CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 0

THAILAND CATASTROPHE: update -- banjir thailand ragut 24 nyawa!!

[Copy link]
Post time 5-10-2008 02:00 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Thailand ragut 24 nyawa

BANGKOK 3 Okt. - Banjir yang melanda beberapa wilayah di Thailand sejak tiga minggu lepas telah meragut 24 nyawa, dan menyebabkan lebih 212,000 penduduk mengalami masalah kesihatan.

Kementerian Kesihatan Awam berkata, antara masalah kesihatan yang dialami penduduk termasuk ruam, selesema, masalah kulit, sakit kaki dan sakit perut.

Kementerian itu berkata, kebanyakan mereka menerima rawatan di 1,055 pusat perkhidmatannya yang diwujudkan di seluruh negara.

Hujan lebat sejak tiga minggu lepas mengakibatkan beberapa wilayah di utara dan timur laut negara ini dilanda oleh banjir, dengan kawasan sekitar Phitsanulok, Lopburi, Pranakornsriayuthya, Khonkaen dan Prajeenburi paling teruk terjejas.

Jabatan Meteorologi, sebelum ini memberi amaran kepada penduduk di sembilan wilayah, terutama yang tinggal berhampiran sungai dan kaki bukit, supaya berjaga-jaga terhadap kemungkinan dilanda oleh banjir kilat, hujan lebat, serta tanah runtuh.

Hujan lebat dan ribut petir di ibu kota pagi ini pula mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan rendah, sekali gus menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas menjadi bertambah buruk.

Pada minggu lepas Kementerian Pedalaman berkata, 24 daripada 76 wilayah di Thailand dilanda banjir sejak beberapa minggu lepas, mengakibatkan kerosakan yang dianggarkan Bt115 juta.

- Bernama





kat thailand ni.. jarang kena gempa bumi...tapi  banjir mmg selalu gak kena... tak banjir, kemarau...     dgn krisis politik tak habis2 lagi... tambah lagi banjir ke hulu  banjir ke hilir....  aku simpati gak ngan rakyat depa nih...

[ Last edited by  amazed at 6-10-2008 10:10 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059144 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list