CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 7

FINLAND: update - bangunan dibakar, staf kedutaan turki cedera

[Copy link]
Post time 24-9-2008 01:18 AM | Show all posts |Read mode
September 23, 2008
Nine killed in gunman's rampage at Finnish school


View of the vocational school where a gunman
went on a rampage and killed nine people in Kauhajoki.



HELSINKI (AFP) - A gunman went on a rampage inside a Finnish trade school on Tuesday, killing nine people before shooting himself in a failed bid to commit suicide, government and local officials said.


"There are nine dead. We have no up-to-date information about the injured or how many there are," Prime Minister Matti Vanhanen told reporters. Police believe all the dead were students at the the school, the STT news agency reported.

Ari Paananen, at the mayor's office in the southwestern Finnish town of Kauhajoki where the shooting occurred, meanwhile told AFP that the gunman, whose identity has not been revealed, "shot himself, but he's not dead. He's injured."

According to media reports, the gunman had suffered a bullet wound to the head and was being treated at the Tampere University Hospital. Finnish Interior Minister Anne Holmlund said police had questioned the suspect the day before the shooting after he posted a video of himself at a shooting range on the Internet.

The shooting at the school in Kauhajoki, some 360 kilometres (224 miles) from Helsinki, began at around 11:00 a.m. (0800 GMT) and lasted for about an hour and a half, Paananen said. Witnesses described a chaotic scene of panic and terror. "I heard the sound of shooting and hysterical girls' voices.

Then two girls came towards my room and said a weird man was shooting," the school's janitor Jukka Forsberg told AFP. "I went to see and saw a guy leaving a big black bag in the corridor and going into classroom number three and closing the door.

"I looked through window and he immediately shot at me. Then I called the emergency number," he said, adding, "Thank God I was not hit! He fired at me but I was running zigzag. I ran for my life."

The headmaster in a school next door to the building where the drama occurred, Tapio Varmola, also described horrifying scenes. "People were running out of the building in two directions. When I went out I didn't hear any shots, only screams," he told the STT news agency.

The school had been set on fire in several locations around the building, a fire brigade duty officer said, but the blaze had been brought under control.

Thick smoke was however still complicating the police investigation and search of the premises, STT reported.

Police wearing bullet-proof vests continued to patrol the grounds around the school, whose around 200 students had been evacuated.

The gunman, who was wearing a ski mask during the attack, may also have been carrying explosives on him, according to the YLE public broadcaster.

Several media reports said the gunman was a student at the school in his 20s. In an eerie reminder of Finland's last school shooting in which eight people and the gunman were killed, the interior minister said Tuesday's suspect had posted a video of himself at a shooting range on the Internet.

"The person suspected of being the shooter had posted a video on the Internet last Friday where he was shooting at a shooting range," she said.

"Police were aware of this and spoke to him on Monday, September 22 ... However the police officer on duty decided there was no need to terminate his gun license," she said, adding that he held a "temporary license for a .22-caliber gun he obtained in 2008.

Tuesday's shooting came less than a year after a massacre at a Finnish high school in Jokela, north of Helsinki.

On November 7, 2007, 18-year-old student Pekka-Eric Auvinen shot five boys aged between 16 and 18, the 61-year-old headmistress, a 42-year-old female nurse and a 25-year-old single mother who was also a student.

He then turned his gun on himself. Before he went on his deadly rampage, Auvinen had posted a video entitled "Jokela High School Massacre -- 11/7/2007" on file-sharing website YouTube.

Following the Jokela massacre, numerous schools across Finland were evacuated following similar threats.

Finland's cabinet also moved to toughen the country's gun laws. Finland has one of the world's highest gun ownership rates, ranking third behind the United States and Yemen, according to a study last year by the Small Arms Survey of the Graduate Institute of International Studies in Geneva.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sedih baca tentang students yang kena tembak oleh orang gila ni --
banyak sangat school massacre berlaku di north america dan europe sana -

hopefully kita jadikan ni sebagai pengajaran dan walau dimana kita berada...
kena becareful sokmo -


[ Last edited by  amazed at 22-10-2008 12:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2008 03:48 AM | Show all posts
10 maut, pelajar amuk di Finland


GAMBAR ini menunjukkan Saari memegang sepucuk pistol dalam laman web YouTube.


HELSINKI - Sepuluh orang terbunuh selepas seorang pelajar lelaki, Matti Juhani Saari yang berumur 22 tahun melepaskan tembakan di sebuah kolej vokasional di Finland semalam.

Pelajar itu memakai topeng muka berwarna hitam dan bersenjata selaras senjata api automatik melepaskan tembakan di kolej itu di bandar Kauhajoki pada waktu pagi.

Satu kebakaran juga berlaku di kolej itu tetapi ia berjaya dipadamkan.

