CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4444|Reply: 22

penyakit misteri; hidup dgn minum susu, takda nafsu makan!!

[Copy link]
Post time 27-9-2008 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Hidup dengan minum susu - Penyakit misteri ‘tiada nafsu’ makan

Oleh ZAID MOHD. NOOR


ZAHARAH memerhatikan Fazli meneguk segelas susu
di rumahnya di Kampung Padang Serai, Pokok Sena semalam.


POKOK SENA - "Sejak dilahirkan, anak saya ini tidak pernah menjamah makanan selain minum susu sahaja," kata Zaharah Mustafa mengenai anaknya, Fazli Shuib, 23, yang mempunyai penyakit misteri 'tiada nafsu' makan.

Menurut Zaharah, 57, setiap hari anaknya itu akan minum susu kira-kira 10 gelas sehari bagi menggantikan makanan berzat lain untuk tenaga dan pembesaran.

Malah katanya, Fazli hanya minum susu tepung jenis tertentu sahaja.

"Sejak dari kecil lagi Fazli mendapat rawatan di hospital, tetapi tidak dapat dikesan jenis penyakit yang dihidapi.

"Malah usaha saya membawanya berubat secara tradisional juga tidak berhasil kerana dia masih tidak berselera makan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Serai di sini semalam.

Zaharah berkata, Fazli yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik juga tidak bersekolah dan kurang aktif serta saiz badannya agak kecil berbanding dengan usianya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli susu tepung bagi menampung keperluan anaknya.

Jelasnya, dia dan suaminya, Shuib Man, 58, hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja dan pendapatannya pula dianggarkan RM600 sebulan.

"Saya sentiasa memastikan anak saya dapat minum susu secukupnya," ujarnya.

Katanya, perbelanjaannya mungkin lebih ringan sekiranya mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Zaharah memberitahu, suaminya pernah memohon bantuan JKM sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak mendapat pertimbangan sehingga sekarang.

Sementara itu Fazli berkata, dia hanya minum susu kerana menganggap makanan lain tidak sedap.

"Walaupun disajikan makanan paling sedap, saya tetap tidak mahu makan," katanya.

Fazli berkata, dia tidak dapat berpuasa kerana mudah letih sekiranya tidak dapat minum susu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Diatetik dan Sajian, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Nor Azlinah Zai - ran berkata, dia tidak menolak kemungkinan masallah yang dihadapi oleh Fazli mempunyai kaitan dengan psikologi.

Menurutnya, pemuda itu mungkin terikut-ikut dengan amalan minum susu sahaja tanpa menyentuh makanan lain sejak dari kecil lagi.





morel of the stori........  kalu ko ada anak..  jgn bagi minum susu ajork masa kecik... nanti  sumer benda tanak makan.....

morel of the stori 2..    nak minum susu bley....... tapi jgn yg diimport dari china wokey...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2008 10:22 AM | Show all posts
ni mesti dah besar pun minum susu ibu lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 10:50 AM | Show all posts
anak manja nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 11:09 AM | Show all posts
dia minum apa enfalac ke frisolac...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 11:43 AM | Show all posts
sian jg
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:38 AM | Show all posts
dier nyer deria2 rasa ada problem kot?..
badan dier tak gak menghadapi allergic ka apa klu makan apa2...
aku rasa budak tuh manja kot?

aku nak gak makan bueno kinder...tak makan nasik and bagai..
tapi chocolate tuh mahal...apa leh buatkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2008 07:59 PM | Show all posts
Aku rasa dia bukan mengada-ngada. Sebab kalau kita manusia normal ni asyik makan benda yang sama sahaja lama-lama jadi bosan dan muak. Nak cari makanan lain. Tapi budak ni dari kecik sampai besar pun susu tu jah dia duk minom. Jadi memang dia ada penyakit pelik la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:09 PM | Show all posts
mesti kurang zat bdk nih..huhu
tgk gambar..tgn dia mcm ada tompk2 ja...
patutnya susu tuh mak dia blend skali ngan pil2 vitamin bg anak dia mkn..bg cukup zat..
tp tulang dia mesti power...sbb cukup kalsium..


jgn susu pekat manis suda lah..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 11:56 AM | Show all posts

Balas #4 johan3036\ catat

hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 01:56 PM | Show all posts
hebat budak ni..boleh tahan minum susu jer..ni kalau makan piza hut depan dia pun kompom buat dono je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 11:33 PM | Show all posts
nafsu makan takde takpe lagi...jgn takde nafsu 'tuuuut' yg payah skit
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:31 AM | Show all posts
BILO DA KAWIN MINUM SUSU BINI DIE LAKK....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 10:33 AM | Show all posts
nih masalah phisicology
dia yg anggap makanan lain tak sedap
selagi tak try tak kan nak tau makanan tu sedap ke tak

dia nih seksakan sikit perut dia
baru dia nak makan makanan lain
mak dia nih pun keras lah sikit
anak dia nih mmg ngegada
mencik aku nengok budak yg manja sgt macam nih

(alamak terlebih suda aku marah2)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 12:18 PM | Show all posts
mungkin smthing to do w his hypothalamus.  part yg mengawal selera n cravings.  lupa part specifiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 08:08 PM | Show all posts
kene bwk jumpa drhouse
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by johan3036 at 27-9-2008 11:09 AM
dia minum apa enfalac ke frisolac...


anmum lar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 06:03 PM | Show all posts
peliknye bdk ni. tp syg die xdpt rase nikmat sedapnye makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 06:18 PM | Show all posts
try la ajar fazli mkn
tak byk pun sikit la, kasi dia test drive luk
baru lah tau seru tak seru
atau penyakit dia ni kalau makanan lain dia akn muntah kan balik food tuh?
kalau camtu halnya, penyakit lah anak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 10:19 PM | Show all posts
patut nyer mak ia tu pun pandai la bubuh ape² kt susu tu..
jgn bgtau,
tgk si fazli tu minum atau x susu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:03 PM | Show all posts
korg suka buat lawak jur, fkirkn keadaan bdak 2, cian dia. bg sy jmpe doktor pakar untuk mnilai tahap kesihatan die....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.195790 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list