CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137506|Reply: 2539

^o^ ZONE ROJAK WITH SHIZAMAK ^o^

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2008 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sourplum at 11-11-2010 20:46


TEMPAT KEDUA






   


Zon Rojak with Shizamak (shizamak)
&
In Loving Memory by Me wif Love (mslimaumandarin)


Tempat Kedua
Thread Terbaik Board BORAK 2008

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 05:07 PM | Show all posts
         


















My Free Zone
karya i ni x der specific konsep.....emmm campuran semua......



[ Last edited by  shizamak at 31-12-2008 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:07 PM | Show all posts


it's me


my car


my house



[ Last edited by  shizamak at 27-11-2008 02:19 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:07 PM | Show all posts
eXercise DUlu pAnAskan BADaN
***************************

                                        









        


[ Last edited by  shizamak at 4-12-2008 04:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:20 PM | Show all posts
Sekadar renungan....


MENGUAP


Semua orang MENGUAP....including me......tetapi kadang kala kita TERlupa atau pun juga kita tidak tahu atau pun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.....

Mengikut hukum, semasa meguap hendaklah kita menutup mulut.......... ini rasa nya kebanyakan org tahu.Alhamdulillah...kan manis gitu.....

Tapi..........seperkara yg org jarang berikan perhatian ialah bunyi yg keluar dihujung proses TERsebut.bunyinya pula pelbagai..huarghhhh.....huhhh.haahhhhh...hih hih hih.....dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ni....

Mengikut penjelasan seorang ustaz.........menguap dengan bunyi bunyian ni merupakan satu hiburan bagi syaitan...? Syaitan sangat menyukai bunyi menguap.astafirullah......begitu rupanya..........lalainya kita semua.....

Jadi pesan ustaz itu lg, bukanlah tidak boleh menguap...tetapi janganlah mengeluarkan bunyi bunyian tetapi ucapkan lah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan...menghiburkan syaitan......sukakah kita bila syaitan seronok? ...sudahlah seharian hidup kita ini penuh dgn dosa dan maksiat yg kadang2 kita x sedar , setidak2 nya usaha kita yg sedikit ini dapat memperteguhkan dan memuliakan keimanan kepada ALLAH s.w.t dan menjauhkan fitnah syaitan............

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIUS, THE MOST MERCIFUL

                 

                       


[ Last edited by  shizamak at 5-12-2008 01:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:20 PM | Show all posts
PERJALANAN SEORANG INSAN
            
   

Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya


Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan


Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan


[ Last edited by  shizamak at 5-12-2008 02:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2008 05:21 PM | Show all posts
VERY IMPORTANT FOR PC USER


During a recent visit to an optician, one of my friends was told of an
exercise for the eyes by a specialist doctor that he termed as

20-20-20
.' It is apt for all of us, who spend long hours at our desks,
looking at the computer screen.

I Thought I'd share it with you. 20-20-20




Step I :-


After every 20 minutes of looking into the computer screen, turn your
head and try to look at any object placed at least 20 feet away. This
changes the focal length of your eyes, a must-do for the tired eyes.



Step II :-


Try and blink your eyes for 20 times in succession, to moisten them.



Step III :-


Time permitting of course, one should walk 20 paces after every 20 minutes
of sitting in one particular posture. Helps blood circulation for the entire body.




[ Last edited by  shizamak at 5-12-2008 02:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:21 PM | Show all posts
CONFUSING CHINESE NAMES


Caller : Hello, can I speak to Annie Wan(anyone)?


Operator : Yes, you can speak to me.


Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!


Operator : You are talking to someone! Who is this?


Caller : I'm Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.


Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?


Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.


Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!


Caller : You are so rude! Who are you?


Operator : I'm Saw Lee (Sorry).


Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!

            



[ Last edited by  shizamak at 5-12-2008 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 05:27 PM | Show all posts
Tiba tiba rasa nak menulis pulak............



Pejam celik pejam celik.........dah sampai ke penghujung tahun................sekejap je kan rasa nye............macam2 perasaan yang ada sekarang ni........sedih, gumbira, xcited....banyak lagi la..........rasanya masa ni mst korang tgh buat goal utk thn 2009........shiza pun tiap2 tahun pun ade buat.....buat cantik2, berkaler2..pastu print kan..siap laminate lagi...... ..so bila masuk tahun yg berikutnya..mesti  akan review blk tengok mane satu goal yg dah achieve........
Utk tahun 2009 punyer goal shiza dh siapkan juga...dr bulan Oct lg ......ape nk tengok??? errrrr x mana boleh..malu arr.....

So apa2 pun semoga Tahun 2009 kita semua akan semakin dimurahkan rezeki & disihatkan tubuh badan & ceria2 hendak nya




Akan BERsambung.................

[ Last edited by  shizamak at 5-12-2008 03:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:27 PM | Show all posts



A friend is like a flower,
a rose to be exact,
Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched.
A friend is like an owl,
both beautiful and wise.
Or perhaps a friend is like a ghost,
whose spirit never dies.
A friend is like a heart that goes
strong until the end.
Where would we be in this world
if we didn't have a friend.





[ Last edited by  shizamak at 24-12-2008 02:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:29 PM | Show all posts
MESTI TENGOK...IMBASAN ZAMAN KANAK2 KITE DOLU DOLU....






[ Last edited by  shizamak at 10-12-2008 01:09 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:29 PM | Show all posts
BACK TO SCHOOL

Dah ujung2 tahun ni TERingat la plk zaman sekolah dolu dolu......la ni mak & abah mst tengah sebok2 cari baju, kasut, beg sekolah.....alat2 tulis lagi.......tiap2 penggal mst sumer nak baru   ......dulu mak & abah shiza bile time nak beli baju sekolah mesti bawa kitorang pergi Globe kt jalan T.A.R tu..... kasut pulak kat BATA... ...
hehehe klaka bile ingat2 balik.....

