CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3809|Reply: 31

Isteri Pun Nak Lailatul Qadr!

[Copy link]
Post time 23-9-2008 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Tuan2... Suami2...
Tuan2... bulan2 puasa ni, sampai jer rumah... tuan2 terus bersiap diri... sedangkan isteri, sampai2 rumah menerpa ke dapur nak siapkan berbuka, tak sempat bersiap diri...
Tuan2... lepas berbuka...aekkkk!... gitu boleh bersiap nak maghrib... sedang isteri, bersibuk mengemas di dapur... sudah santak maghrib... baru selesai...
Tuan2... bunyi azan Isyak... tuan2 dah boleh berangkat ke surau ke masjid, solat Isyak, kemudian terawih, kemudian tadarus... isteri... masih terkitai2 di rumah, berkemas rumah, berkemas kain baju, mengurus anak... prepair nak sediakan sahur... segala makneka kerja rumah lagi... tak beres2!... kalau ikut ke surau/masjid, alamat rumah cam kapal karam ler... tidak gitu, ada halangan anak2 kecik... nak bawa ke surau/masjid, bukan shj mengganggu kita, jemaah lain pun ikut terganggu... kesian, isteri... tak ler berjemaah dia, terawih pun tidak, tadarus pun tak... tuan2 tak perasan ker? kesian, isteri nak juga mengejar lailatul qadr!... tuan2... kita suami ni kenalah ingat jugak pada isteri dlm mengejar amalan akhirat ni... jangan ingat diri sendiri jer! Ada kesempatan lagi... apa kata malam ni, tuan2... berjemaah di rumah... lepas tulung isteri bereskan kerja rumah!... buleh tuan2!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 09:37 AM | Show all posts
orang lelaki sebaiknya biarlah berjemaah di mesjid..tambah2 10 malam terakhir ni...eloklah kalau para2 suami beriktikaf di mesjid pada sepertiga malam..solat tahajut, tasbih, taubat dan sebagainya....begitu juga dgn anak2 lelaki..pi la ikut ayah2 kamu ke mesjid..berikhtikaf sama..

bagi kami kaum ibu ni...usah bimbang, kami redho dgn segala yg kami lakukan...disamping, memasak, mengemas dan sebagainya..kami masih bolih berzikir dan bertasbih....kami bolih berterawih dan bertedarus di rumah..

tatkala para suami keluar ke mesjid utk beriktikaf..kami juga bolih bersolat tahajut, taubat dan sebagainya dgn tenang. InsyaAllah...

usahlah bimbang para suami...kami tak merungut ..tak membebel..segalanya dilakukan dgn penuh keikhasan.....kami yakin setiap apa yang kami lakukan akan disediakan ganjarannya....semuga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya ke atas kami..sama2lah kta mencari lailatul qadar...sama2lah kita mencari redho Allah...amin yarabbal alamin....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:23 AM | Show all posts
ye betul...walaupun para isteri/ibu tak dapat berterawikh di masjid, kami tetap boleh lakukan kat rumah...nak gi masjid memang best..happening sket, tp kalo ada anak2 kecik, lebih baik dok kat umah jek..kot bawak pi masjid sama, bukan takat ibunya tak tenang, kena sumpah seranah jek dgn jemaah lain yg biasanya makcik2 usia emas yg nak beribadat dgn tenang..kat umah, lepas dah setel urusan rumahtangga (biasanya ku biarkan je dulu sampai esok siang..heheh)..lepas isyak kalo anak masih okay lagi..teruskan terawikh..pastu tidokan si baby...lepas dah tido, bolehlah sambung baca Quran ke, solat2 sunat lain ke...dah tengah mlm bila sume sekali dah tido lagi masyuk...
so it's just a matter of u want it or not..kata ustaz, para ibu..jgn gusar, kita pilih satu sudut yg tenang dlm rumah utk beri'tiqaf pun takpe..besar gak pahala menjaga anak2 dan rumahtangga....dont worry..be happy...dah hujung2 ni period lah pulak....hmmm..ape amalan yg boleh dilakukan ye? zikir, baca kitab2..istighfar, baca tafsir Quran...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #1 lebaimandraguna's post

Rupanya ada jugak yg sama nasib dgn aku bulan puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by lebaimandraguna at 23-9-2008 08:55 AM
apa kata malam ni, tuan2... berjemaah di rumah... lepas tulung isteri bereskan kerja rumah!... buleh tuan2!


