CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39980|Reply: 13

jubah konvokesyen; lambang kejayaan!!

[Copy link]
Post time 8-10-2008 08:04 AM | Show all posts |Read mode
2 hari siap sehelai

Oleh JOHANNA A. SOBREY

Bulan paling sibuk bagi menghasilkan jubah akademi ialah pada Mac sehingga Ogos, setiap tahun.




JUBAH konvokesyen institusi pengajian tempatan menerapkan
pelbagai elemen identiti sama ada tahap pengajian akademik
mahupun warisan institusi dan negara.



SETIAP tahun, ribuan graduan yang lengkap berpakaian jubah dan papan mortar akan tersenyum megah, bermula daripada perhimpunan di luar dewan sehinggalah ke bibit kaki melangkah ke atas pentas menerima ijazah yang diidam-idamkan selama ini.

Perarakan penuh istiadat kakitangan akademi yang turut diiringi graduan dalam pakaian tersergam indah dengan wajah penuh kegirangan adalah satu pemandangan yang penuh bermakna, bukan sahaja bagi graduan itu sendiri tetapi juga hadirin yang turut berada di dewan menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Dan setiap kali majlis penuh gilang-gemilang itu diadakan, Nora Aziz akan berpuas hati dan berbangga kerana dapat berkongsi hari bersejarah itu, walaupun tidak secara langsung.

Nora yang merupakan Pengarah Eksekutif SUPB Industries Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik keluarga telah menghasilkan jubah-jubah konvokesyen sejak tahun 1982.



PENGGUNAAN teknologi moden turut diaplikasikan dalam penghasilan jubah.



Dimulakan oleh bapanya yang kini memegang jawatan Pegawai Urusan SUPB Industries, Aziz Yusoff, Nora memaklumkan bahawa usaha mereka itu bermula apabila menyedari kepentingan pakaian istiadat konvokesyen itu dalam pendidikan tinggi tempatan khususnya.

"ada peringkat awal, universiti-universiti awam tempatan pada tahun 1960-an seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia menempah jubah konvokesyen universiti masing-masing daripada Ede and Ravenscroft di United Kingdom (UK).

"Kos pembelian di UK jauh lebih tinggi berbanding jubah tempatan. Inilah yang menjadi pendorong kepada kami untuk membuka sebuah syarikat yang khusus menjahit dan membekalkan jubah-jubah konvokesyen di pasaran tempatan," ujar Nora.

Ede and Ravenscroft merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di UK yang telah diasaskan pada tahun 1689. Ia menyediakan kira-kira 90 peratus jubah konvokesyen institusi-institusi pengajian tinggi di negara itu.

Reputasi unggulnya untuk menghasilkan pakaian seragam terbaik di England bermula apabila ia telah dikomisyenkan untuk menghasilkan jubah bagi upacara kemahkotaan Raja William III dan Ratu Mary II.



KERJA-KERJA tangan seperti menjahit butang dan mengemas kelim turut dilaksanakan.



Sejak itu, Ede and Ravenscroft telah menghasilkan pakaian bagi 12 upacara kemahkotaan British, pembukaan Parlimen dan untuk golongan kerabat diraja serta bagi majlis-majlis sivik, perundangan dan akademi.

Pada hari ini, ia telah menerima ketiga-tiga waran diraja iaitu satu tuntutan hak yang hanya tujuh syarikat lain dibenarkan membuatnya.

Dengan reputasi unggul yang dimiliki Ede and Ravenscroft, Aziz telah pergi ke UK untuk mendekati dan mengkaji tentang pembuatan jubah akademi agar ia boleh dilaksanakan di pasaran tempatan.

"Setiap potong, setiap kelim dan jahitan serta material yang bersesuaian dikaji sebelum pasaran membuat jubah akademi ini dimulakan," kata Nora yang memaklumkan bahawa kini SUPB menyediakan kira-kira 90 peratus jubah akademi tempatan.

Bermula dengan jubah akademi Universiti Malaya (UM), SUPB terus melebarkan sayap perniagaannya dengan menghasilkan jubah-jubah ke pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan, sama ada awam mahupun swasta.

Memaklumkan bahawa terdapat institusi-institusi yang mereka sendiri jubah mereka, Nora turut berkata, pihaknya juga mempunyai pereka dalaman tersendiri yang melakukan tugas tersebut.

" Penerapan rekaan bergantung kepada banyak faktor, bukan sahaja dari segi luaran yang dilihat seperti penggunaan kain atau warna, tetapi juga motif-motif yang diterap dalam setiap jubah.

"Setiap motif atau rekaan mempunyai simbol tersendiri bagi setiap institusi," ujarnya.

