CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13429|Reply: 166

Dugaan/Kurniaan Tuhan???

[Copy link]
Post time 9-10-2008 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Beginilah... saya banyak jumpa orang... bab2 agama ni, boleh kata depa ni kuranglah, baik mak ayah maupun anak2... tapi, hak bahagian dunia ni, depa ni dapat baguih2... hidup ok, kerja baguih, sekolah cemerlang... meniaga maju... keluarga x ada masalah, anak-anak, ok... tapi sebaliknya pulak, ada saya jumpa, bab2 agama ni, kelas A... maksudnya baguih, sembahyang, mengaji... kita boleh bagi gred A la... tapi bila mai bab dunia, kerja... biasa2 saja, ada tu tak naik2 pangkat pun sampai dh masuk umur pencen... anak2... mengaji sekolah, sedang2 saja, ada tu, tak cemerlang... ada masalah pulak... pendek kata, bahagian dunia ni depa ni dapat yg kurang elok, berbanding dgn yg kurang dlm bab agama ni...
Ustaz dok ada sebut, semakin kita dekat dgn Dia, semakin banyak rahmat, berkat, kurniaan yg kita peroleh... tapi, kalau senario yg saya dok bawak ni, statement ustaz ni macam tak kena!... Apa kita nak sebut ni qada/qadar, atau dugaan/kurniaan tuhan... atau apa?
Mai kita pakat2 bincang sikit... Silakan tuan/puan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 09:28 AM | Show all posts
揥ahai manusia, taat dan berkhidmatlah kepada-KU dan janganlah gelisah tentang rezeki kerana rezeki telah AKU selesaikan urusannya; jangan berdukacita atas sesuatu yang telah AKU selesaikan urusannya untukmu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:28 AM | Show all posts

Reply #1 lebaimandraguna's post

threah ni macam kena dengan apa yang ruby hadapi sekarang..

macam ini..

saya baru lepas berpisah dengan suami..
kerana tidak persefahaman..
lagi pun kami kahwin bukan atas dasar cinta..

pernah 2 3 kali putus cinta semasa remaja..

dalam pada mengharungi kekecewaan
akibat dari perpisahan itu..
saya banyak bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT..
sebut sahaja solat hajat apa yang saya tidak buat..
solat malam menjadi kemestian bagi saya..

tidak lama kemudian..
saya berkenalan dengan seorang lelaki
yang berjawatan baik dengan sebuah syarikat perkapalan
yang berpengkalan di PG..
perkenalan tidak sengaja itu.. membuahkan hasil cinta..
saya jatuh cinta pada dia tapi hasil dari reaksi dia..
nampaknya saya tidak bertepuk sebelah tangan..
saya berdoa semoga saya ditemukan jodoh dengan saya..
tapi tidak lama kemudian saya mendapat tahu..
dia dah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak..
tidak seperti yang saya ketahui sebelum ini..
dia sudah bercerai dengan isterinya..
selepas itu..dia diam tanpa meninggalkan apa2 pesan kepada saya..
tinggal saya terkontang kanting seorang
tanpa tahu apa silap saya..

yang kedua..

selepas daripada kekecewaan itu,
solat malam saya perhebatkan..
doa saya sering disulami dengan airmata..
minta Yang Maha Adil memberikan ketenangan jiwa kepada saya..

tiba2 selepas 7 bulan saya saya bersendiri lagi..
datang satu sms daripada orang senegeri dengan saya
yang lebih muda daripada saya 2 tahun..
bekerja dengan jawatan yang sangat baik dan bekerja di tanah arab
dengan sebuah syarikat carigali minyak..
balik ke negeri kelahiran saya setiap 6 minggu..
saya tidak tahu dari mana dia mendapat no hp saya..
dan saya dah katakan saya lebih berusia daripadanya
dan dia tak kisah akan itu semua..
pertemuan demi pertemuan diatur..
sehingga saya sudah jatuh cinta yang sangat2 kepadanya..
dia sangat romantik dengan panggilan sayang kepadanya dan
sayang juga kepada saya..
namun dalam pada itu saya takut pisang akan berbuah dua kali..
saya kena berhati2.. tulis diari pun saya tak buat, sedangkan
itu lah habit saya hari2, bukan apa, saya takut tak jadi..
namun dalam pada itu
akhir sekali pada 5 hari selepas hari raya puasa..
dia mengajak saya bercuti di satu resort dipinggiran pantai Merang
Terengganu..
bermula episod dia menempah hanya satu bilik dengan saya..
dan saya ingat dia bergurau bila berbuat demikian..
apabila dua insan adam dan hawa berada di dalam sebuah bilik..
maka yang ketiga pun menghadirkan diri lah..
kami bercumbu tapi tak lah sampai melakukan perkara terhina itu..

