CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Kota Alhambra ~ Cordoba ~ Andalusia... Sepanyol

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2008 11:45 AM | Show all posts

Reply #53 silver_nano59's post

apa pun, tak pernah melawat sana lagi. tgu turn nak kesana lak, bila duit sudah byk


..yesss..mudah2an termakbul hasratnyer...;)
bak kata sorang blogger Sab "I抳e always wanted to go to places with majestic & historical value where the winds of the past would remind me of the old days when life were not in the present..."


..Cordoba

[ Last edited by  anakencana at 24-10-2008 01:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 04:25 PM | Show all posts

Seni bina Moor--1

Seni bina Moor merupakan suatu istilah yang digunakan untuk menggambarkan seni bina Islam berartikulat Afrika Utara dan sebahagian Sepanyol dan Portugal di mana orang Moor pernah dominan pada 711-1492. Contoh terbaik yang masih kekal ialah La Mezquita di Cordoba dan istana Alhambra (terutamanya 1338-1390[1]), dan juga Giralda pada 1184.[2] Contoh terkenal lain termasuklah puing bandar istana Medina Azahara (936-1010), gereja (bekas masjid) San Cristo de la Luz di Toledo, Aljafer韆 di Saragossa dan tempat-tempat mandi seperti di Ronda dan Alhama de Granada.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 04:36 PM | Show all posts

Seni bina Moor--2

Mud閖ar ialah gelaran yang diberikan kepada orang Moor atau Muslim Andalusia yang kekal tinggal di daerah Kristian selepas Reconquista tetapi tidak memeluk agama Kristian. Ia juga merujuk kepada gaya seni bina dan hiasan Iberia yang vernakular daripada tempoh antara abad ke-12 hingga abad ke-16, khususnya gaya Aragon dan Castile, yang dipengaruhi kuat oleh cita rasa dan kemahiran kerja Moor.




Perkataan Mud閖ar merupakan pencemaran bahasa Sepanyol Zaman Pertengahan untuk perkataan Arab, مدجن (Mudajjan), yang bermakna "mereka yang menerima penyerahan", dengan implikasi berganda, iaitu penyerahan kepada Allah dan kepada pemerintahan duniawi raja-raja Kristian.




Selepas kejatuhan Granada pada Januari 1492, orang-orang Mud閖ar mengekalkan kedudukan mereka sehingga pertengahan abad ke-16, apabila mereka dipaksa untuk memeluk agama Kristian dan sejak dari masa itu, mereka digelar Morisco. Melalui sebuah dekri pada tahun 1610, orang-orang Morisco diusir dari Sepanyol ke Afrika Utara selepas diseksa oleh P**n Sepanyol. Gaya mereka yang tersendiri masih dapat dikesan daripada gaya seni bina, malahan muzik, kesenian, dan ketukangan kawasan itu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:08 PM | Show all posts

Seni bina Moor--3



Gaya Mud閖ar
Dalam pembinaan bangunan-bangunan Romanesque, Gothik, dan Zaman Pembaharuan, unsur-unsur kesenian Islam telah dipergunakan untuk mencapai hasil-hasil yang kadang kala menarik. Bagaimanapun, orang-orang Mud閖ar memperkenalkan satu ciri baru melalui penggabungan gaya Gothik yang baru muncul dengan pengaruh-pengaruh Islam yang dahulunya hanya ditindih pada gaya seni bina Romanesque. Pengaruh kesenian Islam terus wujud sehingga abad ke-17.




[quote]Gaya Mud閖ar merupakan satu simbiosis antara teknik-teknik dan cara-cara untuk memahami gaya seni bina yang diwujudkan oleh kebudayaan-kebudayaan Muslim, Kristian dan Yahudi yang hidup bersama-sama. Gaya ini muncul sebagai satu gaya seni bina yang tersendiri pada abad ke-12 di Semenanjung Iberia, dan dicirikan oleh penggunaan bata sebagai bahannya yang utama. Orang-orang Mud閖ar tidak melibatkan diri dalam penciptaan bentuk atau struktur (berbeza dengan Gothik atau Romanesque), tetapi hanya menafsirkan semula gaya-gaya kebudayaan Barat melalui pengaruh-pengaruh Islam. Ciri geometri yang paling menonjol dan yang jelas berunsur Islam muncul dengan ketara dalam hiasan-hiasan kraf yang mempergunakan bahan-bahan murah yang dikerjakan dengan teliti - jubin, bata, kayu, ukiran lepa dan logam-logam hiasan. Untuk menghidupkan permukaan-permukaan dinding dan lantai, gaya Mud閖ar mengembangkan corak-corak jubin yang rumit yang tidak pernah diatasi dari segi kecanggihannya. Walaupun selepas orang-orang Islam tidak lagi diambil untuk mengerjakannya, banyak daripada sumbangan-sumbangan mereka masih dikekalkan sebagai sebahagian gaya seni bina Sepanyol yang penting. Istilah gaya Mudejar dicipta oleh Jos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:45 PM | Show all posts