MESIN sulaman menjahit hiasan pada jubah.

Apabila ditanya mengenai harga setiap jubah, Nora menjelaskan bahawa ia bergantung kepada rekaan, warna dan material yang digunakan termasuk fabrik jubah dan sama ada ia mempunyai rekaan yang bersulam mahupun menggunakan songket.

"Biasanya untuk para graduan, material tempatan seperti viskos, poliester viskos ataupun poliester digunakan.

"Sementara untuk jubah pegawai dan ahli akademi lain, kebanyakannya menggunakan material seperti sutera atau polysilk yang diimport dari luar negara seperti dari UK," jelas Nora lagi.

Secara amnya, Nora memaklumkan material yang digunakan haruslah kelihatan kemas apabila dipakai dan tidak mudah berkedut.
Sekiranya jubah untuk pelajar menyelitkan penggunaan songket yang kami dapatkan dari Terengganu contohnya, kata Nora, ia boleh berharga kira-kira RM600 sepasang.

"Tetapi sekali lagi, ini semua bergantung kepada rekaan songket dan jubah itu juga," tambahnya.

Sebagai pelengkap jubah yang dijahit, SUPB turut menyediakan kelengkapan konvokesyen lain seperti papan mortar (mortarboard), topi bonet, hud dan folder serta skrol untuk ijazah.

" Papan mortar atau kelengkapan kepala akan mempunyai rambu atau tassel. Kami di SUPB turut memberikan kelainan kepada mortarboard tanpa menghilangkan identitinya.

"Keperincian seperti meletakkan logo institusi ataupun tahun graduasi pada ikatan tassel ini bukan sahaja menarik, tetapi boleh dijadikan sebagai saguhati yang penuh bermakna," kata wanita yang pernah berkecimpung dalam dunia korporat sebelum menyertai perniagaan itu.

Di samping itu, Nora turut memaklumkan bagi jubah mahasiswa, pihaknya menyediakan saiz standard seperti S, M dan L manakala bagi jubah pegawai tertinggi, ukuran badan akan dibuat terlebih dahulu sebelum ia dijahit.

Selain penghasilan jubah akademi, SUPB turut menyediakan perkhidmatan sewaan dan juga konsesi di mana jubah dan kelengkapannya akan disimpan dan diselenggarakan oleh pihak SUPB.



PEMOTONGAN kain dibuat dengan berhati-hati mengikut
spesifikasi yang telah ditentukan.

Di samping itu, SUPB turut menyediakan perkhidmatan dan penghasilan pakaian korporat, produk keselamatan, aksesori dan kerja-kerja sulaman.

"Menghasilkan jubah konvokesyen bukanlah satu kerja yang mudah. Kami menghabiskan kira-kira dua hari untuk menyiapkan sehelai jubah. Ini kerana penghasilan turut melibatkan kerja-kerja keperincian menggunakan tangan seperti menyembat dan pemasangan butang.

"Tetapi secara keseluruhan, penyediaan jubah mengambil masa yang sangat lama kerana penyelidikan yang perlu dilakukan, serta kerja-kerja lain yang terlibat. Ia boleh mengambil masa setahun sebelum jubah itu dihasilkan," jelas Nora.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya turut menggunakan mesin dan peralatan terkini untuk proses-proses pembuatan jubah termasuk untuk memotong kain, penghasilan sulaman dan juga rekaan jubah.

Sambil memberitahu bulan paling sibuk bagi menghasilkan jubah akademi ialah pada Mac sehingga Ogos, Nora menambah: "Jubah konvokesyen yang dikenakan di negara ini mempunyai personalitinya tersendiri.

"Jika di negara-negara Barat, kebanyakan jubah adalah lebih ringkas dengan penggunaan warna yang terhad seperti hitam dan sedikit calitan warna lain.

"Tetapi di Malaysia, jubah kita kaya dengan penerapan warisan dan identiti negara mahupun institusi itu. Penggunaan motif, warna dan rekaan pula memberikan kelainan dari sebuah pusat pengajian dengan pusat pengajian yang lain."

Bagaimanakah perasan SUPB dalam menghasilkan kelengkapan-kelengkapan graduasi ini?

" Pemakaian jubah bagi kami melambangkan prestasi dan kejayaan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi.

"Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati dan berbangga kerana dapat berkongsi hari penuh kegembiraan ini bersama mereka," ujar Nora yang mengakui kerap menghadiri majlis istiadat konvokesyen institusi pengajian tempatan untuk melihat sendiri dan mendapatkan respons umum terhadap produk yang dihasilkan.

