CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21415|Reply: 8

✿✿ Archives - All About Cat's ✿✿

 Close [Copy link]
Post time 17-2-2007 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2007 01:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 01:27 AM | Show all posts
TIPS
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 01:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 09:20 AM | Show all posts

Indeks Board Cat's Lover Land (Org baru sila rujuk sini)

Salam,

Di sini adalah list thread2 yang ada di sini yang boleh dijadikan rujukan dan panduan sebelum membuka/bertanyakan benda yang sama. Kalau nak ke thread tersebut, sila klik pada tajuknya.


1) Perbincangan Tentang Petua Penjagaan Kucing

2) Perbincangan Tentang Makanan Kucing

3) Tempat Berborak Warga Cat's Lover Land

4) Perbincangan Tentang Cara2 Memanjakan Kucing Anda

5) Perbincangan Tentang Pasir Kucing / Cat Litter

6) Perbincangan Tentang Sangkar Kucing / Cage

7) Perbincangan Tentang Pusat Jagaan Kucing / Cat's Boarding

8) Perbincangan Tentang Vaksin Kucing

9) Perbincangan Tentang Neuter / Spay / Castration (Kembiri / Kasi / Pemandulan)

10) Perbincangan Tentang Keguguran Bulu Kucing

11) Perbincangan Tentang Kucing dan Kutu

12) Perbincangan Tentang Kucing dan Cacing

13) Insurans Untuk Haiwan Peliharaan

14) Perbincangan Tentang Selesema Kucing

15) Perbincangan Tentang Penyakit Kucing

16) Perbincangan Tentang Pet's Grooming

17) Perbincangan Tentang Penyakit Sawan Kucing

18) Perbincangan Tentang Pokok Kucing Galak

19) Perbincangan Tentang Kucing dan Buasir

20) Perbincangan Tentang Kucing dan Kehamilan

21) Perbincangan Tentang Kucing dan Diarrhea / Cirit Birit

22) Perbincangan Tentang Kucing dan Sakit Mata

23) Perbincangan Tentang Kucing dan Barah / Kanser

24) Perbincangan Tentang Kucing dan DIY

25) Tips dari Doktor Vetarinar

Setakat ni, dari depan sampai ke belakang, hanya ni yg fir jumpa n rasakan sesuai..utk ati, klu ada apa nak edit/tambah/tolak, silakan lah....TQ
  


[ Last edited by  firdaruddin at 23-9-2008 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2009 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 4-10-2010 10:54

Senarai Pembahagian / Pengkelasan Warna utk Thread.


Purple Bold - Leisure Thread / Borak.


Purple - Opinion Sharing on Specific Topic.

Green Bold - Owner's Thread.

Orange Bold - Catshow.

Orange - Soalan / Enquiries / Kemusykilan.

Blue Bold - Important Topic / Informative Topic.

Red Bold - Announcement.

Red - Animal Cruelty / Kekejaman keatas Haiwan.


*saya tambah sikit (boocik04):

Green - Miscellaneous
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:38 AM | Show all posts
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama

. Nama : . SALINA WATI.
E-Mel :  shasafiera@yahoo.com.my.
Kategori :  ISU SEMASA

--------------------------------------------------------------------------------
SUB KATEGORI
Umum
--------------------------------------------------------------------------------

Tarikh Hantar Soalan :  22/10/2009 02:25 PM
Soalan :  Assalammualaikum...
Saya ada sedikit kemuskilan tentang kasi/mandul kucing. Adakah boleh (atas2 sbb tertentu) atau tidak boleh langsung? Jawapan yg saya lihat dlm website ni berlainan dgn jawapan yg saya terima daripada pegawai yg bertugas semasa saya menelefon tempohari. Boleh terangkan hukumnye? Terima Kasih.
.
Jawapan :  Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Mohon maaf kerana terlewat memberi respon terhadap persoalan yang anda kemukakan. Segala kesulitan amat dikesali.
Jika dirujuk kepada Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3 dan 4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.

Nota:
Maslahah ammah bermaksud menjaga keselamatan dan kebajikan manusia.
Wallahu 'alam..
Status :  Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan :  PANEL SJAI (MZR) 111209
Tarikh Selesai :  11/12/2009 04:22 PM






Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


ini stick untuk thread neuter kucing sebab banyak kali sangat forummer bertanyakan tentang hal ini dan perlukan confirmation dari pandangan agama.

ini diambil dari website BAHEIS (bhg. hal ehwal islam)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 9-5-2011 14:38

Dipetik dari http://pakcupet.blogspot.com/201 ... ing-atau-tidak.html

Stigma kembiri di Malaysia:-
Kebanyakan penggemar binatang peliharaan tahu tentang kembiri atau neuter ini. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Alasan bagi kedua-dua pihak ini ada banyak dan pakcu try la senaraikan seperti berikut :-

