CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21499|Reply: 85

Susuk pada kemaluan .....

[Copy link]
Post time 12-10-2008 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan kerja ‘mengikis’ wang lelaki, ada pelayan pelanggan (GRO) tergamak memakai susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat pada mereka selepas kali pertama melakukan hubungan seks.

Amalan khurafat dan bertentangan dengan Islam ini didedahkan seorang bomoh susuk yang mahu dikenali sebagai Chick, yang mendakwa pernah memasukkan susuk pada ramai wanita, termasuk GRO, artis, suri rumah, wanita simpanan dan pondan.

Beliau yang mewarisi kepandaian memakai susuk daripada arwah neneknya yang terkenal di kalangan artis sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bukanlah bomoh susuk komersiol tetapi namanya meniti dari bibir ke bibir, menjadikan Chick menjadi buruan penggila susuk.

Bomoh berusia 50-an tetapi masih kelihatan muda dan berseri itu yang mengakui turut memakai susuk memberitahu, susuk pada kemaluan boleh membuatkan pemakainya hebat beraksi di ranjang dan menjadikan pasangannya tidak boleh melupakan nikmat bersama.


“Susuk itu dipakai sama seperti cara pemakaian pada bahagian lain tubuh iaitu mencucuk batang jarum emas sepanjang sebutir pada alat kelamin wanita.
“Susuk itu boleh dipakaikan satu, dua atau empat jarum bergantung kepada permintaan dan ia tidak menyakitkan pemakai kerana sudah dijampi,” katanya.

Chick yang tidak menjelaskan kadar bayaran yang dikenakan bagi pemasangan susuk pada kemaluan memberitahu, untuk pemasangan susuk di bahagian tubuh biasa seperti muka, dia hanya meminta bayaran bagi barangan yang digunakan sebanyak RM25 bagi susuk kepingan emas, susuk batang emas (RM50) dan susuk berlian (RM150).

“Jika mahu memberi lebih (bayaran), terpulang kepada pemakainya (susuk),” katanya.

Beliau berkata, mengikut ilmu yang diwarisinya, pantang pemakai susuk kemaluan adalah sama seperti susuk lain iaitu tidak boleh makan buah atau bahagian daripada pokok munggal, labu, kundur selama-lamanya, manakala bagi betik atau pisang emas hanya selama tiga bulan.

Katanya, jika terlanggar pantang, ilmu susuk itu tidak berkesan lagi manakala susuk yang baru dipasang akan keluar daripada permukaan kulit.

Ditanya kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa pemakai susuk susah menghembuskan nafas ketika nazak, Chick berkata, setakat yang diketahui, pemakai susuknya tiada masalah kerana biasanya susuk itu tidak lagi berkesan dan mati (hilang seri) selepas tempoh beberapa tahun jika tidak dijaga.

“Menurut petua arwah nenek saya, jika ada orang susah hendak mati, cukup sekadar memusingkan senduk nasi, sebaik-baiknya senduk kayu, atas muka orang sakit sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan disudahi dengan ketukan lembut pada dahinya,” katanya.

Beliau juga berpendapat, adegan filem mengenai orang susah hendak mati hingga terpaksa dibongkar bumbung, lantai atau dinding rumah kerana memakai susuk atau muka menjadi buruk akibat melanggar pantang, adalah gimik berlebihan dalam filem, kerana menurut amalannya kesannya bukan seteruk itu.

Ditanya amalan pemakaian susuk yang bertentangan dengan Islam, Chick berkata, beliau mengakui perbuatan itu haram tetapi semuanya bergantung kepada kehendak pemakainya sendiri mengikut jalan yang dipilih itu.



P/S :  Siapalah agaknya yang memakai susuk ni ya ..... ermmmmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 02:10 PM | Show all posts
erot pajirot?  dan kengkawan rapatnyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 02:23 PM | Show all posts
Ermmm....yang pondan tu macam mana ya.... saya tak dapat bayangkan
penggunaan susuk tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 02:36 PM | Show all posts
kemalu-maluannye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 02:42 PM | Show all posts
kerja gila
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 02:46 PM | Show all posts
gila ke hapa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2008 02:51 PM | Show all posts
dulu ader ler dengar seseorang artis ni pakai....tatau ler skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 02:55 PM | Show all posts

Reply #1 bee_fine's post

aiiiiiyyyyoooooooooooo...bomoh nih menadah muka pada segala kemaluan pelanggannyer...
hurrrmmm~~~messti berbagai2 rope keadaan kemaluan2 tuh seme..

jap nak imiginasi jap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by LegalVixen at 12-10-2008 02:51 PM
dulu ader ler dengar seseorang artis ni pakai....tatau ler skrg ni..

sape2??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by skymania at 12-10-2008 02:55 PM
aiiiiiyyyyoooooooooooo...bomoh nih menadah muka pada segala kemaluan pelanggannyer...
hurrrmmm~~~messti berbagai2 rope keadaan kemaluan2 tuh seme..

jap nak im ...


...jangan imaginasi banyak sangat....nanti termimpi-mimpi pulak ...yg berbagai2 rope tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:16 PM | Show all posts
heheheeh

bomoh tu x kan telan air liur kot???tak kan tgk kemaluan x rase pape.may be iman die kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:35 PM | Show all posts
Nak orang ingat * dia best....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:37 PM | Show all posts
buduh piang sgh..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:39 PM | Show all posts
yucks!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:42 PM | Show all posts
murahnya bayaran dia..bukan harga emas dah naik ke??? haha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by fatinnajwa at 12-10-2008 03:42 PM
murahnya bayaran dia..bukan harga emas dah naik ke??? haha..

dia pakaikan susuk zhulian kots..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 12-10-2008 03:06 PM


...jangan imaginasi banyak sangat....nanti termimpi-mimpi pulak ...yg berbagai2 rope tu ...

dah..aku dah berenti dah..tak tahan aku nak imagine lelebih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by shazuyi at 12-10-2008 03:16 PM
heheheeh

bomoh tu x kan telan air liur kot???tak kan tgk kemaluan x rase pape.may be iman die kuat.

pas settle kerje2 susuk tuh di pakaikan..sehari semalam dok dlm jamban..kuarkan segala isi perot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 04:08 PM | Show all posts
Tak malu ke tunjuk anu kat bomoh silap haribulan kene rabe baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 04:12 PM | Show all posts
Anu tu kan aurat????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.081149 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list