CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 11

india lancar kapal angkasa mengelilingi bulan

[Copy link]
Post time 23-10-2008 08:36 AM | Show all posts |Read mode
India selamat lancar kapal angkasa keliling  bulan   

                                                         
CHANDRAYAAN-1 dilancar di Sriharikota,
100 kilometer ke utara Chennai, semalam


Ekspedisi sulung  dengan Chandrayaan-1 ambil masa 2 tahun


SRIHARIKOTA : India semalam selamat melancarkan ekspedisi sulungnya ke bulan bernila ikira-kira AS$80 juta (RM256 juta) yang menjadi lonjakan penting program angkasa lepas negara itu selain menyertai perlumbaan penerokaan angkasa lepas oleh negara Asia.

Tepukan gemuruh dan laungan kegembiraan mengiringi pelancaran kapal angkasa Chandrayaan-1 dibawa roket binaan tempatan dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota di Andhra Pradesh, kira-kira80 kilometer ke utara Chennai di selatan India.

Pegawai menyifatkan pelancaran kapal angkasa jam 6.22 pagi waktu tempatan sebagai kejayaan besar. Dalam masa 19 minit, roket itu membawa  kapal angkasa berkenaan memasuki orbit angkasa lepas.

"Pasukan saintifik kita sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara dan seluruh rakyat menghargai usaha mereka," kata Perdana Menteri Manmohan Singh dalam perutusan dari Jepun kerana melakukan lawatan rasmi ke Tokyo ketika ini.

Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), Madhavan Nair menyifatkan detik itu sebagai bersejarah bagi India.

"Pelancaran kapal angkasa itu sememangnya amat membanggakan. Hari ini kita mencatat perjalanan penting bagi kapal angkasa India ke ruang angkasa untuk menerokai misteri bulan dan persekitaran semula jadinya,"katanya.

ISRO menghantar kapal angkasa Chandrayaan-1 bagi melakukan ekspedisi mengelilingi bulan selama dua tahun. Ia antara lain membabitkan usaha mengumpul maklumat termasuk merakam butiran peta hasil galian, kimia dan topografi permukaan bulan.

Kapal angkasa itu dijangka tiba di bulan dalam masa 15 hari lagi dan turut menyaksikan penghantaran kapal angkasa ke permukaan bulan.

India sememangnya berharap misi sulungnya itu boleh memacu program angkasa lepasnya selain meletakkannya sebaris negara kuasa besar seperti China dan Jepun. Berikutan itu, India berharap dapatmelakukan penerokaan ke angkasa lepas dengan membawa angkasawan pada 2015 dan usaha menyiapkan kapal angkasa yang boleh membawa dua angkasawan dimulakan.
                                
Kalangan pengkritik bagaimanapun mempertikaikan kewajaran program angkasa lepas itu yang menelan belanja besar ketika ratusan juta rakyat India masih dibelenggu kemiskinan. - AFP

[ Last edited by  derose83 at 23-10-2008 08:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2008 08:50 AM | Show all posts
Pesawat tanpa angkasawan India berlepas ke bulan


Gambar daripada Pertubuhan Penyelidikan Angkasa LepasIndia
merakamkan kejayaan pelancaran sulung pesawat angkasa lepas
Chandrayaan-1 ke bulan dari tapak pelancaran di pusat angkasa lepas
Satish Dhawan di Sriharikota, kira-kira 100 kilometer utara Chennai,semalam .
- AP


SRIHARIKOTA, India 22 Okt. - India melancarkan misi pertamanya kebulan hari ini dengan mencatatkan satu kemajuan besar dan sejarah
tersendiri untuk program angkasa lepas negara ini.

Pesawat tanpa angkasawan, Chandrayaan-1 atau "Kenderaan Bulan" yang dibina oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Sriharikota, di selatan India ini sejurus selepas subuh.

New Delhi berharap misi tersebut akan melonjakkan kedudukan negara ini dalam industri angkasa lepas global.
Pelancaran Chandrayaan-1 juga menandakan usaha India untuk menyaingi program angkasa lepas China.

Angkasawan China diraikan sebagai wira negara bulan lepas selepas menjalankan operasi pertama 'berjalan' di ruang angkasa, dan India tidak mahu ketinggalan.

"Pelancaran ini menandakan bermulanya satu perjalanan luar biasa," kata Pengerusi ISRO, G. Madhavan Nair.
Stesen televisyen India menyiarkan pelancaran itu secara langsung.

Sebilangan saintis yang terlibat dengan program itu mendabik dada,berpelukan dan bertepuk tangan apabila roket yang membawa pesawat tersebut dilancarkan.

Media mengalu-alukan pelancaran misi itu dengan nada patriotik.

Kos misi tersebut yang berjumlah AS$79 juta (RM277 juta) tidak persoalkan meskipun ratusan juta penduduk di negara ini masih hidup dalam kemiskinan dan berjuta-juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan.

Jika tiada masalah teknikal, pesawat tersebut akan memasuki orbit bulan dan menghabiskan dua tahun untuk memantau permukaan bulan bagi mencari tanda-tanda kewujudan air dan logam berharga.

Sejenis alat dikenali sebagai Moon Impactor Probe akan berpisah dari Chandrayaan-1 dan mendarat di bulan untuk mencungkil debu dari permukaan untuk dianalisis dengan instrumen di dalam pesawat itu.

Objektif utama adalah untuk mencari isotop Helium 3 yang jarang ditemui di bumi tetapi berguna untuk pengeluaran tenaga nuklear dan boleh menjadi sumber tenaga penting pada masa depan, kata saintis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:10 AM | Show all posts
Wow~ x sangka negara yg miskin tu pun da ada kapal angkasa sendiri.