Satu cadangan yang tak begitu baik.

Lelaki kena pi solat berjemaah kat masjid atau surau. Kena bergaul dengan masyarakat Islam. Itulah yang sepatutnya diajar Nabi kita.

Isteri yang menggalakkan suami pergi ke masjid berjemaah akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah swt. Pengorbanan yang besar tu!! Walaupun dia tak berjemaah di rumah, inshaallah pahalanya besar sepertimana juga dia berjemaah. Ramai ustaz berpendapat begitu.

Suami jangan jadikan alasan isteri dan anak-anak untuk malas nak pi solat jemaah di masjid/surau. Kalau nak solat kat rumah, solat sunat ok la, tapi terawih special case sebab kita ikut syiar sahabat Nabi solat di masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:39 PM | Show all posts
solat sunat tarawih berjamaah d masjid disunatkan utk lelaki..
untuk kaum wanita jika dia mempunyai anak maka diwajibkan ke atas dirinya utk menjaga anak itu d rumah daripada pergi berjamaah d masjid..
pahala yg dia dapat hasil penjagaan anak itu samalah dengan suami yg pergi menunaikan solat jamaah d masjid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2008 02:45 PM | Show all posts
ha ah, betul tu.  isteri2 kena redho dan ikhlaskan hati.  segalanya jika dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah tentu tidak akan sia2.  ganjaran Allah sedia menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 05:02 PM | Show all posts
Klu suami dpt berkat mlm LK isteri pun dpt gak......  jd para isteri jgn risau teruskan tugas anda.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 05:31 PM | Show all posts

Balas #5 always_typo\ catat

sebenarnya benda ni tak jadi masalah pun..kalau semua pun tak boleh, tu yang kucar-kacir..kenapa pula macam tidak digalakkan berjemaah di rumah?. Bukan ke jemaah dengan keluarga lebih baik?.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:08 PM | Show all posts
Nampaknya pemikiran kita terlalu terhad kepada solat tarawikh sahaja sebagai ibadah sunat di bulan ramadhan.  Menteri Besar Perak baru jer berpesan, kenapa kita dok sibuk dengan solat berjemaah tarawikh yang sunat sedangkan solat yang fardhu tu kita tak sebok nak berjemaah terutama zohor dan Asar.  Yang tarawikh tu la sebok nak berjemaah.  Lagi pula, selain solat tarawikh, bagi seorang isteri, melayan suami dan keluarga tu juga adalah satu ibadat yang besar.  Lebih besar dari tarawikh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 23-9-2008 05:31 PM
sebenarnya benda ni tak jadi masalah pun..kalau semua pun tak boleh, tu yang kucar-kacir..kenapa pula macam tidak digalakkan berjemaah di rumah?. Bukan ke jemaah dengan keluarga lebih baik?.


Berjemaah di surau/masjid/musholla itu bagi solat fardhu hukumnya fardhu - fardhu kifayah to be exact. Syarat fardhu kifayah solat jemaah adalah ianya perlu dilakukan di tempat yang orang ramai boleh pergi dengan senang dan tak segan silu seperti surau/masjid/musholla. Ramai ulamak bersetuju, solat berjemaah di rumah persendirian tidak memenuhi keperluan fardhu kifayah ini. Jadi kalau anda solat fardhu jemaah berkeluarga di rumah, tapi di surau kawasan anda tak ada orang solat berjemaah, anda dan keluarga dan masyarakat islam kawasan itu tetap berdosa kerana tidak melakukan fardhu kifayah. Kalau satu masyarakat Islam semua berpakat dan beriktikad tidak perlu solat jemaah di kawasan mereka (ie tak fardhu kifayah) , wajib mereka diperangi oleh pemerintah Islam.

