Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
5743
View
24
Reply

Interest rate bank mana yg bagus untuk amek loan kereta

[Copy link]

Author: dreamerzzz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-9-2008 10:44 AM | Show all posts |Read mode
aloha kenkawan
pada pendapat korang kalau nak tukar kereta baru bank apakah yg berbaloi atau ok la kalau nak amek loan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:55 AM | Show all posts
interested la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:57 AM | Show all posts
nak tahu gakk utk 2009 nih baper interest nihh...turun or makin naik?? bank mana yg plg okesss
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 12:07 PM | Show all posts
kereta tempatan masih 3.xx juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 12:20 PM | Show all posts
haritu amik avanza dpt 3.47 kat maybank
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 12:49 PM | Show all posts
Haritu ambik gl dapat 2.3% kat public bank...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:07 PM | Show all posts

Balas #6 AnisSuraya\ catat

Haritu2  .. ..tu bila ????

mggu lps, bln lps, tahun lps .....

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:15 PM | Show all posts
paling baik cari yg zero interest...memula naza...pastu chevrolet pun dah ikut...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:20 PM | Show all posts

Balas #8 Z77\ catat

kete sejuk beku jerk buat cam tu...
rm499 12 taun.. huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:43 PM | Show all posts

Reply #9 xgenerasi2's post

gilalah bayar 12 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:57 PM | Show all posts

Balas #9 xgenerasi2\ catat

12 tahun installment..?? mak datukkk lama nyer..

kalau beranak, anak dah standard six baru abis bayar keta..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by bettyboops at 15-1-2009 02:57 PM
12 tahun installment..?? mak datukkk lama nyer..

kalau beranak, anak dah standard six baru abis bayar keta..


tp kan yg tuh interest free..
so kalau rasa mampu..byr byk la..leh settle awal....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 04:27 PM | Show all posts
last week tgk kat paper, penganalisis ada kata kemungkinan utk kereta local interest rate dia antara 2.8 hingga 2.9 cuz ada kegawatan ekonomi......tp tak taula bile berkuatkuasanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 05:39 PM | Show all posts

Reply #13 te_clone's post

moralnya.. klu tak terdesak.. tunggggu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 05:59 PM | Show all posts

Balas #13 te_clone\ catat

waaa.... 2.9% utk local ker.. ... baru nak sign agreement ni.. tp interest 3.99%... huhuhu nak tgu ker...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 12:34 AM | Show all posts
local car patutnya 2% jer,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:28 AM | Show all posts
amik laa naza bestari....... 0% interest........
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:39 AM | Show all posts
Jualan kenderaan diramal susut 8.1 peratusKUALA LUMPUR 6 Jan. - Firma penyelidikan dan perunding antarabangsa Frost & Sullivan mengunjurkan jualan kenderaan di negara ini menyusut 8.1 peratus pada tahun ini kepada 501,500 buah berikutan krisis semasa ekonomi dan berkurangnya pelancaran model terbaru pada tahun ini.
Rakan Niaga dan Ketua Praktis Kenderaan dan Pengangkutan bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, unjuran penurunan dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini, adalah berikutan jualan secara besar-besaran yang diadakan pada tahun lalu.
''Frost Sullivan meramalkan jualan kenderaan pada 2008, meningkat 12 peratus lebih tinggi kepada 545,440 buah, meningkat 4.7 peratus daripada jangkaan awal berjumlah 521,200 buah berikutan pelancaran model baru dan momentum jualan berterusan pada 2007.
''Walaupun TIV pada tahun ini diramalkan lebih rendah berbanding tahun lalu, tetapi ia dianggap lebih berpatutan berbanding tahun 2006 dan 2007 yang masing-masing mempunyai TIV sebanyak 490,000 dan 487,000 buah,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai unjuran sektor automotif Malaysia untuk 2009 di sini hari ini.
Tambah Mukhtyar, TIV bagi bulan Disember tahun lalu adalah diramal berada pada sekitar 37,000 hingga 39,000 buah.
Sementara itu, Mukhtyar berkata, kenderaan penumpang bakal menerima tekanan daripada keadaan ekonomi semasa apabila pelanggan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pinjaman baru dan menunda rancangan untuk bertukar kenderaan baru.
''Bagi kenderaan penumpang ia dijangka akan menyusut pada tahun ini 6.8 peratus, manakala kenderaan komersial menyaksikan kejatuhan terbesar sebanyak 20.9 peratus kepada 39,000 buah berbanding 49,325 buah tahun lalu, disebabkan oleh tindakan syarikat-syarikat membekukan pembelian baru,'' jelasnya.
Mukhtyar menjelaskan, walaupun unjuran yang dibuat oleh Frost & Sullivan rendah tetapi asas atau dasaran ekonomi Malaysia masih kukuh.
Meskipun aktiviti berkaitan eksport dan pembuatan akan terjejas, tetapi pencapaian ekonomi negara yang disumbangkan oleh sektor perkhidmatan dijangka masih dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Mengulas mengenai kurangnya pelancaran model terbaru kenderaan tahun ini, Mukhtyar berkata, langkah itu merupakan strategi yang diambil oleh syarikat pengeluar kenderaan.
Selain itu, kata Mukhtyar, sektor jualan kenderaan dijangka mendapat sokongan daripada penurunan kadar faedah, permintaan berterusan untuk bertukar kenderaan, kadar inflasi yang rendah, pertumbuhan ekonomi dengan bantuan pakej rangsangan serta pelancaran segmen baru kenderaan pelbagai guna (MPV).
''Permintaan terhadap MPV dijangka meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada 57,000 buah ekoran pelancaran model terbaru oleh Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).
''Kadar pinjaman kenderaan yang diunjurkan berada pada paras 2.8 hingga 2.9 peratus, akan menarik minat pinjaman dan menyokong jualan kenderaan keseluruhannya pada tahun ini,'' katanya.
Bagi tempoh jangka panjang, Frost & Sullivan meramalkan pertumbuhan jualan kenderaan di Malaysia sangat positif berikutan bilangan siswazah yang bakal memasuki pasaran kerja semakin meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:47 AM | Show all posts
siswazah masuk ke pasaran kerja dengan gaji basic yg sama seperti 5 tahun dulu..dengan kada harga barang sama sperti minyak mahal..dan lain2 lagi...cmne tuh..hik2...naik keta roda bnyk aje la..hee
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:53 AM | Show all posts

Reply #19 t0m's post

ikot kemampuan org kata...yg penting ukur baju di badan sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.727795s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list