CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Kota Alhambra ~ Cordoba ~ Andalusia... Sepanyol

[Copy link]
Post time 28-10-2008 07:47 PM | Show all posts
sambungan lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 10:36 AM | Show all posts

Novel Isabella 5 : Kasih atau Tauhid (A)



"Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami," ujar Ketua Paderi itu.

"Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, "Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid."

"Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah." Umar Lahmi menghujah kata-kata Ketua Paderi itu. "Tuan telah memulakan semula perbincangan yang panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam," ujar ketua paderi itu.

"Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam," sahut Umar dengan cepat."maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti." Ketua Paderi itu mulai meradang.

Air mukanya, berubah. "Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?" "Cuma pengakuan mulut saja," kata Umar Lahmi. "Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima." "Kini tuan membuat definasi tentan kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?" Umar Lahmi juga sudah mulai gusar. Lalu dijawabnya. "Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih sdaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, amka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 10:40 AM | Show all posts

Novel Isabella 5 : Kasih atau Tauhid (B)

[quote] Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah." "Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?" Ketua Paderi itu bertanya. "Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan 攂apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 10:48 AM | Show all posts

Novel Isabella 6: Isabella Menerima Sinar Keislaman (A)



[quote]Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat keilmuan sedunia.

Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka sering mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat.

Ziad bin Umar merupakan salah seorang daripada ahli falsafah, pentafsir Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat kediamannya terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cordova. Biasanya, sesudah selesai Isyak, orang-orang yang hauskan ilmu, akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan di antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun bertanya akan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi. "Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada usaha-usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu. Anda telah menyampaikan seruan Allah." Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,"Semuanya adalah berkat doa dan perhatian anda semua juga".

Satu suara lain terdengar di antara para hadirin." Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isalbella." "Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk agama Islam." jawab Umar Lahmi.  "Isabella ada di sini?" tanya Ziad dengan nada gembira. "Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau ada izin daripada saudara, maka dia boleh dibawa mengadap," jawab Umar. "Sudah tentu. Bawa Isabella kemari," kata Ziad. Isabella dijemput masuk ke majlis itu.

"Anakku Isabella," ujar Ziad. "Saya bersyukur dan megucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran."

"Bapa yang mulia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 10:37 AM | Show all posts
satu hari nanti, insyaAllah akan sampai juga ke al hamra...
bersama si dia tercinta....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #105 AinFarisya's post

dearie ain,

yezzzz..mudah2an termakbul.. samada nak gi for honeymoon, anivesary & must place to visit..

Great tourist region.. local bley speak English...interesting historical sites to see...

Di Granada.. terletak istana Alhambra.. one of the most beautiful monuments in the world & huge of persian islamic arts..

tu larr...biler ajer baca kisah2 kegemilangan Tamadun Islam di Spain..ianya sgt menarik tentang bagaimana jatuh bangunnya Tamadun Andalusia selama 800 tahun yang tidak mungkin Eropah hari ini boleh berdiri tanpanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2008 12:47 PM | Show all posts
Last bace novel Isabella lebih kurang 15 tahun dulu sedih sangat novel ni. X tau nak cari kat ne.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #107 lizz_7777's post

dear lizz,

..mostly koleksi novel/buku2 karya islamik seantero dunia nie ader di Pustaka Indoneisa @ Fajar Ilmu Baru kat Tingkat 2, Wisma Yakin Jalan Tuanku Abdul Rahman KL (tel: 2693-7360).. kekadang kena wat bookin in advance etc.. bergantung pada stok kedai buku tu..:tea:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 01:46 PM | Show all posts
Tanx kak ana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 03:47 PM | Show all posts

Reply #107 lizz_7777's post

Ye betul! Hakak pun ada buku tu berbelas thn yg dulu. Sayangnya baru baca sekali pastu hilang.
Nasib 4 bulan lepas jumpa kat tenet. Apa lagi copy la, buat buku balik.

Btw, baru ku tahu anakencana ni pompuan. Selama ni i read "his" name as anak kencana.

Thanks ana. A very good effort and article.  Nak tanya skit, gambar pompuan kat pg sebelah tu, gambar isabella yg dlm novel ni ke atau gambar hiasan?
Ada satu lagi citer isabella ni kan? Ni kisah benar. Seorang maharani xtian yg sgt kejam dan membunuh ramai muslim. Kalau tak silap lah.

