CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Jiman

Perang Thailand - Kemboja

[Copy link]
Post time 16-10-2008 07:24 PM | Show all posts

Reply #18 hasneza's post

Dengan itu kami gunakan D"A"R'S'ITA jadi model untuk produk kami.
( atas sebab2 tertentu, SEKARANG D"A"R'S'ITA GUNA NICK AMAZED dan berlakun as lelaki )

Harga berpatutan...cuma RM10/unit untuk krim sapu dan RM15/unit untuk pil.


untuk tempahan, sila hubungi  dayangerliny@kelapadara.com.my



lorrrrrrr  padan pung website aku (dayangerliny@kelapadara.com.my)  kena hits beribu ribu lemons!!   worang pi order berdozen dozen minyak kelapa dara nih...   kok ye pung.. jangan ler  guna website aku tu!!!   tak larat dah aku nak layan worang yg nak apom tembam nih...   

chitttt  ko pun ada hantar order gak???     ni meh aku paste order ko kat website aku  wokey:


en amazed,

saya ingin order minyak kelapa dara yg en amazed jual tu.. kerana dengar khabarnya dapat tembamkan apom saya yang masih tak tembam tembam ini...
saya nak 2 dozen untuk krim sapu dan 2 dozen untuk pill.

saya akan bayar harga post sekali

hantarkan kepada  :

hasneza,
hospital tanjung rambutan,
d/a  hospital bahagia,
jalan kepala dungu,

****** ******



yang sangat ingin tembamkan apom yang kempes,

hasneza


ko jangan risau hasneeza....  aku anto secepat mungkin supaya apom ko  cepat tembam, jangan lak ko jadi penipu tak bayo lak wokey!!! nanti aku repot  polis, mampos ko nanti...

p/s: 2 dozen ajork?  cukup ker?  aku rasa kalu tengok kat gambar apom ko yang ko paste kan kat website aku tu... ko perlu paling2 pung, 5 dozen, hasneza... apom ko mmg parah...  terlalu kempes  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2008 08:52 PM | Show all posts
Malaysia Diminta Main Peranan Dalam Konflik Thailand Dan Kemboja
BERNAMA - 16 Oktober, 2008 19:39 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia diminta memainkan peranan dalam membantu isu konflik persempadanan antara Thailand dan Kemboja yang dilihat semakin meruncing.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pada lewat Rabu petang, beliau telah dihubungi Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitswan yang memohon supaya Malaysia membantu dalam konflik yang dialami kedua-dua negara berkenaan.

"Berkaitan dengan beberapa kawasan sempadan khususnya kuil yang telah dipertikaikan oleh kedua-dua negara iaitu Preah Vihear, kita akan melihat situasi ini dari dekat dan saya akan ke Kemboja tertakluk pada persetujuan Kabinet.

"Saya akan maklumkan esok dan jika Perdana Menteri setuju, saya akan ke Kemboja dalam tempoh terdekat untuk cuba melihat dari dekat.

Sebagai sebuah negara sahabat apa yang harus kita lakukan supaya pertempuran yang disebutkan itu dapat diredakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Rais berkata permintaan Surin supaya rakan-rakan Asean membantu menerusi apa jua saluran diplomatik supaya keadaan di sempadan kedua-dua negara itu tidak berada pada tahap membimbangkan, adalah kena pada tempatnya.

"Ini adalah kerana beliau merupakan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan situasi keharmonian Asean.

Ini bukan bermakna hanya Malaysia yang diminta berbuat demikian tetapi ada juga satu dua pihak lain yang memainkan peranan.

"Bagaimanapun saya akan sedaya upaya memberikan pandangan dari dekat supaya keadaan yang dilaporkan itu tidak terus meruncing," katanya.

Rais berkata oleh kerana Thailand dan Kemboja ialah negara anggota Asean, adalah penting bagi negara anggota lain dalam Asean untuk memainkan peranan positif dalam konflik itu.

