CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2560|Reply: 12

PAKISTAN CATASTROPHE: gempa bumi 5.8 richter utara pakistan!!

[Copy link]
Post time 29-10-2008 10:11 AM | Show all posts |Read mode
9 maut gempa di Pakistan



QUETTA: Sembilan maut selepas gempa berukuran 6.2 skala Richter melanda barat daya Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan, awal hari ini.

Pegawai Polis Daerah, Abdul Khaleq, berkata mangsa yang terkorban adalah dari kawasan pedalaman di pekan Ziarat, di Wilayah Baluchistan.

"Setakat ini, sembilan penduduk dilaporkan maut. Namun, jumlah kematian dijangka bertambah kerana kejadian baru berlaku," katanya. - AFP




aku tumpang simpati... dah la dok in war ngan usa... gempa lagi...  dugaan sumer nih!!

[ Last edited by  amazed at 29-12-2008 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2008 10:12 AM | Show all posts
Gempa kuat melanda sempadan Pakistan-Afghanistan

ISLAMABAD: Gempa berukuran 6.2 skala Richter melanda selatan Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, awal pagi ini.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mengesahkan gempa berlaku jam 4.09 pagi waktu tempatan di 70 kilometer (km) timur laut Bandar Qustta, Pakistan dan 185 km di barat daya bandar Kandahar, di Afghanistan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan mengenai kerosakan atau mereka yang cedera akibat bencana itu.

Pada Oktober 2005, gempa berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Kashmir di utara Pakistan mengakibatkan lebih 74,000 terkorban dan 3.5 juta penduduk hilang tempat tinggal. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:00 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 03:57 PM | Show all posts
Angka korban gempa Pakistan 100 orang

QUETTA: Kerajaan Pakistan mengesahkan angka kematian akibat gempa berukuran 6.2 skala Richter awal pagi ini di utara sempadan Pakistan-Afghanistan meningkat kepada 100 orang. - AP



Angka maut gempa di Pakistan meningkat 80 orang
QUETTA: Pegawai kerajaan mengesahkan sekurang-kurangnya 80 orang maut akibat gempa kuat di sempadan Pakistan-Afghanistan, awal hari ini.

Pegawai tertinggi Wilayah Baluchistan, Sohail ur Rahman, berkata angka kematian mungkin meningkat lagi berikutan kesan bencana semakin bertambah.

Katanya, lebih 500 rumah turut musnah.



40 maut akibat gempa di Pakistan

QUETTA: Gempa berukuran 6.2 skala Richter yang berlaku di sempadan Pakistan-Afghanistan, awal hari ini mengorbankan lebih 40 orang dan menyebabkan penduduk sekitar panik menyelamatkan diri.

Gempa berlaku jam 5.09 pagi di 70 kilometer (km) di bandar Quetta, di utara Pakistan dan barat daya Kandahar di sempadan Afghanistan.

Gegaran kuat itu menyebabkan penduduk di Quetta bertempiran lari meninggalkan kediaman masing-masing, kata saksi.


Siaran televisyen menunjukkan penduduk tempatan berkumpul di sepanjang jalan sejak awal subuh.

Mangsa yang mati kebanyakannya di kawasan berbukit di pekan Ziarat, kira-kira 50 km di timur Quetta, bandar yang kaya dengan gas asli di Wilayah Baluchistan, kata pegawai polis daerah, Abdul Khaleq.

“Kami mengesahkan laporan bahawa lebih 40 orang terbunuh selepas rumah mereka runtuh akibat gempa," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 06:20 AM | Show all posts
Gempa bumi buruk kali kedua di Quetta


Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat berusaha
mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat
gempa bumi di Ziarat, semalam. – AFP



QUETTA, Pakistan 29 Okt. – Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda bandar ini hari ini, merupakan bencana kedua terburuk di Pakistan, selepas gempa berukuran 7.6 pada skala Richter yang mengorbankan hampir 80,000 orang pada Oktober 2005.

Bandar ini juga pernah digegar gempa bumi kuat pada 1935 ketika masih di bawah pemerintahan British-India, menyebabkan kira-kira 30,000 orang terbunuh.

