CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5666|Reply: 11

OTAK proaktif lepas 10 malam!!

[Copy link]
Post time 22-10-2008 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Otak proaktif selepas jam 10 malam

Kajian mendapati pekerja sukar selesai masalah selepas makan tengah hari masa paling kurang kreatif

LONDON: Satu hasil tinjauan terbaru mendakwa masa paling kreatif dan bertenaga bagi individu adalah jam 10.04 malam dan bukannya pada siang hari yang sememangnya diingini ramai berikutan waktu bekerja dan persekolahan.

Tinjauan penyelidik Universiti Katolik di Milan, Itali, menunjukkan otak kurang berkembang pada sebelah tengah hari. Berikutan itu, pekerja lazimnya sukar menyelesaikan masalah kerja selepas makan tengah hari, lapor Daily Telegraph semalam.

Masa paling kurang kreatif adalah jam 4.33 petang dan 92 peratus daripada 1,426 responden, mengakui mereka tidak bersemangat pada masa itu.
Kira-kira 25 peratus responden pula mengakui berjaga malam bagi mencari inspirasi atau idea baru bagi memanfaatkan tugasan mereka.

Bercanggah dengan kepercayaan ramai pengurus, ramai mengakui waktu bekerja pada siang hari tidak mampu memberi semangat.

Ditanya kaedah bagi mendapatkan kreativiti, seramai 44 peratus responden mendakwa mereka mandi.

Malangnya, biar pun cerdik, lebih separuh daripada idea kita lazimnya hilang buat selama-lamanya.

Ini disebabkan apabila idea hadir, seramai 58 peratus orang ramai gagal menulisnya dengan segera, menyebabkannya terus hilang.

Malah, berbanding lelaki, wanita terbukti lebih cemerlang dan cekap menulis idea mereka. Seramai satu pertiga daripada mereka berusia lebih 35 tahun pula memilih untuk menulis idea di telapak tangan bagi mengelak lupa.





kalu camnih... jgn tido sblm 10pm wokey... biaq otak ko fungsi sikit!!!  

"Mereka yang suka berjaga malam lazimnya dapat mengemukakan idea lebih baik," kata hasil laporan penyelidikan berkenaan.
Hasil kajian pada 2006 menunjukkan golongan kreatif seperti pelukis dan penyajak terbukti mempunyai dua atau tiga kali ganda lebih ramai pasangan seks. � Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 12:29 PM | Show all posts
statement yg last tuh yg tak tahan...huiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:08 PM | Show all posts


dgn adanya kenyataan itu maka artikel ni mmg termasuk dlm topik² TNSE

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:37 PM | Show all posts

Balas #3 buDak_gaTaL\ catat

bg mmg pandai..
lame xnmpk bg??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 08:57 PM | Show all posts
hanya kerana satu ayat..  kalo kat TNSE kena ader bhgn lain yg aktif ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:09 PM | Show all posts
ape kaitan die??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 04:10 PM | Show all posts
yang aktif tuh lain...manusia lelaki kan dikurniakan dua kepala.....tapi kepala yang satu lagik takde otak......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 04:12 PM | Show all posts
Hasil kajian pada 2006 menunjukkan golongan kreatif seperti pelukis dan penyajak terbukti mempunyai dua atau tiga kali ganda lebih ramai pasangan seks

apa maksudnya ekk.....pelukis/penyajak lebih banyak pasangan seks??tak paham laa.......maksudnya,lebih senang dapat pelacur ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:20 AM | Show all posts

Balas #7 GRINDSAKHTANIC\ catat

hehe.. ..takde otak..tapi nakal..haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:18 PM | Show all posts
patut r org suke menyamun malam2
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 12:52 AM | Show all posts
Originally posted by pressor at 24-10-2008 09:20 AM
hehe.. ..takde otak..tapi nakal..haha

takde otak...tapi cepat "mengembang"....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 12:32 AM | Show all posts
kalau mcm tu la hasil kajian ni, sepatutnye otak2 pemain2 bola sepak M'sia lebih kreatif, tp bleh kalah dgn pesawah Vietnam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.341716 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list