semasa saya menguruskan diri di dalam washroom,
tiba2 dia berkata kami harus balik segera..
kerana ada kerja yang harus diurusi dengan segera pagi esoknya
dan malam ini terpaksa bertemu orang yang penting untuk projeknya..
dan kami bertolak pada petangnya segera..
dan menghantarnya ke rumah saya...
selepas itu saya menghantarnya sms..
i love you..with all my heart..
sehari tak berjawap..dia hari tak berjawap..
tiga hari tak berjawap..
saya tidak tahu masalahnya..
saya sms kata jika tak suka saya..
bagi tahulah bahawa dia tak suka..
tapi hingga hari ini tiada jawapan yang saya terima..
sedangkan semasa di resort tersebut..
tiada kecacatan dalam perhubungan kami dan
semasa dalam perjalanan balik pun masih dipenuhi dengan
gurau senda dan saya semakin menyayanginya..

dan saya tahu hari ini dia akan berangkat ke tanah arab
untuk menyambung kerjanya selepas cuti raya..
tinggallah saya sekali lagi terkontang kanting..
tidak tahu apa salah saya..apa dosa saya pada dia..

masalahnya..
orang yang buat saya menjadi macam tu..
semuanya hidup senang lenang sekarang..
kaya ria.. berharta, boleh buat apa yang dia mahu..
sedang saya seorang yang terpaksa
mengharungi penderitaan ditinggalkan
seorang diri...

Saya ingin bertanyakan adakah itu kurniaan atau dugaan?..
jika dugaan, saya tidak sanggup lagi menghadapinya..
dan jika kurniaan, apakah begitu buruk kurniaan itu terhadap saya..
atau Tuhan Yang Maha Kuasa tidak mendengar doa dan munajat saya?
sedangkan saya sudah tidak tertahan menanggung dugaan ini
dan pernah terfikir untuk menghabiskan riwayat saya sendiri..
tetapi takut.. roh tidak diterima Allah SWT dan kekal di neraka sampai bila2..

Tolonglah saya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #3 ruby_princess's post

baik lah kita tak payah merancang
kalau macam tu..
sebab Allah SWT dah tentukan Qada' kita di Loh Mahfuz kan?

kita tunggu sajalah
apa yang jatuh di atas riba kita..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:57 AM | Show all posts
Adilkah Allah SWT kerana membiarkan kita menderita
mengharungi dugaan..
sedangkan orang yang buat kita..
diberi kurniaan berlebih-lebihan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 12:03 PM | Show all posts

Reply #4 ruby_princess's post

walaupun TUHAN sudah tentukan, tapi manusia kena lah berusaha ...

contohnya mcm rezeki, walaupun nasi dah kat depan mata, namun tangan kena suap kat mulut juga ...   

sesungguhnya manusia yg paling banyak menerima dugaan dan ujian yg paling hebat di muka bumi ini ialah PARA NABI AS ...

oleh itu, ambillah contoh dan iktibar dari kisah2 mereka ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2008 12:04 PM | Show all posts
Guna al quran surah al baqarah ayat 155, 156, 157 untuk memberi semangat. Hafal kalau perlu dan baca berkali-kali. Inshaallah Allah bagi ketenangan. Kenangkan perjuangan rasul-rasul yang jauh lebih mencabar dari kita, pun begitu depa sabar. Cakap memang senang tapi nak lakukan hanya Allah boleh bagi kekuatan, jadi pohon kepadaNya.



Walanab luwannakum...bi syaim minal khaufi wal ju'i wanaq shim minal amwali wal anfuthi wats tsamaraaat.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan(dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman

Wabasyirishhobirin..

Dan berilah khabar gembirakepada orang-orang yang sabar.


Alladzina idzaa ashaa bat hum musibatun.... qaalu:  "innalillahi wa innailaihi ro'jiun...."

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Ulaa ika 'alaihim sholawatum min robbihim wa rohmah

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya

waulaa ikahumul muhtaduun.

dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.

Semoga puan beroleh hidayah dan rahmat dari Allah swt. Wabasyirishhobirin..

[ Last edited by  always_typo at 9-10-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #5 ruby_princess's post

ujian yg awak terima tuh, x lah sedahsyat mcm ujian dan dugaan yg ditimpakan kpd para nabi AS ...

oleh itu jangan lah mengomel dan mengeluh ...

selagi manusia hidup kat dunia, ujian & dugaan NYA pasti akan dtg dari setiap arah ...

cuba renungkan makna ayat 2 dari surah al mulk ...

ALLAH bersama2 dgn org2 yg sabar ...    

tanda ALLAH redho dgn kita ialah :

apabila kita redho dgn qodho' & qodar nya ..

ini sifat hamba ALLAH yg sejati ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 12:10 PM | Show all posts
ruby manusia khilaf..
tak tahan dugaan...
macam nabi nabi..
menangis berguling atas tikar sembahyang..
Ya Maha Adil.. berikan aku ketenangan


Originally posted by sirri_khafi at 9-10-2008 12:03 PM
walaupun TUHAN sudah tentukan, tapi manusia kena lah berusaha ...

contohnya mcm rezeki, walaupun nasi dah kat depan mata, namun tangan kena suap kat mulut juga ...   

sesungguhnya manusia  ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 03:52 PM | Show all posts
rasanya dugaan ini baru sedikit kalau dibandingkan musibah kematian, kecelakaan, kecacatan dll kannn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 04:01 PM | Show all posts

Reply #3 ruby_princess's post

terkedu amoi membacanya....amoi cuma nak share yg nie aje..     