"Saya juga patut pergi ke Thailand walaupun di Thailand keadaannya tidak begitu getir ekoran hakikat yang kerajaan negara itu sibuk mengendalikan keadaan domestik tertentu.

"Berikutan adanya permintaan daripada setiausaha agung, Malaysia akan cuba memainkan peranan kecil, supaya kedua-dua pihak boleh berbincang daripada menggunakan konfrontasi secara fizikal seperti yang dilaporkan oleh media," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata Malaysia juga diminta oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon untuk memainkan peranan positif dalam menentukan situasi dan keadaan di Myanmar melalui pejabat PBB dalam beberapa minggu akan datang.

"Saya sedang menimbangkan beberapa pilihan dalam menentukan cara terbaik untuk mendekati rakan kita di Myanmar berhubung situasi di negara itu terutamanya dalam aspek hak asasi manusia dan masalah yang sedang dihadapi Aung San Suu Kyi (pemimpin pro-demokrasi) pada ketika ini.

"Ini bukan bermakna yang kita mahu campurtangan atau berbuat perkara seperti itu tetapi sebagai anggota Asean, setiausaha agung meminta kita memantau situasi dan apakah pendapat Malaysia mengenai keadaan semasa daripada segi aspek hak asasi manusia di Myanmar," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 10:05 PM | Show all posts
Pegawai tentera Thai, Kemboja berunding hari ini
BERITA HARIAN

PREAH VIHEAR (Kemboja): Pegawai tentera Kemboja dan Thailand hari ini mengadakan pertemuan bagi menbendung tercetusnya konflik lebih buruk di sempadan sehingga kedua-dua tentera bertempur.

Mereka mula berbincang kira-kira jam 11 pagi tadi di Thailand dengan kedua-dua kerajaan berharap keadaan kembali tenteram, terutama membabitkan hubungan dua hala.

Askar kedua-dua negara berjiran itu berbalas tembakan semalam di kawasan kontroversi, kuil lama Preah Vihear yang dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

揔erajaan saya masih tetap dengan keputusan untuk berunding walaupun pertempuran itu tidak serius," kata Perdana Menteri Thai, Somchai Wongsawat.

Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong pula berkata keadaan di sempadan kembali tenang sejak semalam dan diplomat kedua-dua negara bertemu di Bangkok hari ini.

揔ementerian Luar Thai meminta Kedutaan Kemboja di Bangkok supaya bermesyuarat dan ia berlangsung dalam keadaan baik," kata Hor Namhong.

Dua askar Kemboja terbunuh semalam dalam kejadian tembak dengan beberapa lagi cedera, termasuk askar Thai. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 10:06 PM | Show all posts
Thai-Kemboja setuju rondaan sempadan bersama
BERITA HARIAN


ASKAR Thai mengawal bersebelahan wayar duri di kawasan sempadan pertikaian dengan Kemboja,
dekat kuil Preah Vihear, dalam wilayah Si Sa Ket, Timur Laut Bangkok.


BANGKOK: Kemboja dan Thailand hari ini mencapai persetujuan untuk mengadakan rondaan bersama di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian sehingga mencetuskan insiden tembak menembak, semalam.

Jurucakap tentera Thai, Kolonel Sansern Kaewkumnerd, berkata kedua-dua pihak setuju dengan perkara itu untuk mengendurkan ketegangan dan salah faham sehingga mencetuskan insiden lebih buruk.

Persetujuan itu dicapai hasil mesyuarat ketua tertinggi angkatan tentera kedua-dua negara hari ini selepas dua askar Thai mati dan masing-masing lima askar cedera selepas meletus pertempuran di kuil lama yang menjadi pertikaian. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 12:15 AM | Show all posts
Warga Thai Tinggalkan Kemboja Ketika Ketegangan Meningkat
BERNAMA - 16 Oktober, 2008 23:15 PM

BANGKOK, 16 Okt (Bernama) -- Lebih 500 warga Thai yang bekerja atau tinggal di Kemboja telah meninggalkan negara itu kerana bimbang menghadapi tindak balas selepas tercetusnya pertempuran kecil di kawasan sempadan yang dipertikaikan ketika pegawai-pegawai tentera terus berunding bagi mengelakkan konfrontasi besar.