Katanya lagi, sejak lima atau enam tahun kebelakangan ini, boleh dilihat bahawa pasaran jubah turut meningkat, seiring dengan peningkatan bilangan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Sebagai kontraktor, kata wanita ini, kita perlu peka dengan peredaran zaman dan juga ciri-ciri sesebuah institusi pengajian tinggi.
"Kita juga perlu sedar akan perbezaan setiap aras graduan dan juga pegawai terlibat.

" Pemakaian jubah bukan hanya dipakai untuk melengkapkan majlis, tetapi sebagai simbol kejayaan setiap hierarki graduan, sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah muda, pasca-ijazah mahupun sarjana kedoktoran."

Setiap pegawai, tambahnya lagi, juga mempunyai perbezaan aras tersendiri seperti ketua jabatan, dekan, rektor, naib canselor mahupun pro canselor.
"Setiap aras mempunyai perbezaan yang boleh ditafsir dan diserlahkan dalam setiap jubah yang dipakai," kata Nora lagi.

Sehubungan itu, sebelum menamatkan bicara, beliau berkata : " Pemakaian jubah dan kelengkapan lain bukan hanya untuk sesuatu istiadat tetapi memberikan makna yang lebih mendalam bagi mereka yang hadir pada hari tersebut.

"Ia adalah lambang di mana seseorang itu telah berjaya dalam pendidikannya."




crikeyyyyyyyy  baguih betul bisness buat jubah nih.. mmg untung kaw kaw sbb tiap tahun puluhan ribu graduate.....   nak gak aku tengok rupa jubah bagi tiap universiti kat mesia nih.... aku dulu graduate kat NIU  jubah depa lain... dari sini..  nanti ler aku scan gambaq jubah tu.... kalu letak gambaq aku sekali.. cissssss  beskot tentu tak tidoq lena pulak malam ni...  macho dan ensem bangat...  huhu..             NOT!!

      

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2008 08:07 AM | Show all posts
Impak rekaan jubah

Pada hari ini rekaan jubah akademi masih lagi lurus dengan mempunyai bentuk yang kembang sedikit, di samping pelbagai variasi bentuk lengan sama ada lurus mahupun kembang.



PEMAKAIAN jubah akademi merupakan simbol kecemerlangan
dan pencapaian seorang mahasiswa. - Gambar hiasan



PEMAKAIAN jubah graduasi memberikan 1,001 makna bagi mereka yang hadir pada hari yang bersejarah iaitu majlis konvokesyen di universiti.

Bagi seorang mahasiswa, hari tersebut adalah hari kejayaannya merentangi pelbagai pancaroba dan cabaran yang dihadapinya dalam mengejar gelaran 'graduan'.

Bagi ibu bapa mahupun penjaga, melihat anak jagaan mereka berjaya di menara gading adalah satu kejayaan tersendiri bagi diri masing-masing.

Daripada peringkat awal kelahiran sehingga menyaksikan anak kesayangan menerima skrol, menandakan bermulanya satu lagi fasa kehidupan mereka.
Kini, anak mereka melangkah ke dunia sebenar, berhadapan dengan realiti hidup berbekalkan ilmu yang telah disemai di rumah dan juga institusi pengajian tinggi.

Bagi seorang ahli akademi, majlis konvokesyen menandakan kejayaannya mendidik bakal pemimpin yang akan terus memakmurkan dan mengharumkan nama institusi pengajian dan seterusnya negara. Ia adalah hari di mana ilmu yang dikongsi akan terus berkembang dan mekar dalam kehidupan para pelajarnya.

Sungguhpun demikian, upacara konvokesyen pastinya tidak lengkap tanpa tradisi dan istiadat yang telah diamalkan sejak permulaan sesebuah institusi pengajian tinggi.

Kekayaan budaya dan warisan itu bukan hanya dilihat daripada perarakan ahli akademi dan graduan serta cokmar yang menjadi simbol istiadat, tetapi juga daripada pakaian serta kelengkapan kepala yang membezakan antara yang diraikan dan yang meraikan.

Menurut Prof. Madya Sharifah Alwiah Syed Sahil di Jabatan Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pemakaian jubah akademi merupakan simbol kecemerlangan dan pencapaian seorang mahasiswa daripada peringkat sijil sehinggalah yang tertinggi, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (Ph.D).

"Di Malaysia, istiadat konvokesyen masih lagi ditekankan pada hari ini. Malah, jubah yang dikenakan pada hari itu mempunyai makna yang begitu mendalam dan pemakaiannya masih dihormati.

"Di negara asing, tidak menghairankan sekiranya jubah graduasi itu dimasukkan terus ke dalam tong atau kotak."

