yg betul.... bukan bab sain tuh  laa... tp bab report.... report jer pada semua yg berkenaan.... pastu keport media....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2008 07:51 AM | Show all posts
Kereta dia ambik le pulak ke? Hmm confuse jap aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:17 AM | Show all posts


knapelah sign dokumen kosong..ish

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 08:39 AM | Show all posts
sebagai peringatan buat kita semua. kalau tak kena pada kita mungkin saudara mara kita  .........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:48 AM | Show all posts
huh..harga kete RM42,000 loan RM50,000 balance? masuk kocek penjamin dengan salesman..makanla duit haram tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:53 AM | Show all posts
x abes2 kena tipu used car...
kepada sesapa yg nak bli keta, lebih2 lagi kete seken.. korang berhati2 la...
kalo dah jadi cenggini, mmg menyusahkan idop..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:56 AM | Show all posts
undang2 kat Msia ni mmg sengkek & selekeh btol ler.....yg teranaiya rakyat jugak.....:@

ni org gomen kena tipu.....bygkan jika org2 kampung yg kurang pendidikan kena tipu.......

agak2 sapa lar yer nak bela nasib rakyat........:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:57 AM | Show all posts
beli kete baru je..kete seken buat halfcut hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:37 AM | Show all posts
aku x minat belik kete 2nd hand ni ... mesti cepat meragam....tak suke lah kete dah dipakai org...uwweeeekkk..

nak nak kalo Proton ker....Kia Spektra....Naza....Hyundai...kalo 2nd hand mesti x elok...

kalo nak beli gak belilah toyota vios ke..honda accord....honda city...nissan sentra tu ok sikit lah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:43 AM | Show all posts
biar jahat asal selamat

p/s jdh ni plat negeri johor thn berapa agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 23-9-2008 06:10 AM
Bagaimanapun, selang beberapa hari, dia menerima panggilan dari bankmemaklumkan permohonan pinjamannya untuk membeli kereta ditolak keranasumber pendapatannya tidak mencukupi.
Namun, apa yang dia pelik, beberapa jam selepas menerima panggilantersebut, seorang ejen menyerahkan kunci kereta sambil memberitahusegala urusan jual beli selesai.
"Bila saya semak dengan bank, permohonan pinjaman saya diluluskan dengan seorang penjamin yang saya sendiri tidak pernah kenal.

Perkara camni aku pernah tengok dan hampir berlaku pada diri aku...ceritanya camni...aku ada seorang kawan la...dia ni part time salesman kereta...kat area rumah parent dia berhampiran kg baru..kl...satu hari..aku ada nak beli kereta second la...so dia kasi la aku satu sebuah kereta second yg kawan aku jugak nak jual. kereta takde masalah...tapi masa nak buat loan tu kawan salesman aku ni cakap bank tak approve pasal aku banyak komitmen...yg aku heran...loan RM9,000 saja tak lepas...tapi takpe la..aku sambung bayar kat kawan aku tu ....then penjual kereta tu cakap dia nak komisyen dari kawan aku sebanyak RM1,000..begang la penjual kereta tu..dah le macam acuh tak acuh jer masa nak buat loan tu..tapi mintak bahagian...so setel la
Then sepupu aku lak nak beli satria second...bila dia buat loan tak lepas lak...then saleman ni cakap kat aku surun aku jadi peminjam bersama (joint loan) utk cukupkan gaji. caranya bila bank call aku dia suruh aku cakap yg sepupu aku tu bini aku...dia cakap dokumen boleh ejas...aku cakap kat sepupu aku, baik takyah..cari kereta lain dan salesman lain...
tak abis kat situ...selang 3 bulan..mamat ni call lagi aku..mintak tolong...dia cakap kawan bini dia tak cukup nak buat loan kereta so dia nak buat macam kes sepupu aku lak...aku cakap gile ke apa..aku dah le tak kenal perempuan tu...tapi mamat tu cakap dia jamin perempuan tu bayar nya...lepas tu aku tanya la dia..camna kat i/c aku alamat negeri johor..perempuan tu alamat kl...yg aku terperanjat jawapan mamat tu...i/c photostat aku boleh ejas address dan masa sain agreement aku takde pun takpe...dia dah kautim dgn budak CIMB tu...so...aku jumpa dia dah mintak balik dokumen aku yg pernah aku kasi kat dia masa nak buat loan dulu...nasib baik la mamat tu cakap terus terang kat aku..kalau jadi macam kes kakak tu...tak ke haru...tah sapa la jadi penjamin dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #16 Z77's post

Apa yg aku boleh cakap nih je la..."Malaysia Boleh"~!!!!!:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 12:22 PM | Show all posts
perghh.. msia ni memang ramai betoi carik duit cara haramm..
gi laa kerja kat KFC kee.. lagi muliaa maa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 12:23 PM | Show all posts
betul ker leh sampai hilang pekerjaan kalo d istihar muflis..???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 09:51 PM | Show all posts
boleh dikenakan ISA ke penjual keta terpakai nih?.............
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.079163 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list