CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2727|Reply: 9

pm jepang yang baru nama Taro Aso!!

[Copy link]
Post time 23-9-2008 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Aso dipilih PM baru Jepun
TOKYO: Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun memilih bekas Menteri Luar, Taro Aso, 68, sebagai pemimpin barunya, sekali gus Perdana Menteri Jepun.

Aso menang mudah dengan majoriti dalam pengundian pusingan pertama semalam, walaupun lima calon berentap untuk mengambil alih kepemimpinan LDP bagi menggantikan tempat Perdana Menteri, Yasuo Fukuda.

Aso memperoleh 351 daripada 527 undi seperti diumumkan ketua pilihan raya parti, Hideo Usui selepas pengiraan undi.


Kaoru Yosano, menteri bagi dasar fiskal dan ekonomi dan penyokong pasaran bebas, menyusuli di tempat kedua dengan 66 undi.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kerana pilihan raya ini dijalankan dengan adil,” kata Aso selepas diisytiharkan menang.

“Mulai saat ini, tiada konflik lagi di kalangan lima calon yang menawarkan diri,” kata Aso yang dijangka akan mengadakan pilihan raya awal.
Parlimen akan bersidang esok bagi melantiknya dengan rasmi sebagai perdana menteri.

Antara calon lain termasuk bekas Menteri Pertahanan, Yuriko Koike, yang berhasrat untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun, yang memperoleh 46 undi walaupun mendapat sokongan berprofil tinggi daripada bekas perdana menteri, Junichiro Koizumi.

Nobuteru Ishihara, anak Gabenor Tokyo berusia 51 tahun yang menyatakan beliau ingin mewakili generasi baru ahli Parlimen yang mempunyai pemikiran reformasi, mendapat hanya 37 undi.

Bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba mendapat tempat terakhir dengan 25 undi. Dua undi diisytiharkan tidak sah.
Aso suka bercakap secara terus terang dan sering meluahkan pendapatnya tanpa segan silu.

Beliau juga seorang ahli penembak yang pernah mewakili Jepun pada Sukan Olimpik 1976.

Dari segi gaya dan personaliti, Aso mempunyai perbezaan dengan dua bekas perdana menteri yang baru lalu.

Shinzo Abe adalah nasionalis yang muncul berkuasa pada 2006, kemudian melepaskan jawatannya dalam tempoh setahun saja atas sebab skandal dan keadaan kesihatan.

Penggantinya, Yasuo Fukuda pula menghadapi pelbagai cabaran dengan pihak pembangkang dan hanya mampu bertahan selama setahun.

Aso mempunyai imej tersendiri. Beliau adalah Perdana Menteri Roman Katolik Jepun yang pertama, menghisap cerut Cuba, menyukai komik, memakai rantai emas dan mempunyai reputasi sebagai pejuang yang akan mengeluarkan kenyataan secara rambang.

Beliau menimbulkan kemarahan China dengan menyatakan negara berkenaan ‘ancaman terbesar’ dan menyatakan kejayaan Taiwan dalam pendidikan kerana pemerintahan zaman perang Jepun.

Aso adalah cucu bekas Perdana Menteri, Shigeru Yoshida, seorang tokoh terbesar dalam politik Jepun selepas zaman perang.

Bapa mentuanya adalah bekas Perdana Menteri yang sudah meninggal dunia, Zenko Suzuki. Adiknya berkahwin dengan kerabat diraja.

Selepas tamat pengajian di Universiti Gakushuin, Tokyo pada 1963, beliau meneruskan pendidikannya di Universiti Stanford dan London School of Economics. - AFP/AP



baper  banyak dahhh jepang ni tukaq  PM... dari jaman aku kecik.. sampai dah sunat nih.... aku agak ada ler dalam dua puloh worang dah...  depa tukaq PM mcm  si beskot ceklat tukaq  spanda dia...  


Taro Aso  nih... aku bajet memang tarok bahaso  punye  PM nih... ko tengok ler  aku bajet dalam setaon ajer... musti tukaq nanti..!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2008 05:01 PM | Show all posts
meh sini aku tambah sket

from wikiedia..