Seni bina Moor--4



Sudah diiktiraf bahawa gaya Mud閖ar lahir di kota Sahag鷑 sebagai suatu penyesuaian motif-motif perhiasan (terutamanya, melalui perhiasan lega dan bata) merupakan satu kenyataan yang telah diterima. Ciri-ciri Mud閖ar yang tersebar ke segenap pelusuk Kerajaan Le髇, Toledo, 羦ila, dan Segovia, serta kawasan-kawasan yang lain, melahirkan apa yang telah digelar Romanesque bata. Pusat-pusat kesenian Mud閖ar juga terdapat di kota-kota yang lain seperti Toro, Cu閘lar, Ar関alo dan Madrigal de las Altas Torres. Ia berkembang dengan paling pesat di Aragon, khususnya di Teruel (walaupun juga di Zaragoza, Utebo, Tauste, Daroca, Calatayud, dsb). Pada abad ke-13 hingga abad ke-15, banyak menara gaya Mud閖ar yang tesergam indah dibina di kota Teruel, dan terus mengubah aspek kota itu sehingga hari ini.




Seville juga mempunyai banyak contoh gaya Mud閖ar yang lain. Istana Alc醶ar di Seville telah dianggap sebagai salah satu contoh gaya Mud閖ar yang terunggul yang masih wujud. Gaya seni binanya merangkumi gaya Gothik dan gaya Zaman Pembaharuan, serta juga gaya Mud閖ar. Pedro dari Castile meneruskan penggunaan gaya seni bina Islam ketika memperluas istana ini yang pada asalnya dibina sebagai sebuah kubu Moor.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:53 PM | Show all posts

Seni bina Moor--5



Portugal juga mempunyai beberapa contoh seni dan seni bina Mud閖ar, walaupun tidak sebanyak dan jauh lebih sederhana dari segi perhiasan, berbanding dengan Sepanyol yang berjiran.




Gaya Neo-Mud閖ar
Gaya Neo-Mud閖ar merupakan penerusan atau penghidupan semula gaya Mud閖ar di Sepanyol dan Amerika Latin pada abad ke-16 hingga abad ke-19. Ketika Emilio Rodriguez Ayuso mempergunakan gaya Neo-Mud閖ar pada akhir abad ke-19 untuk mereka bentuk Plaza de Toros, sebuah gelanggang perlagaan lembu di Madrid yang kini telah dimusnahkan, gaya itu menjadi gaya yang terpopular untuk gelanggang perlagaan lembu di seluruh Sepanyol. Plaza de Espa馻 yang dibina untuk Ekspo Dunia pada tahun 1929 mempergunakan gaya neo-Mud閖ar, dengan Gran Teatro Falla di C醖iz turut mengikut.

Di Madrid, terdapat beberapa contoh gaya seni bina Neo-Mudejar yang baik yang terus wujud, termasuk gelanggang perlagaan lembu Las Ventas (gambar), La Iglesia Virgen de la Paloma, dan Escuelas Aguirre, serta juga Torre de Canal Isabel II yang merupakan menara tangki air yang diubah menjadi ruang pameran.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 06:46 PM | Show all posts
Tanx kak ana cantik cantik semue picture .
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 12:09 AM | Show all posts
tengok la video WHEN THE MOORS RULED IN EUROPE... banyak yang menarik... pasal kubur isabella yang sekitarnya tertulis kalimah syahadah... sejam lebih gak...
carik kat google video...

http://video.google.com/videoplay?docid=-768956312207897325
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 10:45 AM | Show all posts

Islam dalam Sepanyol moden...



Pada dekad baru-baru ini, penghijrahan telah menyebabkan kemunculan semula orang Islam, dengan lebih dari 1 juta orang Islam menetap di Sepanyol, yang majoritinya orang Maghribi yang datang untuk bekerja. Walaupun mereka ada hak untuk menetap dan bekerja, sesetengah mereka bukan warganegara Sepanyol.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 10:50 AM | Show all posts

Rakyat Sepanyol tenang peluk Islam...



[quote]MADRID: Beribu-ribu rakyat Sepanyol terutama golongan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi mengaku memeluk Islam kerana menemui ketenangan dan kedamaian dalam agama suci itu.

揚enduduk Sepanyol yang memeluk Islam mencatatkan peningkatan di sebalik kempen jahat media Barat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 11:16 AM | Show all posts

Masakan ala Arab di Sepanyol...



Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi Mediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik

Di Sepanyol sejenis maskan yang menggunakan ZAA"FARAN 'Spanish Cuisine' sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah 'Spanish cuisine' tersebut. Penggunaan meluas Za'faran di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)

Di Itali "Rissoho A La Milanese" adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan 'Cake Za'faran'. Di Jepun penggunaan ZA"FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA"FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.



