Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
11819
View
125
Reply

♥♥ TIPS - TIPS PERNIAGAAN ♥♥

[Copy link]

Author: elle_gogo       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 17-10-2008 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by syikin at 17-10-2008 05:19 PM
hehe.. tq kasi pinat.. yummy.. rangupnye..

tu le ct.. mula-mula dulu jadi blank kepala hotak dgn pesaing main harga nih.. dah tak terlawan rasanya.. lama-lama.. baca tips yg Irfan Khairi b ...


hurmm.. pesaing main harga ni mmg menchancurkan business sungguh..
baru2 ni ada call untuk bersih kan warehouse..
kita ni punya la quote harga berdasarkan margin yang betul..
cos sehari cuci, 3 org pekerja, chemical and peralatan = ribu ++
mmg dah survey harga semuanya rate lebih kurang sama...
si polan ni.. agaknya dia wat business main2 kot... main sebarang je letak harga...
ntah2 dia guna je maid yang mmg ada kat rumah dia..
patut ke dia letak harga rm80 ringgit je!
hishhh terkejut sungguh.. mmg tak patut! ape keuntungan yang dia dapat pun elle tak tau la....
duit minyak pegi balik pun dah rm40. pelik....

[ Last edited by  elle_gogo at 17-10-2008 07:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-10-2008 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 17-10-2008 06:38 PM
Tips bisnes daripada aku:

Aku pernah jumpa pensyarah bertaraf Prof yang mencuba bisnes selepas pencen, tetapi kedai tutup sebab tak laku. Rugi modal puluh2 ribu

Banyak company IT yan ...


hehe macam kata2 kat signboard yang sering aku nampak kat shah alam...     " PERTANIAN ITU ADALAH PERNIAGAAN "
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:24 AM | Show all posts
bukan susah utk senang..bukan susah utk susah....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2008 12:36 PM | Show all posts
Antara tips kegagalan yang dikupas dari buku Razzi AR Mansur  

1)Orang yang tidak pernah mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah berusaha. Bahkan orang yang tidak pernah berusaha tidak kenal gagal dan berjaya. Kegagalan itu penting, bahkan kemestian jika anda mahukan kejayaan. (Maksudnya, kejayaan dan kegagalan sentiasa bersama silih berganti. Hakikatnya, tidak mungkin manusia akan gagal sepanjang masa jika berusaha; dan tidak mungkin manusia akan berjaya sepanjang masa semasa sedang berusaha).

2)Setiap kali mengalami kegagalan sama ada kecil ataupun besar, berhenti sejenak, pandang sekeliling, atas dan bawah bagi mencari kebaikan yang tersembunyi. Dalam kebaikan itu anda selalunya akan menemui maklum balas.

3)Jangan sekali kali mengangap kegagalan sama ada kecil ataupun besar sebagai pengakhir. Anggap ia sebagai permulaan bagi memperoleh kejayaan yang lebih besar, bersembunyi di sebalik kegagalan.

4)Jangan sekali kali mengangap kegagalan bersifat kekal. Ia hanya sementara. Kegagalan akan menjadi maklum balas sekiranya dianggap sementara, sebaliknya ia akan menjadi kekal jika anda menganggapnya sebagai kekal dan SUSAH!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 04:19 PM | Show all posts
bagus thread ini..menambahkan ilmu saya..tq kak syikin..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 11:51 PM | Show all posts
hmmm...terujer jugak ngan kejayaan & semangat org yg dah berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 01:32 PM | Show all posts
saya bangga dgn semangat syikin dlm bisnes dan kata2 motivasi elle dlm
menaikkan smgt usahawan kita. 5 tahun dahulu sy pun berkecimpung dlm MLM
sampai ke peringkat pertengahan, tetapi sayang merundum, sayang sekali ilmu
yg ada terbiar begitu saja. Tetapi skrg tak tahu apa bisnes yg nak di buat !
Boleh kita bertukar2 buah fikiran bersama, TQ
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-10-2008 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by elmyNS at 19-10-2008 01:32 PM
saya bangga dgn semangat syikin dlm bisnes dan kata2 motivasi elle dlm
menaikkan smgt usahawan kita. 5 tahun dahulu sy pun berkecimpung dlm MLM
sampai ke peringkat pertengahan, tetapi sayang  ...


sama2...
boleh tukar2 fikiran dalam forum ni..
ramai yang otai2 tu boleh mintak pandangan dan pendapat diaorg..
elle baru belajar bertatih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 12:02 AM | Show all posts
selepas 8 tahun berniaga:-

- lihat masalah sebagai cabaran
- mktg penting, rajin jumpa customer, akak main terjahhh aje... kena berani
- jangan tipu customer, kalau tak tau atau tak pandai, terus terang, tapi katakan jua yg kita akan find out utk mereka
- name card - bawak kemana saje
- MODAL - ni penting... rule 1. cari semua kemudahan pembiayaan... MARA byk, walaupun ada duit sendiri, ambik je kemudahan yang available

rule 2. elakkkan berhutang dgn supplier, payment prompt, sebab kalo time kita susah, supplier tak kisah kasi hutang

rule 3. payment dari customer kena rajin mintak...