Solat fardhu berjemaah  ini adalah satu aktiviti masyarakat yang imply banyak tanggungjawab bermasyarakat islam yang banyak kita tak nampak. Antaranya :
1) berusaha membina masjid/surau di kawasan masing-masing dan memakmurkannya.
2) memastikan ahli qariah tahu bersembahyang dengan betul- dari yang kecil sampai yang besar - kena ada kelas feqah- tahu hukum hakam wajib, sunat dalam wudhu, solat dsbgnya.
3 )memastikan ahli qariah tahu membaca quran -dari yang kecil sampai yang besar- kena ada kelas membaca al quran dan pastikan bacaan anak qariah betul.
4 )memastikan "pool" orang solat jemaah di surau/masjid cukup. Ini bermaksud bukan dua tiga orang yang sama saja pergi solat jemaah, jadi bila orang2 tersebut tak ada (sebab outstation, bekerja dsbgnya) tidak ada lagi orang lain yang solat jemaah di situ. Jadi kenalah ramaikan. Di samping itu, kenalah ada empat lima orang yang mampu jadi imam (bacaan bagus, tahu hukum hakam solat dsbgnya, yakin dengan sahnya solatnya). Semua ini boleh berlaku jika item 1,2 dan 3 dijalankan oleh masyarakat tersebut secara berterusan. Besar tanggungjawab AJK masjid untuk merancang dan penduduk utk participate.

Tanggungjawab solat jemaah ini adalah tanggungjawab kolektif masyarakat Islam di sesuatu kawasan. Jadi sepatutnya sebagai warga lelaki atau wanita Islam yang prihatin, kita perlu berperanan menyumbang ke arah melakukannya. Yang lelaki antara kita perlu berusaha solat jemaah setiap waktu fardhu dan yang kaum wanita pula meredhokan malah menggalakkan suami/anak lelaki mengerjakan solat jemaah fardhu di masjid/surau. Dengan ini inshaallah masyarakat Islam akan lebih maju dan bersatu dan mendapat keredhaan Allah dan dapat mengelak dari dosa "kering" kerana tak melaksana fardhu kifayah yang penting itu.

[ Last edited by  always_typo at 24-9-2008 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 09:01 AM | Show all posts
Berbahagialah sapa yg dapat melalui malam Lailatulqadar....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 03:00 PM | Show all posts
antara tanggungjawab suami adalah menyediakan makan & minum isteri kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 08:37 PM | Show all posts

Reply #13 Acong's post

yo lah... malah lbh dr tuh lg... tempat tinggal n sebarang plindungan lain gak...

nak kawen dh ker bang cong...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:17 PM | Show all posts

Balas #11 always_typo\ catat

oh yeke..saya ingatkan solat berjemaah di surau adalah sunat sahaja...???
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 05:50 AM | Show all posts

Reply #1 lebaimandraguna's post

Lailatul qadar di rumah pon boleh juga ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-9-2008 10:17 PM
oh yeke..saya ingatkan solat berjemaah di surau adalah sunat sahaja...???


Tidak dinafikan ada ulamak mazhab  syafie yang berpendapat solat berjemaah ini cuma sunat muakkad, tetapi itu bukanlah pandangan yang masyhur. Ini saya ambil dari sebuah website, iaitu pendapat yang selari dengan apa yang saya pelajari.


Mengikut pendapat Imam Nawawi dan tokoh-tokoh ulama
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 10:23 AM | Show all posts
bagus gak kalau sekali sekala suami berjemaah dgn isteri dirumah... dpt lah juga isteri pahala berjemaah sbb kalau smbyg kat rumah sorang2 jek mmg tak dpt pahala berjemaah utk isteri!!

tp sy ada terbaca smbyg tarawih nih Nabi SAW pun ada buat kat rumah je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 10:59 AM | Show all posts
Isteri menyediakan juadah berbuka puasa/sahur utk suami & keluarag dengan redha : BESAR GANJARANNYA.

Isteri yg mengejutkan suami lebih awal dari biasa utk sahur dgn tujuan suapaya si suami dpt Qiammulail, dan isteri pegi prepare sahur  : PUN BESAR GANJARANNYA, dan ada share suami utk si isteri.

Isteri yg menghantarkan suami ke muka pintu/gate suaminya yg nak pergi solah berjemaah di masjid  : PUN BESAR PAHALANYA, dan ada share utk isteri tersebut.