Jurucakap Kementerian Luar Thai Tharit Charungvat berkata 467 pulang dengan pesawat Thai Airways semalam sementara kira-kira 100 pekerja meninggalkan bandaraya Kampot melalui jalan darat akibat keadaan yang semakin tegang berikutan pertempuran semalam yang mengorbankan dua askar Kemboja dan beberapa orang askar dari kedua-dua pihak cedera.

Beliau berkata terdapat kira-kira 1,000 warga Thai di ibu negara Kemboja, Phnom Penh dan antara 400 hingga 500 di Seam Reap, tempat terletaknya kuil kuno Hindu Angkor Wat.

"Lebih ramai orang pulang dari Kemboja secara sukarela. Kerajaan tidak memaksa mereka pulang," katanya pada sidang akhbar selepas kementerian itu memberi taklimat kepada wakil-wakil dari kedutaan-kedutaan asing dan organsiasi antarabangsa yang berpejabat di Bangkok.

Jawatankuasa Thai-Kemboja kini bermesyuarat di wilayah Si Sa Ket, tempat terletaknya kuil kuno Hindu Preah Vihear yang menjadi punca pertikaian kedaulatan sejak beberapa dekad, dan kini diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:12 AM | Show all posts
Kawalan bersama di sempadan - Thai-Kemboja setuju selesai pertikaian agar tidak bertukar perang


ANGGOTA tentera Kemboja berkawal di atas
kereta perisaidi Kampung Sraem, di wilayah
Preah Vihear, semalam selepas tercetus
pertempuran dengan pihak Thailand, kelmarin
.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 02:03 PM | Show all posts
dh jadi cam kes batu putih plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 01:04 PM | Show all posts
Asean tidak memihak krisis Thailand, Kemboja
BERITA HARIAN


ASKAR Kemboja menutup senjata api miliknya
ketika berkawal di hutan dekat sempadan Thailand berhampiran kuil Preah Vihear, semalam.


BANGKOK: Anggota Asean mempunyai kefahaman yang cukup mengenai pertikaian sempadan Thailand, Kemboja dan mereka tidak akan menyebelahi sesiapa, seperti yang didakwa Phnom Penh, kata jurucakap Kementerian Luar Thai, Tharit Charungvat, semalam.

Awalnya, Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong, menuduh Asean kerana menyebelahi Thailand selepas askar dua negara jiran itu berbalas tembakan seketika di kawasan sempadan berhampiran kuil Preah Vihear, kelmarin.

Tharit menekankan, semua negara anggota Asean mempunyai pendirian masing-masing dan bebas menetapkan dasar luar mereka. Asean sudah wujud 40 tahun dan mempunyai anggota lama dan baru serta pandangan berbeza, tambahnya.

Mengulas siapa yang menghasut konfrontasi tentera, kelmarin, Tharit berkata Thailand tidak memulakan pertempuran walaupun negara itu mempunyai senjata api lebih baik.

Katanya, Thailand tidak mahu keganasan meletus dan memuncak serta menggesa Kemboja supaya kembali ke rundingan dua hala.

Sementara itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menolak bantuan negara ketiga atau pertubuhan antarabangsa bagi menyelesaikan pertikaian di sempadannya dengan Thailand .

"Saya fikir belum sampai masanya lagi (untuk rundingan menerusi negara ketiga) kerana Kemboja dan Thailand bersetuju untuk meneruskan rundingan mengikut mekanisme yang ada," kata Hun Sen kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Kabinet.

Hun Sen juga menegaskan, pertempuran baru-baru ini tidak akan menyebabkan berlaku konflik yang lebih besar.