Alasan Menyokong :-
1. Terlampau banyak kucing
2. Kucing jantan memancut merata-rata
3. Kucing betina dan jantan mengiau terlampau kuat dan bising
4. Supaya kucing lebih sihat,manja dan besar
5. Menghilangkan stress kucing bila datang gian
6. Menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar jalanan (stray cats)

Alasan Menentang:-1. Nak ada baka kucing
2. Kesihan pada kucing
3. Takut berdosa kalau di kembirikan/kasikan


1. Pakcu tak mampulah nak bela kucing banyak-banyak (samada dari segi material dan fizikal). Cuba lihat celoteh Pakcu pasal Kucing Jalanan... takutkan.
2. Pengalaman pakcu, semua kucing yang telah dikembirikan menjadi lebih sihat, manja, jinak, bulu makin cantik dan bersih, kurang stress dan tak banyak perangai. Senang di jaga...
3. Kucing yang dikembiri tak suka keluar rumah dan jarang bergaduh.
4. Secara tak langsung pakcu ingin menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar/jalanan.

Ok, Pakcu lihat kebanyakan dari kita (majority malays), liat sangat nak kembirikan kucing mereka. Pakcu boleh faham, kalau kucing tu kucing kacukan (kucing bulu panjang) dan inginkan baka, tapi yang pakcu terkilan kalau kucing tu kucing biasa (bulu pendek). Tak kurang juga yang memberikan alasan agama yang mengatakan berdosa. Di sini, pakcu pastekan fatwa dari JAKIM tentang isu ini :

Takut Berdosa
Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".


So, kalau ada keraguan tentang hukum berdosa ke tidak, JAKIM telah mengeluarkan fatwa tersebut jadi macam pakcu, ikutlah Fatwa tersebut. Kepada yang lain, terpulang kepada keinginan masing-masing tapi Pakcu nak nasihatkan, jangan lagi menjadikan isu agama sebagai alasan untuk tidak mengembirikan kucing anda.

Inginkan Baka..
Ok, kepada mereka yang inginkan baka. Pakcu rasa tak salah. Cumanya kalau inginkan baka, setakat seekor dua sudah la. Tapi, semua tahu kan, kucing boleh melahirkan baka mencapai berbelas-belas ekor dalam masa setahun. Mampukah kita kalau cuma dari sepasang, tahun depan dah ada 12 ekor kucing? Kalau tak mampu apa akan jadi pada nasib kucing-kucing tersebut? Fikirkan lah... Ada juga yang memberi alasan, lepas lahir baka nanti, kucing tersebut akan dikasikan. Kat sini, Pakcu dulu telah memberikan pendapat yang pakcu rasa Pakcu silap. Dulu pada mereka ini pakcu mengiyakan alasan tersebut tetapi pakcu lupa untuk menasihatkan bahawa setelah mendapat baka, bukan saja ibu bapa kucing tersebut harus dikembirikan, tetapi bakanya juga harus dikembirikan. Kalau tak, maka balik pada wal asal balik asal lah. Jumlah kucing akan terus membiak sehingga tidak lagi mampu dijaga.Untuk itu, kepada yang memberi alasan begini, ingatlah bahawa bertindak awal adalah lebih baik dari bertindak dikemudian hari.

Kesian kucing..
Kepada yang memberi alasan kesian kat kucing, ini pandangan pakcu. Mana yang anda lebih kesian - pada kucing anda yang duduk dirumah, atau pada kucing anda yang terlampau banyak yang kelaparan dan berkeliaran di jalanan? Terimalah hakikat bahawa semampu mana pun kita nak bela kucing, tak akannya kita mampu nak berikan kasih sayang sama rata pada berbelas-belas atau berpuluh ekor kucing. Kadang-kadang kita ambil mudah tentang perkara ini. Bila dah terlampau banyak kucing, kita lepaskan mereka di luar dan lepas dari tanggungjawab hanya dengan memberikan mereka makan minum saja. Ini pada pakcu sudah jadi satu penganiayaan pada kucing.

Jadi pakcu rasa tak ada sebab yang baik untuk kita tidak mengembirikan kucing kita. Ingatlah, tiada masalah lewat untuk kembirikan kucing. Yang jadi masalah bila kita tidak kembirikan kucing atau terlampau lewat mengambil tindakan. pakcu tak nak lah berdebat pasal agama tentang isu ini dan janganlah pulak ada yang menyamakan isu kembiri kucing ini dengan isu kembiri manusia pulak. Cukuplah ada fatwa Jakim yang mengharuskan perkara ini dan disokong oleh bukti saintifik dan sosial. Tepuk dada tanya selera tapi fikirkanlah nasib kucing-kucing anda semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062809 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list