Taro Aso (麻生太郎, Asō Tarō[size=80%]?, born September 20, 1940) is a Japanese politician as well as the 92nd and current Prime Minister of Japan. He also serves as the President of the Liberal Democratic Party (LDP), and has served in the House of Representatives since 1979. He was Minister for Foreign Affairs from 2005 to 2007, under Prime Ministers Shinzo Abe and Junichiro Koizumi, and he was briefly Secretary-General of the LDP in 2007 and again in 2008.
On September 22, 2008, Aso was elected to succeed Yasuo Fukuda as President of the LDP. Two days later, on September 24, 2008, the House of Representatives of Japan elected Aso as Prime Minister.[1] The opposition-controlled House of Councillors of Japan (upper house) voted for Ichiro Ozawa, Democratic Party of Japan head, but the more powerful House of Representatives (lower house) of the Diet of Japan voted (337 votes to 117 for Ichiro Ozawa), to override that ballotfor Aso: "If you look at the current period, it's not a stable one.These are turbulent times with the financial situation and everythingelse. I feel this age is wild times, rather than ordinary times, givenfinancial and other issues. I feel once again a heavy responsibility."[2] It was Aso's 4th attempt to become Prime Minister since 2001. Fukuda, 72, and his cabinet resigned en masse this morning to clear the way for Aso抯 team.[3]





bapak die pemimpian konservatif jepun



P/S-pasnih Jepun dapat PM baru yg agak garang laa kan. So Korea Utara tak le berani sgt nk memain ngn Jepun ( aku mmg sokong Aso nih menang dari Keiko-->Koizumi sokong die)
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:40 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ishhh awak ni kan zed.. macam2.. gs -

tapi ye lah.. sokmo pm jepun bertukar ganti
macam thailand juga -


***************************************************************


Taro Aso dilantik PM Jepun yang baru

TOKYO: Parlimen Jepun hari ini melantik bekas Menteri Luar, Taro Aso sebagai Perdana Menteri yang baru.


Beliau menggantikan Yasuo Fukuda selepas anggota Parlimen Dewan Rendah mengetapikan undi Dewan Tinggi. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:08 PM | Show all posts
Aso azam pulih ekonomi Jepun

TOKYO: Taro Aso mengambil alih sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru semalam dan melantik barisan Kabinetnya bagi membantunya mencapai misi bagi memulihkan kedudukan ekonomi dan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dewan Perwakilan Jepun menyokong pemilihan bekas Menteri Luar itu sebagai Perdana Menteri. Beliau dijangka terbang ke New York hari ini menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Aso menundukkan kepalanya empat kali dan berjabat tangan dengan ahli Parlimen selepas disahkan sebagai Perdana Menteri.


"Apabila saya lihat situasi ekonomi, saya berasakan seolah-olah kita berada dalam tempoh pergolakan, bukan masa keamanan," Aso memberitahu pemberita sebelum pengundian dijalankan, sambil merujuk kepada krisis yang melanda ekonomi global.

Aso menggantikan Yasuo Fukuda, yang menjadi tidak popular selepas beliau menaikkan kos perubatan untuk golongan berumur.

Parti Liberal Demokrat (LDP) juga memilih Aso sebagai pemimpin baru mereka Isnin lalu dengan majoriti besar.


Penganalisis menjangka beliau akan mengadakan pilihan raya umum seawal bulan depan bagi mengelakkan pembangkang daripada terus meraih sokongan.

LDP berada pada tampuk pemerintahan sepanjang tempoh, kecuali selama 10 bulan,sejak 1955. Aso menjadi Perdana Menteri keempat dalam tempoh dua tahun ketika parti berkenaan menghadapi beberapa skandal dan ekonomi semakin merudum. - AFP

Aso berkata keutamaannya adalah untuk merancakkan semula perbelanjaan bagi memulihkan ekonomi negara berkenaan, iaitu kuasa ekonomi kedua terbesar dunia.

Akhbar melaporkan bahawa Aso akan melantik Shoichi Nakagawa sebagai menteri kewangan, yang akan menggunakan 'semua dasar' yang ada bagi merancakkan semula keadaan ekonomi.


