CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elle_gogo

♥♥ TIPS - TIPS PERNIAGAAN ♥♥

[Copy link]
Post time 28-10-2008 01:51 PM | Show all posts

paypal akaun

Verified-Purpose Debit Card
===========================
Jika anda sudah mendaftar di PayPal, anda tentu dikehendaki untuk melakukan satu proses dinamakan 慥erify
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 26-10-2008 08:51 AM


oyeke kak..maaf x perasan lak..a'ah kak..setelkan apa yg patut...

selamat pagi kak...


sori nyelit hehhehe..rasa2 u all berdua nih sama baya jerk..hahhahahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 02:36 AM | Show all posts

Balas #62 ann_9027\ catat

huih... sempat lagi kak ann ek..
sempat pasang2 telinga
hahah.. lately ni hari yang memenatkan sungguhh.. ada tips dari mentor ku masa hadiri seminar tadi.
tapi esok la elle taip..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by ann_9027 at 30-10-2008 12:17 AM


sori nyelit hehhehe..rasa2 u all berdua nih sama baya jerk..hahhahahahaa


huhu...sama baya ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 05:09 PM | Show all posts
Tips ni dari Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd
yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.


a) Anda belajar selok belok perniagaan ini dari mereka yang menjalankan perniagaan yang sama

b) Anda belajar tentang asas asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat oengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

c) Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

d) Seseorang usahawan itu mesti "Hands on" dalam mengusahakan perniagaan

e) Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda. Bayarlah gaji mereka mengikut kadar berpatutan.

f) Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisiplin serta penuh komitmen. Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati

g) Beri tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini

h) Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang

i) Anda perlu prihatin terhadap kos. Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara perkaraa yang tidak berfaedah

j) Jangan campur aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi

k) Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda

l) Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadian perniagaan anda sesuati yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain

m) Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang di sewa dengan kadar yang tinggi. sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan bajet anda

n) Apabila menyewa, rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat strategik

o) Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan pengesahan yang perlu (seperi pinjaman bank, lesen-lesen) sebutharga dan lain lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda

p) Rancanglah perkara perkara di luar jangka anda. Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 01:53 AM | Show all posts
kadang2..dlm sebulan tu..ada 2 3 hari kita rasa demotivated..serabut..lemah smgt dan lain2 perasaan negatif..korg ada rasa x camtu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2008 12:17 PM | Show all posts

Balas #66 faridali\ catat

ada... banyak kali gak.. sekarang ni tgh serabut.. pening... masalah tak sudah..
isnin ada new job. tapi pekerja baru berhenti semalam.
kadang2 tu kan,rasa down gak bila projek tak masuk sgt.. kadang2 tu.. time nak bayar gaji pekerja.. tapi duit payment banyak tak masuk lagi.. ada gak kes yang projek mmg dah dalam genggaman. tapi tiba2 lesap sebab kes2 cina yang suka bagi duit under table.. macam2 la.. sebab tu elle suka baca buku2 motivasi. suka baca kisah jatuh bangun usahawan..  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 12:22 PM | Show all posts
huhhh...bab2 payment lambat masuk ni yg wat serabut...kalo just beberapa k..boleh di tunggu lagi..kalo puluh ribu k...ratus ribu k...penat tggu woo...kita plak nak membayar kat org lain..yg sana duk mintak2...yg sini plak buat2 x tau nk bayar..huhu..pening..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2008 12:38 PM | Show all posts

Balas #68 faridali\ catat

hehehe.. tu ler pasal. lebih2 lagi kalau deal dengan goverment or big2 company. 5 - 6 bulan baru byr. sakit!
kadang2 tu org ingat, deal dengan big company ni lagi masyuk.. sebenarnya lagi pening kepala.
deal dengan company kecik lagi bagus.. cukup terms dah bayar. cuma payment ciput la..
tak payah elle nak kejar2 payment.
dah jadik macam ceti pun ada gak kadang2 .. hang lak lemah semangat sebab per?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 2-11-2008 12:38 PM
hehehe.. tu ler pasal. lebih2 lagi kalau deal dengan goverment or big2 company. 5 - 6 bulan baru byr. sakit!
kadang2 tu org ingat, deal dengan big company ni lagi masyuk.. sebenarnya lagi pening ...


pening duk nunggu payment dr customer kesayangan ni..hehe...esok dh nk ke china..wat payment kat sana plak..kat sini still sangkut lg...harap2 sblm subuh ni mslh setel...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:33 AM | Show all posts
Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan - Datuk Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.

Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.

Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.

Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.

Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.

Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.

www.punb.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:31 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 2-11-2008 01:53 AM
kadang2..dlm sebulan tu..ada 2 3 hari kita rasa demotivated..serabut..lemah smgt dan lain2 perasaan negatif..korg ada rasa x camtu?


mmg ada...

normally kalau benda2 mcm ni berlaku... Nani akan stop dulu keje2... n bagi diri tenang dulu... kalau belum sembahyang.. cepat2 ambil a wuduk.. nn sembahyang dulu.. sbb kalau kita teruskan juga keje.. nanti mesti tak jadi.. ialah sbb fikiran dah berserabut..

lepas tu.. i akan telefon kawan2 yg sama2 terlibat dlm dunia perniagaan... bercerita.. n bertukar2 pendapat.. dr cite2 diorg kekadang boleh menaikan semangat kita semula.. sbb itu ada kata2.. seorgn usahawan.. lebih elok berkawan dgn usahawan juga...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 17-10-2008 07:36 PM


hurmm.. pesaing main harga ni mmg menchancurkan business sungguh..
baru2 ni ada call untuk bersih kan warehouse..
kita ni punya la quote harga berdasarkan margin yang betul..
cos sehari  ...



ct, syikin n elle,

mmg betul tu.. ada setengah peniaga.. suka tekan harga giler2.. tak tahu le diorg ni berniaga sbb suka2.. or.. mmg itu mata pencarian mereka... letak harga murah giler2.. tak kisah untung ciput... kalau ikut untung n penat ke hulu hilir.. rasa mmg tak berbaloi dgn untung yg kita dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:15 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebaiknya berapa margin untung yang ideal?

Tapi kadang2 masuk sebutharga walaupun kita rasa dah bagi margin yang ideal tapi ada orang bagi lebih murah yang tak masuk akal.
Kita ikut cara betul tak bagi suapan...beri penerangan terperinci, produk kualiti ..last2 sebutharga2 kita masuk tong sampah saja.
Gov contohnya untuk projek ciput kita send 10 cadangan nak lekat satu pun payah.
Bila dah dapat LO pun masalah dengan ambil mudah. Dalam pesanan tu tak diberitahu secara terperinci, Harga dilumpsum...kuantiti tak dinyatakan, tarikh order lambat. Bila harga dah expired baru gov nak order.

Kadang tu ada macam cerita sivaji the boss. Tapi kat sini berlapik lagilah. Kalau dalam sivaji the boss watak jahat tanya berapa kos projek?...tapi kalau kat sini...Boleh bincang?*....

Projek ciput je pun nak bincang*... Saya kalau macam tu buat bendul je...

*Bincang tu bukan bincang biasa...bincang ada makna tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by usahaone at 3-11-2008 09:15 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebaiknya berapa margin untung yang ideal?

Tapi kadang2 masuk sebutharga walaupun kita rasa dah bagi margin yang ideal tapi ada orang bagi lebih murah  ...


bagi elle pengiraan keuntungan margin yang betul adalah penting untuk sesebuah perniagaan.
seelok eloknya untuk sesebuah perniagaan margin keuntungan rasanya more than 20%

pengiraan margin kasar = (harga jual - harga kos )*100 / harga jual

pengiraan margin keuntungan bersih = (untung bersih sebelum cukai)*100 / harga jual

kalau setakat untung sikit je..dah macam rasa buat kebajikan pulak dah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 3-11-2008 10:41 AM


bagi elle pengiraan keuntungan margin yang betul adalah penting untuk sesebuah perniagaan.
seelok eloknya untuk sesebuah perniagaan margin keuntungan rasanya more than 20%

pengiraan margi ...


elle,

betul... kalau takat untung sikit.. mcm buat kebajikan pula...

ada org pernah ckp.. kalau ikut cina punya still.. dia akan naikkan harga.. 2 or 3 kali ganda dr harga kos.. sbb itu diorg boleh buat sale kekadang sampai 70%... sbb harga jualan pun dah dinaikan berlipat ganda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 02:08 PM | Show all posts
dalam perniagaan juga harus ada sifat NEVER NEVER NEVER GIVE UP!!!
kalau anda jatuh bangun! jatuh lagi bangun! jatuh jatuh jatuh! bangun! bangun! bangun! jangan mengalah! cbb jika anda PERCAYA dengan diri sendiri yang anda boleh mencapai apa jua apa yg anda hajati PASTI KEJAYAAN dalam genggaman anda. tanamlah sifat I BELIEVE dalam diri sendiri, spt michel phelps yg berjaya memperoleh GOLD MEDAL sbnyak 14 pingat dalam OLIMPIK ....

rakan2 kita semuanya mmg dapat meraih kejayaan yang luar biasa. yang penting, jadilah sedikit GILA dalam hal2 yg positif.
contohnya bekerjalah lebih gigih, lebih tekun, lebih sungguh, lebih kreatif, dsb.

oleh cbb itulah insan yg berjaya didunia ini bilangannya kecil kerana tidak semua org bisa mengamalkan prinsisp NEVER NEVER GIVE UP!

mahukah anda menjadi sebahagian daripada mereka yg telah megukir kejayaan yg luar biasa?

hidup ini mudah. mahu menjadi insan normal yang hasilnya biasa2 sahaja atau sedikit GILA dimana hasilnya PASTI luar biasa.

pilihan di tangan anda. fikir2 kanlah

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:18 PM | Show all posts
berniaga niat kerana Allah

ambil untung pada kadar berpatutan & tidak menganiaya pelanggan

tidak meringankan timbangan (utk perniagaan yg berkaitan)

ada perasaan bantu membantu sesama insan - ini termasuk juga sesama peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:28 PM | Show all posts
kata sifoo saya..  org yg tak pernah gagal adalah org yg belum berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 12:06 PM | Show all posts
bila dah alami kegagalan..kita akan rasa lebih bersemangat..dah gunakan kegagalan tu sebagai batu loncatan untuk berjaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.753099 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list