Sungguhpun demikian, Sharifah Alwiah tidak menafikan bahawa terdapat negara-negara lain yang mempunyai jubah akademi unik dengan elemen tersendiri.
"Tetapi di Malaysia, elemen-elemen kemewahan rekaan boleh dilihat dengan jelas."

Sharifah Alwiah yang turut mereka jubah bagi beberapa institusi pengajian tempatan termasuk UiTM dan juga hakim-hakim Syarie sejak tahun 1980-an, menyatakan bahawa jubah mempunyai sejarah silam yang unik.

"Ramai yang beranggapan bahawa jubah konvokesyen berasal dari negara Barat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah pakaian upacara yang dikenakan oleh golongan tertentu, contohnya imam di tempat-tempat ibadah di negara Arab."

Kata Sharifah Alwiah lagi: "Apabila suatu pakaian istiadat dipakai, pada kebiasaannya tempat-tempat agama dan ibadat dijadikan rujukan.

"Jika kita mengimbas kembali sejarah, imam atau ketua-ketua agama dipandang mulia dan dihormati. Dalam konteks upacara konvokesyen pula, graduan merupakan golongan yang cemerlang dalam cara tersendiri."

Katanya lagi: Daripada tempat-tempat beribadat, penggunaan jubah telah tersebar ke negara-negara berhampiran dan akhirnya ke seluruh dunia.

"Malah, papan mortar atau mortarboardpada asalnya adalah tempat meletakkan al-Quran di kepala. Hanya rekaannya berbeza berbanding hari ini yang dibentuk bersesuaian dengan bentuk kepala, praktikal dan keselesaan.

"Dahulu, ia hanya sebuah papan leper di kepala untuk meletakkan al-Quran."

Ditemui di pejabatnya yang terletak di kampus induk UiTM di Shah Alam, Sharifah Alwiah berkata, hiasan seperti rumba atau tassel turut menghiasi mortarboard yang dipakai graduan pada hari ini.

"Di sesetengah universiti atau institusi, kedudukan tassel memberikan makna yang berbeza di mana jika ia berada di sebelah kiri, ia bermaksud bahawa mahasiswa itu masih belum bergraduat.

"Tetapi apabila beliau menerima skrol, tassel akan dialihkan ke sebelah kanan, menandakan beliau kini seorang graduan."

SHARIFAH ALWIAH

Bermula dengan potongan lurus dan longgar, peredaran zaman turut memberikan impak kepada rekaan jubah akademi.

"Masih mengekalkan ciri-ciri longgar dan potongan lurus serta berlisu, rekaan pada jubah kini mempunyai nilai estetika tersendiri seperti kewujudan raised pleating di mana bahagian kain tertentu mempunyai tali yang akan ditarik membentuk lisu yang lebih kemas.

"Jika suatu ketika dahulu, lisu bertentang atau box pleating digunakan, kini untuk tampak lebih kemas, raised pleating lebih digemari," kata Sharifah Alwiah lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa penggunaan jubah akademi di negara ini bermula di Universiti Malaya (UM) kerana ia merupakan institusi pengajian tinggi yang tertua di negara ini sebelum diikuti institusi-institusi pengajian tinggi lain.

Sharifah Alwiah menjelaskan bahawa aspek rekaan jubah bukanlah suatu tugas mudah kerana ia memerlukan kajian yang terperinci terhadap institusi yang diwakilinya.

"Apabila kita hendak mereka jubah, konsep, misi dan visi sesebuah institusi itu akan dikaji dan diterapkan di dalam rekaan.

"Kemudian, barulah penggunaan material yang bersesuaian dan aspek lain seperti pilihan warna, sulaman atau songket dimasukkan ke dalam rekaan," ujar Sharifah Alwiah.

Beliau turut berkata, pada hari ini rekaan jubah akademi masih lagi lurus dengan mempunyai bentuk yang kembang sedikit, di samping pelbagai variasi bentuk lengan sama ada lurus mahupun kembang.

Selain itu, keperincian lain seperti bilangan jalur, rekaan pada lengan atau leher, perbezaan warna fabrik dan hud turut membezakan jubah akademi yang dipakai mahasiswa dan pegawai tertinggi institusi.

Cabaran mereka sesuatu jubah tidak terhenti pada rekaannya sahaja, tetapi juga daripada pemilihan fabrik sehinggalah ke peringkat produksi.

"Rekaan jubah juga perlu mempunyai kesinambungan dengan istiadat konvokesyen itu sendiri, di mana pereka akan melihat upacara itu secara keseluruhan dan bukan hanya tertumpu pada pakaian yang direka.