Pelajar yang melepaskan tembakan itu kemudian dilaporkan menembak dirinya.

Bagaimanapun, pelajar yang berada di tahun dua dalam bidang seni masakan itu meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital akibat cedera parah.

Sekumpulan anggota keselamatan dan kenderaan ditempatkan di kolej itu ketika sebahagian anggota polis berusaha untuk mententeramkan pelajar tersebut.

Seorang pemberita Finland memberitahu Sky News bahawa pelajar itu melepaskan tembakan ketika peperiksaan sedang berlangsung.

Media negara itu menyatakan satu klip video di YouTube menunjukkan seorang lelaki memakai jaket kulit melepaskan beberapa tembakan yang didakwa sebagai pelajar berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Anne Holmlund berkata, pelajar berkenaan pernah disoal siasat oleh polis sehari sebelum serangan berhubung imej video itu.

Bagaimanapun, kata Holmlund, dia dibebaskan kerana tidak ada sebarang asas untuk menangkapnya.

Kolej vokasional itu mempunyai 150 pelajar dan 40 guru pada 2005 dan mengajar kursus katering, pelancongan serta ekonomi rumah tangga.

Terdapat beberapa laporan bahawa seorang gadis meninggalkan sekolah itu ketika kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang pekerja penyelengaraan di kolej itu, Jukka Forsberg berkata, terdapat sejumlah orang yang mengalami kecederaan.

Pada tahun lalu, negara itu turut dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar, Pekka-Eric Auvinen membunuh sembilan orang di sebuah sekolah menengah.

Dia juga menghantar amaran awal sebelum mengamuk melepaskan tembakan itu menerusi laman web popular, YouTube dengan berkata: "Semua orang di depan mata akan saya bunuh." - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 03:50 AM | Show all posts
Mangsa pembunuhan kolej vokasional dikenal pasti

KAUHAJOKI - Pihak berkuasa Finland semalam berjaya mengenal pasti 10 mangsa pembunuhan sebuah kolej vokasional berikutan mayat mangsa rentung akibat dibakar suspek.


Mangsa-mangsa terdiri daripada lapan pelajar perempuan dan seorang lelaki manakala mangsa ke-10 ialah guru lelaki para pelajar berkenaan.

Suspek yang bersenjata api, Matti Juhani Saari turut mati setelah membunuh diri.

Polis Finland yang menemubual Saari sehari sebelum kejadian itu kelmarin, kata Menteri Dalam Negeri, Anne Holmlund.

Saluran penyiaran YLE melaporkan bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan yang menggeledah apartmen suspek mendapati dia merancang pembunuhan tersebut sejak 2002.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri Finland, Matti Vanhanen semalam mendesak untuk mengetatkan undang-undang senjata api.

Vanhanen berkata, inilah masanya untuk mengetatkan semula penggunaan senjata-senjata api di negara tersebut.

"Kami perlu mengkaji jika orang ramai perlu menggunakan pistol dengan bebas.

"Saya sangat tegas mengenai senjata api dan sepanjang tempoh beberapa bulan ini kita akan membuat keputusan mengenainya," katanya.

Kerajaan semalam turut meminta siasatan diserahkan kepada pihak polis dan polis menyoal penembak, Saari sehari yang merupakan pelajar kolej terbut.

Sehari sebelum itu, satu klip video di YouTube menunjukkan remaja lelaki tersebut melepaskan beberapa tembakan. Pihak polis kini sedang mencari individu yang membantu merakam klip video Sari tetapi sehingga kini tidak ada bukti bahawa Saari membawa teman ketika kejadian itu berlaku.- Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:02 PM | Show all posts
Lakukan pembunuhan kerana bencikan manusia

HELSINKI: Lelaki yang menembak mati 10 orang dan kemudian membunuh diri di sebuah kolej di Finland meninggalkan nota bunuh diri yang mendedahkan dia sudah merancang serangan itu selama enam tahun.

Matti Juhani Saari, 22, meninggalkan dua nota bertulis tangan menjelaskan motivasi dia melakukan pembunuhan itu kerana 'saya bencikan manusia.'

Saari menulis 'penyelesaiannya ialah 'Walther 22' yang dipercayai merujuk kepada pistol Walther 22 kaliber yang digunakan untuk melakukan jenayah itu.


Nota bunuh diri itu ditemui dalam bilik di Jabatan Hospitaliti Kauhajoki, 352 kilometer ke utara Helsinki, lokasi Saari menjadi penuntut tahun kedua kursus memasak.

Sumber polis berkata: "Saari meninggalkan nota menyatakan dia bencikan manusia, seluruh keturunan manusia dan sudah berfikir mengenai apa yang dilakukannya selama bertahun-tahun. Nota menunjukkan dia memang bermasalah dan bencikan segala-galanya."