"Tidak akan berlaku konflik besar-besaran membabitkan senjata berat kerana kedua-dua negara masih boleh bersabar," katanya selepas bermesyuarat dengan Kabinetnya.

Mengenai usaha negara lain cuba meleraikan isu itu, katanya: "Pihak (negara) lain tidak usah membangkitkan isu ini di peringkat antarabangsa."

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negaranya sedia untuk menjadi 'orang tengah' di antara Thailand dan Kemboja berhubung isu berkenaan.

Di Preah Vihear, Perdana Menteri Kemboja meminta lebih banyak rundingan dengan Thailand diadakan selepas pertempuran bersenjata membabitkan kedua negara jiran itu dibimbangi boleh membawa kepada perang berskala penuh berikutan perebutan tanah di sepanjang sempadan.

"Kita masih boleh berbincang dan belum lagi bermusuhan hnigga langsung tidak boleh berunding," kata Hun Sen selepas satu mesyuarat Kabinet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2008 12:02 AM | Show all posts
Somchai nak jumpa Hun Sen - Cari jalan terbaik selesai pertikaian mengenai kuil purba
UTUSAN MALAYSIA

KANTARALAK, Thailand 18 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:20 AM | Show all posts
kalau x silap Kuil Preah Vihear nih dh jadi hak milik Kemboja kan...yg drg berebut nih kawasan yg di sekitar je @ termasuk kuil tuh sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:16 PM | Show all posts
Serah kembali ke ICJ
UTUSAN MALAYSIA

SEANDAINYA Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sewaktu menyerahkan kuil Preah Vihear kepada Kemboja pada 1962 turut memberikan ketuanan kepada kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekitarnya, konflik Thailand dan Kemboja barangkali tidak akan mencetus kepada pertempuran singkat seperti yang berlaku Rabu lalu.

Kerana membiarkan tanah berdekatan kuil Hindu yang berusia 900 tahun itu tergantung, wilayah tersebut sejak itu menjadi kawasan panas dan diletakkan di bawah perhatian serius oleh pasukan keselamatan kedua-dua buah negara.

Kemboja menganggap pengiktirafan ICJ ke atas kuil yang dibina pada kurun ke-11 itu turut sama mengiktiraf kedaulatan kawasan 4.6 kilometer persegi di sekitar pergunungan Dangrek sebagai hak mereka.

Ia juga sejajar dengan Perjanjian 1907 antara Perancis yang memerintah Kemboja ketika itu dan kerajaan Siam yang mana sebaik-baik Kemboja mencapai kemerdekaan pada 1954, kuil itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah negara berkenaan.

Bagaimanapun sewaktu perjanjian itu dicapai, tentera Thailand sudah pun berada di wilayah tersebut dan dengan keputusan ICJ membiarkan kawasan itu tidak bertuan, Thailand enggan berundur dari kawasan berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada wilayah mereka.

Sejak itu, pertempuran di kawasan tersebut dilaporkan sering tercetus dengan insiden terkini yang membunuh dua tentera Kemboja dan menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya dipindahkan, dikhuatiri mencetus kepada peperangan di antara kedua-dua negara.

Jika diperhalusi konflik antara Thailand dan Kemboja ketika ini, ia sebenarnya bukanlah bertitik tolak daripada pertikaian pemilikan kawasan seluas 4.6 kilometer persegi tersebut, kerana rakyat kedua-dua buah negara sebelum ini bebas untuk mengunjungi kuil berkenaan.

Sebaliknya apa yang meletakkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dalam situasi tegang seperti yang dijelaskan oleh Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Sr. Dr. Azmi Hassan ialah, isu persempadanan negara, iaitu semangat untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara masing-masing.

Justeru beliau menjelaskan, sekiranya wilayah persempadanan di sekitar kuil itu dibiarkan berlanjutan tanpa merubah status quo, bukanlah sesuatu yang mustahil kedua-dua buah negara akan mengambil jalan penyelesaian dalam bentuk tindakan ketenteraan pada masa depan.

