CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21139|Reply: 125

♥♥ TIPS - TIPS PERNIAGAAN ♥♥

[Copy link]
Post time 14-10-2008 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Kadangkala, bila saat2 aku rasa down, aku sering baca buku2 tentang jatuh bangun usahawan.
Kalau korang ada tips-tips dan kata2 semangat yang boleh kita kongsi bersama, apasalahnya share kat sini.

Kesimpulan dan kata2 yang aku kumpul hasil dari sumber bacaan buku yang ditulis oleh Ann Wang Seng "Rahsia Business Orang Cina"

1) Apabila ketekunan dirangkumi bersama-sama dengan keazaman dan diperkuatkan lagi dengan kesabaran, nescaya ia akan menjadi aset yang cukup beharga bagi sesiapa yang mahu membabitkan dirinya dalam perniagaan. Kesabaran itu mmg pahit tetapi buahnya amat manis...

1) Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat. Sebaliknya membuat kita bertambah gigih. Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan ketiga dilihat sebagai kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan.

2) Pelanggan perlu diberikan kebebasan dan keistimewaan daripada segi layanan serta perkhidmatan. Pelanggan baru dipikat dengan potongan harga dan keemudahan kredit.

3) Seni berniaga cukup halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang sentiasa bersikap fleksibel.

4) Peniaga perlu bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai saudara ataupun paling kurang, sebagai sahabat yang rapat.

5) Sebahagian daripada keuntungan perlu disimpan bagi mengembangkan perniagaan dan menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangka. Sebahagian lagi digunakan sebagai modal pusingan

6) Peniaga cina mempunyai kod etika yang melarang peenggunaan taktik kotor. Menjatuhkan orang lain adaah dikutuk.

7) Wang tidak pernah dijadikan sebagai halangan. Asalkan ada kemahuan, disitu ada jalan. Yang penting, kita kena berusaha, tabah, dan tahan untuk hidup susah dahulu..

8) Peniaga tidak perlu takut dan tidak perku keedekyt mengeluarkan sedikit belanja asalkan mereka dapat menangkap dan memikat pelanggan.

9) Kebanyakan usahawan Cina yang berjaya bekerja sekurang kurangnya 18 jam sehari

10) Usahawan dan peniaga tulen tidak pernah menjadikan tempat sebagai alasan untuk tidak berniaga.

11) Dalam bidang perniagaan tiada istilah sakit. Yang ada adalah bangkit dan jangan takut pada benda yang pahit.

12) Mahir ataupun tidaknya seseorang peniaga hanya dapat diketahui selepas ia berjaya mengatasi segala rintangan yang dihadapi dalam perniagaan berisiko tinggi

13) Lokasi perniagaan yang dianggap baik adalah mempunyai kemudahan meletak kereta, pengangkutan awam dan tidak jauh daripada pusat pentadbiran kerajaan

14) Peniaga tidak boleh mengikut apa yang ada dalam kepalanya. Sebaliknya mereka perlu mengikut mood, minat dan kecenderungan orang ramai serta arus pasaran

15) Modal bukan penetu utama kejayaan ataupun gagal sebuah perniagaan. Kadangkala modal yangs sedikit tetapi dengan pengetahuan selok belok perniagaan yang mantap dapat memberikan kejayaan kepada peniaga

16) Peniaga yang berwawasan dapat meelihat perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat

17) Dalam perniagaan, ada masa timbul dan ada masanya tenggelam. Apabila tenggelam, kena timbul semula, apabila jatuh perlu bangun dengan kekuatan baru

[ Last edited by  elle_gogo at 15-12-2008 06:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 08:42 PM | Show all posts
Ini Artikel dari blog Irfan Khairi yg saya simpan.. utk motivasi diri... Tentang Persaingan..


Tue 26 Sep 2006
    Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda匸/url]

Posted by Irfan Khairi under [url=http://www.irfankhairi.com/blog/category/perniagaan/]Tip Perniagaan


      
Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.
Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?
Pesaingyang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagaicara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupunsecara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkanperniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.
Jangan salah fikir.Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan andasendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akanmemburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama adasecara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dankeuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaanitu akan musnah.
Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.
Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik 搈emburukkan pesaing
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:44 PM | Show all posts
Thu 26 Jul 2007
Mengguna strategi pesaing

Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
[18] Comments

    * Di mana ada McDonalds, di situ juga ada KFC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 11:03 PM | Show all posts
Ni pula antara petikan menarik yang elle kumpul dari Dr Rusly Bin Abdullah Buku berjudul 'Jutawan Senyap'
Buku yang menarik dan membina semangat...

1) Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia, tetapi tidak kaya adalah malang..

2) Siapa itu jutawan senyap...  Mereka berusaha dan berusaha dengan tekun ibarat penyu... yang senyap-senyap bertelur hingga ratusan biji... tak keluar sedikit suara pun... hanya air mata yang keluar berlinangan. Kita tidak pernah mendengar kisah penyu tertawa dan berkokok... yang kita dengar ialah penyu menagis...

3) Apa guna ada peniagaan besar yang untungnya kecil...