Isteri yg prepare kan pakaian siap bergosok utk suami pergi ke masjid   : BESAR GANJARANNYA..

Isteri yg masak utk hidangan berbuka/moreh yg dibawa suami ke masjid  : BESAR SUNGGUH GANJARANNYA..

Pendek kata, semua benda yg dibuat isteri..yg berkhidmat utk suaminya, dgn niat ikhlas dan redha, Allah balas..dan Allah tidak memungkiri janjiNYA.


Sebaik baik tempat solah bagi wanita ialah di rumah.
Sebaik baik tempat solah bagi lelaki ialah berjemaah di masjid/surau.

Dan sebagai suami, kita perlu memahami kehendak hati isteri kita yg sama sama nak memperbanyakkan amal ibadat, especially bulan puasa ini. Jadi boleh cuba beberapa  idea seperti ni, yg aku praktiskan:

1. Tak perlulah nak sahur yg grand grand...ataupun sahur grand tu sekali sekala sahaja...bila sahur simple, penyediaan nya pun simple. Jadi masa utk isteri yg lebih tu boleh digunakan utk qiam bersama sama..

2. Tentang terawih, sesekali terawih di rumah berjemaah..
Dan bila berjemaah terawih di rumah tu buat secara lenggang..relax relax...fahami bahawa makmum kita tu(isteri) dah penat memasak & mengemas..go slow...hayati ibadah nya..
Perlu diingat terawih ni ibadah sunat yg dituntut, bukan WAJIB...dah jadi ADAT, bukan IBADAT bagi sesetengah org Islam Malaysia ni, mesti nak full pegi masjid terawih, padahal lagi 11 bulan tu boleh kira dgn jadi berapa kali pegi masjid.Tu yg jadi kes bawak baby pegi masjid(dan menyusah dan mengganggu jemaah).

3. Dan juga berbuka..kalau boleh bykkan makanan yg simple, so isteri tak penat, dan tak byk masa nak habis kemas dapur/rumah..jadi isteri boleh tadarus Quran..

4. Anjurkan tadarus bersama isteri. juga...jgn asyik tadarus dgn geng2 masjid sahaja..selang seli lah..

5. Bukak astro Oasis..sama sama berzikir..bermunajat..mcm nyanyi berdua la(kalau yg kaki karaOK tu)..tapi ni zikir dan munajat dan tasbih etc etc bersama sama..kan best...

6. Mesti byk tazkirah para suami dgr musim2 puasa ni kan..so, share dgn isteri dan anak anak..jgn pulun sorang diri aje..re-tazkirah kan balik kpd isteri dan anak anak kita..dlm kereta ke..dlm rumah ke..kita pun dpt pahala menyampaikan...dan kalau isteri amalkan..share kita makin hebat...bukankah indah Islam tu...

7. Hari hari cuti tu..luangkan kalau tak lama, 30 min pun cukuplah..bawak isteri..anak anak kalau boleh iktikaf di masjid...ini aku tak terbuat lagi...

Pendek kata jgn kecilkan skop kita tentang nak buat pahala tu, MESTI PEGI MASJID SAJA(especially utk kaum Hawa)..

Aku ada baca satu buku bertajuk "Keajaiban Amal Sholeh"...
Digariskan dlm buku ni pelbagai cara bagaimana kita boleh colect sebanyak mana pahala dari celik saja mata sampailah nak tidur balik...Dan bukan hanya masa Ramadhan..tapi amalan sepanjang hayat...
Cubalah baca buku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 03:19 PM | Show all posts
tak baik oo merungut mahupun berkira..

dah memang jadi tanggungjawab si isteri nak sediakan sume keperluan tu

kalau penat keje, mintak je benti elok-elok ngan si suami..

yang si suami pon kene la main peranan sama...jangan tau mengarah je

nak tolong sikit-sikit pon liat..

kita mesti ingat, kedudukan si isteri adalah bersama suami mereka..

kedudukan si isteri bukan letaknya di kepala..untuk dijunjung dan dipuja

bukan pulak terletak kat tapak kaki..untuk dipijak dan dihina

tapi letaknya di samping suami, untuk berdampingan bersama

just my two yen..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.417181 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list