Dalam kejadian kali ini, lebih 160 penduduk terkorban, berpuluh-puluh lagi cedera dan lebih 15,000 lagi hilang tempat tinggal.

Gempa itu turut menyebabkan tanah runtuh memusnahkan kira-kira 1,500 buah rumah, jalan raya rosak teruk, dan cuaca begitu sejuk.

Pasukan penyelamat setakat ini berjaya mengeluarkan 160 mayat daripada runtuhan beratur-ratus buah rumah di daerah Ziarat, yang mempunyai penduduk kira-kira 50,000 orang, daerah yang paling teruk dilanda gempa.

Institut Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pusat gempa terletak di daerah Ziarat, kira-kira 70 kilometer ke utara Quetta di wilayah Baluchistan berhampiran sempadan Afghanistan.

Sebanyak 18 gempa susulan berlaku di wilayah terbabit dan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

“Banyak perkampungan ranap. Anda tidak melihat ada rumah yang masih berdiri.

“Kemusnahan berlaku di mana-mana,” kata Abdul Rahim Ziyawal, seorang pekerja penyelamat di Kampung Wam, antara kawasan paling teruk dilanda gempa itu.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lapan kampung terutama di kawasan terpencil, rosak teruk selepas dilanda gempa tersebut.

Pihak tentera Pakistan telah mengerah 250 anggota dan dua helikopter bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.


***************************************************************************************

rasanya nanti jumlah mangsa akan meningkat....
funny (not funny ha ha)  dari 6 yang mula2 depa jangka
now dah 100+... memang ramai lagi ni.. especially aftershocks
keep coming too -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 03:41 PM | Show all posts
Angka korban gempa Pakistan 215 orang

QUETTA: Angka kematian akibat gempa kuat di barat daya Pakistan semalam kini meningkat kepada 215 dan dijangka jumlah itu akan terus bertambah.

Menteri Wilayah, Zamarak Khan, berkata, setakat tengah malam tadi, jumlah korban yang dilaporkan kepadanya ialah 215 orang.

"Angka ini akan meningkat lagi selepas banyak keluarga masih dilaporkan hilang," katanya.

Beliau juga mengesahkan jumlah mereka yang cedera jika meningkat berikutan gempa susulan berlaku lewat malam tadi. - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2008 09:40 PM | Show all posts
300 angka korban gempa di Pakistan

QUETTA: Angka kematian akibat gempa kuat di Utara Pakistan semalam, terus meningkat dengan terbaru mencecah 300 orang hari ini.

"Jumlah mereka yang mati mencecah 300 orang dan ia akan meningkat lagi selepas gempa susulan hari ini," kata pegawai kanan kerajaan, di sini. - AFP





wowzieeeeeeeee  bertambah ramai  every hour.. aku bajet nanti cecah ribu gak nih!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 07:22 AM | Show all posts
Gempa Pakistan: Mangsa diancam cirit-birit

mangsa berbaris panjang menunggu agihan bantuan makanan dan selimut di Ziarat, semalam.
- Reuters


WAM, Pakistan 31 Okt. - Beratus-ratus kanak-kanak mangsa gempa bumi, kini menderita penyakit cirit-birit dan radang paru-baru, kata pegawai kesihatan Pakistan hari ini.

Ancaman penyakit itu muncul dua hari selepas angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter di wilayah Baluchistan, meningkat kepada 300 orang.

"Disebabkan oleh cuaca sejuk, beratus-ratus kanak-kanak telah dirawat akibat radang paru-paru, sakit perut, cirit-birit dan sakit dada," kata pegawai kesihatan daerah Ziarat, Ayub Kakar kepada AFP.

Beliau berkata, penduduk masih berdepan dengan masalah kekurangan selimut, khemah dan pakaian tebal ketika suhu terus menjunam di bawah paras beku.

"Kami bimbang angka kematian akan meningkat. Jangkitan penyakit itu jika tidak diberi rawatan segera, boleh mengancam nyawa," katanya.

Menurut Ayub Kakar, terdapat antara 25,000 hingga 30,000 kanak-kanak di wilayah terjejas itu, kini terdedah kepada ancaman penyakit tersebut.