My cousin dah sampai ke al hambra. Dengar dia bercerita dgn penuh semangat bikin ku ternganga. Belum lagi tengok gambar2 yg dia dah snap kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 05:23 PM | Show all posts

Reply #110 HOTlips's post

salam kenal HOTlips,

haaahhaaa..tergelak beso.. no worries.. ramai yg konpius katanyer..
nways, makasih 4 input.. gitu larr.. Ikatlah ilmu dengan mem'blog'kannya....

tu lar..lately nie baru berminat nak baca/research ttg Pengajian Islam secara non-formal. Mungkin sebab pengaruh beberapa kawan (...yang mengubah haluan, beralih kepada bidang agama katanyer).. dan persekitaran terkini.. bekerja dalam suasana rushin/stress@urban lifestyle membuatkan diri sering keresahan..apapon alhamdulillah, kesempatan yg terluang... sempat gak skodeng internet/library/kedai buku..& baca sket2 isu Islam dan falsafah buat memahami diri sendiri, mengubat keresahan diri dan seterusnya mencetuskan tekad untuk trus mendalaminya setakat yg termampu... banyak manfaat dan ingin dikongsi bersama uols kat sini..

Ops! ader banyak versi tentang Queen Isabella nie..  saya nie ibarat sudah terhantuk baru nak terngadah (releven ke pepatah ini?)..sudah terkena baru ingin membelek buku sejarah, mengkaji yang tersirat di sebalik yang tersurat...

Originally posted by pengimbas at 26-10-2008 00:09
tengok la video WHEN THE MOORS RULED IN EUROPE... banyak yang menarik... pasal kubur isabella yang sekitarnya tertulis kalimah syahadah... sejam lebih gak...carik kat google video...

[ Last edited by  anakencana at 7-11-2008 05:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by anakencana at 7-11-2008 11:23 AM
dearie ain,

yezzzz..mudah2an termakbul.. samada nak gi for honeymoon, anivesary & must place to visit..

Great tourist region.. local bley speak English...interesting historical sites to  ...


tq ana..

Ain pun ada sorang kawan yang isterinya asal dari sana...

so, memang banyak tempat menarik dan kisah sejarah yang dia ceritakan...

tetiba teringat kisah tariq ziyad (walaupun bukan berkaitan dengan al hamra) yang kawan Ain ni cerita...

lagi satu, kalau tak silap Ain ada satu buku cerita alaf 21..

yang berlatar belakangkan al hamra bila hero dan heroin jumpa semual setelah lama terpisah

di perkarangan al hamra...

tapi Ain tak ingat tajuk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 03:27 PM | Show all posts

Balas #24 anakencana\ catat

Sejarah selalu saja berulang - jadi peringatan keras buat saya secara peribadi - peradaban Islam selalu runtuh sbb penguasanya meninggalkan imannya dan menukarnya dengan dunia.


Well said. Islam dulu begitu gemilang krn umatnya mempunyai segala2nya. Mereka mempunyai kekuatan berupa harta kekayaan, kepakaran dan cendikiawan. Sayang sekali mereka lupa satu perkara....
KEKUATAN SPIRITUAL.

Apalah ertinya kegemilangan jika tidak diseimbangkan dgn  kerohanian. Manusia memang mudah lupa. Kekayaan, kepakaran, kegemilangan sesungguhnya merupakan ujian. Beruntunglah bagi mereka yg tidak alpa dan terpesona. Malanglah bagi mereka yg mudah terbuai dek dunia.

Peringatan utk semua dan diriku jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #113 HOTlips's post

Islam dulu begitu gemilang krn umatnya mempunyai segala2nya. Mereka mempunyai kekuatan berupa harta kekayaan, kepakaran dan cendikiawan. Sayang sekali mereka lupa satu perkara....
KEKUATAN SPIRITUAL


Thank you my dear for your generous comment...

Katanyer... pendedahan tentang sejarah islam yang selama ni kita tak tahu &  tandus dengan kejayaan islam masa dulu ialah...
pengajarannya ialah supaya umat Islam jangan suka sangat pada benda-benda dramatik dan bernada konspirasi sehingga terlupa menganalisa sesuatu secara ilmiah... dunno larr..

