CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elle_gogo

♥♥ TIPS - TIPS PERNIAGAAN ♥♥

[Copy link]
Post time 7-11-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 7-11-2008 09:55 AM


Insyallah nnt kita sama2 arrangekan tempat dan waktu yg sesuai...



Mungkin.. buat masa sekarang kita list dulu sapa yg nak pegi.. tak perlu ramai.. karang tak jadi pula.. we start with a small group first...

tujuan perjumpaan ni nak bertukar2 pandangan tentang dunia perniagaa, berkongsi tips n pengalaman.. n mungkin info terbaru...

So.. sapa rasa2 nak pegi.. mungkin boleh tulis nama anda di sini..

1. Iman_Baby



Tempat yg terfikir difikiran Nani. Semua ni ada bilik yg kita boleh book...

1. Kelantan Delighths - KL Sentral...
2. Rebung - Bangsar
3. Madam Kwan - KLCC, Mid Valley

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 7-11-2008 10:46 AM
pasal gath ni elle pernah ke utarakan usul ni pada ace 2 minggu lepas.
usul-usul anda semua elle akan bincang dengan kak ct dulu yer..
selepas persetujuan maybe kita akan buka satu threat untuk ...



elle,

we start with a small gathering je dulu...

coz.. bukan senang nak please the majority... i mmg looking forward nak jumpa para usahawan dkt sini.. asyik dengar kejayaan diorg je... nak juga dengar tip2, pengalaman dr diorg semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:51 AM | Show all posts

Balas #102 Iman_Baby\ catat

iman.. elle bukak topik lain yer jap lagi untuk bincang tentang usul2 ni
memang bags usul ni.
elle paste balik info2 yang diberi iman jap lagi
wahhh dah jadik ahli pertama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 7-11-2008 10:51 AM
iman.. elle bukak topik lain yer jap lagi untuk bincang tentang usul2 ni
memang bags usul ni.
elle paste balik info2 yang diberi iman jap lagi
wahhh dah jadik ahli pertama ke?



ok...

sorry elle.. jadi campur aduk lak topik ni...

bukan apa elle... seronok dengar cite semua org.. kalau dpt jumpa live n dengar sendiri cite mesti lagi best kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:45 PM | Show all posts
Ada orang yang banyak idea untuk berniaga tetapi dia tak pandai menjual kepada pelanggan. Tak pandai cakap.

Ada orang yang memang mahir menjual. Berus gigi pon boleh jual. Tetapi dia tak pandai dalam idea dan tiada ilmu pengurusan perniagaan.

Jika anda mahu berjaya dalam bisnes, pastikan dalam syarikat anda paling kurang ada 2 jenis orang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:27 AM | Show all posts
jangan takut utk keluarkan sedikit budget utk marketing..termasuk advertising...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2008 02:31 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 26-11-2008 01:27 AM
jangan takut utk keluarkan sedikit budget utk marketing..termasuk advertising...


setuju...at least tu satu cara marketing yg bagus utk promote produk anda
Jgn takut melabur dulu...pastinya untung pastu InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by ann_9027 at 26-11-2008 02:31 AM


setuju...at least tu satu cara marketing yg bagus utk promote produk anda
Jgn takut melabur dulu...pastinya untung pastu InsyaAllah..


buat pilihan yg tepat utk buat advertising,

jgn plak nk jual batik, tp letak iklan kat majalah men's health...sgt tidak sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 03:14 PM | Show all posts
Membenarkan pelanggan tawar menawar. walaupun proses ini memakan masa dan mengurangkan keuntungan, tetapi ia dapat menggembirakan hati pelanggan

[ Last edited by  elle_gogo at 27-11-2008 07:00 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 07:04 PM | Show all posts
Kerugian jangka masa singkat adalah laluan bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:13 PM | Show all posts
berani buat benda yang kita tak pernah buat. Ada berani?

sebab "its not so much of what we are going to achieve at the end of the destination, but the most important thing is what we are earning through the journey"

dan at the end of the day, believe me, berbekalkan semangat yang jitu, ianya tak sesukar seperti yang kita jangka....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:20 PM | Show all posts
BAYANGKAN

1. makan gaji - tiap2 hari gaji akan akan  dapat $$$i yg sama
    bisnes sendiri - tak yah tunggu hari gaji, hari-hari ada $$$ yang berlainan mengikut kehendak kita sendiri

2. makan gaji - punch in kad N punch out bila nak masuk/balik. nak cuti kena isi borang cuti and subject to approval, mc kena ada surat doktor, rest day/off day majikan yg tetapkan
bisnes sendiri - tak payah nak jawab kat sesape, sakit pegi farmasi je beli ubat, aku tak nak kerja hari ni saper nak bising