"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu, deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..."        



*kak zam...lama tak nmpk???   
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #11 aamoi's post

EIK...macam saya punya signature yang lama jer....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:43 AM | Show all posts

Reply #11 aamoi's post

salam aamoi........   windu lah kat aamoi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:28 AM | Show all posts

Balas #3 ruby_princess\ catat

dugaan la namanya 2 xkan kurniaan plak kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:49 AM | Show all posts

Balas #14 yoshimitsu\ catat

Kurniaan dalam dugaan...cuba tengok..kerana dugaan, dia buat solat malam tak henti2...Sampai nanti, insyaAllah, dia tak sedar ntah brape banyak pahala dia dapat..Kadang2 rasa susah tu, atau rasa sakit hati yang diberi Tuhan tu adalah sebagai satu cara untuk memotivasikan kita buat ibadah...Yelah, bila kita rasa sangat tidak tenang dan tidak selesa, waktu tu baru ingat kat Allah. Dan nanti pada suatu ketika, bila dia dah tak buat solat malam, dia akan rasa lain macam je...

Sebenarnya, bagi saya la kan...inilah masa terbaik untuk menjadikan doa-doa kita makbul..maklumlah..waktu ni, bila dah jatuh ke dalam kategori orang yang dianiaya / orang yang diuji, bukan ke, doa tu lebih senang dimakbulkan?

Melalui pengalaman saya, ada ketikanya, kita nampak macam doa tu makbul..hingga kadang2 timbul rasa kufur : " Apa ni aku dah doa semua, tak makbul pun"...tapi nanti kekadang, doa tu makbul, tapi kita tak sedar...atau bila kita sedar, kita akan berkata: " Oh..ni yang aku minta dulu nih".

Lex, orang yang buat kamu tuh..dia hidup bahagia..kamu pasti ke dengan harta dia yang banyak tu, dia bahagia...saya kalau susah2 sangat saya biarkan je orang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 10-10-2008 10:43 AM
salam aamoi........   windu lah kat aamoi!!!


a'ah selalunya aamoi masuk dalam ruangan Personal Problem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 12:07 PM | Show all posts

Reply #16 eastrun's post

dia jadik mod kat saner ker??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 9-10-2008 05:41 PM
EIK...macam saya punya signature yang lama jer....

amoi tahu..amoi pernah tepek "ayat nie" kat 1 thread pastu perasan eastrun pernah guna tuk siggy..semlm malas CARI tred tu, CARI ler posting dari eastrun sekali siggy dah tukar..maka dgn itu terkial2 amoi CARI balik tred yg amoi pernah tepek ayat tu   

Originally posted by zamnie at 10-10-2008 10:43 AM
salam aamoi........   windu lah kat aamoi!!!

:hug: lama tak nmpk akak online...   

Originally posted by eastrun at 10-10-2008 11:49 AM

a'ah selalunya aamoi masuk dalam ruangan Personal Problem

waw!!! ada yg dah tlg jwp kan..mekacih   

Originally posted by zamnie at 10-10-2008 12:07 PM
dia jadik mod kat saner ker??


tak kak....sejak 2 menjak ada probs..selalu lepak sanun huhu   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 03:38 PM | Show all posts
Bagi diri saya....bermacam dugaan telah saya lalui....Alhamdullillah dalam kepayahan akhirnya ditemui kesenangan......setiap dugaan yg Allah datangkan pada kita, kita boleh melihatnya dari beberapa sudut, sebab kita lebih mengetahui tentang diri kita lebih dari orang lain....
andainya kita, seorang yg bergelumang dengan dosa, mungkin kepayahan dan kesusahan adalah pembalasan di atas segala dosa-dosa kita dan bersyukurlah, kerana pembalasan yg kita terima sekarang, mungkin akan meringankan pembalasan yg akan kita terima di hari pembalasan nanti....dan jika kita seorang yg rajin beribadat dan hidup dalam kebiakan seperti yg dituntut oleh yg maha esa tapi masih ditimpa kesusahan dan kepayahan, anggaplan segala kesusahan dan kepayahan itu, cara Allah untuk meningkatkan keimanan kita di samping menaikkan darjat kita di sisiNya kiranya kita bersabar menghadapi setiap dugaanNya......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 10-10-2008 11:49 AM
Kurniaan dalam dugaan...cuba tengok..kerana dugaan, dia buat solat malam tak henti2...Sampai nanti, insyaAllah, dia tak sedar ntah brape banyak pahala dia dapat..Kadang2 rasa susah tu, atau rasa  ...



Kadangkala kita terlalu alpa ngan kehidupan dunia ini, sehingga kita lupa pada Sang Pencipta....mungkin bila ditimpa kesusahan barulah kita teringat padaNya dan kembali padaNya......bersyukurlah kerana Dia sentiasa memberi perhatian pada kita.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.760153 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list