...kita bile lg?   xkan anta angkasawan je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:18 AM | Show all posts
Negara2 islam bila lagi nak hantar space shuttle nie...ke angkasa..
semua negara bkn islam dah berlumba2...ketinggalan betul kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:19 AM | Show all posts
nanti ada sore2 yg kata...membazir duit rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:43 AM | Show all posts

Balas #5 contessa\ catat

biasalah tu.. skang pon da byk bazir pe utk kroni2nyaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2008 01:44 PM | Show all posts
Polar Satellite Launch Vehicle                                                                                                                                               




The Indian Space Research Organisation (ISRO) built its first Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV) in the early 90s. The 45 m tall PSLV with a lift-off mass of 295 tonne, had its maiden success on October15, 1994, when it launched India's IRS-P2 remote sensing satellite into a Polar Sun Synchronous Orbit (SSO) of 820 km altitude. Since its first successful launch in 1994, PSLV has launched nine Indian Remote Sensing satellites as well as two micro satellites HAMSAT and IMS-1 built by ISRO, a recoverable space capsule SRE-1, and fourteen small satellites for foreign customers into polar Sun Synchronous Orbits. Besides, ithas launched one Indian meteorological satellite Kalpana-1 into Geosynchronous Transfer Orbit (GTO). PSLV has emerged as ISRO'sworkhorse launch vehicle and proved its reliability and versatility by scoring continuous successes in launching multiple payloads to both SSOas well as GTO.

Considering the maturity of Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV) demonstrated through various performances, PSLVis chosen for the first lunar mission. The upgraded version of PSLVviz., PSLV-XL (PSLV-C11) will be used to inject the 1380 kg mass spacecraft into a 255 x 22860 km orbit.

PSLV has four stages,using solid and liquid propulsion systems alternately. Six strap-onmotors augment the first stage thrust. PSLV-XL is the upgraded versionof PSLV. In PSLV-XL, the six strap-on motors carry 4 tonne more propellant compared to PSLV; There is also an increase in the length of each strap-on
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:25 PM | Show all posts

Reply #5 contessa's post

aku rasa bagus nak pi selidik angkasa ni... banyak yg manusia dapat belajar... hantar worang bijak pandai... pastu  hah!! kita belajar dari dia... tarak salah aku rasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 08:10 AM | Show all posts

Balas #8 amazed\ catat

betul tu....penyelidikan yg dilakukan kt outer space nih merangkumi pelbagai bidang...astronomi,perubatan,kejuruteraan,IT n etc...semuanya memberi impak yg besar terhadap kemajuan sains dan teknologi sesebuah negara.dlm islam pun dituntut mengkaji rahsia pembentukan alam cakerawala ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 09:07 AM | Show all posts
27 maut letupan kilang mercun   

Angka kematian mungkin meningkat kerana ramai cedera parah
                              
NEWDELHI: Letupan menggegarkan sebuah kilang mercun haram di barat India,mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang termasuk 12 kanak-kanak,beberapa hari sebelum sambutan perayaan Deepavali.

Polis berkata, 20 lagi turut cedera dalam letupan yang berlaku kelmarin di bandar Deeg di negeri Rajasthan, kata seorang pegawai kananpolis.

"Angka kematian dicatatkan 27 orang tetapi ia mungkin bertambah kerana ramai cedera parah," kata Inspektor Jeneral Polis di Rajasthan, RNarsimha Rao, kepada Reuters menerusi telefon.

Kejadian berlaku beberapa hari sebelum sambutan Diwali, atau perayaan lampu, apabila berjuta-juta rakyat India memenuhi jalan raya untuk membakar mercun.

Beberapa bulan selepas perayaan itu, kilang mercun haram wujud di beberapa bahagian di India dan kebanyakannya mengupah kanak-kanak sebagai pekerja, kata kumpulan hak kanak-kanak.

Kanak-kanak miskin bekerja secara rahsia di kilang bergerak itu,yang selalunya bertempat di rumah penduduk, dan hampir setiap tahun berlaku kemalangan maut.

Polis berkata, kebakaran menjadi punca letupan di kilang berkenaan kelmarin.

"Impak letupan amat besar dan merobohkan sekurang-kurangnya lima rumah di kawasan itu," kata Rao.

Pegawai penyelamat cuba membersihkan serpihan letupan dari kawasan berkenaan untuk memeriksa sama ada mangsa yang terselamat.
                                
"Mungkin ada lebih ramai yang terperangkap di dalam," kata Rao sambil menambah siasatan sedang dijalankan untuk melihat bagaimana kilang haram boleh wujud di kawasan itu.

Jurucakap pertubuhan Free the Children India, Swapan Mukherjee, berkata kilang kerap mengupah kanak-kanak kerana bayaran murah. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by din_atos at 23-10-2008 09:10 AM
Wow~ x sangka negara yg miskin tu pun da ada kapal angkasa sendiri.

...kita bile lg?   xkan anta angkasawan je kot..


india mana miskin...byk jutawan tu..cuma rakyat terlampau byk..

malaysia ni byk sgt dok makan rasuah..x tau nak urus negara...sibuk nak antar angkasawan..
instead antar la engineer utk blajar teknologi rusia tu..bodoh tul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2008 08:47 AM | Show all posts

Balas #11 slier81\ catat

btul3...blaja camne nk wat roket ke,kapal angkasa ke,yg saintis2 ni plak kita antar ke amerika....buat research kt sana...ilmu yg drg pelajari tu boleh la dikembang dan dikongsi bersama2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074189 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list