[ Last edited by  anakencana at 10-11-2008 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #112 AinFarisya's post

tetiba teringat kisah tariq ziyad (walaupun bukan berkaitan dengan al hamra) yang kawan Ain ni cerita...


...tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima卌ewahh

....Tariq ibn Ziyad adalah timbalan kepada Khalifah Musa ibn Nusair. Julian dari Ceuta (N. Africa) telah minta bantuan mereka menentang Raja Roderic yg ambil alih Visigoth pd 710 M. Sebelum tu pemerintah Visigoth adalah King Wittiza (cucu kepada King Erwig).. Raja Roderic dikalahkan di Guadalete pd 19/7/711 M.

..kalo ikut versi penulisan kajian orang eropah...

"Adakah Erwig itu yang menguasai Eropah sekitar 690CE itu seorang islam?..

..sebabnyer seorang Visgoth Spain iaitu Tariq ibn Ziyad yang berperang dgn Raja Roderic di Quadalic @ Wadi Lakhah.. merupakan seorang islam dan mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut dan berjaya menakluki Toledo....(ianya mengesahkan bahawa islam came by invitation not by invasion).."

.... kemudian tentera Islam menawan Valencia pada May 1094 (pemerintahnyer iaitu sepupu kepada Yusuf ibn Tashfin (pemimpin puak al-Murabitun: Khalifah Umayyah di Qurtuba (Cordoba, since 16/1/929 M). Selepas tu berlaku pergolakan (1145) dan pada tahun 1172 al-Muwahhidun ambil alih. Akhirnya 9/10/1237 James of Aragon menawan Valencia. Pada tahun tu kuasa Muslim hanya tinggal Ghanatah (Granada) hingga 1492.

Kalo nonton Asto Oasis pada sekitar jam 11 malam.. ader dokumentari menarik (selalu ader ulangan) ~ terbitan BBC dokumentari 揂n Islamic History of Europe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 11:48 AM | Show all posts

Peralatan Senjata Tentera Islam Toledo









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 12:45 PM | Show all posts
teringin aku nak ke sana...cantik betul senibina islam zaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #116 anakencana's post

Rasanya Bukan Body Armour Orang Moor tapi lebih Kepada Pihak Kristian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 04:13 PM | Show all posts

Reply #118 HangPC2's post

ni..fakta yg tertera disebalik semua foto2 tersebut ya.. (Museum of Arts New York)

Toledo (Latin: Toletum; In Arabic: طليطلة Ṭulayṭela) is a city and municipality located in central Spain, 70 km south of Madrid. It is the capital of the province of Toledo and of the autonomous community of Castile-La Mancha. It was declared a World Heritage Site by UNESCO in 1986 for its extensive cultural and monumental heritage. Many famous people and artists were born or lived in this city, including Garcilaso de la Vega, Alfonso X and El Greco, and it was the place of important historic events such as the Visigothic Councils of Toledo.

Toledo later served as the capital city of Visigothic Spain, beginning with Liuvigild (Leovigild), and was the capital until the Moors conquered Iberia in the 8th century. Under the Caliphate of Cordoba, Toledo enjoyed a golden age. This extensive period Under Arab rule, Toledo was called Tulaytulah (Arabic طليطلة, academically transliterated Ṭulayṭulah).

Toledo was famed for its production of steel and especially of swords and the city is still a center for the manufacture of knives and other steel implements.

Toledo's Alc醶ar became renowned in the 19th and 20th centuries as a military academy. At the outbreak of the Spanish Civil War in 1936 its garrison was famously besieged by Republican forces.

Toledo reached its zenith in the era of Islamic Caliphate when it was a beautiful combination of art and science. Perhaps the most prominent masterpiece of art was the 'waterlocks of Toledo'. Historian P. de Gayangos writes:
The Muslim scientists of this age were unrivaled in the world. Perhaps among their greatest feats were the famous waterlocks of Toledo.

[ Last edited by  anakencana at 18-11-2008 04:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #117 Maxx's post

..yup..mudah2an ader rezeki ke sana nanti kann...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.082140 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list