4) Desakan boleh memberikan kita satu kuasa dan dorongan dengan kekuatan yang luar biasa. Orang yang berjaya ialah mereka yang pernah berada dalam situasi yang terdesak untuk berjaya. Kita akan merasa terdesak untuk berjaya apabila kepentingan kejayaan itu sangat kita rasai kerana kejayaan itu nanti akan memberi makna yang sangat besar dalam kehidupan kita

5) Kalau nak jadi usahawan, kita kena berfikir secara usahawan, tidur sebagai usahawan, mimpi sebagai usahawan dan berkawan pun pilih kawan2 usahawan. Janganlah sebagai usahawan kita berdamping dengan orang ahli memancing atau suka berburu.

6) Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dari kalangan usahawan - maka jiwa keusahawanan tidak akan tumbuh di dalam jiwa kita. Hanya usahawan yang dapat memahami tindak tanduk usahawan lain. Hanya usahawan boleh memahami pola pemikiran usahawan lain.

7) Kalau kita ada keinginan, kita harus nekad berusaha memenuhinya, tidak kira sampai kemana kita membawa diri...

8) Peluang sentiasa ada kepada setiap orang. Hanya kesanggupan yang membezakan...

9) Orang - orang berjiwa kecil perlu dibantu.mereka ibarat orang yang kelemasan di dalam tasik kemiskinan dan kemelaratan. Malangnya, mereka tidak pernah menjerit, melolong atau mengangkat angkat tangan memberi isyarat SOS. Mereka malu dan segan untuk meminta tolong...

10) Sekalipun mereka dapat memahami hakikat 'bagaimana' hendak bermula tetapi tidak pernah bersiap... sampai bila pun mereka tidak akan bermula...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 11:04 PM | Show all posts

Balas #3 syikin\ catat

syikin.. seronok baca artikel tu.. sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 11:25 PM | Show all posts
seronok baca...thanks sudi kongsi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2008 11:32 PM | Show all posts

Balas #6 ann_9027\ catat

  baca buku2 dia org lagi seronok...

[ Last edited by  elle_gogo at 15-10-2008 12:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 08:18 AM | Show all posts
Words for today

The future belongs to those who believe in the beauty of their Dreams

Always Remember that time is money
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 08:50 AM | Show all posts
eiiiiiiiiii...senonotnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:16 AM | Show all posts
Change to Grow - Pn Azlina Abdullah.. Pengasas DNavechee & DCL

"Biarlah apa orang nak kata, saya tetap yakin pada diri sendiri dan tahu apa yang saya buat. Untuk berjaya kita perlu berani menanggung risiko dan sanggup berhadapan dengan realiti. Dalam perniagaan tiada jalan mudah"

Sememangnya, jalan menuju ke puncak bukanlah perkara yang mudah. Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini telah memulakan kerjaya sebagai guru sandaran.

Pada awal pekerjaan, Azlina tidak menafikan kerjaya sebagai guru agak menyeronokkan. Namun keadaan itu hanya seketika sahaja. Wanita berasal dari Kota Baharu, Kelantan ini menganggap dunia perguruan ini tidak serasi dengan jiwanya. Minatnya lebih terarah untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan menguji kewibawaannya.

Justeru, Azlina tidak teragak agak untuk beralih ke dunia baru yang lebih mencabar. Dia menimba pengalaman di sebuah syarikat guaman pula. " Selama tujuh tahun saya bekerja di situ, saya banyak berjumpa dengan orang yang berjaya dan berada. Timbul rasa cemburu apabila melihat mereka berkereta mewah dan berpakaian berjenama. Melihat keadaan itu saya mula berfikir kenapa aku tak boleh berjaya seperti mereka."

"Saya mula membuat analisis dan membaca buku buku tentang rahsia kejayaan. Saya membina satu semangat untuk mencipta nama dan mahu berjaya seperti orang lain. Dorongan untuk berniaga sememangnya telah wujud dalam sanubari."

Mungkin tuah saya bermula dengan penglibatan saya dalam MLM. Dalam tahun 1996 saya telah nekad berhenti kerja dan melibatkan diri sepenuh masa dalam MLM. Saya buat apa yang orang berjaya buat. Ada 3 asas kejayaan yang perlu kita lakukan sekiranya ingin berjaya iaitu

1. Pilihan yang betul

2. Buat cara yang betul

3. Dan buat betul betul

Saya lakukan dengan bersungguh sungguh, saya tidak pedulikan apa orang nak cakap, saya tetap teruskan impian saya. Akhirnya dalam tempoh 6 bulan sahaja saya mampu memperolehi pendapatan 4 angka dan masuk bulan ke 8 pendapatan saya mencecah ke 5 angka.

Tapi - "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, akhir tahun 1996 syarikat yang saya bernaung bermasalah lalu saya terpaksa mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama berbincang dengan suami untuk membuka syarikat jualan langsung sendiri.

Akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menimba ilmu sebaik mungkin di dalam beberapa buah syarikat jualan langsung yang lain. Dan untuk itu saya dan suami berhijrah dari KB ke KL dan bekerja di salah sebuah syarikat jualan langsung.

Setahun saya menimba banyak ilmu dan selok belok tentang pengurusan dan penubuhan syarikat, maka awal tahuin 1998 bermulalah penubuhan syarikat jualan langsung saya sendiri yang dikenali sebagai DCL (De Classic Life (M) Sdn Bhd)
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:17 AM | Show all posts
========================
5 Kunci Usahawan Berjaya
========================


MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Syikin, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
  mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang  gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang  disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Syikin, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.

-Irfan Khairi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #5 elle_gogo's post

kita memang ada create satu segmen Motivasi kat web.. bila jumpa artikel yg menarik, kita simpan.. utk rujukan bila down & ada problem.. byk idea pakar motivasi ni boleh digunakan bila keadaan memerlukan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:19 AM | Show all posts
Rahsia Usahawan Berjaya..

Kebanyakan usahawan akan berasa tercabar, bahkan paling teruk mereka akan rasa putus asa apabila mereka mempunyai persaingan. Jika mereka menjual produk A, dalam masa yang sama ada juga usahawan-usahawan lain yang turut sama mengeluarkan produk yang lebih kurang sama.

Tetapi bagi seorang usahawan yang berfikiran jauh dan jelas matlamat 憄erjuangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 07:54 AM | Show all posts
Sebenarnya, elle bukan jenis kaki ulat buku...
atau pembaca novel2 yang tebal2..
semalam elle ada disekitar decurve..
kebetulan lalu depan popular..
seperti biasa elle akan singgah dan mencari kalau ada bahan2 bacaan buku motivasi.(hanya buku spesis ini sahaja yg biasanya elle beli)
Jumpa satu buku ni dari pengarang yang elle minat Dr Rusly Abdullah.
tertarik dengan cerita olahan nya..
mmg haru sungguh cerita macam mana saat kejatuhan dan kebangkitan dia dalam perniagaan..
tapi tak sempat katam kan lagi..
nanti elle share kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 07:56 AM | Show all posts
Originally posted by syikin at 15-10-2008 09:18 AM
kita memang ada create satu segmen Motivasi kat web.. bila jumpa artikel yg menarik, kita simpan.. utk rujukan bila down & ada problem.. byk idea pakar motivasi ni boleh digunakan bila keadaan me ...


wahh bagus nya syikin siap create segmen motivasi..
yer la kan.. kadang2 bila down kat sinun la tempat nak carik idea n rujukan...
bak meh la share dengan elle web tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 06:28 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 14-10-2008 11:03 PM
Ni pula antara petikan menarik yang elle kumpul dari Dr Rusly Bin Abdullah Buku berjudul 'Jutawan Senyap'
Buku yang menarik dan membina semangat...

1) Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berh ...


best yg nih.... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 04:02 PM | Show all posts
i pun ade baca gak buku dr rusly ni...
mmg best2 buku dia..
dapat memberi dorongan dan semangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 04:38 PM | Show all posts
betul kak syikin, utk pesaing dulu masa mula2 ct berniaga pun, memang menjengkelkan sbb perang harga, sanggup cantas gile2 harga dr kita, tapi diorang takpa la niaga utk top up income sikit2 mcm jualan helai sehelai dua jer, kita ni yg buat business hidup jatuh bangun takkan nak ambik untung seposen utk sehelai, kan,

last2 ct buat derk, syukran jazilan boleh bernafas sampai ke harini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #18 ctredzuan's post

hehe.. tq kasi pinat.. yummy.. rangupnye..

tu le ct.. mula-mula dulu jadi blank kepala hotak dgn pesaing main harga nih.. dah tak terlawan rasanya.. lama-lama.. baca tips yg Irfan Khairi bagi.. akak cuba buat cara sendiri.. pecah otak gak le nak pk.. takleh ikut rentak pesaing yg main harga ni.. takut lama-lama kita pun mati sama..

skrg ni, Alhamdulillah.. dtg le pesaing rupa camana sekalipun.. tarak hal punya.. sebab kita dah dapat scale.. kita bisnes nak bertahan lama.. bukan nak singgah kejap je kat bidang nih..

Moga kita sume terus sukses..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 06:38 PM | Show all posts
Tips bisnes daripada aku:

Aku pernah jumpa pensyarah bertaraf Prof yang mencuba bisnes selepas pencen, tetapi kedai tutup sebab tak laku. Rugi modal puluh2 ribu

Banyak company IT yang diberi gran oleh kerajaan untuk produk IT juga bankrupt kerana idea mereka tak laku dan produk mereka is not marketable. Itu pasal Pak Lah kata, stop spending on IT. Baik focus on agro. Kalau tanam sayur, blan depan gerenti boleh jual dapat hasil. Ini invest kat IT, habis duit bayar gaji sahaja. Buat website pon tak boleh convert into cash.

Bisnes itu bukan ilmu buku, bukan teori, bukan kertas kerja yang cantik, bukan idea yang nampak canggih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.077858 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list