CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3315|Reply: 0

tapi....taichi wokey..sebab bley ubat sakit lutut!!!

[Copy link]
Post time 30-10-2008 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Tai chi bantu pesakit lutut

Senaman kurang kesakitan fizikal

BEIJING: Senaman tradisional China yang dikenali sebagai tai chi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kerosakan fizikal di kalangan penghidap penyakit arthiritis lutut, kata penyelidik.

Dalam kajian mereka, sekumpulan warga tua berusia 60-an dengan masalah osteoarthritis lutut teruk, melakukan tai chi selama sejam dua kali seminggu selama 12 minggu manakala satu kumpulan lagi melakukan senaman regangan konvensional dengan jumlah sama pada tempoh ditetapkan.

Kumpulan yang melakukan tai chi mendapati penurunan mendadak dalam kesakitan, kurang tertekan dan pembaikan dalam fungsi fizikal dan kesihatan keseluruhannya, kata penyelidik yang diketuai Dr Chenchen Wang dari Pusat Perubatan Tufts di Boston kepada pertemuan Kolej Rheumatologi Amerika di San Francisco.

"Senaman tai chi yang menggerakkan minda dan tubuh nampaknya memberikan pendekatan penting untuk penjagaan diri dan pengurusan sendiri bagi masalah osteoarthritis lutut," katanya dalam satu kenyataan.

Kajian turut memberikan bukti terbaru bahawa tai chi mungkin memberikan manfaat kepada pesakit arthritis. Kumpulan sokongan Yayasan Arthritis mencadangkan senaman itu untuk memperbaiki kualiti hidup pesakit itu.

Tai chi ialah bentuk senaman yang dibangunkan di China berabad lalu. Dengan tai chi, seseorang melakukan beberapa bentuk pergerakan secara perlahan yang memberi impak rendah dan tidak meletakkan tekanan ke atas otot dan sendi. Ia boleh memperbaiki fungsi, keseimbangan dan fleksibiliti otot. � Agensi



kita baghu aje cakap pasai  yoga mungkin difatwakan haram.. sbb pergerakkannya ikut agama hindu...   pastu ramai lak yg kata macam tu kalu, taichi  pung patut kena haramkan...  tapi  skrg taichi leh kurangkan sakit lutut....   hah!!!   rasa2nya akan diharamkan ker.. sbb taichi ni bley ubat sakit lutut tuh...


morel of the stori... mana2 pergerakkan.. kalu dapat ubatkan apa2 disease... bley ikut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list