Kemungkinan itu dikuatkan lagi dengan pendirian yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah negara yang tidak akan teragak-agak menggunakan strategi ketenteraan dalam menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

Malah, sentimen di kalangan rakyat terutamanya di Kemboja juga jelas memperlihatkan kesanggupan mereka untuk berkorban sehingga ke medan perang semata-mata mempertahankan kawasan tersebut.

Bagaimanapun menurut Azmi, strategi ketenteraan tidak akan menyelesaikan isu status quo di wilayah berkenaan, sebaliknya lebih kepada isyarat yang ingin disampaikan oleh rakyat kedua-dua negara bahawa kerajaan mereka tidak akan berganjak apabila berdepan dengan isu kedaulatan negara.

Bangkok terutamanya tidak akan beralah setelah tersilap strategi, menyokong permohonan Kerajaan Kemboja untuk menyokong kuil Preah Vihear serta kawasan di sekitarnya sebagai tapak warisan dunia oleh Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai lalu.

Terdahulu pada 2006, kuil yang dikenali sebagai Phra Viharn di kalangan rakyat Thailand itu diusulkan oleh Kemboja sebagai tapak warisan dunia namun ditentang oleh Thailand kerana sebahagian daripada kawasan kuil itu masih menjadi sengketa perbatasan.

Kemboja bagaimanapun mengubah peta kuil tersebut tahun ini dengan mengeluarkan daerah yang menjadi pertikaian membolehkan UNESCO menerima cadangan tersebut sekiranya Thailand turut bersetuju.

Bagaimanapun, Thailand di bawah pemerintahan kerajaan Perdana Menteri Samak Sundaravej yang pada mulanya menyatakan sokongan terpaksa menarik balik persetujuan itu setelah ditentang oleh majoriti rakyatnya.

Kesilapan yang memaksa Mahkamah Pentadbiran Thailand campur tangan sehingga menyebabkan Menteri Luar, Noppadon Pattama meletakkan jawatan itu kemudiannya mengundang kekeruhan politik antara kedua negara dan dikatakan antara faktor yang mendorong kepada ketegangan yang berlaku seperti ketika ini.

Perkembangan terbaru dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu menimbulkan kebimbangan terutamanya di kalangan negara-negara ASEAN yang melihat krisis yang memungkinkan kepada peperangan itu bakal mengancam citra dan semangat perpaduan yang dipertahankan di kalangan negara anggota.

Biarpun krisis itu sudah beberapa kali cuba dibawa ke peringkat antarabangsa termasuk menarik perhatian PBB, namun ia belum sampai ke tahap melahirkan satu resolusi kerana kuasa besar melihat krisis itu sebagai konflik bilateral yang seharusnya ditangani oleh negara bertelagah.

Di peringkat ASEAN sendiri, tidak terlepas daripada membincangkan mengenai krisis tersebut dalam setiap pertemuan atau persidangan negara-negara anggota, namun tetap gagal melahirkan kesepakatan lantaran keengganan kedua-dua negara untuk menerima campur tangan luar.

Diplomatik

Malah, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 yang dijadualkan pada 17 Disember ini di Bangkok, Thailand juga, dijangka membincangkan mengenai krisis diplomatik Thailand-Kemboja ini selain isu utama iaitu kelembapan ekonomi serantau.

Azmi dalam melihat penyelesaian kepada konflik itu juga berpendapat, Thailand dan Kemboja perlu membuka ruang kepada pihak ketiga terutamanya di kalangan negara ASEAN sebagai orang tengah ke arah mencipta perdamaian.

Sama ada Malaysia seperti yang diminta oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan semalam, atau mana-mana negara anggota lain, pihak ketiga itu perlu memainkan peranan dalam membentuk kesepakatan di antara Thailand dan Kemboja untuk menyelesaikan konflik di meja rundingan.