Malah katanya, ramai wanita yang mengalami masalah kesihatan tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Sebab itu, kami telah menghantar pasukan kami ke kawasan terjejas untuk merawat wanita dan kanak-kanak yang berdepan dengan ancaman penyakit," katanya lagi.

Dalam pada itu, tentera Pakistan berkata, pihaknya telah menghantar selimut dan makanan untuk kira-kira 25,000 penduduk di perkampungan Wam, Tungi dan Gogi.

Menurut Mejar Khan Mohammed, sebanyak 15,000 lagi selimut akan diterbangkan hari ini ke wilayah terjejas.

Sementara itu, Kolonel Shahzada Khan berkata, Palang Merah Antarabangsa telah menyumbangkan 5,000 bungkusan bantuan mengandungi khemah dan keperluan lain kepada mangsa gempa.
- AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 08:33 AM | Show all posts
kebiasaannya memang macam ni la kalau berlaku bencana alam....penduduk hilang tempat tinggal dan duduk di penempatan sementara....bila aspek kebersihan x dipandang berat maka wabak penyakit mudah merebak terutama di kalangan kanak2 yg tahap imunisasinya lemah...seeloknya drg buka satu klinik kesihatan kt setiap penempatan utk memantau tahap kebersihan,memeriksa sama ada makanan dan minuman yg diberikan kepada mangsa selamat atau x...yg mana terkena jangkitan atau wabak mesti dirawat segera dan lagi satu brg keperluan mesti cukup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:49 AM | Show all posts
Angka korban gempa di Pakistan lebih 300

ZIARAT: Pemimpin Pakistan berkata angka korban gempa bumi kuat di barat daya negara itu Rabu lalu berkemungkinan besar mencecah lebih 300 orang.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter itu melanda wilayah miskin di Baluchistan pada awal pagi dan menyebabkan 3,000 rumah musnah.

Menteri wilayah itu, Zamrak Khan berkata, setakat ini 215 kematian  disahkan.

揘amun, pegawai kita masih menerima beberapa lagi kematian dikawasan terpencil yang menyebabkan angka korban itu mungkin melebihi 300 orang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 03:01 PM | Show all posts

lagi satu gempa!!!

WAM, Pakistan 1 Nov. - Empat buah negara hari ini digegarkan oleh gempa bumi berukuran antara 2.5 hingga 6.0 pada skala Richter selepas Pakistan berdepan dengan angka kematian yang tinggi akibat gempa Rabu lalu.

Di Pakistan, gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan barat daya negara ini, awal pagi ini dan merupakan gegaran susulan kepada gempa bumi bermagnitud 6.4 yang mengorbankan lebih 300 nyawa di wilayah Baluchistan.

Institut Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa itu berlaku sekitar pukul 6 pagi ini dan merupakan gempa susulan terkuat di antara lebih 250 gempa susulan yang direkodkan di Baluchistan sejak Rabu lalu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 02:25 PM | Show all posts
Gempa sederhana landa Pakistan

HONG KONG: Gempa sederhana berukuran 5.2 skala Richter melanda kawasan pergunungan di selatan Pakistan, hari ini.

Gempa berpusat di 54 kilometer dari Quetta, ibu negeri Wilayah Baluchistan, menurut laporan Agensi Geologi Amerika Syarikat, di sini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan segera mengenai mangsa dan kerosakan yang berlaku dalam kejadian jam 7.46 pagi (0246 GMT).

Kira-kira 300 orang terbunuh manakala lebih 70,000 hilang tempat tinggal apabila gempa berukuran 6.4 skala Richter melanda Baluchistan, hujung Oktober lalu. - AFP




gempa lagi...    banjir gempa tanah runtuh apa sajer yg tarak berlaku kat doniya nan fana' nih ekkk  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 03:57 PM | Show all posts
Gempa gegar utara Pakistan

MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan): Gempa berukuran 5.8 skala Richter mengegarkan kawasan pergunungan di utara Afghanistan serta sebahagian sempadan Pakistan tetapi tiada mangsa dilaporkan cedera.

Gempa berlaku jam 8.07 pagi (0337 GMT), di 85 kilometer di barat daya bandar Fayz Abad ibu negeri Wilayah Badakhshan, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.202146 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list