Paella (Spanish rice)

Paella - Spanish Rice
500 g Basmati rice
2 chicken fillets ~ cubed
200 g fillet steak ~ cubed
200 g prawns ~ shelled, deveined and washed
1 each green and red pepper ~ diced
1 teaspoon green chillies ~ crushed
100 g green onions ~ finely chopped
1/4 teaspoon tumeric
1/4 teaspoon saffron
2 cubes chicken stock or homemade stock
salt and pepper to taste
1 teaspoon garlic ~ crushed
1 cup oil
100 g parsley ~ finely chopped
2 tablespoon lemon juice
Method :
1.      Cook the rice with tumeric,saffron,chicken stock,1/2 cup oil and salt to taste. Once done, leave aside.
2.      Fry individually the steak and chicken cubes with the salt, pepper, green chillies and garlic.
3.      Stir-fry the peppers in a tablespoon of oil.
4.      Similarly fry the prawns in 2 tablespoons oil with the lemon juice.
5.      To the cooked rice, add the stir-fried chicken, steak, prawns, peppers and toss lightly.
6.      Decorate with chopped green onions and parsley. Serve hot.

BUNGA SERIBU KHASIAT
Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi,teh, kopi dan makanan pencuci mulut (desert). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

[ Last edited by  anakencana at 28-10-2008 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 01:23 PM | Show all posts

Spanish Omelette..

Di Sepanyol, tortilla merujuk kepada omelette, atau beberapa telur yang dipukul dan digaul dengan ramuan lain. Hidangan seperti tortilla sepanyol, tortilla espa駉la atau tortilla de patatas semuanya merujuk kepada makanan yang sama di Sepanyol, an omelette with kentang goreng dan bawang yang dicincang, often served as a staple food in Spanish bars and caf閟.




Bahan-bahan( untuk 5 org )
7 biji telur
3 biji ubi kentang - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 cawan susu cair/susu segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam (untuk memberi sedikit rasa pedas)
minyak
Sos cili (cicah)
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang besar dan ubi kentang (hingga sedikit empuk)...
Dalam bekas mangkuk lain, masukkan telur dan campurkan bersama susu cair/segar dan garam/serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kentang dan bawang yg telah digoreng tadi..gaul sebati.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian boleh digoreng@bakar hingga masak...hidang bersama sos cili dan dimakan ketika masih panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 01:51 PM | Show all posts

Reply #88 pengimbas's post

tengok la video WHEN THE MOORS RULED IN EUROPE... banyak yang menarik... pasal kubur isabella yang sekitarnya tertulis kalimah syahadah... sejam lebih gak...
carik kat google video...



makasih for sharing info....:handshake:

Bagi peminat sejarah Islam, nama Isabella juga membawa konotasi yang penuh makna. Ratu Isabella I of Castille dan suami beliau, Raja Ferdinand II of Aragon (bukan watak Lord of The Rings ya) dikenali di dalam bahasa Spanish sebagai Los Reyes Cat髄icos atau The Catholic Monarchs. Kerajaan mereka telah melengkapkan misi Reconquista di Semenanjung Iberia dan penaklukan kota Granada pada tahun 1492
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 02:45 PM | Show all posts

Novel Isabella 1 : Mukadimah

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh SN Abdullah Hussain. Pada kulit novel tersebut ada ditulis "A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY"yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petikan menarik daripada novel tersebut...



[quote]..Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "卲adahal paderi-paderi Kristian itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 04:41 PM | Show all posts

Novel Isabella 2 : Pertemuan Pertama

[quote]Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya bebrapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, kelihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai.

Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.

"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian.." Kata Micheal.

"Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".

Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di ditu sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam.

Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata: " Saya diberitahu bahawan bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."

"Baiklah," ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya." "Mula-mula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 05:10 PM | Show all posts

Novel Isabella 3 : Pertemuan Kedua (A)



[quote]Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?

Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; "Kelmarin kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.

Peter menjawab. "Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita bincangkan dulu."

"Terima kasih," kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah AL_FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihar ke depan.

Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.

Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.

"Dia tak apa-apa," kata Catherine, sahabat Isabella. "Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu." Keterangan itu tealah mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan Islam.

Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian berdiri dan berkata:
"Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus itu. Pertanyaannya : Apa keperluannya yang khusus maka 擯utera Tuhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 05:29 PM | Show all posts

Novel Isabella 3 : Pertemuan Kedua (B)



[quote]"Baiklah," kata Umar. " Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti tuhan y ang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya, kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan"

"Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan dosa," kata Peter.

"Itulah," jawab Umar Lahmi. "Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa, maka 擳uhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 05:37 PM | Show all posts

Novel Isabella 3 : Pertemuan Kedua (C)



[quote]"Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang dilahirkan," jawab Peter dengan nada yang agak gugup.

"Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?" ujar Umar Lahi.

"Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusiolah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan di dalam Kristus," jawab Peter lagi.

"Kalau begitu," kata Umar, "kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan bukan ketuhanannya."

"Benar. Memang benar," jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh.

Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal. "Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar."

Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang membuka halamannya.

Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia mengambil kitab Injil pula.

Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. " Cuba lihat, di sini ada tertulis 擬asakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 05:51 PM | Show all posts

Novel Isabella 4 : Berdebat dengan Ketua Paderi (A)

[quote]Isabella mula membuka mulutnya untuk berkata, "Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 06:09 PM | Show all posts

Novel Isabella 4 : Berdebat dengan Ketua Paderi (B)

[quote]"Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai 擪alimat Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074239 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list