Paling utama, Bangkok dan Phnom Penh perlu diyakinkan untuk mencapai persetujuan bagi mengekalkan status quo di kawasan seluas 4.6 kilometer itu dan bersedia mengakui bahawa pemilikan ke atasnya masih belum diputuskan.

Persetujuan kedua-dua negara bertelagah itu bagi membolehkan perebutan kawasan berkenaan di bawa semula ke The Hague, Belanda, seterusnya menyerahkan kepada ICJ menentukan pemiliknya yang sah.

"Lebih daripada itu, negara yang bertindak sebagai pihak ketiga juga perlu menasihatkan kedua-dua buah negara supaya tidak memburukkan ketegangan sedia ada dengan mengapi-apikan rakyat dalam isu perebutan kawasan ini semata-mata memenuhi agenda politik masing-masing," katanya.

Sesuatu yang boleh diambil pengajaran daripada konflik yang berlaku ke atas Thailand dan Kemboja itu tambah Azmi, betapa pentingnya sikap toleransi dan bertimbang rasa yang menjadi dasar kepada perhubungan di antara negara yang berjiran.

Jika diperhatikan, perebutan kawasan di wilayah bersempadan di antara Thailand dan Kemboja itu boleh disamakan dengan apa yang mungkin berlaku ke atas Malaysia dan Singapura dalam perebutan Pulau Batu Putih, baru-baru ini.

Dalam kes tersebut, ICJ memutuskan Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada wilayah Singapura manakala Malaysia pula menerima Batuan Tengah, namun pemilikan Tubir Selatan dibiarkan tergantung.

Mengambil semangat persefahaman yang tinggi antara negara yang berjiran, Tubir Selatan tidak menjadi isu yang boleh menggugat hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura yang lebih berminat menyelesaikan status kedudukan kawasan itu secara rundingan.

Seharusnya, persefahaman yang tinggi atas semangat ASEAN juga diserapkan dalam konflik Thailand dan Kemboja ketika ini dan dalam kesepakatan seperti itu, masalah yang rumit tidak akan berlanjutan sehingga menjadi satu isu yang besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:17 PM | Show all posts
Malaysia minta Thailand-Kemboja selesai pertikaian secara rundingan
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 21 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:18 PM | Show all posts
Malaysia tidak berhasrat jadi orang tengah isu Thailand-Kemboja, kata Rais
UTUSAN MALAYSIA

BANGKOK 22 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 11:18 AM | Show all posts
Kuil: Kemboja bawa ke  UNESCO

PHNOM PENH 26 Okt. - Kemboja telah membuat aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tentera Thailand telah merosakkan kuil purba Preah Vihear dalam insiden tembak-menembak awal bulan ini.

Jurucakap Majlis Menteri-Menteri Kemboja, Phay Siphan memberitahu AFP,dalam insiden itu, sebuah tangga dan sebuah patung naga hasil seni bina bangsa Khmer di kuil itu, telah rosak terkena bedilan roket.

Katanya, aduan itu telah dibuat kepada Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),beberapa hari selepas pertempuran berlaku pada 15 Oktober lalu berhampiran kawasan tapak warisan dunia itu.

" Kuil Preah Viher dengan sengaja telah dirosakkan oleh tentera Thailand. Kami telah menjumpai serpihan peluru berhampiran kuil itu,sedangkan tidak ada tentera Kemboja ditempatkan di situ.

"Pihak berkuasa yang menjaga kuil Preah Vihear telah menghantar laporan dan gambar kemusnahan kuil itu kepada UNESCO," katanya.

Dalam insiden itu, tiga askar Kemboja dan seorang askar Thailand terbunuh.

Ketegangan antara Kemboja dan Thailand mula tercetus Julai lalu mengenai kedaulatan kawasan berhampiran kuil itu, apabila Preah Vihear dijadikan warisan dunia oleh UNESCO.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1962 telah memutuskan kuil itu milik Kemboja.

- AFP
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068227 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list