"Daripada bentuk dan rekaan cokmar, pakaian pembawa cokmar sehinggalah hiasan kerusi yang digunakan, jubah yang terhasil perlulah berharmoni dengan upacara."

Oleh yang demikian, Sharifah Alwiah berkata, input daripada institusi dan kerjasama secara berpasukan adalah penting dalam menjayakan satu rekaan jubah.
Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk mereka jubah?

"Secara ideal, ia mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan suatu rekaan. Ini termasuk daripada rekaan sehinggalah ke peringkat produksi.

"Kerjanya perlu dilakukan dengan teliti kerana jubah mewakili sesebuah institusi pengajian," kata Sharifah Alwiah yang pernah menyiapkan rekaan jubah akademi dalam masa yang amat singkat, kira-kira dua bulan.

Tambahnya lagi: "Oleh yang demikian kerja-kerja yang terlibat seperti penyelidikan, perkembangan idea, pembentangan idea, memperhalusi rekaan, penghasilan prototaip sehinggalah pemantauan penghasilan."







Sehelai jubah pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran kelengkapan lain.

Sharifah Alwiyah berkata: "Tahap pencapaian antara graduan ijazah dan mereka yang menerima ijazah doktor falsafah (Ph.D) turut dilihat dengan jelas melalui kelengkapan kepala.

" Penerima Ph.D akan memakai topi bonet manakala graduan sehingga peringkat sarjana akan memakai mortarboard."

Selain itu, penggunaan hud pelbagai warna atau calitan juga boleh dilihat sebagai simbol pencapaian akademi setiap individu ataupun fakulti yang diwakilinya.

Menyentuh mengenai pemilihan material yang digunakan dalam produksi jubah, Sharifah Alwiah berkata, antara faktor utama yang dilihat termasuk apabila fabrik akan kelihatan tergantung kemas apabila dipakai.

"Ia boleh terdiri daripada fabrik semula jadi seperti sutera ataupun buatan manusia, asalkan fabrik itu cantik, mampu bertahan dengan sulaman atau hiasan lain di atasnya dan kelihatan berat agar terletak di badan.

Secara keseluruhan, katanya, kita mahukan fabrik yang mampu meminimumkan berat pakaian tersebut dan memberikan keselesaan.

Sebelum menamatkan bicara, Sharifah Alwiah berkata, "eranan jubah akademi adalah sangat besar dalam sesebuah upacara konvokesyen. Tanpanya, istiadat tersebut tidak lengkap."

Lagipun, dengan adanya jubah akademi, ia menampakkan betapa serius dan formal upacara itu sebenarnya.



wowziee bukan senang nak buat ni woooo seni  tu  seni!!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 11:43 AM | Show all posts
Ni lah sejarah jibah sebenarnya.
Buatannya halus....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:37 AM | Show all posts


jubah uia~~

[ Last edited by  033589 at 31-10-2008 12:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 05:17 PM | Show all posts
Sesuai ke jubah dipakai oleh peserta Akademi Fantasia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:11 PM | Show all posts
masih terasa berasa bangga dapat memakai jubah...

lambang penghormatan persalinan tanda kejayaan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 12:52 PM | Show all posts
Jubah untuk konvokesyen dengan jubah yang dipakai oleh hakim atau spekear parlimen/DUN...ada tak sebarang persamaan atau perbezaan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:13 PM | Show all posts
inilah yang semua muda mudi impikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 09:16 AM | Show all posts
dan jubah jg dipakai di church....


jubah choir church....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:52 PM | Show all posts
rasanya jubah UM masih mengekalkan ciri2 lama sebagai jubah dari Universiti pertama di Malaysia. nanti mama try tepek gambo, kat opis ni kena ban ler pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 09:44 PM | Show all posts
10# mamaSarah

Ko ex UM ke samalah kita ekk

gambar Hiasan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 10:28 AM | Show all posts
meriah betul jubah2 convo universities kat m'sia nih.. aku dulu kat US pakai jubah nipis jek kaler itam mase graduation first degree... sempoi yg amat lah.... beli pun dlm 30 dollars jer... sampai skang aku simpan lagik.. wat kenangan....yg aku paling sayang is the mortar.. coz tergantung no 99 kat situ (class of 99)...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:58 AM | Show all posts
wah, beli baguznyer.. kat mesia nih kene sewa n bayaran pun mahal gak, tak dpt blik pun..... nak simpan buat kenangan tak dapek... hua
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:59 AM | Show all posts
11# cm_gagahperkasa

yup, fpp, batch 1999/2000.... grad 2003... cm biler?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.148616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list