                             





[ Last edited by  shizamak at 31-12-2008 05:00 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:30 PM | Show all posts
Silalah baca kisah ni :-

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Raja Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.


Moral of the story : lu pikirla sendiri



          


[ Last edited by  shizamak at 10-12-2008 02:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:31 PM | Show all posts
Adakah aku seorang "pengusik"

Dari seorang kenalan
yang tak kukenali
Katanya aku ini sorang "pengusik"

Semalaman aku tak dapat melelapkan mata
Kerana terusik dengan kata-katanya
Siapa yang pernah kuusik
Setahuku... ... ..
Aku tak pernah mengusik sesiapa

Ku fikir dan terus berfikir
Aku akur dengan kata-katanya
Tanpa aku sedari
Benarlah aku ini seorang "pengusik"
Walaupun di luarniatku
untuk mengusik sesiapa

Tetapi.......
andaikata kalian
terasa terusik dan
beroleh keceriaan
bersyukurlah... ..
Seandainya
beroleh kerimasan
maafkanlah... ...

Kata Bang Md Daud Kilau
"Usik mengusik membawa bahagia'

Ada juga usik mengusik
........membawa bencana

Walaubagaimana pun,
aku akan terus "mengusik"
yang redha hatinya diusik
.



[ Last edited by  shizamak at 15-12-2008 04:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:31 PM | Show all posts
Langkah yang kuatur
sewaktu kuatur langkah
kutinggalkan sisa-sisa perjalanan
sesekali aku menoleh
ada senyum dan tawa
ada sedih mengulit sayu
ada rindu mencengkam kalbu

Seandainya...
langkah itu boleh ku undur
tak kuasa aku melangkah lagi
biarkan jejakku mati di situ
biarkan langkahku menjadi kaku

Hari ini...
kucuba langkah baru
setapak demi setapak
menyusuri suatu perjalanan

Sesekali hati berbisik
destinasi manakah perhentianku
dengan tabah dan seribu doa
dengan alunan igauan
masihkah ada yang menunggu
mengharapkan belaian dan perhatian

Seandainya...
ada taqdir mengizinkan
akan kuteruskan perjalanan ini
dengan tabah dan seribu doa
membawa ribut-ribut penyesalan
berjanji pada Tuhan,
berikrar pada diri
dengan bekalanku
untuk di kemudian hari...

InsyaAllah...


[ Last edited by  shizamak at 24-12-2008 02:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:32 PM | Show all posts

transit?
Berapa lama kat sini?
Ada teman ke sorang2 aje?

Nak bawak bekal apa?
Anak bini, harta benda yang aku kumpul dulu mana?
Nak balik semula buat persiapan sikit boleh ke?
Kalau tak duduk sini boleh tak?
Kalau dah transit, lepas ni nak pegi mana pulak?

Nyesal pun tak guna.
Hidup kita ni la sekali aja.
Jadi marila kita buat kerja.
Kerja Nabi, ajak manusia pada Allah, tu lah kerja kita.
Natijah kerja jadi bekalan kita.
Umur kita dah la tak seberapa.

Kerja ni la yang kita dah lupa.
Kita ingat berniaga, pejabat, petani tu la kerja.
Walaupun kita bukan Nabi, tapi Allah nak muliakan kita.
Kalau ada kerja lebih baik dari kerja ni, dah tentu Allah beri pada Nabi2 punya.
Bila kita tak buat kerja ni, tu lah pasal kita jadi hina.
Kita rasa kita hina sebab tak ada harta,
tak ada kerajaan dan tentera.
Tapi kita salah sangka.

Nabi dah tunjuk kita cara.
Macamana nak berjaya.
Sahabat2 Nabi pun manusia macam kita.
Ada kedai, ada kebun, ada keluarga.
Tapi mereka tak lupa buat kerja.
Mereka jadikan kerja Nabi sebagai maksud hidup mereka.
Di zaman Umar r.a, Allah beri 2/3 dunia.
Walau mereka tak ingin dan minta.
Mereka ingin apa yang Nabi ingin, semua manusia masuk syurga.
Bukan macam kita, silap sikit, kita cap dia ahli neraka.

Hari ni kita kena buat kerja yang sama.
Kalau nak berjaya macam mereka.
Jangan ambik jalan Yahudi dan Nasara.
Nanti kita rugi dan sengsara.
Jadi kita kena taubat dan kembali buat kerja asal kita.
Jika benar kita cintakan agama.
Nasihat ni dituju khas untuk diri SAYA.


[ Last edited by  shizamak at 18-12-2008 02:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 05:32 PM | Show all posts
Hargailah isteri anda......


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,

Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..
   
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

   

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
   

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

     
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di  sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


[ Last edited by  shizamak at 31-12-2008 04:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:33 PM | Show all posts
.......lawak lawak.....

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...

Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya...

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.



[ Last edited by  shizamak at 24-12-2008 04:26 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:33 PM | Show all posts
JENIS JENIS KENTUT

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....


*****SO KORANG YG MANA SATU??


[ Last edited by  shizamak at 24-12-2008 03:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 05:33 PM | Show all posts
Sesape yang br nak belajar tulis resume.....ni ade contoh....... konpem dorang amk.........


RESUME

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

   


[ Last edited by  shizamak at 24-12-2008 05:19 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.085076 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list