rule 4. zakat/sedekah jangan lupa, rezeki yg dapat tu kekadang rezeki menduga, dhuha kena rajin, doa elak/senang bayar hutang kena rajin baca Restu/doa mak bapak, suami atau isteri dan anak2 penting

rule 5. fokus dan jangan berangan nak cepat kaya,,, kalau nak masuk skim cepat kaya tu, lupakan nak jadi usahawan.. tu semua aniaya orang

lain2... solat jgn lupa, selalu doa jgn lalaikan kita dgn hak dunia.

sekian. good luck.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 20-10-2008 12:02 AM
selepas 8 tahun berniaga:-

- lihat masalah sebagai cabaran
- mktg penting, rajin jumpa customer, akak main terjahhh aje... kena berani
- jangan tipu customer, kalau tak tau atau tak pandai,  ...

Setuju dgn tip akak tu... nak tambah satu lagi.. kita ni melayu suka sngt ckp. biz untuk suka2 aje... kalau lah ada attitude cam tu.. mmg xleh ank gi jauhlah..tanamkan  azam yg sebenarnya biz ni nak menjamin masa depan keluarga...wat sandaran nya.. brulah ada umhhh.. Misti ada ilmu nige.. dan jg kedekut kongsi ilmu..beriktiar, berdoa dan barulah bertawakal.. insya ALLAH ....berjaya...

[ Last edited by  haziq_97 at 20-10-2008 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:50 AM | Show all posts
Shikin,
Part yg rahsia persaingan oleh IK tu mmg meransang otak dan buat saya berfikir. Saya pulak bila teringin nak biz, selalu dok cakap, alah org ni dah buat, tak nak buatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:03 PM | Show all posts
nak tambah

niat kena betul.. jadikan berniaga - "lillah hi taala" kerana ALLAH semata2 - Insyaallah akan dipermudahkan utk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 20-10-2008 02:03 PM
nak tambah

niat kena betul.. jadikan berniaga - "lillah hi taala" kerana ALLAH semata2 - Insyaallah akan dipermudahkan utk kita.



wajib setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 10:39 AM | Show all posts
terbaru dari Irfan Khairi..

========================================
TIP PILIHAN: Biar kecil asalkan berhasil
========================================


Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan
kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".

Take note, saya guankan perkataan "membesar" bukan maksudnya
"mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang
membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau
belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum
jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus
dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi


Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk
menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar-
pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar,
lain cerita ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim,
semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan
hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta,
pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan
terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk
dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead
perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan
atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang
besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran
"surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan.
Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan,
bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap
dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan
lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya
bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya
bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri
sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan
berhasil!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 04:05 PM | Show all posts
Itulah biz org melayu sumenya nak besar.. untung kecil x ape.. Sendiri mau filkirlah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2008 07:37 AM | Show all posts
Originally posted by syikin at 21-10-2008 10:39 AM
terbaru dari Irfan Khairi..

========================================
TIP PILIHAN: Biar kecil asalkan berhasil
========================================


Terlalu banyak perniagaan saya li ...



syikin thanks yer.. betul cakap irfan tu...
apa guna ada perniagaan besar kalau untung nya sedikit....
and lagi satu mentor nya chef li... juga seorang dari mentor saya...
syikin, nak ikut pegi pegi kursus chef li tak?
elle selalu baca buku dia je.. tapi teringin sangat nak pegi kursus dia..
hadeihhh, skg ni bz sgt.. alhamdulillah, syukur projek banyak masuk skg ni..
mmg tak sempat.... ingat nak atur jadual yang betul2 free, kalau ramai forumer yang nak join, maybe kite boleh pergi bersama..
mana lah tau lih kenal2 kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #36 elle_gogo's post

betui tu.. saya suka perhalusi tulisan mentor-mentor usahawan nih.. dan ikut segala tips yg diberikan..

elle,
buat masa ni kita tak pernah lagi pergi seminar atau kursus dari nama besar cam Chef Li atau Irfan Khairi.. takat baca je.. tapi selalu gi Seminar DCL, sebab dalam DCL pun ada team Motivator.. dari situ dapat tips bisnes & Motivasi dari dorang..

26 Oktober ni ada seminar.. dan hujung bulan 11 pun ada seminar nak attend.. best bila dapat bercampur dgn team beraura positif dan bermotivasi tinggi nih.. sedikit sebanyak meresap jugak kat diri kita..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:54 PM | Show all posts
seronok tgk org mermotivasi & bercita tinggi..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:55 PM | Show all posts

Balas #29 hazel23\ catat

Terima kasih banyak2 kepada hazel23 kerana memberikan langkah2 dan
semangat yg tinggi kepada usahawan2 yg ingin maju ke depan dan semoga dgn
langkah tersebut melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra yg berdaya saing.
   
TQ
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:23 AM | Show all posts
sentiasa bersedekah n menyumbang kpd mereka yg memerlukan..even belanja kwn2 mkn sekalipon..dgn niat sedekah..Insyallah rezeki kita x mahal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093361s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list