3. makan gaji - nak raya/bukak sekolah - ada bonus ke tidak???
bisnes sendiri - nak raya/bukak sekolah, rajin buat sales, dapat payment, boleh bwk family shopping

4. makan gaji - kena tunggu off day/rest day nak shoping
bisnes sendiri - boleh parking depan entrance kedai lagi - sebab traffic tak banyak

5. makan gaji - kerja lebih2 - org lain kaya
bisnes sendiri - kais sikit dapat sikit, kais banyak dapat banyak

sekian tips bisnes malam ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 27-11-2008 07:04 PM
Kerugian jangka masa singkat adalah laluan bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang


Wonbin tak berani gerenti pada jangkamasa panjang, untung itu milik kita.

Ingatlah ayat Wonbin,

Jika kita ada power untuk buat keputusan, mudah bagi kita nak set the target dan agak apa yang akan berlaku.
Contohnya: Apa kita mahu makan, berapa % kita mahu markup, berapa % kita mahu jimat duit bulan ini.


tetapi jika bukan kita yang buat keputusan, susah bagi kita untuk mengagak dengan tepat.

Contoh:
1. Berapa target sales bulan depan? (kita boleh letak figure, tetapi bukan kita yang control berapa ramai orang yang akan datang)
2. Bila akan terima payment (bukan kita yang sign cek, kita tak boleh pakai janji customer yang selalu berjanji akan bayar cepat)
3. Berapa tender kita akan menang bulan depan.


Wonbin selalu baca project paper orang, namun semua projected income mereka terlalu linear, tanpa mengambil kira faktor-faktor yang memberi kesan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:58 PM | Show all posts

Reply #112 hazel23's post

tima kasih... best tips tu.. bleh guna utk masa depan.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 02:29 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 27-11-2008 10:20 PM
BAYANGKAN

1. makan gaji - tiap2 hari gaji akan akan  dapat $$$i yg sama
    bisnes sendiri - tak yah tunggu hari gaji, hari-hari ada $$$ yang berlainan mengikut kehendak kita sendiri

2. ma ...


perbandingan mudah....tp maksud yg mendalam...aku suka ayat2 tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:44 PM | Show all posts
Matlamat Cina ni bukan untuk dapat untung from sales or tender.

Kau kena faham kepala hotak orang Cina.

Ada comapny Cina yang berasaskan produk IT dapat listed kat MASDEC padahal produk belum lagi jual. Mereka dapat cash from stock market. Orang Melayu tak nampak ini semua. Orang Melayu cuma nampak kalau jual RM100 ribu, dapat margin 15% iaitu RM15 ribu. Orang Cina tak pedulik pasal sales sebab mereka boleh kaut duit daripada stock market berjuta-juta sehari, sama dengan sales setahun !!!

Dalam kes ini, orang Cina tak kisah pasal projek. Yang penting ada projek paper dan boleh dapat loan. Bila dapat loan, mereka amik duit itu dan guna untuk tujuan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:48 PM | Show all posts
Dalam bisnes, perkataan " IN CONTROL dan MERDEKA" itu amat penting.

Bisnes yang tidak merdeka dan tidak in control itu tidak akan menguntungkan, walaupon jualan atau projek berjuta-juta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:54 PM | Show all posts
maksud wonbin in control or merdeka tu boleh eloborate tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:40 PM | Show all posts

tips perniagaan untuk anda

arini saya nak ceriter management sket...ini adalah serba sedikit tips yang saya amalkan dalam biz saya...hopefully ia dapat membantu perniagaan anda juga..

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan berasaskan runcit(retail business,small business admin & others), pastikan;

1-Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

2-Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

3-Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

4-Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.

5-Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

6-Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.

7-Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

8-Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

9-Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

10-Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

11-Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.

12-Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

13-Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.

14-Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.

15-Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.

16-Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

17-Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.

18-Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

19-Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

20-Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
21-Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

22-Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

23-Pastikan anda memahami selok belok kewangan termasuk sistem perakaunan dan sistem kawalan dalam. ia penting untuk anda pada masa depan.

24-pelajari juga ilmu pemasaran kerana 2 bidang ini (accounting&marketing) adalah kunci rahsia sesebuah perniagaan itu efisyen atau tidak.efisyen maksud disini xsemestinya dari segi produktiviti sykt tetapi dari segi cash flow of company.

25-anda perlu tunggu tips di hari dan waktu yang suam-suam kuku ...tata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.610502 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list