Kandungan nota itu akan membawa kepada persoalan mengapa pihak berkuasa Finland gagal mengesan Saari menghadapi masalah mental yang teruk.


Sehari sebelum kejadian, Saari dikunjungi polis berhubung siri klip video yang dikirimkan ke laman web YouTube mengenai dirinya di lapang sasar menembak menggunakan pistol yang kemudian digunakan dalam kejadian di kolej itu.

Dalam satu klip, dia mendekati kamera dan memberi amaran 'Anda akan mati selepas ini' sebelum melepaskan empat tembakan. Dalam klip lain, dia menembak sasaran dengan semua peluru, berjalan ke arah kamera dan berkata 'selamat tinggal.'

Di sebalik ancaman jelas itu, polis membenarkan dia menyimpan pistol automatik,yang dibeli sebulan sebelum itu, kerana dilesenkan dan Saari tidak melanggar undang-undang Finland.

Menteri Dalam Negeri, Anne Holmlund, berkata: "Detektif yang mengendalikan kes ini tidak berasa mereka berada dalam keadaan perlu merampas senjata atau menarik balik lesennya."


Polis percaya ada orang lain mengendalikan kamera yang digunakan untuk merakamkan klip YouTube dan kini sedang memburu individu berkenaan.

Seluruh kolej panik apabila Saari, berpakaian serba hitam dan membawa sebuah beg besar, memasuki bangunan sejurus sebelum jam 11 pagi waktu tempatan kelmarin.

Dia kemudian memakai topeng dan dengan tenang melepaskan tembakan dalam sebuah kelas ketika penuntut sedang menduduki peperiksaan.

Saari turut meletupkan bom petrol ketika kejadian selama 90 minit itu,menyebabkan sebahagian mayat rentung sehingga tidak dapat dikenali. Dia kemudian menembak kepalanya dan meninggal dunia di hospital.



[ Last edited by  derose83 at 25-9-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 12:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 12:43 PM | Show all posts
off topic jap

selamat menyambut hari lebaran kepada semua forumer2 kt bod WE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 12:59 PM | Show all posts
Staf kedutaan Turki cedera


PINTU masuk kedutaan Turki di Finland yang dibakar penyerang semalam.

HELSINKI: Polis Finland berkata seorang kakitangan Kedutaan Turki cedera dalam kebakaran yang dilakukan secara sengaja di bangunan itu di sini.

Pintu depan bangunan kedutaan itu di ibu negara Finland ini terbakar dalam serangan berkenaan dan apinya terus merebak ke dalam bangunan sebelum ia dipadamkan oleh anggota bomba.

Seorang kakitangan kedutaan dirawat kerana terlebih hidu asap kebakaran itu.


Serangan pada awal pagi itu berlaku selepas bantahan antiTurki kelmarin di pekarangan luar kedutaan oleh sebilangan penunjuk perasaan Kurdis.

Jurucakap polis, Jussi Huhtela, berkata empat lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan itu. Huhtela berkata serangan itu mempunyai motif politik dan sebilangan daripada mereka mempunyai latar belakang Turki-Kurdis. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2008 12:16 AM | Show all posts
24 Oktober, 2008

Finland Supports Stronger International Cooperation In Overcoming Crisis

BEIJING, Oct 24 (Bernama) -- Finnish President Tarja Halonen said here Friday that the international society could and would overcome the present financial crisis by taking concrete action and by cooperating more closely with each other, Xinhua news agency reported.

"Finland supports the proposals that have been put forward for a stronger international cooperation in this field," Halonen said when addressing the opening ceremony of the two-day seventh Asia-Europe Meeting (ASEM).

"We believe that we all should approach the call for a genuine reform of the international financial system with an open mind," she noted.

Meanwhile, the president highlighted that "the present economic situation is not a reason to slow down the process to fight climate change".

"We now need a powerful global agreement more than ever," she said, noting that key elements to mitigating climate change were to agree on reducing emissions and to ensure enough resources to both development and global distribution of clean technology.

"Energy efficiency is certainly a field where we can enhance cooperation between European and Asian partners," she said.

Finland was the host of the sixth ASEM in 2006. The Declaration on Climate Change, adopted in Helsinki, capital city of the European nation, "is a strong and joint signal on how we want to shape our common future", she said.

"Over the past years, ASEM has really developed to be an important forum that has brought our two regions closer together and to tackle the challenges we are facing," the president noted.

The Beijing Summit is the first gathering for leaders of ASEM members since the body's enlargement to 45 members in 2006. This showed that ASEM was a "dynamic process", Halonen said.

"Together we are stronger, together we can make a difference during the times of economic uncertainties and turbulence, and together we can promote sustainable development, climate issues and food availability," she noted.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057597 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list