Fumihiro Nakasone, anak kepada salah seorang perdana menteri Jepun yang terkenal, Yasuhiro Nakasone dikatakan akan dilantik menjadi menteri luar.

Bagi memastikan wujud perpaduan dalam parti, Aso dijangka mengekalkan Menteri Fiskal dan Dasar Ekonomi, Kaoru Yasano, yang pernah mencabarnya bagi jawatan tertinggi itu.

Seorang lagi calon lawan, Shigeru Ishiba, dijangka akan mengisi jawatan menteri pertanian, satu kedudukan yang sering dilanda skandal. Ishiba berjaya menepiskan gesaan yang mahukannya meletakkan jawatan ketika memegang jawatan menteri pertahanan dalam kabinet Fukuda.- AFP



[ Last edited by  derose83 at 25-9-2008 12:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 11:09 AM | Show all posts
Taro Aso dikritik hidup mewah

TOKYO 29 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 07:20 AM | Show all posts

Reply #5 derose83's post

LMFAO... dikritik sbb tak taw harga semangkok mee segera...  lawak tul!!!  aku bajet tak lama aso ni jadi pm jepang.....  mcm pm pm jepang yg lain gak.... kejap2 ajer... jadi pm.... pastu  POOOH....  kena fired!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2008 08:21 AM | Show all posts
tu la x ambil berat pasal rakyat......asyik berjoli sana sini sampai harga semangkuk mee pun x tau....itu baru pembangkang tanya pasal mee blum lagi brg2 lain...harus la kena kritik lagi...skang nih rakyat pun dah pandai....mana2 pemimpin yg x menjaga kebajikan drg mesti kena guling punya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 10:43 AM | Show all posts

Reply #7 derose83's post

aku setuju dengan pendapat ko tu...  bukan pm jepang aje pangai tak semenggah  joli katak, joli bangau sumer.. kat mesia pun  apa  kurengnya.. ek...

mana nak carik pemimpin macam umar al khattab lagi kat doniya nih.... mana?? mana?? mana?? :@

cissssssssss ter EMO lak aku..     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 03:34 PM | Show all posts
'aso' dlm bhs arab maknanye 'penderhaka' hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 10:49 AM | Show all posts
Taro Aso mohon maaf kepada warga emas

TOKYO 27 Nov. - Perdana Menteri Jepun, Taro Aso hari ini terpaksa memohon maaf selepas beliau mengkritik warga tua di negara ini kerana tidak menjaga kesihatan.

Kritikan beliau itu mengundang tindak balas daripada warga emas yang semakin ramai di negara ini.

Aso yang bermulut celupar itu telah dikecam sejak beberapa minggu lalu kerana dilihat menghina doktor, ibu bapa, malah anggota parti pemerintah pimpinannya.

Dalam kes terbaru 'terlepas cakap' itu, Aso, 68, membidas golongan tua kerana menimbulkan beban besar kepada kewangan negara ini.

"Mengapa saya perlu menanggung (kos perubatan) untuk (pesakit tua) yang tidak berbuat apa-apa kecuali duduk-duduk, makan dan minum?" kata Aso.

Kenyataan beliau kepada sebuah panel penasihat ekonomi itu disiarkan semalam.

"Ada orang berumur 67 dan 68 tahun yang berjalan terketar-ketar untuk menghadiri perjumpaan dengan rakan lama sekelas dan kerap berjumpa doktor.

"Saya berjalan kaki setiap hari dan melakukan aktiviti lain, tetapi saya membayar cukai lebih tinggi," kata Perdana Menteri itu.

Aso yang berasal dari keluarga kaya itu menarik balik kenyataannya itu hari ini.

"Saya memohon maaf kerana menyinggung perasaan mereka yang sakit.

"erkara yang ingin saya tegaskan ialah, ada jurang yang sangat luas antara orang yang menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan, dengan orang yang tidak berbuat demikian," katanya.

- AFP



aso ni patut tau ler yg worang jepang ni yang selalu idup lama.. sbb makan diet yg baguih... kena puji sikit worang2 jepang tuh!! :victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.080132 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list