CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2143|Reply: 0

Kglame Motlanthe - Prez Baru Afrika Selatan -

[Copy link]
Post time 26-9-2008 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Motlanthe, Presiden baru Afrika Selatan

CAPE TOWN, Afrika Selatan 25 Sept. - Bekas pemimpin kesatuan sekerja dan pejuang pembebasan hari ini dipilih oleh Parlimen Afrika Selatan sebagai Presiden baru negara itu.


Kgalema Motlanthe dijangka menjadi pemimpin sementara sehingga pemilihan parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) diadakan pada tahun depan yang dijangka akan memilih Jacob Zuma bagi menggantikan beliau.

Motlanthe dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan di kalangan anggota Parlimen yang dikuasai oleh ANC, dengan kelebihan 269 undi berbanding 50 undi yang diperolehi oleh calon pembangkang, Joe Seremane.

Motlanthe menggantikan Thabo Mbeki, yang disingkirkan daripada jawatan berikutan perebutan kuasa dalam parti pemerintah itu.

Motlanthe dijangka dipilih sebagai pemimpin sementara sehingga pilihan raya diadakan pada tahun depan, apabila Zuma dijangka akan dilantik sebagai wakil rakyat dan dipilih sebagai Presiden oleh Parlimen.

Motlanthe dijangka menamakan Speaker Parlimen Baleka Mbete sebagai Timbalan Presiden.

- AP

Zuma, yang merupakan saingan Mbeki, menyaksikan proses pengundian di Parlimen melalui galeri awam di bangunan Parlimen.

Zuma tidak layak dipilih sebagai Presiden kerana beliau bukan seorang wakil rakyat.

Ketika keputusan pengundian diumumkan, yang memperlihatkan perpaduan kuat di dalam ANC, anggota-anggota Parlimen bangun memberi tepukan gemuruh kepada Motlanthe, sambil Motlanthe memberi isyarat tabik hormat kepada galeri Parlimen.

Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas di Parlimen yang menggambarkan reputasinya sebagai seorang tokoh politik yang tenang, terbuka dan berterus terang.

Motlanthe dijangka menamakan Speaker Parlimen Baleka Mbete sebagai Timbalan Presiden.

- AP

****************************************************************************

saya tak pernah dengar nama dia ni... anyone but Thabo Mbeki tu

*teringat nelson mandela ---
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.210056 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list